Wednesday, May 02, 2012

HOT: FATWA TERBARU NIK AZIZ, Nak Lawan Agong Ke Orang Tua Ni?



Ini fatwa nik aziz terbaru tapi aku tak pasti ayat quran mana dia rujuk dan hadis mana dia guna. Tapi dalam Quran Allah ada sebut sedemikian;

An-Nisa' [59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Ali Imran [26]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Nik aziz nampaknya semakin kemaruk nak berkuasa sehingga sanggup nak lawan pemerintah yang Allah angkatkan untuk memerintah negara ini. Seumpama tidak redha dengan apa yang berlaku gara2 nakkan kuasa cepat dah tak tahan tunggu PRU.

Sepatutnya kalau nik aziz merasakan pemerintah yang ada sekarang tidak bertepatan dengan pemerintah islam yang Allah kehendaki seperti tinggalan rasulullah saw dan sahabat, dia tak sepatutnya buat usaha tukar kerajaan yang ada dengan cara demokrasi kerana sistem ini sendiri bukan ciptaan Allah tetapi sistem ciptaan orang kafir seperti sistem riba dalam ekonomi. Bagaimana nik aziz nak perjuangkan islam dan bentuk pemerintah islam guna cara bukan islam? Seumpama nik aziz nak cuci najis, mana boleh cuci najis kerana najis takkan bersih melainkan buang najis tu dan tak perlu nak cuci najis tu, buat apa nak cuci najis, buang jela najis tu. Nik aziz boleh cuci sistem riba dengan cara halalkan riba wahai nik aziz? Takkan berjayanya nik aziz nak perjuangkan islam dan adakan pemerintah islam dengan cara berparti ni wahai nik aziz, takkan berjayanya. Kerana cara ni ialah cara bukan islam, bagaimana Allah nak bantu? Takkan Allah bantu wahai nik aziz, tengoklah perjuangan islam ala PAS dah nak masuk 60 tahun dah tak dapat2 pun pemerintah islam, yang jelas dasar islam parti pun dibuang dah (gugur hudud dan gugur bentuk negara islam). 

Walhal Rasulullah saw dan sahabat tunaikan perintah Allah di mekah selama 13 tahun dengan segala susah payah, akhirnya Allah "kurniakan" mereka kuasa di Madinah.

Lihatlah sejarah Islam 1400 dulu wahai Nik Aziz. Apa yang berlaku di Mekah selama 13 tahun? Ada Rasulullah saw dan sahabat buat apa yang Nik Aziz buat?, bentuk parti dan lawan parti abu jahal abu lahab? sudah pasti tidak ada. Oleh kerana bengangnya abu jahal abu lahab dan kafir mekah pada rasulullah saw dan sahabat yang jalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak kalimah syahadah pada rukun islam pertama), sanggup mereka semua selaku pembesar mekah tawarkan kuasa, harta, wanita kepada baginda agar berhenti jalankan kerja amar makruf nahi mungkar namun baginda tolak kerana tiada lebih utama pada seorang rasul selain jalankan kerja amar makruf nahi mungkar pada manusia iaitu cegah mungkar orang bukan islam tak mengaku Allah supaya terima Allah sbg tuhan dan terima baginda saw sbg pesuruh Allah dan mengajak umat islam mentaati Allah. Ada nik aziz buat kerja amar makruf nahi mungkar dan ajar serta ajak ahli PAS spt rasulullah saw ajak sahabat lakukan kerja yang sama yg merupakan hak kalimah syahadah? Jawapannya sudah pasti TIDAK kerana selama aku dan arwah bapak aku dalam PAS dulu 90'an tidak pernah dengar nik aziz dan hadi awang serta ustaz2 PAS mengajar dalam kuliah agama mereka tentang ni melainkan asyik mengkafirkan sedara seislam tak habis2.

Disini jelas bahawa untuk tegakkan islam & pemerintah islam tidak perlu usaha "dapatkan" kuasa wahai nik aziz, hadi tetapi cukup jalankan kerja amar makruf nahi mungkar kerana Allah janjikan dengan kerja amar makruf nahi mungkar diberi iman yang kuat sebab itu 'no wonder' sahabat yang asalnya jahiliah bersama rasul jalankan kerja amar makruf nahi mungkar akhirnya Allah tukar mereka dari musyrik jadi beriman. Disini jelas bahawa sahabat jadi beriman kerana bersama rasul saw jalankan kerja amar makruf nahi mungkar seperti janji Allah;

Surah Ali-Imran [110] : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia (orang bukan islam dan orang islam), untuk kamu mengajak kepada makruf dan mencegah yang mungkar, dengan itu kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

Hadis

Abu Said al-Khudri r.a, sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; “Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya(dakwah dengan percakapan), sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya(mendoakan hidayat) dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Ayat quran dan hadis diatas jelas Allah tunjukkan bhw manusia jadi beriman bila tunaikan hak kalimah syahadah pada rukun islam pertama yang selama ini kita umat akhir zaman sudah abaikan dan tinggalkan termasuklah nik aziz dan hadi awang. Berlainan dengan sahabat mereka bertukar dari jahiliah kepada beriman setelah bersama rasul saw tunaikan hak kalimah syahadah iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar. Jelas disini Allah tunjuk kepada kita bahawa iman meningkat kepada Allah bila tunaikan kerja amar makruf nahi mungkar. Dan ini adalah perintah Allah yang harus kita ambil berat kerana ia tuntutan rukun islam pertama dan beserta solat yg merupakan rukun islam kedua (yang Allah turunkan pada peristiwa Israk Mikraj sekitar tahun ke 11 di mekah rasulullah jadi rasul) seperti ayat berikut;

Luqman [17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan jalankanlah kerja amar makruf nahi mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu (perintah jalankan kerja amar makruf nahi mungkar dan solat) adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

Setelah jadi beriman ke tahap yang Allah kehendaki barulah Allah "kurniakan" kuasa di madinah kepada rasulullah saw dan sahabat, yang Nik Aziz dan Hadi Awang nak sangat tu tanpa buat usaha yang salah iaitu guna sistem demokrasi seperti nik aziz nak hadi buat dengan bentuk parti islam diberi nama, PAS untuk lawan UMNO dan sekiranya tak dapat lawan cara undi dalam sistem demokrasi yang terkini nik aziz nak gulingkan kerajaan cara kekerasan seperti fatwanya diatas.

Walhal kalau Nik Aziz, Hadi Awang, Najib, Tun M, Muhyidin, ahli-ahli PAS & UMNO serta semua rakyat Malaysia yang islam buat apa yang rasulullah saw dan sahabat lakukan di Mekah selama 13tahun maka kita semua jadi beriman seperti sahabat, mudah je bagi Allah akan angkat pemerintah dikalangan kita yang kuat imanya dan memimpin Malaysia dengan baik dan keadilan sebenar islam seperti janji Allah dibawah;

An-Nur [55] : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Nota: Kalau tak beriman dapat kuasa jadilah macam PAS pegang negeri aku dulu 1999 -2004. Semua kroni PAS sibuk bahagikan tanah sesama dorang. Yang tak layak terima duit biasiswa Yayasan Terengganu pun jadi layak asalkan anak pembesar PAS terengganu untuk anak belajar ke Timur Tengah. Ishh ....baru satu penggal pegang ganung dah buat perangai macam tu. Sebab itu Allah "kurniakan" kuasa kepada orang islam setelah mencapai tahap beriman sebab Allah maha mengetahui hanya orang beriman boleh menangani dan mentadbir kuasa, harta negara dan bertindak adil kepada rakyat. Selagi belum lahir orang benar-benar beriman di Malaysia ni, Nik Aziz Hadi Awang dan ahli PAS taat je(yang tidak berlawanan denga Quran & Sunnah) pemerintah yang ada sekarang dan kalau nak Allah tukar kerajaan yang baik buat kerja yang Rasulullah saw dan sahabat lakukan seperti aku terangkan kat atas atau disini KLIK


Posted by SELAMATKAN MALAYSIA.