Tuesday, December 05, 2017

Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS Keatas 1MDB Terbukti Satu Pembohongan

Tindakan Guaman (Undang-Undang) 1MDB Apa?

 Thomas C Goldstein

"Pada masa ini tiada tindakan terhadap 1MDB. Hanya terhadap harta yang dianggap telah diperolehi dengan menggunakan wang milik 1MDB," tegas Thomas C Goldstein, Penasihat Advokat, Mahkamah Agong AS ketika ditanya mengenai tindakan pelucutan sivil terhadap 1MDB."

Tom Goldstein menjawab soalan yang dibangkitkan semasa ceramahnya mengenai "Ligitasi (Undang-Undang) Jenayah di Amerika Syarikat" di Fakulti Undang-Undang UiTM hari ini.

Beliau berkata berdasarkan Perlembagaan Amerika Syarikat, tiada siapa yang sepatutnya dilucutkan hak pegangan aset mereka tanpa proses undang-undang yang wajar, dan semua proses perundangan yang memerlukan penghakiman mestilah diselesaikan sebelum aset boleh dilucutkan hak.

"Jabatan Kehakiman (DoJ), berdasarkan aduan tersebut, hanya mengesan (aliran) wang yang difikirkan ianya ada kaitan dengan 1MDB. Pada saat ini, tidak ada cadangan mengenai sebarang sasaran jenayah," tambahnya.


Tom Goldstein adalah salah seorang pengamal Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang berpengalaman dan perwakilannya merangkumi hampir keseluruhan Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat.

Sebagai seorang peguam pendebat di Mahkamah, Tom telah memenangi kes-kes yang melibatkan timbang-tara ('arbitration'), kebankrapan (muflis), prosedur sivil, undang-undang kurang-upaya, diskriminasi pekerjaan, Pindaan Keempat, kebebasan bersuara, pembelaan diri ('habeas corpus'), immigrasi, buruh, sekuriti, dan tanda-perniagaan.

Apabila ditanya kepada siapakah wang yang dirampas itu akan dikembalikan, Tom menjelaskan isu itu telah meletakkan DoJ dalam keadaan kebingungan ('limbo') kerana 1MDB telah menegaskan wang tersebut bukan milik mereka, sedangkan kes adalah berdasarkan kepada wang yang telah diambil daripada 1MDB, yang dibuat oleh pengadu yang tidak mewakili 1MDB.