Monday, August 13, 2012

BAPA FITNAH NEGARA ... In The Making


Anwar Ibrahim semakin terperangkap dengan permainan fitnah yang dilakukannya terhadap Najib Tun Razak.

Mana lagi lorong-lorong fitnah yang mahu digunakan Anwar Ibrahim untuk meloloskan diri dari dikaitkan sebagai perancang utama fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti Najib Tun Razak.

Anwar Ibrahim adalah pemandu kereta yang sedang berpusing-pusing di round about, langsung tak nampak jalan keluar.

Suka atau tidak ... semua jari semakin dan telah menuding ke arah Anwar. Anwar Ibrahim adalah mastermind dalam gerakan memfitnah dan mengaibkan Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus.

Masakan tidak, Balasubramaniam dibayar untuk membuat Akuan Bersumpah ini ... dan Anwar secara peribadi tahu mengenai perkara ini.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.


BAPA FITNAH NEGARA ... In The Making

Sejarah tidak pernah melakukan pembohongan. Yang melakukan pembohongan terhadap sejarah adalah Anwar Ibrahim sendiri.


Rentetan peristiwa dan pengakuan kali pertama Raja Petra Kamaruddin dalam temubual eksklusif wartawan TV3 di Australia sudah menoktahkan Anwar Ibrahim adalah mastermind gerak saraf fitnah terhadap Najib Tun Razak.

Anwar ... dengan bantuan Nik Nazmi dan Din Merican adalah dalang utama fitnah mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor.

Pendedahan RPK ini adalah fitnah terancang paling keji dilakukan oleh Anwar dengan sokongan parti, penyokong dan cybertrooper pembangkang.


Matlamat utama hanya satu ...jatuhkan imej dan kredibiliti Najib Tun Razak di mata rakyat.

RPK mengaku didesak membuat Akuan Bersumpah mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak.







RPK mengaku bahawasanya Anwar Ibrahim adalah tok dalang utama yang memberi 'green light' untuk meneruskan fitnah terhadap Najib Tun Razak, setelah dipujuk oleh Nik Nazmi dan Din Merican.

Lebih jelas lagi, RPK turut mengaku Akuan Bersumpah ini dilakukan semata mata untuk meranapkan peluang Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Badawi.


BAPA FITNAH NEGARA ... Pre and Post Production

Fitnah Anwar Ibrahim sekali lagi dibongkar dan dinafikan oleh 'machai'nya sendiri, Raja Petra Kamaruddin a.k.a RPK.

Sekali lagi Tian Chua menggunakan teknik 'superimposed' gambar Altantuya didakwa sedang menjamu selera bersama DS Najib ... Walhal gambar sebenar Najib Tun Razak di World Economic Forum digunakan untuk memfitnah dan menjatuhkan kredibiliti beliau.

SUARAM dijadikan 'vehicle' untuk meneruskan kelansungan fitnah dalam mengaitkan Altantuya dan Najib Tun Razak.

Idea untuk memulakan kempen isu pembelian kapal selam Scorpene dengan Najib Tun Razak sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimulakan oleh R. Sivarasa dan Tian Chua sejak dari tahun 2009.

Sekali lagi Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa memainkan peranan utama dalam pembentukan 'character assasination' Perdana Menteri ... justeru mengaitkan Altantuya dengan Najib Tun Razak.

Perlu diingat bahawa kes ini bukan mengenai Altantunya namun mengenai dakwaan jika berlakunya rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene.

Tribunal De Grande instance di Paris hanya menyiasat dakwaan ketidakpatuhan dalam kontrak pembelian kapal selam Scorpene.

Haram jadahnya pembangkang kerana kes ini langsung tidak pernah dibicarakan, namun mewar-warkan seperti perbicaraan mahkamah sedang berlangsung.

SUARAM memulakan peranan mengambil alih peranan dari Anwar Ibrahim, melalui kenyataan dalam Malaysiakini oleh Dr Kua Kia Soong pada bulan November 2009.

Sejak SUARAM membuat penyerahan dokumen kepada Tribunal De Grande instance di Paris, setiap kenyataan yang lahir dari SUARAM cukup mengelirukan dan tidak benar.

Motivasi utama SUARAM hanya mahu mensensasikan dan memperbesarkan hal kematian Altantunya untuk dikaitkan dengan urus niaga kapal selam.

Walhal mahkamah di Perancis ini sedang dan hanya mencari hubungkait wang yang dibayar kepada Perimekar.


BAPA FITNAH NEGARA ... Film Preview

Gambar paling kiri diambil dari laman web Asia Sentinel yang mendakwa Altantuya berada di Paris. Namun begitu gambar yang sama di'superimposed'kan Tian Chua untuk mengaitkan kononnya Altantuya bersama DS Najib di Paris ... Bukankah ini fitnah paling nyata.

Idea keji Anwar adalah untuk mensensasikan kematian Altantuya.

Peranan penyerang berbisa diletakkan di bahu SUARAM untuk 'membuktikan' fitnah, Anwar hanya pemilik kelab Fitnah FC ... Mahu idea fitnah ini dirasionalisasikan sebagai bukti.

SUARAM menggunakan peluang sebaik-baiknya sebagai strategi propaganda untuk terus menghidupkan isu kaitan Altantuya dengan Najib Tun Razak dengan mengketengahkan berbagai spekulasi dan persepsi politik.

SUARAM juga menggunakan isu pembelian dua buah kapal selam Scorpene bagi mengaitkan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Gambar-gambar mendiang Altantuya di laman web Asia Sentinel mula dikaitkan kononnya beliau berada di Perancis.

Cybertrooper pembangkang dijadikan alat untuk 'membenarkan' fitnah gambar-gambar mendiang Altantuya kononnya berada di Perancis.

Benarkah mendiang ini pernah bersama Razak baginda berada di Perancis? Walhal pihak polis Perancis mendakwa Altantuya tidak pernah berada di Paris.

Gambar yang di dakwa laman web Asia Sentinel sebagai bukti bahawa Altantuya berada di hadapan bangunan Notre Dame Cathedral, Paris sebenarnya adalah suatu pembohongan besar.

Altantuya sebenarnya tidak berada di Paris, malah mendiang ini sebenarnya bergambar dihadapan sebuah bangunan Gothic Cathedral Duomo, di Milan, Itali.

Rakyat akhirnya termakan fitnah yang diaminkan oleh blogger dan facebooker pembangkang. Barangkali lumayan bayarannya untuk 'membenarkan' fitnah.

Fitnah dan kesilapan propaganda Anwar semakin terdedah. Ini juga adalah kesilapan SUARAM dalam memainkan peranan sebagai penyebar fitnah.

Perjanjian Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002 di Kuala Lumpur.

Razak Baginda bertemu dengan Altantuya dan memulakan urusan dalam bulan November atau Disember 2004. Urusan berakhir pada tahun 2005.


BAPA FITNAH NEGARA ... Most Pathetic Movie of The Decade


Mungkin Allah lebih sayangkan Najib Tun Razak dari Anwar Ibrahim ...

Pendedahan mengenai komplot fitnah di sebalik Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu ... semakin menjerut leher Anwar.

RPK telah mendedahkan Balasubramaniam dibayar untuk membuat Akuan Bersumpah ini ... dan Anwar secara peribadi tahu mengenai perkara ini.

Rakyat perlu melihat dan berfikir dengan secara waras ...

Dua Akuan Bersumpah yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam ini ... diketahui secara jelas dan mendapat izin dari Anwar Ibrahim.

Perkara paling pokok ... Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini berdiam diri dan tidak menyanggah pembabitannya.


Sumber Asal : Gelombang Wangsa Maju