Aku tak berapa kenal siapa dia ini dan apa masaalah dia sampai naik hangin macam ini,tapi aku suka nak bagi orang tenguk video ini.Dah memang kerja aku suka tunjuk dan cerita hal yang busuk busuk pasal parti aku sendiri.Kalau nak tenguk dan baca pasal Umno yang wangi wangi boleh lawat blog yang satu lagi tu (siapa ya) yang memang kerja dia tunjuk yang molek molek dan yang wangi wangi.
Lepas aku post video ini bolehlah dia melaporkan aku kepada LEMBAGA DISIPLIN UMNO untuk diambil tindakan...tapi ada aku kisah? Ha ha ha...
P/S : Bila aku siarkan material material yang macam ini blogger yang seorang tu melenting kata aku asyik hentam parti sendiri dan tak balun Pakatan Rakyat. Konon nya aku ini parasit yang merosakKan parti dari dalam tapi dia sedar tak betapa perkara perkara yang macam ini lah yang menghancurkan parti kalau tidak disedarkan dan disiarkan untuk ditonton penyokong kerajaan.
Asyik nak bagi penyokong yang dah tentu menyokong kerajaan baca cerita yang molek molek dan wangi wangi sedang hakikatnya masaalah macam ini berlaku setiap masa dihampir semua bahagian yang bila tiba masanya menghadapi PRU13 akan mejadi faktor sabotaj Umno sendiri dari dalam.
Tujuan aku siarkan hal hal buruk ini supaya semua orang sedar dari lamunan dan mimpi yang syok syok dan menghadapi realiti keluh kesah ahli ahli diperingkat akar umbi yang menjadi tulang belakang Umno.
Lain-Lain Artikel Berkaitan:
Akar Umbi : Aksi Bakal Ahli DAP Dirasuk Hantu Pasir
Empayar Pemuda : Hot : Nizar Tak Sedar Sebenarnya Perkara Ini Memalukan Dia....?
KL Boyz Channel : Keluar UMNO Kerana Tak Dapat Untung Pasir..!!!