Saturday, April 29, 2017

PENYELESAIAN IPIC-1MDB APRIL 2017 : Apa yang anda perlu tahu

(Terjemahan dari bahasa Inggeris)
 
Ahad, 23 April 2017

Berita tentang 1MDB dan IPIC Abu Dhabi telah mencapai satu persetujuan penyelesaian berjumlah USD6 bilion daripada meneruskan timbang-tara antarabangsa telah memberi kejutan kepada banyak pihak tetapi tidak kepada saya.

Saya sentiasa berkepercayaan bahawa IPIC lah yang akan lebih banyak ruginya seandainya timbang-tara diteruskan.

Pernah sekali petunjuk yang diberikan oleh Singapore Straits Times adalah sebegini:
“Timbang-tara yang rumit dan berpanjangan keatas pertikaian tersebut akan mendedahkan kegagalan-kegagalan serius dalam pengurusan entiti-entiti milik kerajaan seperti 1MDB, International Petroleum Investment Company Abu Dhabi (IPIC) dan syarikat bersekutunya Aabar Investments, kata mereka.”
“Mr Qubaisi, yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC, telah ditahan di Emiriah Teluk. Beliau masih belum didakwa atas sebarang jenayah.”
Mr Khadem Al Qubaisi adalah Pengarah Urusan IPIC dan juga Pengerusi Aabar Investments. Sehingga lewat tahun 2015, beliau tersenarai sebagai orang yang ke-14 paling berkuasa didunia Arab.

Qubaisi dan CEO Aabar Mohamed Badawi Al Husseiny, juga merupakan sasaran kes saman Jabatan Keadilan Negara Amerika Syarikat bagi pengubahan wang haram, adalah orang-orang yang paling terkait bersubahat dalam pertikaian 1MDB-IPIC.

Wang dari 1MDB masuk kedalam akaun mereka, tandatangan mereka merata-rata dalam semua perjanjian antara 1MDB dan Aabar dan mereka juga adalah tuan punya dan pengarah-pengarah apa yang dianggap sebagai “Aabar Palsu” di British Virgin Islands.

Bukti-bukti terhadap mereka terlalu banyak.

Sepatutnya, merekalah orang pertama yang patut didakwa kerana penipuan, rasuah dan salah guna kuasa tetapi kedua-duanya tidak pernah disabitkan kesalahan.

Sebabnya mudah. Jika mereka disabitkan atas jenayah tersebut, ianya merupakan satu pengakuan bahawa pegawai-pegawai tertinggi Abu Dhabi telah menipu 1MDB dengan syarikat-syarikat palsu dan resit-resit dana yang tidak sah. Ini memberi makna 1MDB akan terus menang timbang-tara mengalahkan IPIC.

Qubaisi dan Badawy seandainya didapati bersalah juga akan sangat mengaibkan kerajaan Abu Dhabi kerana ia seumpama Pengerusi dan CEO Khazanah atau PNB didapati bersalah memalsukan dokumen-dokumen dan syarikat-syarikat untuk menipu berbilion dari negara lain.

Oleh itu, adalah tidak mengejutkan sekiranya IPIC telah bersetuju untuk mengenepikan timbang-tara dan mencapai satu penyelesaian dengan 1MDB.

Untuk jangka waktu yang lama, IPIC tidak pernah mengiktiraf bahawa 1MDB telah membayar mereka USD3.5 bilion dan Aabar telah menjamin dua unit dana 1MDB – yang dipanggil unit dana Brazen Sky Cayman dan dana GIL.

Sekarang, IPIC telah mengakui menerima bayaran tersebut dan menyatakan mereka akan berkerjasama dengan 1MDB untuk menyelesaikannya sebagaimana yang telah dilapurkan oleh Bloomberg dan diumumkan oleh IPIC.
“Kedua-dua negara juga bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sebelum Disember 2020 sementara mereka berunding mengenai pertikaian USD3.5 bilion yang berkait dengan kedua-dua bon, jurucakap berkata.”
Sebagai sebahagian dari penyelesaian ini, 1MDB akan membayar USD2.5 bilion melalui hasil yang diperolehi daripada penjualan unit Brazen Sky Ltd. dan 1MDB Global Investment Ltd.

Unit Dana USD2.5 bilion dimiliki 1MDB

Mengimbas kembali, 1MDB masih mempunyai dua aset kewangan dalam bentuk unit.

1) Unit Brazen Sky bernilai USD940 juta.

Ini adalah baki USD2.38 bilion keuntungan dan modal dari pelaburan USD1.8 bilion dalam PetroSaudi dimana USD1.44 bilion telah pun ditebus dan digunakan.

Dana ini dijamin oleh Aabar PJS sebenar (walau pun IPIC pada awalnya mempertikaikannya).

Pemindahan awal dari 1MDB kepada PetroSaudi adalah sumber segala dakwaan bahawa Riza Aziz dan Jho Low telah menerima semua wang tersebut. Sekarang bukan sahaja 1MDB mendapat balik semua wang tersebut malah membuat keuntungan baik sebanyak USD500 juta atas pelaburan dalam PetroSaudi, ia bermakna tidak ada dana yang dicuri disini dan semua pelaburan yang dibuat oleh PetroSaudi adalah sah – kerana itu tiada jenayah dilakukan.

2) USD1.5 bilion dana GIL, juga dijamin oleh Aabar PJS.

Ini adalah baki dari USD3 bilion bon 2013 GIL, dimana USD1.5 bilion telah dikekalkan untuk kegunaan 1MDB sendiri.

Dari dana GIL USD1.5 bilion inilah yang punca asal datangnya dakwaan RM2.6 bilion yang berada dalam akaun Najib.

Jika dana ini kini ditebus, ia bermakna yang RM2.6 bilion tersebut tidaklah mungkin wang yang dicuri kerana tidak ada pun wang yang dicuri.

Kelihatannya dengan pulihnya harga minyak dan komoditi baru-baru ini telah membolehkan aset dibawah kedua-dua dana tersebut dipulihkan dan direalisasikan oleh pengurus dana.

Ia tidak jelas sama ada IPIC/Aabar telah juga menghormati jaminannya dan telah membantu dalam menebus unit-unit tersebut tetapi kemungkinannya adalah besar memandangkan IPIC tidak lagi mahu mengambil risiko menanggung malu.

1MDB pula sentiasa mempunyai Surat Ikatan Jaminan dari Aabar bagi kedua-dua unit ini ditanda-tangani dengan sewajarnya oleh bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar.


Menggunakan hasil USD2.5 bilion tersebut 1MDB kini boleh membayar balik USD1 bilion yang telah dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 termasuk semua faedah tertunggak untuk bon USD3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.

Kesinambungan Susun-atur Pertukaran Aset USD6 bilion bulan Jun 2015

Keseluruhan USD6 bilion pembayaran dan jaminan telah dikenal pasti sebagai aset untuk perjanjian pertukaran aset 1MDB-IPIC bulan Jun 2015 sebagai pertukaran timbal-balik dengan IPIC berdasarkan kepada berikut:

Mari kita senaraikan komponen-komponen individu sebagai a, b, c, d, e dan f.

Aset-aset daripada 1MDB:
    a) USD3.5 bilion cagaran tunai dibayar kepada Aabar BVI.
    b) USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus dana diperkenalkan oleh BSI dan dijamin oleh Aabar BVI). 
    c) USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi – bukan Aabar BVI yang dipertikaikan – ini terdapat dalam lapuran AG dan lapuran PAC).
Aset-aset daripada IPIC:
    d) USD3.5 bilion bon utama 1MDB.
    e) USD1.5 bilion faedah masa-hadapan bon 1MDB sehingga bon matang dalam tahun 2022 untuk bon bernilai USD3.5 bilion.
    f) USD1 bilion pendahuluan secara tunai (dibayar kepada 1MDB bulan Jun 2015).
Dibawah perjanjian penyelesaian terkini, 1MDB akan menebus, berkemungkinan dengan bantuan IPIC berlandaskan jaminan, “b) USD1.5 bilion dana GIL” dan “c) USD940 juta unit dana Brazen Sky”.

Lebih kurang USD2.5 bilion ini kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk membayar “e) USD1.5 bilion faedah masa-hadapan bon” dan membayar balik IPIC “f) USD1 bilion pendahuluan tunai”.

Seperti yang anda boleh lihat, b), c), e) and f) telah pun dilangsaikan.

Kini tinggal a) dan d) untuk diselesaikan.

Dengan itu, pertikaian dengan IPIC sekarang ini terhad kepada “a) USD3.5 bilion yang 1MDB tegaskan telah dibayar kepada IPIC, yang IPIC nafikan telah menerima dan merupakan isu utama dalam timbang-tara mereka.

Tetapi sekarang IPIC akhirnya mengakui bahawa memang terdapat pembayaran tersebut dan mereka memberitahu mereka akan berkerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan bayaran-bayaran ini yang kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk membayar d) USD3.5 bilion bon dimana akhirnya akan matang dalam masa lima tahun pada tahun 2022.

Itulah sebabnya mengapa IPIC dan 1MDB memberi diri mereka masa sehingga tahun 2020 bagi menyelesaikan perkara ini dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang diantara satu sama lain dalam tempoh tersebut.

Susun-atur ini juga bermakna 1MDB tidak melepaskan haknya untuk menyaman IPIC secara sah berhubung USD3.5 bilion ini tetapi hanya boleh berbuat demikian selepas tahun 2020.

Penyelesaian ini amat jelas masih dalam semangat asal susun-atur pertukaran timbal-balik aset Jun 2015 dan adalah sebenarnya, jelas merupakan satu perkembangan daripada perjanjian tersebut.

1MDB dengan jelasnya membuat perkembangan baik untuk mendapatkan kembali wang mereka dan melangsaikan hutang-hutang dan saya dapat melihat penebusan dan penjualan unit-unit dana merupakan langkah kedua terakhir. Adalah diharapkan 1MDB dan IPIC boleh mengambil langkah mutakhir untuk menyelesaikan baki terakhir USD3.5 bilion.

Hakikat bahawa IPIC akhirnya mengakui terdapat pembayaran USD3.5 bilion daripada 1MDB kepada “pihak-pihak tertentu” bermakna terdapat satu lagi langkah kritikal bagi 1MDB yang pada akhirnya perlu menjelaskan semua kontroversi dan dakwaan-dakwaan berkaitan “kehilangan wang”.

Dasar asas saman sivil DOJ Amerika Syarikat Julai 2016 dan penyiasatan Switzerland adalah berlandaskan fakta bahawa 1MDB mengesahkan ia telah membayar wang kepada IPIC tetapi IPIC dikala itu terdahulunya ditahun 2016 menegaskan mereka tidak menerima wang tersebut - dengan itu terdapat kehilangan wang dan ia merupakan pengubahan wang haram.

Sekarang IPIC telah mengakui memang terdapat pembayaran tersebut maka ia bermakna tidak ada “wang hilang” dan dengan itu tiada pengubahan wang haram.

Untuk mengimbas kembali secara terperinci persoalan mengapa dakwaan “wang hilang” tersebut tidak pernah dimiliki secara sah oleh 1MDB dan mengapa DOJ Amerika Syarikat dan penyiasatan pihak Swiss akan gagal, bacalah tulisan saya bulan Julai 2016.