Monday, May 14, 2012

Saya Tidak Yakin BN Akan Menang PRU 13 Sebelum 28 April 2012

RBF Online

Penggal ke 12 Parlimen Malaysia berbaki tidak sampai setahun lagi dan PRU ke 13 boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang hingga April 2013.

Banyak pihak meramalkan hari ini (Isnin 14 Mei 2012) parlimen akan dibubarkan. Saya berpendapat dan yakin itu tidak berlaku.

Saya jangkakan PRU 13 akan diadakan sebelum bulan Ramadhan menjelma. Paling lewat pun hari mengundi akan berlangsung seminggu sebelum puasa bermula.

Beberapa hari lepas saya ada bertanya rakan-rakan pembaca, adakah BN akan kembali memerintah selepas PRU kelak ? Lihat di sini....

Rata-rata respon yang diterima menyatakan keyakinan BN akan kembali membentuk kerajaan pada PRU 13 kelak ?

Semoga ramalan anda tepat....

Banyak pihak mengatakan PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihanraya. Ya, memang benar, istilah itu tepat sekali. BN hendak mempertahankan kuasa yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi sebelum tergelincir. Manakala pembangkang pula sedang galak berusaha untuk mencapai kuasa yang hanya sedikit sahaja lagi untuk digapai.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung kacang butir kita mamah.....

Tanggal 8 Mac 2008 adalah satu hari yang meninggalkan sejarah hitam buat BN apabila buat julung-julung kalinya mereka hilang 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas dari tanggal itu sokongan kepada pembangkang semakin hari semakin bertambah. Orang-orang Umno sendiri pun ramai yang cabut lari untuk naik kapal baru,  dan Umno serta BN semakin hari semakin lemah. Nak pakai baju Umno takut, bendera tidak berani pasang, pelekat kereta ditanggalkan dan yang paling malang apabila ada ahli Umno yang tidak lagi mahu mengaku sebagai ahli Umno kerana malu. Sebaliknya mereka mengaku sebagai rakyat yang tidak berparti.

Pembangkang semakin syok dan galak dengan sokongan yang mereka terima. Berbagai-bagai benda-benda bodoh yang mereka lakukan. Anwar yang sudah lama tidak meliwat pun berani kembali meliwat. Dia tahu sekiranya kantoi dia boleh kata itu Umno punya kerja kerana dengkikan kepadanya akibat sokongan kepada pembangkang semakin hari semakin meningkat ketika itu.

Pembangkang menang pilihanraya demi pilihanraya kecil bermula di Permatang Pauh ke Kuala Trengganu, bawa ke Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir. Pembangkang terus dibuai mimpi indah dan mereka terus syok serta yakin mereka akan menang PRU 13.

Disebelah pihak BN pula telah berlaku perubahan pucuk kepimpinan dan beberapa transformasi telah diperkenalkan oleh Datuk Najib. Berkat usaha dan semangat juang yang tinggi dari pucuk pimpinan dan penyokong-penyokong setia BN yang tidak kenal erti mengalah, akhirnya BN mula menemui rentak di Bagan Pinang dan Hulu Selangor. Kemudian tewas pula di Sibu. Selepas itu menang pula di Galas , Batu Sapi , Tenang dan Kerdau.

Daripada 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Keputusannya, 8 dimenangi BN dan 8 dimenangi pembangkang. Boleh lihat di sini

Keputusan pilihanraya kecil tersebut tidak boleh dijadikan kayu ukur oleh BN sebagai penanda aras pada PRU 13. Bagi pembangkang lain pula ceritanya. Kemenangan 8 kerusi tersebut menjadi mereka terus syok dan sudah tidak nampak benda lain selain dari Putrajaya. Mereka terus dengan kerja-kerja bodoh, fitnah yang tidak habis-habis terhadap PM dan isteri, manakala Pas telah membuka keahlian mereka kepada penganut agama lain serta menjadikan PAS yang selama ini milik islam dengan berkongsi Pas bersama-sama hindu, kristian , buddha  (PAS FOR ALL).

Tidak setakat itu sahaja Pas yang selama ini tebal islamiknya sanggup pula menggadaikan kalimah Allah serta membawa masuk pemimpin-pemimpin DAP serta PKR yang bukan islam ke dalam surau dan masjid. Pemimpin Pas pula masuk gereja. Tidak tamat setakat itu, Pas gugurkan pula perjuangan islam yang mereka dukung sejak Pas ditubuhkan. Tidak tamat lagi, Pas pecat pula Dr Hasan Ali kerana mempertahankan orang-orang islam dari murtad. Semuanya dilakukan demi untuk menjaga hati DAP dan PKR serta bagi memastikan Pas berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama DAP dan PKR apabila mereka ke Putrajaya kelak.

Bagi PAS, DAP dan PKR undi cina lebih penting dan boleh merealisasikan impian mereka ke Putrajaya. Mereka tahu undi melayu akan berpecah kepada dua atau tiga. Manakala undi cina pula mutlak kepada mereka. Mereka terus syok, lepas bersih 2 , buat pula bersih 3, dan sekarang sedang merancang bersih 4.

Sekarang saya hendak bersama rakan-rakan pembaca yang telah menyatakan pandangan mereka dalam tulisan yang lepas samada BN boleh menang atau tidak PRU 13 ?

Pendapat saya....

Sebelum 28 April 2012 , saya merasakan kedudukan BN dan pembangkang 50-50. Maknanya tidak ada keyakinan yang kuat dalam diri saya yang BN boleh menang pada ketika itu.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas rusuhan bersih 28 April 2012. Saya yakin BN akan terus membentuk kerajaan selepas PRU 13. Cuma saya belum yakin samada BN boleh mendapat majoriti 2/3 atau tidak di Dewan Rakyat ? Saya hanya merasakan BN akan kekal lebih kurang sama dengan kedudukan sekarang.

Tetapi,  saya yakin BN boleh dapat majoriti 2/3 sekiranya pembangkang adakan sekali demo bersih atau bersih 4. Oleh yang demikian kepada penyokong-penyokong BN sekalian sama-samalah kita semua berdoa agar pembangkang dapat adakan bersih 4 dengan segera jika kita mahu menang 2/3.

Bersih 2 tahun 2011 meninggalkan persepsi yang sangat tidak baik kepada kerajaan BN. Namun rusuhan bersih 3 telah mencuci semua persepsi itu. Persepsi buruk terhadap polis dan kerajaan yang tertanam dalam minda rakyat pada bersih 2 kini dicuci oleh pembangkang sendiri. Rakyat mula sedar apa yang dilakukan polis pada masa itu benar dan tepat. Hari ini pula kesan yang tidak baik itu kembali kepada mereka.

Rata-rata masyarakat tidak boleh menerima keganasan yang pembangkang lakukan semasa rusuhan 28 April. Masyarakat tidak boleh menerima apabila melihat anggota polis dipukul, disepak , diterajang dan kereta polis diterbalikkan. Sebaliknya masyarakat boleh menerima apabila melihat polis memukul dan menangkap perusuh. Jawapan mereka senang, "siapa suruh buat jahat dan siapa suruh buat kacau" ?

Yang tidak boleh terima perusuh dipukul dan boleh menerima anggota polis  dipukul, disepak , diterajang, kereta polis diterbalikkan adalah dikalangan juak-juak dan pencacai setia pembangkang. Orang seperti itu sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Orang-orang bodoh yang taksub memang akan berada dalam mana-mana kumpulan . 

Dalam Quran Allah sudah nyatakan terang-terangan tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW dan itulah Nabi yang terakhir. Akan tetapi apabila ada ketua-ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Nabi, pun masih ada lagi manusia yang percayakannya. Paling malang lagi ada dikalangan mereka yang percaya kepada individu yang mengaku Nabi itu adalah dikalangan mereka-mereka yang terpelajar serta golongan profesional. Jadi kalau setakat peguam-peguam pekak dan sengal majlis peguam yang mengadakan EGM hujung minggu lepas semata-mata taksub kepada pembangkang, apa kita hairan ?

Kepada pembangkang, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Putrajaya kini hanya tinggal impian akibat kebodohan sendiri. Rakyat sudah beri peluang kepada kamu tahun 2008 , dan sepatutnya peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan yang kamu semua lebih baik dari BN. Tapi sayangnya kamu semua tidak menunjukkan kematangan dan kecerdikan. Kamu semua bodoh dan rakus. Peluang hanya datang sekali dan tak datang banyak-banyak  kali. Sekarang campaklah impian kamu untuk Putrajaya di Plaza Tol Kajang.

Jangkaan saya parti pembangkang yang akan kalah teruk dalam PRU 13 adalah Pas. PKR pula akan tewas teruk di kerusi-kerusi melayu. Manakala yang terus gah dan gah, mara dan mara adalah DAP. Maka tidak salah selama ini apabila kita katakan DAP GANTI PAS.