Wednesday, February 20, 2013

MEMBUKA MINDA : Kita Ini Pemegang AmanahNya ...


“Tuan Ni Tak Abis-Abis Dengan Hak Melayu, Kita Orang Islam lah, Mana Ada Hak Melayu, Semuanya Hak Allah”

Di satu kelas seorang pensyarah sedang bersungguh-sungguh memberi hujah berkenaan Melayu dan hak-hak Melayu kepada sekumpulan pelajar universiti.

Katanya : Kita sebagai Melayu hendak lah sentiasa mempertahankan hak kita. Dibumi Malaysia ini sebagai Tanah Melayu, kita harus jaga dan pertahankan kedaulatannya sambil memperjuangkan hak kita,

... dan dia mahu meneruskan hujahnya. Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan dan mahu bercakap lalu diberi izin oleh sang pensyarah untuk bertanya.

Maka pelajar itu pun berkata : “Tuan pensyarah ini asyik asyik hak Melayu Melayu, asyik-asyik hak Melayu, kita Islam la, mana ada Melayu Melayu ni, semua hak Allah, mana ada hak Melayu. Bumi negara ini semua hak Allah, tak ada hak Melayu Melayu, semua hak Allah".

Lalu pelajar itu pun duduk.

Seluruh kelas terdiam sejenak, mata memandang satu sama lain dan kemudiannya semua mata tertumpu kepada sang pensyarah apakah yang akan dijawab oleh sipensyarah ini kepada pelajar yang bertanya? Pelajar yang pastinya sudah di “brainwash” oleh para lebainya kelihatan agak bangga dapat memerangkap sang pensyarah. "Melayu Melayu ni semua permainan UMNO, padan muka tak dapat jawab” mungkin itulah yang dikatanya dalam hati.

Beberapa ketika kemudian sang pensyarah bertanya : “Kamu berasal dari mana?”

"Saya dari Trengganu” jawab pelajar.

"Siapa yang ada di Trengganu sana?" Tanyanya lagi.

"Ayah dan ibu sayalah, siapa lagi”.

Terus pensyarah tanya lagi. “Mereka tinggal di rumah siapa?”

“Rumah ayah sayalah”, jawab pelajar dengan selamba.

Pensyarah kemudian berkata : “Baiklah pelajar semua, esok kita akan ke rumahnya di Trengganu, dan kita ambil rumah ayahnya untuk kita jadikan kelas kita”, kata pensyarah.

Pelajar itu bangun dan menjawab : “Mana boleh, rumah itu ayah saya yang punya”.

Pelanduk sudah masuk perangkap, lantas sang pensyarah menjawab : “Eh, tadi awak kata semua hak Allah, macam mana boleh jadi hak ayah awak?"

Lalu terdiamlah pelajar itu. Pelajar yang lain semua ketawa.

Maka sang pensyarah terus berhujah : “Walau pun semua benda hak dan milik Allah, tetapi Allah telah mengamanahkan kepada kita untuk menjaganya, misalnya Tanah Melayu ini kitalah pemegang amanahnya, (sambil menjeling kepada pelajar tadi ) dan rumah ayahnya itu, ayahnyalah yang menjaganya, walau pun semua milik Allah. Masing masing telah di beri amanah untuk menjaga bahagiannya”.

Dan kelas pun diteruskan ...