Thursday, July 19, 2012

Sedarkah Anda Sekelian Berita Turunnya Wahyu Ini?


 
Cuba anda lihat video diatas sehingga habis, dan anda HAYATI, FAHAMI dan TAFSIRKAN maksud yang disampaikan oleh Nik Abduh Nik Aziz, anak mursyidul am PAS ini.
"Didunia ini tidak ada suatu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang PAS, penyokong dan pejuang PAS menuju Putrajaya"

"Mengapa kita mahu ke Putrajaya?. Allah mengarahkan kita (PAS) ke Putrajaya.
Siapakah yang menerima 'wahyu' tersebut? Nik Aziz bapanya atau Nik Abduh sendiri?
Fikir-fikirkanlah bagi mereka yang masih diberi Allah swt kesempurnaan otak untuk berfikir dan mencari kebenaran!

Wednesday, July 11, 2012

Hj Hadi : PAS Banyak Kuat Ooooo !!!


hadi awang
MARANG – Pas menolak dakwaan kononnya DAP akan bertanding sehingga 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP adalah tidak lebih daripada Pas.

"Pas parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (Pas) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

"Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya.

Baca selanjutnya di Sinar Harian.

Komen :

Yang kuatnya tang mana? Jumlah kerusi yang ditandingkan ke? Kalau pun betul, boleh menang semua kerusi ke? Jangan esok tanding 80 kerusi menang 20 aje ...

Tapi yang nyata dan telah terbukti, pemimpin-pemimpin PAS masakini adalah spesis "mat jenin" moden yang KUAT BERANGAN-ANGAN TINGGI dimana hidup dan kehidupan mereka banyak dihabiskan ber'zikir' 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk menggapai puncak kuasa di Putrajaya.

Dan tak dilupai, salah satu pencapaian gemilang PAS adalah KEKUATAN yang ada pada "Amanat Hj Hadi Awang" yang telah berjaya BERJIHAD untuk memecah-belahkan umat Islam bagi kelangsungan kuasa dalam politik.

PAS, parti Melayu Islam? Macam tak percaya dengar aje! Nik Aziz pemimpin paling berkuasa dalam PAS sendiri pun malu nak mengaku Melayu. Jadi bolehkah kita semua percaya cakap pemimpin Melayu yang tak mengaku dia berbangsa Melayu ni?

Atau yang sebenar-benarnya kuat pada penganut PAS, adalah KUAT makan ubat kuat tenaga batin?

Sunday, July 01, 2012

Jenaka Yang PALING TEPAT buat PAS

Errr nampak ke?


Kambing dan ayam berkawan baik sejak dari dilahirkan lagi. Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: "Kambing, pekabo?"

Kambing: "Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni."

Ayam: "Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko".

Kambing: "Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?"

Ayam: "Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya."

Kambing: "Kenapa?"

Ayam: "Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak..."