Sunday, November 09, 2014

INTROSPEKSI DIRI : Adakah Pemikiran Anda Telah Dijangkiti Virus-Virus Sebegini?

FRONT Pembela Islam (FPI) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cukup dikenali di Indonesia kerana paling lantang bersuara dan sering ‘menyerang’ golongan liberal dan pluralisme agama.

Tindakan itu dibuat sebagai amaran kepada golongan terbabit supaya tidak terus menghina agama Islam dengan sewenang-wenangnya.

Dalam satu wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM dan jurugambar GHAZALI BASRI di Kuala Lumpur, baru-baru ini; Ketua Umum FPI, HABIB MUHAMMAD RIZIEQ SYIHAB (gambar) menyuarakan kebimbangan jika pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kerana ia boleh menjadi pemangkin kepada penularan pengaruh liberal ekstrem dari Indonesia ke Malaysia.


Utusan Malaysia: Kenapa fahaman liberal cukup berbahaya?

Habib Muhammad Rizieq: Fahaman liberal ini boleh diumpamakan seperti penyakit kanser pemikiran yang sudah mencapai tahap tinggi iaitu tahap empat. Sebab dikatakan begini kerana dalam pemikiran liberal terdapat sekurang-kurangnya empat virus pemikiran yang sangat berbahaya.

Pertama adalah virus relativisme. Ia adalah satu virus pemikiran yang membuat seseorang itu meyakini bahawasanya tidak ada kebenaran mutlak termasuk kebenaran agama.

Semua kebenaran bersifat relatif. Maka dia akan beranggapan semua agama sama, semua agama benar, semua agama sama-sama menuju syurga dan semua agama tidak ada perbezaan. Akibat virus relativisme yang ada dalam pemikiran seseorang, akhirnya orang itu bersikap menjadi pluralisme.

Kedua adalah virus skeptisisme. Kalau seseorang sudah terlalu lama menganggap tidak ada kebenaran mutlak, maka lama kelamaan dia akan ragu dengan kebenaran.

Dia menjadi ragu dengan kebenaran agama dan tidak yakin kalau agama itu mampu menangani urusan perekonomian, perniagaan, politik dan urusan negara. Dia hanya meyakini agama itu adalah urusan ibadah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Kalau orang sudah kena virus semacam ini, maka dia akan bersikap untuk memisahkan antara urusan agama dengan urusan negara atau sering disebut sebagai sekularisme.

Ketiga, virus agnostik. Ini terjadi apabila seseorang itu tidak peduli lagi dengan kebenaran agama. Sehingga dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk, benar atau salah, dia tidak lagi memakai ukuran agama, sebaliknya dia akan memakai ukuran kebendaan. Apa-apa yang boleh mendatangkan hasil kebendaan, itu benar.

Orang yang terkena virus ini tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Contohnya aktiviti judi, pelacuran dan minuman beralkohol akan dibenarkan mereka kerana ia boleh mendatangkan hasil. Selama ada hasil walaupun haram, maka dia tetap akan terima.

Keempat, virus ateis. Mereka yang dijangkiti virus ini tidak percaya dengan agama. Dia menolak kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan, dia menolak kewujudan Muhammad SAW sebagai Rasul dan dia menolak apa sahaja yang menurut dia tidak realistik. Syurga dan neraka tidak kelihatan di mata, tidak boleh dibuktikan. Jadi mereka menolak kebenarannya, jadi semuanya serba rasionalisme.

Apa yang berlaku jika dijangkiti semua virus terbabit?

Seorang liberal sejati, dia sudah terhinggap dengan empat virus tadi. Maka, kalau seseorang itu sudah pada puncaknya menjadi ateis, dia sudah tidak peduli dengan kebenaran agama. Bagi dia maksiat dan taat sama.

Bagi dia, orang boleh ke masjid, silakan. Mahu ke tempat pelacuran juga silakan. Masjid dan tempat pelacuran mahu diletakkan secara berdampingan pun tidak apa-apa.

Yang satu ada tenaga taat dan yang satu ada tenaga maksiat. Kedua-dua tenaga ini menciptakan keseimbangan di dunia. Itu pemikiran-pemikiran liberal.

Kenapa Anwar dikaitkan dengan fahaman liberal?

Memang Anwar kalau datang ke Jakarta, dia banyak berkumpul bersama-sama kelompok liberal. Kita orang Indonesia, kita tahu siapa orang Indonesia yang liberal dan siapa yang bukan.

Kita tidak faham apakah Anwar tahu mereka liberal atau tidak? Tetapi yang jelas, datangnya Anwar ke Indonesia lebih banyak berkumpul dengan kelompok-kelompok liberal. Kelompok yang memang di Indonesia ini bermasalah dan selalu buat masalah.

Salah satu buktinya adalah apabila Anwar menyertai dialog di Komunitas Salihara, Jakarta. Salihara itu adalah komuniti liberal yang memperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Indonesia.

Jadi saya fikir sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis, kalau kita mahu tahu seseorang itu, lihat siapa kawannya. Kalau dia berkawan dengan liberal, pemikirannya akan terpengaruh ke sana.

Bagaimanakah pemikiran golongan liberal Indonesia?

Pemikiran-pemikiran liberal yang saya sebut, di Indonesia sudah sampai setakat itu pemikiran liberalnya. Jadi orang seperti dalam pimpinan Jaringan Islam Liberal Indonesia, pimpinan majalah (isu semasa) dan lain-lain, pemikiran liberal mereka sudah sampai setakat itu, yang empat itu. Kerana itu kita tolak, kerana itu semua bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi liberal di Indonesia, orang lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan, itu hak asasi manusia.

Perjuangan kelompok liberal sudah sampai sehingga ke Parlimen dan berupaya mendesak supaya wujud satu undang-undang yang membolehkan LGBT dan perkahwinan sejenis disahkan dan mendapat surat nikah.

Tetapi kita NGO-NGO Islam terus melakukan perlawanan dan sampai hari ini mereka belum berhasil meluluskan undang-undang itu. Kita akan lawan terus dan tidak akan boleh berhasil.

Tokoh-tokoh yang memperjuangkan itu adalah kawan-kawan Anwar. Saya tidak faham, apakah Anwar tidak tahu mereka ini adalah tokoh-tokoh pejuang liberal di Indonesia atau memang Anwar faham, kemudian mewujudkan satu rangkaian dengan mereka. Wallahualam.

Adakah seorang liberal masih Islam?

Seorang liberal sejati, dia bukan Islam. Erti liberal sejati begini, keempat-empat virus tadi sudah ada dalam pemikiran dia.

Seorang liberal sejati tidak akan solat. Seorang liberal sejati tidak akan ke masjid dan seorang liberal sejati tidak akan puasa Ramadan.

Tetapi kalau seorang liberal masih solat, dia baru setengah liberal. Ertinya kalau mereka ke Amerika Syarikat (AS), mereka masih dianggap setengah kafirlah.

Bagaimana menangani dakyah golongan liberal?

Kita di Indonesia, kita berdialog dan berdiskusi dengan golongan ini. Mereka pula menggunakan cara-cara yang ilmiah dan argumentative apabila berdialog dengan kita.

Tetapi kalau mereka sudah lebih condong kepada menista dan menghina agama, tentunya kita tidak lagi menghadapi mereka dengan dialog.

Kita menghadapi mereka dengan proses hukum. Kita seret mereka ke mahkamah atas penghinaan yang mereka lakukan.

Contohnya, seorang liberal mengarang sebuah buku dengan mengatakan bahawa al-Quran adalah hasil ‘kongkalikung’ antara Muhammad SAW dan para sahabat.

Ini penghinaan, jadi kita melihat ini bukan minta dialog, ini menghina, lalu kita seret ke proses hukum di mahkamah.

Bagaimana kaedah golongan liberal menyebarkan dakyah?

Di Indonesia mereka berhasil masuk ke legislatif, badan kehakiman dan eksekutif. Mereka berhasil masuk ke lingkaran pegawai-pegawai kerajaan kerana pegawai itu orang awam dan tidak mengerti agama. Mereka lebih mudah menjadi mangsa pemikiran kaum liberal. Majoriti media massa di Indonesia juga dikuasai golongan liberal.

Sebab-sebab orang mudah termakan dengan pemikiran-pemikiran liberal kerana hujah-hujah yang disampaikan disertakan dengan kajian ilmiah dan bercorak akademik serta bahasa-bahasa yang moden, seolah- olah ini adalah hasil karya cendekiawan.

Ini menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan di Indonesia merasa ketinggalan zaman kalau tak mengikut pemikiran liberal.

Sebetulnya masalahnya sama dengan di Malaysia. Hanya mungkin bezanya gerakan liberal di Indonesia sudah sampai ke titik yang sangat membahayakan.

Di Indonesia kita ada pemimpin-pemimpin yang liberal.

Bagaimana pula penularan dakyah sama di Malaysia?

Saya fikir di Malaysia ini ada beberapa universiti yang memang sudah mulai menjadi sarang pemikiran mereka.

Jangan lupa tokoh liberal internasional, Amina Wadud (yang pernah menjadi imam solat Jumaat di AS) pernah menjadi pensyarah di Malaysia. Kemudian beberapa tokoh liberal dari Turki dan sebagainya juga pernah menjadi pensyarah di Malaysia.

Ertinya kita tidak menutup kemungkinan, kalau saat mereka menjadi pensyarah di Malaysia, mereka sudah menularkan pemikiran-pemikiran mereka.

Realitinya di Malaysia mungkin pemikiran liberal belum sampai mempengaruhi masyarakat luas, tetapi setakat di kalangan ahli akademik dan di universiti sahaja.

Kenapa situasi di Malaysia berbeza dengan Indonesia?

Bagusnya di Malaysia, pihak kerajaan meletakkan batasan-batasan yang tidak melepas secara bebas orang berbicara liberal, contohnya di televisyen.

Kalau di Indonesia sudah bebas betul. Orang boleh berbicara liberal di televisyen, radio dan di akhbar-akhbar.

Kalau di Malaysia, masih terkontrol. Contohnya di negara ini kita boleh lihat, Syiah dan Qadiani tidak boleh bergerak bebas, begitu juga liberal. Ertinya ada kontrol negara. Di Indonesia kontrol negara tidak ada.

Sebetulnya kalau soal liberal ini, di Indonesia ada dan di Malaysia juga ada. Bezanya di Malaysia ada kontrol kerajaan, tidak boleh sebarangan.

Apa akan berlaku jika kerajaan pembangkang membuang kontrol ini?

Kalau di Malaysia tidak dikontrol, pada masa depan ia akan sama dengan Indonesia. Golongan liberal akan semakin bermaharajalela. Maka itu, saya mendukung negara Malaysia kontrol terhadap pemikiran-pemikiran semacam itu demi kesatuan umat dan bangsa Melayu.

Kalau semua pemikiran boleh bebas disampaikan di Malaysia, kacau jadinya kita nanti, semacam yang terjadi di Indonesia.

Jadi saya fikir kalau dari segi kontrol ini, umat Islam tidak boleh berbeza. Daripada Barisan Nasional (BN) atau parti mana pun, selama dia muslim, wajib untuk mendukung, negara mengontrol aliran sesat ini.

Apakah nasihat kepada rakyat Malaysia?

Malaysia mesti diselamatkan. Daripada parti mana pun, kalau dia mengusung fahaman liberal, tidak boleh didukung rakyat. Liberal itu musuh Islam, musuh bangsa Melayu dan musuh kita semua.

Bagaimana pula Pas yang seolah-olah menyokong liberal?

Kalau parti secara terang-terangan menyokong liberal, bererti dia parti liberal, walaupun dia memakai simbol-simbol keagamaan.

Seorang Muslim yang sejati, manakala dia terlibat dalam politik, tidak boleh melepaskan iman dan takwa. Jangan kerana kepentingan politik, yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Menghalalkan segala-galanya, itu bukan politik Islam.

Kalau ada parti mengaku parti Islam, tetapi tidak memperjuangkan Islam, itu namanya parti jualan Islam. Dia menjual Islam supaya orang Islam pilih parti itu, tetapi pada hakikatnya dia tidak memperjuangkan Islam.


 (Dipetik dari KLXPress)


Tuesday, October 07, 2014

Tun M : JANGAN LAGI DILAYAN ORANG YANG TIDAK TAHU MENGHARGAI LAYANAN

Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.


Dari blog Chedet

Tuesday, April 01, 2014

MH370 : Mimpi Susulan Ustaz Darul Manzil. Suatu Kebetulan?


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat.....

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!!
Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama dihari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama…… Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar.. Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

*** Tamat ***
                   

Secara ringkasnya, cuba kita lihat teori dan fakta berikut :

Pertama - kita lihat video ini di YouTube : Flight MH370 Is At Diego Garcia - Here's The Proof
Flight MH370 Is At Diego Garcia - Here's The Proof

Disusuli pula dengan video ini : PROOF MH370 Is In Diego Garcia

PROOF MH370 Is In Diego Garcia


Kemudian kita lihat pula 'printscreen' jadual penerbangan di lapangan terbang Diego Garcia pada 8 March 2014 dan 21 March 2014 :


Persoalannya : Mengapa TIADA penerbangan pada 8, 9, dan 10 (3 hari = 72 jam); dan pada 21, 22, dan 23 March 2014 (72 jam = 3 hari), tidak seperti pada hari-hari yang lain?

Adakah semua kakitangan lapangan terbang diberi cuti khas pada hari-hari tersebut agar mereka tidak mengetahui, dan apa yang telah dirancang dapat dijalankan dengan penuh tersembunyi?


Yang menghairankan, setelah persoalan ini tersebar meluas diinternet, jadual tersebut telah dikeluarkan/dipadamkan dari facebook lapangan terbang tersebut :
Apakah yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa lapangan terbang Diego Garcia?

Jadi, pandangan dan telahan yang mengatakan MH370 telah mendarat di Diego Garcia tidaklah boleh kita tolak sama sekali.

Adakah bukti-bukti ini ada kebarangkaliannya bertepatan dengan mimpi kedua Ustaz Darul Manzil?

Walau apa pun ini hanyalah untuk renungan kita bersama , kerana sehingga kini kehilangan MH370 masih menjadi suatu misteri .....


Wednesday, March 26, 2014

Misteri MH370 : Pandangan Berbeza Dari Seorang Pakar, DAN, Mimpi Seorang Ustaz ...


Artikel penuh :

Malaysia plane crash CIA conspiracy: Analyst

An analyst has cast doubt on the authenticity of the reported crash of Malaysian passenger jet in the Indian Ocean, touting CIA’s conspiracy in the mishap.

In an article for the Press TV website, Gordon Duff said the aircraft, operated by Malaysia Airlines, was equipped “with controls in place that allow the CIA to remotely pilot the plane in case of emergency.”

In a press conference in Kuala Lumpur earlier on Monday, Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak cited new satellite information indicating the ill-fated plane had flown "to a remote location, far from any possible landing sites."

Meanwhile, Malaysia Airlines has sent a text message to relatives of people on board Flight MH370 that the plane went down in the Indian Ocean with no survivors.

Duff said, “What we are certain of is that in light of today’s announcement, a series of seemingly plausible rationales for what we really know to have been utterly impossible are being concocted.”

China has also demanded that Malaysia hand over data that show the missing Malaysian passenger jet crashed in the Southern Indian Ocean.

“We know the media has never addressed simple technical issues that a simple ‘fact check’ on Google could have rectified.  Did they lie on purpose? Did someone tell them to lie?” wrote Duff.

Flight MH370 with 239 passengers and crew vanished from radar screens early on March 8, less than an hour after taking off from Kuala Lumpur on a scheduled flight to Beijing.

At least 150 Chinese citizens were on board the missing plane.

KA/NN

(Klik gambar untuk perbesar)

Terjemahan, dari blog "We Care For Ummah" :

Nahas Kapalterbang Malaysia Konspirasi CIA : Penganalisis

Seorang penganalisis telah menimbulkan keraguan berkenaan kesahihan kemalangan yang dilaporkan terhadap pesawat penumpang Malaysia di Lautan Hindi, mengatakan wujudnya konspirasi CIA dalam kemalangan itu.

Dalam satu artikel untuk laman web Press TV, Gordon Duff berkata pesawat yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines dilengkapi "kawalan yang mana membolehkan CIA untuk menerbangkan pesawat itu dari jauh jika berada dalam kes kecemasan."

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur awal Isnin, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu maklumat  baru satelit menunjukkan pesawat malang itu telah terbang "ke lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana kemungkinan tempat pendaratan."

Sementara itu, Malaysia Airlines telah menghantar mesej teks kepada saudara-mara semua yang berada di atas kapal Penerbangan MH370 dan mengatakan bahawa pesawat telah terjunam di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat.

Duff berkata, "Apa yang kita pasti adalah berdasarkan pengumuman hari ini, satu jalan cerita yang direka dan ianya seolah-olah munasabah dan apa yang kita benar-benar tahu menjadi benar-benar mustahil sedangkan ianya palsu."

China juga menuntut supaya Malaysia menyerahkan data yang mana menunjukkan pesawat penumpang Malaysia yang hilang itu terhempas di Selatan Lautan Hindi.

"Kita tahu media tidak menangani isu-isu teknikal mudah yang mana mudah untuk 'fakta itu diperiksa' di Google yang mana boleh diperbetulkan. Adakah mereka berbohong dengan sengaja? Adakah seseorang memberitahu mereka supaya berbohong?" Tulis Duff.

Penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang dari skrin radar awal 8 Mac, kurang satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk penerbangan berjadual ke Beijing.

Sekurang-kurangnya 150 warga China berada di atas kapal terbang yang hilang itu. - Press TV


DAN, Adakah Mimpi Ini Benar Dan KEBETULAN?



Ikuti pengalaman Ustaz Manzil bermimpi MH370. 

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.


Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku/pesakitku/penyakitku/apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami.

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside.”

("Kamu jangan sesekali cuba menukar laluan. Tidak ada harapan berpatah balik kenegara kamu. Kami mengendalikan segala-galanya, kami tahu apa kamu lakukan didalam." - terjemahan oleh pemblog)

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Amin.

Saturday, March 22, 2014

#PrayforMH370 : Sidang Media Kerajaan 'Rindu Bayangan PM' Malaysia

(ANDAIKATA MEREKA PULA JADI MENTERI)

 MC : Ladies and gentlemen...ok we open the  floor for Q and A session...please...yes

CNN : Mr President did you have any information where the missing aircraft location?
Anwar : Well Its may be missing somewhere else. I don’t know where it is. Actually that is not our fault but our aircraft may be diverting to somewhere else. I don’t know. May be this is one of the past government/UMNO plot and conspiracy to intrude and embarrass our Pakatan Rakyat government.

Utusan Malaysia : YB Karpal sebagai Menteri Pengangkutan adakah kehilangan pesawat ini menunjukkan kelemahan penyelarasan pihak tuan?
Karpal : Where you come from? You better shut up, if not...I will summon you. You harus bertaubat! (Tara guna kasi saya jadi Menteri Pengangkutan. Kerusi saya pun orang angkat juga)

BBC : Mr Mahfuz as a Minister of Defence, can you give some comment regarding to the speculation said that MH 370 aircraft were hijacked by terrorist?
Mahfuz Omar : aaa ….aaaa…apa dia cakap aaa, aku tak tau omputih… I wer chek it to Menteri of Dalam Country letter opps later I…I…I angsa ya after launch ya. Kapal scorpene kami ok...
 
Aussie Post : Mr Hadi as the Prime Minister can you give some comment what has been done by the Malaysian authority in order to prolong the SAR operations?
 
Hadi Awang : aaa…aaa…aaa menatang SAR tadi tu yer…Saya jawab dalam bahase je ya…Setakat ini tiada penyakit SARS atau susah bernafas yang diakibatkan oleh polong-polong dilaporkan di kalangan anak kapal atau penumpang pesawat itu. Kami sendiri pun tak tahu di mana pesawat itu berada sekarang. Memang sukar nak cari. Jangan sesekali guna bomoh apatah lagi polong. Berdosa besar. Soalan ni tak relevan!
Sinar Harian : YB Hadi adakah petunjuk atau sebarang bukti CCTV yang boleh mengaitkan penglibatan orang dalam dalam misteri kehilangan pesawat MAS ini.

Hadi Awang : Kita tidak mempercayai langsung CCTV ni kerena ia cuma besi yang tiada mata atau telinga…mana boleh jadi saksi di mahkamah. So benda-benda misteri ni khurafat…so soalan tak relevan.

Malaysian Weekly: Mr Lim aaa, as a Minister of Security can you confirm the widespread news that mention that some Chinese passenger has a link to the local extremist?
Lim Kit Siang : You mean Chinese aaa. No…no…no. you are racist man. Even they are Chinese they are good people. We pay a lot of money for tax here and we right now try and fight to get more parity in all aspect from our present government. We are the Malaysian! Don’t play-play racist here! Security… arrest this reporter and charge him under I.S.A!

Kompas : Saya mau nanya pada Ibu Presiden Wan Azizah...sebagai Menteri Perbedayaan Perempuan apa sih yang bisa dilakuin oleh ibu bagi mengantisipasi kebutuhan bapak Presiden dan negara di saat-saat sulit kayak gini?
Azizah : Kamu ni tak reti bahasa ka...sampai hati kamu membutuh-butuhkan suami saya? Anwar langsung tak pernah memperdayakan saya. Saya pula langsung tidak pernah anti kepada Presiden. Selama ini saya memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada Presiden. Di tengah kesusahan begini mana ada masa kami nak berkayak!

Times : Mr Akin you as a Foreign Minister, how many countries are willing to give their assistance to help Malaysia in SAR operation right now?
Shamsul Akin : As the Menteri PM aswer tadi la…tiada penyakit SAR dilaporkan, jadi kamu kena faham konteks masalah dan tiada sebarang operasi bagi penyakit SAR ini. Saya pun baru balik dari visit Jepun. Kapal terbang pun okey, SAR pun tiada.

Anwar : Ok ladies and gentlemen let's we conclude our session ... adjourn. See you tommorow.

Reporters :

But Mr President we have a lot of questions to ask and you not answer our question yet!

Presiden... Bapak Presiden kami nak nyoal lagi ni...kok ngapain mau kabur sih?
Anwar : You ulang I saman ... you asking more question i saman in court!


(Lapuran penuh sidang media oleh MyMassa)