Tuesday, February 26, 2013

Antara Bukti-Bukti Kebebalan Penyokong Pakatan Rakyat


1. Mereka anti-kronisma tapi menyokong raja kronisma yang pernah bermaharajalela sewaktu raja ini menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan.

2. Mereka benci amalan nepotisma tapi menyokong parti yang dipimpin oleh anak-beranak dan sahabat istimewa.

3. Mereka benci golongan yang tolak Islam, tapi mereka menyokong pemimpin Islam yang bersetuju kalimah Allah disyirikkan.

4. Mereka benci golongan yang anti-hudud tapi mereka sokong pemimpin yang sepatutnya sudah dijatuhkan hukuman rejam hingga mati.

5. Mereka sangat benci dengan golongan yang hina Islam, tapi mereka sokong pemimpin yang sudah berkali-kali menghina Islam dan menentang penubuhan negara Islam.

6. Mereka sering menuduh SPR dan UMNO memanipulasi pilihan raya, tapi mereka menyokong parti yang tidak berani menandatangani ikrar integriti pilihan raya yang dikeluarkan oleh Transparency International.

7. Mereka benci pihak yang suka mengaibkan dan memfitnah pihak lain, tapi mereka menyokong pula pemimpin yang hanya kerjanya memikir bagaimana untuk melakukan fitnah dan dusta serta mengaibkan orang lain.

Inilah konflik jiwa paling kronik yang sedang dialami oleh majoriti penyokong dan pendokong pakatan pembangkang.

Sikap dan konflik jiwa seperti ini adalah antara tanda-tanda dan ciri-ciri yang juga turut dimiliki golongan munafikun yang pastinya terdedah kepada laknat Allah.

Mereka mengakui akan semua perontah dan larangan Allah, tapi tanpa disedari merekalah yang menyumbang kepada keruntuhan agama Allah.


 (Dipetik dari blog Kepal Nasi Kepal Beras)

Wednesday, February 20, 2013

MEMBUKA MINDA : Kita Ini Pemegang AmanahNya ...


“Tuan Ni Tak Abis-Abis Dengan Hak Melayu, Kita Orang Islam lah, Mana Ada Hak Melayu, Semuanya Hak Allah”

Di satu kelas seorang pensyarah sedang bersungguh-sungguh memberi hujah berkenaan Melayu dan hak-hak Melayu kepada sekumpulan pelajar universiti.

Katanya : Kita sebagai Melayu hendak lah sentiasa mempertahankan hak kita. Dibumi Malaysia ini sebagai Tanah Melayu, kita harus jaga dan pertahankan kedaulatannya sambil memperjuangkan hak kita,

... dan dia mahu meneruskan hujahnya. Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan dan mahu bercakap lalu diberi izin oleh sang pensyarah untuk bertanya.

Maka pelajar itu pun berkata : “Tuan pensyarah ini asyik asyik hak Melayu Melayu, asyik-asyik hak Melayu, kita Islam la, mana ada Melayu Melayu ni, semua hak Allah, mana ada hak Melayu. Bumi negara ini semua hak Allah, tak ada hak Melayu Melayu, semua hak Allah".

Lalu pelajar itu pun duduk.

Seluruh kelas terdiam sejenak, mata memandang satu sama lain dan kemudiannya semua mata tertumpu kepada sang pensyarah apakah yang akan dijawab oleh sipensyarah ini kepada pelajar yang bertanya? Pelajar yang pastinya sudah di “brainwash” oleh para lebainya kelihatan agak bangga dapat memerangkap sang pensyarah. "Melayu Melayu ni semua permainan UMNO, padan muka tak dapat jawab” mungkin itulah yang dikatanya dalam hati.

Beberapa ketika kemudian sang pensyarah bertanya : “Kamu berasal dari mana?”

"Saya dari Trengganu” jawab pelajar.

"Siapa yang ada di Trengganu sana?" Tanyanya lagi.

"Ayah dan ibu sayalah, siapa lagi”.

Terus pensyarah tanya lagi. “Mereka tinggal di rumah siapa?”

“Rumah ayah sayalah”, jawab pelajar dengan selamba.

Pensyarah kemudian berkata : “Baiklah pelajar semua, esok kita akan ke rumahnya di Trengganu, dan kita ambil rumah ayahnya untuk kita jadikan kelas kita”, kata pensyarah.

Pelajar itu bangun dan menjawab : “Mana boleh, rumah itu ayah saya yang punya”.

Pelanduk sudah masuk perangkap, lantas sang pensyarah menjawab : “Eh, tadi awak kata semua hak Allah, macam mana boleh jadi hak ayah awak?"

Lalu terdiamlah pelajar itu. Pelajar yang lain semua ketawa.

Maka sang pensyarah terus berhujah : “Walau pun semua benda hak dan milik Allah, tetapi Allah telah mengamanahkan kepada kita untuk menjaganya, misalnya Tanah Melayu ini kitalah pemegang amanahnya, (sambil menjeling kepada pelajar tadi ) dan rumah ayahnya itu, ayahnyalah yang menjaganya, walau pun semua milik Allah. Masing masing telah di beri amanah untuk menjaga bahagiannya”.

Dan kelas pun diteruskan ...


Friday, February 15, 2013

KAFIRKAH Mereka Yang Membenarkan Kristian Menggunakan Kalimah 'Allah'?


Berikut adalah kenyataan media presiden PAS tentang isu 'Kalimah Allah"

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-Imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013


Baca terjemahan ayat-ayat ini....

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putra Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun." [QS. Al-Maidah:72]

"Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu dari yang tiga" [trinity], padahal sekali-kali tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih." [QS.Al Maidah:73]


"Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang menciptakan mereka? Niscaya mereka menjawab: ”ALLAH”, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan" [QS . 43 : 87]

”Katakanlah: ”Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: ”kepunyaan Allah”. Katakanlah: ”Maka apakah kamu tidak ingat?”. Katakanlah: ”Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar?” Mereka akan menjawab: ”Kepunyaan Allah”. Katakanlah: ”Maka apakah kamu tidak bertaqwa?” Katakanlah: ”Siapakah yang ditanganNya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azabNya, jika kamu mengetahui?. Mereka akan menjawab: ”Kepunyaan Allah” Katakanlah (kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu tertipu?” [Q S . 23 : 84-89]

”Dan mereka telah mengambil sembahan–sembahan selain Allah agar sembahan itu menjadi penolongnya dihadapan Allah” [QS . 19 : 81]

APA ALASAN MEREKA (ORANG MUSYRIK) MENYERU (MEMINTA TOLONG) KEPADA SELAIN ALLAH:

Allah SWT berfirman :

“Ingatlah, Hanya kepunyaan Allah-lah Agama yang bersih (dari Syirik). Dan orang–orang yang mengambil pelindung (penolong) selain Allah berkata: “Kami tidak menyembah mereka, melainkan supaya mereka mendekatkan (permohonan) kami kepada Allah dengan sedekat–dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjukki orang–orang yang pendusta dan sangat ingkar". ( QS Az-Zumar : 3 )


Thursday, February 14, 2013

SIAPA TIPU SIAPA ?


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.


Chedet.cc
13 Februari 2013