Friday, May 04, 2012

Haji Hadi Berfatwa - Wajib Sebarkan Aib Pemimpin Pakatan Haprak @ Tidak Bermoral


Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009


Haji Hadi berkata:

“Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.

Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.

Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.

Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).

Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”

Lantaran dari penegasan dan kenyataan yang ikhlas dari Haji Hadi ini, maka sebagai penulis, aib yang dilakukan oleh semua yang melibatkan pemimpin tidak bermoral pakatan haprak wajib didedahkan.

Pembaca juga wajib diberi pendedahan secara eksklusif dengan segala cerita peragai dan kelakuan tidak bermoral pakatan haprak.


pendedahan yang sangat mengaibkan..tetapi wajar didedahkan kerana ini adalah FATWA Haji Hadi…

Dicatat oleh Wak Long Man, Friday, May 4, 2012