Wednesday, April 25, 2012

SPR Dijadikan Kambing Hitam Untuk Menutup Kebodohan Mereka


Keputusan pilihanraya ke 12 pada tahun 2008 menunjukkan 49 % rakyat Malaysia menolak BN dan 51 % memilih BN.

Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan tewas di empat negeri. Pada masa itu BN berada dalam keadaan tidak keruan dan parti Pas, DAP dan PKR terus mendapat tempat di hati rakyat.

Rakyat percaya pakatan pembangkang dan rakyat pilih mereka. Tetapi sayangnya mereka tidak menggunakan sebaik mungkin kesempatan yang rakyat berikan untuk menunjuk dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari BN.

Sejak hari pertama mereka mentadbir negeri-negeri yang dirampas daripada BN atau sejak hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehinggalah ke hari ini, mereka lebih banyak buat kerja-kerja bodoh yang tidak disukai atau bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia. Akibat kebodohan mereka itu dan kecerdikan BN melakukan pelbagai transformasi menjadikan situasi kini kembali memihak kepada BN.

Di negeri-negeri yang mereka bentuk kerajaan, walaupun telah menjadi kerajaan tetapi otak mereka masih lagi otak kelas E. Tidak menunjukkan sikap sebagai sebuah kerajaan. Masih lagi mengamalkan cara atau budaya politik bodoh.

Contoh, apabila timbul kes rasuah di Selangor dan siasatan dilakukan oleh SPRM. Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan, sepatutnya menunjukkan sikap yang profesional dan contoh yang baik sebagai ketua dengan memberi kerjasama kepada SPRM. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia juga terikut-ikut dengan cara pencacai-pencacai PKR membuat tuduhan-tuduhan yang tidak baik kepada SPRM dan menghalang SPRM untuk melakukan siasatan.

Jangan ingat rakyat tak nampak semua itu, rakyat nampak. Mereka perhatikan dan mereka buat perbandingan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin BN apabila orang mereka disasat atau didakwa oleh SPRM. Kemudian orang akan bercakap dan lama kelamaan ianya tersebar secara meluas.


Satu lagi contoh, isu demonstrasi air di Masjid Negara pada hujung 2010. Orang ramai pun pelik melihat apabila seorang MB yang mengetuai sebuah kerajaan boleh menganjurkan satu perhimpunan haram dan nak berarak di KL.

Begitu juga dengan perhimpunan-perhimpunan haram yang lain sebelum ini. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang ada jawatan dalam kerajaan mereka turut terlibat.

Itu belum dikira lagi dengan fatwa karut marut oleh Nik Aziz dan kebodohan-kebodohan lain yang Pas lakukan. Semua itu antara yang menjadi punca mereka semakin ditolak sekarang ini.

Orang ramai nampak semua itu dan mereka boleh buat penilaian. Jangan ingat apabila anda mendapat sokongan 10-20 ribu orang pengikut anda, maka anda terus membuat tafsiran semua rakyat Malaysia bersama anda. Ingat....berjuta lagi yang kamu tak nampak. Pengundi terbesar bukan ahli Umno, MCA, MIC, PAS, PKR , DAP atau lain-lain parti. Pengundi terbesar adalah rakyat yang tidak berparti atau tidak berpolitik. Yang memenuhi demonstrasi atau ceramah-ceramah majoritinya adalah mereka yang ahli parti yang undi mereka sudah dijamin tidak akan hilang.

Terus teranglah saya katakan, seandainya sejak 2008 hingga ke hari ini pakatan pembangkang betul-betul gunakan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka dan buktikan mereka lebih baik dari BN, maka tidak mustahillah BN akan tumbang dalam PRU akan datang.

Dalam soal berpolitik pakatan pembangkang sebenarnya tak cerdik. Dalam soal fitnah dan propaganda, YA. Bab itu mereka memang cekap.

Majoriti rakyat Malaysia tidak suka kepada perhimpunan yang mengganggu kehidupan seharian mereka atau kekecohan. Tapi itulah yang mereka pilih. Apabila tidak dapat sokongan rakyat, mulalah buat tuduhan kerajaan dan SPR menipu.

Seperti yang saya kata diatas, mereka ingat apabila mereka dapat sokongan 20-30 ribu pengikut mereka, maka seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka.


Contoh kebodohan mereka berpolitik. Kes flat Kg Kerinchi. Disana ada 477 keluarga yang diminta berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah baru untuk mereka. Rumah ganti sementara dan segala urusan pemindahan ditanggung beres. Apabila rumah baru siap mereka akan kembali ke tempat itu dengan rumah yang lebih selesa dan bernilai lebih tinggi.

Seramai 433 orang gembira dan setuju dengan tawaran yang diberikan kerajaan. Datang pembangkang hasut 34 orang supaya jangan berpindah dan lawan kerajaan. BN dapat sokongan 433 orang, PKR pula dapat sokongan 34 orang. Jadi, siapakah yang lebih cerdik ? Jika ditakdirkan dalam 433 orang itu ada 100 orang penyokong pembangkang, mereka pun akan jadi benci kepada pembangkang kerana tindakan-tindakan bodoh itu. Bila kalah pilihanraya, SPR yang disalahkan. Padahal mereka yang bodoh.

Begitu juga dalam hal penyenaraian Felda. Disaat ribuan peneroka-peneroka Felda bersetuju dan gembira dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menyenaraikan Felda , pembangkang pula cari sokongan 8 orang peneroka Felda pergi fail injuksi untuk halang mesyuarat. Sudah tentu yang ribuan orang lagi akan marah. Apabila datang pilihanraya nanti dan mereka kalah, SPR lagi yang menjadi mangsa.


Beberapa kerat pemimjam-pemimjam PTPTN yang enggan bayar hutang, itu mereka pertahankan. Dengan anggota polis yang ratusan ribu orang mereka bergaduh. Apabila kalah undi Pos, SPR juga yang disalahkan.

Penjenayah seperti Kugan, mereka pertahankan sampai ke lubang kubur. Orang yang menjadi mangsa jenayah sudah tentu akan marah. Apabila orang tolak mereka dalam pilihanraya, SPR juga yang disalahkan.

Hassan Ali orang yang mendapat sokongan orang-orang melayu di Selangor mereka pecat. Khalid Samad yang dibenci orang-orang melayu di Selangor mereka julang. Apabila kalah pilihanraya, SPR juga yang kena.

Menjelang pilihanraya yang tidak berapa lama lagi dan mereka sedar yang mereka semakin ditolak oleh rakyat, maka mereka akan gerakan satu perhimpunan Sabtu ini kononnya nak protes sistem pilihanraya yang dikatakan tidak betul. Semuanya untuk mengabui mata rakyat bagi menutup kesalahan sendiri dan membuat tuduhan jahat kepada kerajaan.

Teruskanlah perhimpunan Sabtu ini dan kalau boleh beraraklah keliling KL. Ada maklumat yang mengatakan mereka nak duduk di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei. Duduklah sampai pilihanraya pun tak mengapa. Lagi kamu buat bodoh lagi kami sokong kerana kebodohan kamu menguntungkan kami.


Posted by RBF Online
Selasa, 24 April 2012