Friday, May 11, 2012

SELAMAT JALAN TUNKU ABDUL AZIZ





Aku rasa Tunku Abdul Aziz telah silap langkah dalam berpolitik. Dia masuk DAP kerana percaya dengan janji-janji manis kononnya DAP benar-benar jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan demokrasi dan hak untuk bersuara. Sebaik sahaja dia masuk DAP, terus dapat bermacam habuan. Dapat jadi Naib Presiden, dapat jadi Senator.

Tapi bila dia berani untuk menyuarakan pendapat peribadinya, apa yang dia dapat? Maki hamun dan cercaan bukan sahaja dari penyokong Pakatan dan parti DAP, malahan pemimpin DAP dan Pakatan pun tumpang sekaki untuk menyerang Tunku Aziz.

Lim Kit Siang lupa agaknya, dia pernah tulis buku bertajuk “Right To Differ”/”Hak Untuk Berbeza”. Rupa-rupanya hak untuk berbeza cuma boleh dipakai untuk menghentam Kerajaan! Tapi kalau ada perbezaan pendapat dengan parti atau dengan Pakatan, hak untuk berbeza dah tak wujud. Kena duduk senyap sahaja walaupun apa yang dibuat tu jelas tak betul.

Tunku Aziz kata perhimpunan Bersih patut dibuat mengikut lunas undang-undang. Kalau dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang, perhimpunan tu boleh bertukar ganas. Tapak alternatif seperti Stadium Merdeka telah diberi, mengapa perlu berkeras berhimpun di Dataran Merdeka sedangkan untuk Bersih 2.0, mereka tiada masalah berhimpun di Stadium Merdeka?



Yang sedihnya, ramalan Tunku Aziz benar belaka. Perhimpunan yang kononnya aman bertukar menjadi ganas kerana provokasi dan hasutan pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Kini, Tunku Aziz dihukum kerana dia berpegang kepada prinsip berani kerana benar.  Dia digugurkan dari senarai Senator oleh DAP dan dengar khabarnya akan turut dilucutkan jawatan Naib Presiden DAP dan dipecat dari parti DAP. Memang betullah DAP ni Democratic Action Party – demokrasi tu eksyen je lebih, tapi sebenarnya lebih kepada autokratik dan kuku besi!