Tuesday, May 14, 2013

Mematah Pembohongan Anwar Ibrahim : Ulasan Terbaik Tentang Undi Popular


MULA-MULA macam tidak percaya, tapi itulah faktanya, DAP hanya dapat 14.78% undi popular saja dalam pilihanraya umum yang lepas. Walaupun 14.78%, parti itu masih dapat 38 kerusi parlimen, mengatasi PKR (20.39%) dan PAS (15.71%).

Kalau ikut putar belit Anwar Ibrahim (siapa dapat undi popular paling tinggi, parti itu yang menang), dari segi undi popular ini PKRlah seharusnya yang dapat lebih kerusi dari DAP, tapi kenapa berlaku sebaliknya? DAP pulak yang dapat 38 kerusi sementara PKR hanya 30?

Sebab, sistem pilihanraya kita berasaskan kemenangan parlimen atau DUN, bukan undi popular. Kerajaan yang dipilih pun berasaskan jumlah majoriti DUN dan parlimen, bukan undi popular.

Dan kalau undi popular sekali pun, BN masih mendahului dengan 47.38% undi berbanding PKR, PAS dan DAP.  Jadi layaklah BN menang sebab undi dia jauh lebih banyak.

Yang jadi kecoh sekarang sebab Anwar pandai-pandai gabungkan undi ketiga-tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan PAS) dan gelar itu Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak bertanding dalam pilihanraya umum yang lepas, tapi masing-masing PKR, DAP dan PAS.

Inilah pun cara Anwar cari makan dan bertahan dalam politik sebelum ini – kelentong dan kencing orang sana sini. Dia guna alasan undi popular ini untuk justify kenapa dia tidak mengundurkan diri seperti yang dia janji sebelum pilihanraya umum 5 Mei berlangsung. Itu saja sebabnya.

Penulis dah lama desak, kalau Anwar berani, daftarkanlah Pakatan Rakyat ini secara rasmi dan barulah kita ada perbandingan yang adil. Jangan cipta satu ilusi berbaur pembohongan dan kemudiannya direkayasakan macamlah benda itu betul-betul ada. Pakatan Rakyat ini sebagai contoh, ia hanya satu nama tidak rasmi serta tidak mewakili parti-parti pembangkang dinegara ini.

Bertanding guna nama parti masing-masing, tapi bila nak buat perbandingan undi popular, pandai-pandai guna nama Pakatan Rakyat. Mana ada Pakatan Rakyat dalam kertas undi?

Hairannya penulis, macam itu punya terang pun ada jugak bodoh-bodoh ni yang percaya buta-buta apa Anwar cakap. Sama ada memang betul bodoh ataupun hati dah tertutup untuk terima kebenaran. Dari pengalaman penulis dalam politik, rasanya kedua-kedua sekali!!!


MYKMU.net


Sunday, May 12, 2013

Kenyataan Media SPR : Sistem Dan Undang-Undang Pilihanraya Malaysia


Merujuk kepada laporan media berhubung isu jumlah undi popular yang diperoleh parti-parti pembangkang, iaitu sebanyak 5,623,984 yang lebih tinggi daripada jumlah undi popular yang diperoleh parti BN, 5,237,699 yang mana mengikut dakwaan Anwar Ibrahim sepatutnya parti pembangkang boleh membentuk kerajaan, tetapi mengikut undang-undang pilihan raya di Malaysia parti BN yang telah disahkan menang dalam PRU Ke-13 dan layak untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Berhubung dengan kekeliruan ekoran dari dakwaan pihak Anwar Ibrahim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan kepada rakyat bahawa di bawah sistem dan undang-undang pilihan raya yang diguna pakai di Malaysia, sejak pilihan raya umum pertama (1959) hingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13), adalah berlandaskan kepada sistem yang menentukan kemenangan mengikut majority mudah (simple majority) serta bersandarkan kepada perwakilan mengikut kawasan (Constituency Representation System) yang digunapakai sejak Pilihan Raya Umum pertama hingga PRU Ke-13.

Berasaskan kepada sistem tersebut, calon yang menang dalam pertandingan bagi sesuatu bahagian pilihan raya walaupun memperoleh majoriti satu undi, calon itu diisytiharkan sebagai calon yang dipilih (menang dalam pilihan raya). Berasaskan kepada asas yang sama, ia digunakan bagi menentukan parti yang berhak untuk menubuhkan kerajaan baik di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri, iaitu parti yang mendapat jumlah perwakilan (kerusi) yang terbanyak walau pun memperoleh majoriti satu kerusi, berdasarkan kepada undang-undang parti berkenaan diisytiharkan menang dan berhak membentuk kerajaan.

Ini bermakna penentuan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasas kepada jumlah undi popular, iaitu jumlah bilangan besar undi yang diperoleh. Dalam konteks ini, walaupun walaupun parti-parti pembangkang telah pun memperoleh jumlah besar undi sebanyak 5,623,984, mereka hanya berjaya memenangi 89 (kerusi) bahagian pilihan raya saja. Walaupun parti BN memperoleh jumlah besar undi 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya BN telah memenangi sebanyak 133 (kerusi) bahagian pilihan raya di peringkat Parlimen dan berhak untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat. Sistem pilihan raya tersebut itu di panggil sistem First Past The Post, iaitu calon yang memenangi kerusi terbanyak dan menjadi wakil rakyat bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan sama ada bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Penambahbaikan Proses Pilihan Raya Dalam PRU Ke-13

Berhubung dengan 8 perkara yang didakwa oleh Anwar, SPR perlu menjelaskan bahawa Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih yang diwartakan dan telah melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat dalam pangkalan data (data base) warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR. Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan no.kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU Ke-13.

Melalui sistem pendaftaran ini, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dia Bangladesh, Indonesia, China atau India, yang dapat mendaftar sebagai pengundi. Selain itu Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 adalah Daftar Pemilih yang sah dan diwartakan serta muktamad. Adalah mustahil untuk memasukkan nama- nama pengundi tambahan selepas sesuatu Daftar Pemilih itu diwartakan untuk tujuan pilihan raya. Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan itu adalah muktamad.

Dalam PRU Ke-13 juga, SPR telah melaksanakan proses Pengundian Awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan. Proses Pengundian Awal adalah sebagai menggantikan proses pengundian secara pos yang dilaksanakan bagi golongan kategori pengundi tersebut. Dalam PRU Ke-13, urusan Pengundian Awal telah dijalankan pada 30 April 2013 yang melibatkan seramai 235,826 pengundi golongan anggota polis dan tentera serta pasangan.

Selaras dengan tuntutan utama yang dibuat oleh parti-parti politik pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan tertentu dakwat kekal juga telah digunakan dalam PRU Ke-13. SPR ingin menegaskan bahawa, penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya adalah hanya sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkansebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan kepada undang-undang pilihan raya, asas utama untuk menyemak identiti pengundi dan kaedah memastikan pengundi tidak dapat mengundi lebih dari sekali ialah senarai nama di dalam Daftar Pemilih yang diguna pakai di setiap Saluran/Tempat Mengundi pada Hari Pengundian. Jika nama seseorang itu tidak terdapat dalam Daftar Pemilih atau namanya telah dipotong kerana telah mengundi, pengundi itu tidak akan dapat mengundi lebih dari sekali. Ini bermakna pengundian berganda tidak akan berlaku dalam proses pengundian di negara ini.

Tempoh rasmi kempen selama 15 hari telah ditetapkan untuk parti-parti politik berkempen dalam PRU Ke-13, iaitu dari 20 April hingga 5 Mei. Oleh yang demikian, dakwaan oleh Anwar Ibrahim yang menuduh SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan dalam PRU Ke-13 merupakan satu pembohongan yang besar untuk mengelirukan rakyat serta fitnah semata-mata.

Sekian dan terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 Mei 2013