Saturday, June 16, 2012

Lebai-Lebai DUNGU PAS Pasti Gembira Akan Dapat Pengembala Baru

Terence Netto : Selepas Anwar, Bukan Islam Jadi PM

AIDCNews – 16/06/12 – Seorang wartawan, Terence Netto telah meramalkan bukan Islam bakal menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kupasannya di Malaysiakini bertajuk ‘Anwar’s successor and the non-Malay PM‘. 

Wartawan berpengalaman selama hampir empat dekad itu membuat ramalan itu berdasarkan intipati ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam program tetamu khas program makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (Foreign Correspondents Club of Malaysia – FCCM), 5 Jun.

Menurut Terence Netto, ketika dalam program FCCM, Anwar telah ditanya oleh peserta tentang siapakah pengganti beliau yang bakal dilantik menjadi Ketua Pakatan Rakyat (PR), sekali gus menjadi PM selepas dirinya.

Pertanyaan itu wajar, kata Netto memandangkan usia Anwar bakal mencecah 65, walaupun kini Anwar masih sihat, namun pada masa akan datang, usia lelaki selepas 65 tahun, kesihatannya sukar diramal.

Katanya, Anwar kini menjadi penyatu di antara kedua parti ektrim, DAP yang mendokong prinsip sekular dengan PAS yang mendokong prinsip Islam.

Manakala Anwar pula menurut Netto berada di tengah-tengah kedua prinsip itu iaitu Islam dan Demokrasi yang merupakan prinsip baru selepas Fasisme dan Demokrasi, serta Komunisme dan Demokrasi.

Selepas Fasisme dan Komunisme berjaya dicairkan (baca :diliberalkan) dengan senjata Demokrasi, sekarang tiba giliran Islam pula.

Pengkritik Anwar, kata Netto melihat prinsip Islam dan Demokrasi yang dibawa Anwar itu sebagai seorang pelopor ‘Pluralis Agama’ kerana berdasarkan ucapan-ucapan Anwar di luar dan negara yang mentakrifkan ‘maqasid al-syariah’ sebagai pelopor ideal Pencerahan (ideals of the Enlightenment) seperti di negara-negara barat yang tidak menyerang agama, mempromosi kebebasan, individu, dan akal fikiran manusia.

Dalam program FCCM itu kata Netto, Anwar memetik merit demokrasi di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan pandangan ahli falsafah Peranchis, Alexis de Tocqueville, yang menulis buku pada tahun 1835 selepas sembilan bulan melihat perkembangan demokrasi di AS.

Anwar berkata beliau sering mencadangkan buku Tocqueville dijadikan kitab rujukan kepada kumpulan muda pemimpin dalam PKR, untuk kemajuan rohani mereka.

Falsafah Tocqueville adalah relevan kata Anwar kerana penularan revolusi demokrasi akan menguasai dunia untuk mendapatkan sistem kesaksamaan kepada rakyat.

Kata Anwar persamaan adalah dituntut oleh semua manusia, jika manusia menjadi sama – atau boleh dibuat sama – maka mereka amat menghargainya

Menurut Netto, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya berfahaman Tocqueville tentang kesaksamaan itu, maka, bukan menjadi halangan kepada bukan Melayu/Islam bakal menjadi PM Malaysia pada masa akan datang.

Bacaan lanjut pandangan Terence Netto, sila klik di sini