Wednesday, October 23, 2013

"BUMIPUTRA TIADA KUALITI" - Alasan Terbaik Cinabeng DAP Nak Perintah Malaysia ...

Chedet : BUMIPUTRA TIDAK KUALITI


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI) (sebuah badan pemikir DAP di Pulau Pinang - pemblog), Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.

Nak kenal siapa Lim Mah Hui? Ini gambarnya: