Wednesday, December 12, 2018

Buat Renungan Bersama : Erti dan Ganjaran Suatu KEJUJURAN

Dibawah ini adalah email yang diterima daripada seorang sahabat, yang mengesahkan tentang kejujuran dan ganjaran yang diperolehi daripadanya; baca dan hayatilah untuk renungan kita bersama :

(Tidak ada yang diubah, melainkan nama "Jim" digantikan dengan nama "Yusof" disesuaikan dengan identiti Malaysia; dan email asal dalam bahasa Inggeris diletakkan dibahagian bawah)


Seorang ahli perniagaan yang amat berjaya telah beransur lanjut usia dan mengetahui ini adalah masa untuknya memilih seorang pengganti bagi menguruskan perniagaannya.

Daripada memilih salah seorang daripada pengarah-pengarah atau anak-anaknya, dia membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Dia memanggil kesemua eksekutif muda dalam syarikatnya.

Dia berkata, “Telah sampai masanya untuk saya berundur dan memilih Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) seterusnya. Saya telah memutuskan untuk memilih salah seorang daripada kamu.

Eksekutif-eksekutif muda tersebut terkejut, tetapi bos terus berkata. “Saya akan beri setiap seorang kamu satu biji BENIH hari ini – satu BENIH yang sangat istimewa. Saya mahu kamu semai benih tersebut, sirami ia, dan datang balik kesini satu tahun dari sekarang dengan apa yang kamu telah perolehi daripada benih yang saya berikan. Saya akan nilai tanaman yang kamu bawa, dan orang yang saya pilih akan menjadi KPE yang akan datang.

Seseorang, bernama Yusof, berada disitu hari itu dan dia, seperti yang lainnya, menerima sebiji benih. Dia pulang kerumah dan dengan gembiranya, menceritakan kepada isterinya. Isterinya membantu mendapatkan pasu, tanah dan baja dan dia pun menanam benih tersebut. Setiap hari, dia akan menyiram dan melihat sekiranya ia telah mula tumbuh.