Masalahnya, Mahathir telah membiarkannya berlalu terlalu lama jadi
dia kini cuba untuk menebus kehilangan masa tersebut dengan cara
pantas untuk menaikkan Mukhriz keatas.
Mahathir dengan bangganya memberitahu kita bahawa semasa beliau
berada dalam politik, dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri,
beliau enggan membenarkan anak-anaknya juga berada dalam politik.
Hanya apabila beliau telah bersara barulah beliau membenarkan
anak-anaknya bergiat cergas dalam politik.
Kemudian, hanya beberapa bulan selepas Mahathir bersara pada 31
Oktober 2003, baharulah beliau tiba-tiba tersedar bahawa seorang
bekas Perdana Menteri hanyalah, seorang mantan Perdana Menteri.
Sehinggakan seseorang yang lembab seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi
pun boleh meminggirkan Mahathir manakala semua kawan-kawan lama dan
orang-orang yang dia telah jadikan kaya-raya tiba-tiba menjadi
terlalu sibuk untuk menjawab panggilan beliau.
Kemudian Mahathir menyedari bahawa apabila anda seorang 'mantan'
tidak ada siapa yang benar-benar mengambil berat tentang anda lagi. Dan
bahaya yang lebih besar adalah dia mempunyai RM100 bilion ditangan
pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan
kroni-kroni dan jika dia tidak berhati-hati semua ini akan 'hangus
terbakar' dan dia tidak akan berupaya untuk mendapatkannya kembali.
Tetapi sudah terlambat baginya untuk kembali berkuasa. Satu-satunya
cara yang dia boleh lakukan adalah memastikan salah seorang anaknya
dapat berkuasa. Dan itulah permulaan beliau bekerja keras menjadikan
Mukhriz sebagai kuda tunggangan beliau supaya kuasa politik masih
boleh dikekalkan melalui anaknya.
Halangan terbesar kepada Mukhriz, walau bagaimana pun, adalah Khairy
Jamaluddin, menantu Perdana Menteri. Selagi Abdullah masih Perdana
Menteri, Khairy akan berkuasa. Dan itu bermakna Mukhriz akan
menghadapi 'rintangan perjalanan' dengan yang bernama Khairy.
Dan kami begitu pasti bahawa sasarannya adalah Khairy dan kami
berusaha menjatuhkan Abdullah untuk membunuh Khairy (dan Khairy juga
tahu tentangnya kerana dia memberitahu saya apabila kami bertemu,
kali pertama dan terakhir kami pernah bersua untuk menghisap cerut).
Dalam fikiran kami memang amat jelas bahawa objektif menyingkirkan
Abdullah adalah supaya Khairy boleh dineutralkan dan supaya Mukhriz
tidak akan menghadapi sebarang rintangan dalam perjalanannya menuju
kepuncak. Secara tidak langsung, pergerakan anti-Abdullah itu juga
adalah pergerakan pro-Mukhriz dan mungkin banyak perkara lagi tetapi
kami tidaklah sebegitu bodoh untuk tidak menyedari bahawa ini adalah
cara Mahathir untuk terus menguasai Putrajaya melalui proksi.
Sebaik sahaja Abdullah berundur dan Najib mengambil alih jawatan
Perdana Menteri pada tahun 2009, langkah untuk melonjakkan Mukhriz
keatas bermula. Tetapi Mukhriz gagal untuk memenangi kepimpinan
Pemuda Umno tahun itu walaupun Khairy kini hanyalah menantu bekas
Perdana Menteri dan bukan lagi menantu seorang Perdana Menteri.
Ia mengejutkan ramai diantara kami. Kami menjangkakan oleh kerana
Abdullah bukan lagi Perdana Menteri, Khairy akan hilang kekuatan.
Rupa-rupanya, Khairy menang kerana dia mempunyai PR yang lebih baik
(bukan kerana bapa mertuanya) sedangkan Mukhriz tidak pun berupaya
mengingati nama-nama orang yang beliau telah temui sebelum ini.
Hanya untuk menyimpang sedikit, saya teringat balik pada tahun 1987
apabila saya terserempak dengan Tengku Razaleigh Hamzah di PWTC dan
dia menepuk belakang saya dan berkata, "Raja Petra, bagaimana
Terengganu? Perniagaan enjin marin anda berjalan baik?"
Saya beritahu anda, ini seorang Menteri Kabinet, dan dia mengenali
saya dan tahu dari mana asal saya dan perniagaan apa saya ceburi.
Pada hari itu saya tertarik hati dengan Tengku Razaleigh dan apabila
beliau melancarkan Semangat 46 beliau tahun berikutnya saya menyokong
beliau dengan sepenuh hati.
Jadi ini adalah penting. Perkara-perkara mudah seperti mengingati
nama-nama orang dan menyapa mereka bertanyakan 'bagaimana anakmu
Faisal, dia cemerlang diuniversiti?' dan sebagainya, akan menarik
sokongan. Dan sentiasa merenung kemata mereka apabila bersalam atau
berjabat tangan dengan mereka dan tidak melarikan mata ketempat lain.
Ini sangat penting dan sesuatu yang Mukhriz (termasuk Ghafar Baba dan
Zaid Ibrahim juga) seolah-olah tidak mampu faham.
Bagaimanapun, Khairy dan bukan Mukhriz yang menang pada tahun 2009.
Kemudian Mukhriz mencuba pula jawatan Naib Presiden pada tahun 2013
dan dia kalah lagi. Jadi Mukhriz sebenarnya tidaklah kuat walaupun
dengan sokongan Mahathir. Tetapi Mahathir tidak akan menerimanya
sebagai kelemahan anaknya. Sebaliknya dia menyalahkan Najib kerana
kegagalan anaknya.
Mahathir merasakan Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri jika
tidak kerananya. Jadi Najib berhutang pertolongan dengan Mahathir.
Dan dia mesti membayar balik pertolongan ini dengan membantu anaknya,
Mukhriz, memanjat tangga Umno. Dan apabila Najib tidak membantu
Mukhriz mendaki tangga Umno, Mahathir memutuskan bahawa Najib perlu
berundur.
Dan kerana itulah dalam tahun 2013 Mahathir memutuskan bahawa Najib
mesti disingkirkan. Beliau pada mulanya menggunakan alasan ini dan
kemudian alasan itu. Akhirnya beliau memutuskan 1MDB sebagai alasan
untuk menggulingkan Najib.
Khairuddin berfikir kita terlalu bodoh untuk mengetahui semua ini.
Tetapi dialah yang bodoh jika dia beranggapan kita bodoh. Kita tahu
secara terperinci mengapa Mahathir mengambil langkah menggulingkan
Abdullah pada tahun 2006 dan mengapa beliau mengambil langkah untuk
menggulingkan Najib pada tahun 2013. Dan anda boleh rumuskannya
kedalam satu patah perkataan : Mukhriz.
Tetapi Mahathir sudah teramat lewat. Dia sepatutnya lakukan ini
sebaik sahaja dia membuang Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Mahathir
sepatutnya sudah sedar bahawa kuasa politik tersangat rapuh dan anda
akan kehilangannya sebaik sahaja anda tidak lagi duduk diatas
singgahsana.
General Lee Hsien Loong menyertai Kabinet pada usia 32 ketika ayahnya
masih lagi Perdana Menteri Singapura. Pada masa itu Lee Kuan Yew
hanyalah 61. Tatkala General Lee menjadi Perdana Menteri beliau 52
manakala Kuan Yew 81.
Ia mengambil masa 20 tahun mendidik (tidak termasuk 13 tahun dalam
tentera) General Lee untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Lim Guan Eng adalah 26 apabila beliau menjadi Ahli Parlimen, 29
apabila dia menjadi Ketua Pemuda, 35 apabila beliau menjadi Ketua
Setiausaha, dan 48 apabila beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Lim Kit Siang adalah 45 apabila anaknya, Guan Eng, mula mencebur diri
kedalam politik dan 67 apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri,
jawatan tertinggi untuk seorang pemimpin DAP yang pernah dicapai
setakat ini.
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz adalah 43 apabila beliau menjadi
Ahli Parlimen dan 45 apabila beliau menjadi Ketua Pemuda. Bapanya,
Nik Aziz Nik Mat, adalah 82 apabila anaknya memulakan pendakian
keatas.
Muhammad Khalil Abdul Hadi menjadi Timbalan Ketua Pemuda semasa dia
38 dan bapanya, Abdul Hadi Awang, adalah 68.
Tetapi tidaklah boleh anda mengatakan semua mereka ini berjaya hanya
kerana bapa-bapa mereka. Khairy berjaya pada usia 33 setelah bapa
mertuanya meletak jawatan. Najib melancarkan kerjaya politik beliau
pada usia 23 selepas bapanya telah meninggal dunia. Hishammuddin
Hussein menjadi Ketua Pemuda Umno pada usia 37, 17 tahun selepas
bapanya bersara sebagai Perdana Menteri.
Jadi tidak semua telah 'mendapat bantuan' bapa-bapa mereka untuk
melonjak naik. Tetapi Mukhriz, walaupun dengan bapa yang
paling-berkuasa dibelakangnya, masih juga gagal. Dan itulah yang
mencetuskan kemarahan Mahathir tanpa hujungnya. Tetapi dia tidak
dapat menerima hakikat bahawa itu kegagalannya. Beliau perlu
menyalahkan orang lain. Jadi dia menyalahkan Najib kerana itu dan
mahu Najib menerima balasannya.
Tetapi diusia 91 apa yang Mahathir boleh lakukan dan sejauh mana dia
boleh menaikkan anaknya? Anda boleh membawa kuda ketempat air, tetapi anda
tidak boleh memaksanya untuk minum. Dan Mukhriz tidak mempunyai
sesuatu didalam dirinya untuk berjaya. Jadi Mahathir mungkin perlu
mempertimbangkan untuk membuang Mukhriz dan digantikan dengan
Mokhzani.
Tetapi adakah ini suatu kes melakukan sesuatu yang terlalu sedikit
terlalu lewat? Masa tidak menyebelahi Mahathir (atau disebelah
anak-anaknya) dan anda memerlukan masa. Najib, Khairy, Hishammuddin,
Ahmad Zahid Hamidi dan banyak lagi tidak mencapai kejayaan dalam
sekelip mata. Mereka mengambil masa berpuluh-tahun untuk sampai
dimana mereka hari ini. Adakah Mahathir serius mahu salah seorang
anaknya menjadi Perdana Menteri dalam masa lima tahun akan datang
atau kurang?
Dan semua yang lain-lain ini adalah pemimpin parti-parti besar,
seperti Umno, PAS dan DAP. Mukhriz, bagaimanapun, walaupun dia masih
baharu 52, adalah pemimpin dalam parti 'nyamuk'. Dan kita tidak pasti
lagi sama ada Pakatan Harapan akan menerima mereka dalam gabungan itu
atau mereka akan menyelesaikannya sebagai satu pakatan pilihan raya
yang hanya melibatkan pembahagian kerusi. Jika sedemikian ia akan
membuat PPBM sebagai penumpang dan bukanlah pemimpin pakatan
tersebut.
Mahathir tidaklah bodoh. Beliau menyedari semua batasan-batasan ini.
Jadi pada bulan Disember 2014 beliau bertemu dengan Najib dan cuba
untuk memuktamadkan suatu perjanjian. Perjanjian itu adalah Najib
akan membantu memudahkan jalan bagi anaknya untuk mendaki tangga Umno
dan akhirnya menjadi Perdana Menteri.
Najib berkata beliau tidak fikir Mukhriz mempunyai apa yang
diperlukan untuk mentadbir negara. Jika beliau bersetuju dengan apa
yang Mahathir hajatkan beliau akan melakukan satu kerugian besar kepada
Malaysia. Najib tahu Mahathir akan menyalib beliau jika enggan
membantu Mukhriz tetapi adalah lebih baik daripada membawa kemusnahan
kepada negara. Dan dari ekoran itulah Mahathir memberitahu Khairuddin
untuk membuat laporan polis terhadap 1MDB.
Mahathir seharusnya telah memikirkan semua ini lebih awal daripada
membuang masa untuk mempastikan anak-anak lelaki beliau,
pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan
kroni-kroninya kaya-raya. Sekarang masanya sudah agak terlewat
untuk membina dinasti politiknya sekali pun dia gantikan Mukhriz
dengan Mokhzani.
Melayu
mempunyai kepercayaan yang bila takde
berkat
anda tidak boleh pergi jauh. Apa yang anda beri makan kepada keluarga
anda akan menjadi darah daging
jadi anda perlu pastikan bahawa apa yang mereka makan adalah halal.
Begitulah, apa yang orang-orang Melayu percaya.
Sebagaimana
pepatah Inggeris mengatakan, buah dari pokok yang beracun adalah
beracun. Pepatah Inggeris juga mengatakan buah tidak akan jatuh jauh
dari pokoknya. Mungkin Mahathir perlu bertanya dirinya sendiri sama
ada ini adalah masalah sebenar yang sedang dihadapinya.
Terjemahan artikel dari - Malaysia Today