Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh meluahkan perasaan kekecewaannya terhadap bekas naib presiden parti itu Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri, seperti dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Karpal yang terkenal sebagai pengamal undang-undang menyelar pelan transformasi Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.
"Saya agak terperanjat dengan kenyataan Tunku bahawa PM berada di landasan yang betul. Apa yang penting, Najib tidak harus kekal di pinggiran apabila bercakap soal pelan transformasi," kata Karpal dalam sidang media di Pulau Pinang.
"Langkah pertama yang mesti dilakukannya mengembalikan semula status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, tarikh kemerdekaan negara ini," tambahnya.
(Tulisan dari blog) Penghuni Gua : Itulah yang sebenarnya terjadi bila DAP dan PKR memerintah. Semua bukan bumiputra yang lahir pada atau selepas 31 ogo 1957 akan diberi status Bumiputra.
2. Itulah agenda besar puak ini. Mereka tetap akan pinda perlembagaan mengenai bab ini. PKR akan sokong sebab terpaksa mengemis undi pada DAP. PAS jangan cakaplah ... mereka hanya kuda tua untuk makanan harimau DAP aje.
3. Pengundi muda... ingat..., apa yang kami yang tua ini bimbangkan itu kini telah didedahkan oleh Karpal sendiri mengenai ini. Inilah agenda jangka panjang mereka. Dan selepas kepada pindaan mengenai isu ini.... maka senanglah mereka merubahkan yang lain. Banyak kesan besar bila statusnya di ubah. Semua kita tahu....
4. Ingat pengundi muda................ anda menempah maut jika undi PR. Maut menanti anak cucu anda jika stautus ini dipinda dalam perlembagaan dan rentetannya selapas itu.
5. Ingat bila mengundi..... ingat tentang apa yang akan DAP lakukan nanti mengenai ini bila mereka berkuasa nanti. Melayu dan Bumiputra akan jadi anjing kurap aje.Ingat pengundi muda............ Dah lama kami merasai dan mengenali DAP ini. Apa lagi lelaki Y dan PAS ini. . ingat semua ..............