Monday, May 14, 2012

Tunku Aziz akhirnya keluar Dap




Sebentar tadi di TV 7, satu wawancara eksklusif 30 minit , Tunku Abdul Aziz memaklumkan akan mengundur kan diri dari Dap malam ini juga. Ini kerana pandangan dan nasihat beliau dalam Dap tidak dihargai.

Wawancara tersebut telah dikendali kan oleh dua wartawan TV7 iaitu rakan twitter Mohan Raj dan Norzi Pak Wan. Tahniah kepada Tunku kerana mempunyai view yang cukup bijak dalam usianya berbanding Nik Aziz dan Lim Kit Siang.


HOT....TUNKU AZIZ KELUAR DAP


 
Akhirnya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemimpin paling kanan Melayu dalam DAP, telah meletak jawatannya sebagai naib pengerusi dan keluar parti. Menurutnya kepada MalaysiaKini, "Saya merasakan bahawa kedudukan saya tidak lagi dapat dipertahankan dan saya tidak lagi mampu untuk berkhidmat mewakili Pulau Pinang dan parti saya."

Dengan kenyataan yang sebegitu, iaitu 'tidak lagi dapat dipertahankan', apakah bermaksud beliau mengalami tekanan dari pihak DAP? Sama-sama kita fikirkan. Namun menurutnya, beliau tidak bercadang untuk menjadi ahli mana-mana parti politik lagi selepas ini.

Inilah harga kebebasan bersuara yang terpaksa dibayar oleh mana-mana ahli DAP. Bagaimana dengan Hata Wahari, Aspan Alias, Sakmongkol dan lain-lain lagi? Apa ke nak tunggu kena halau baru nak sedar?