Wednesday, March 19, 2014

"Mana Nak Letak Muka Kami?" JADI KAMI CABAR BALIK ...



SUNGAI KINABATANGAN, 17 MAC 2014

Penduduk di sekitar Sungai Kinabatangan gempar apabila segerombolan Buaya Tembaga didapati terdampar di persisiran sungai jam 10.47 pagi tadi.

Kehadiran buaya-buaya ini menarik minat orang ramai untuk melihat buaya-buaya ini sehinggakan pesisir sungai dipenuhi oleh orang ramai sekitar Kinabatangan.

Jabatan Perhilitan yang dihubungi kemudiannya tiba kira-kira setengah jam kemudian mengesahkan buaya-buaya tersebut merupakan spesies yang kuat sentap. Beberapa petugas dilihat cuba untuk menenangkan buaya-buaya tersebut.

Salah seekor buaya tersebut membuat permintaan untuk ditemuramah oleh pemberita.

Pemberita dari Rawters yang tiba kemudiannya cuba menemuramah wakil kepada gerombolan buaya tersebut. Buaya tersebut hanya ingin dikenali sebagai Duda Senang.

"Seumur hidup saya 99 tahun ini tidak pernah ada mana-mana manusia yang menampar keturunan kami. Maruah kami sejak berzaman sebagai raja sungai tercalar kerana ada Bomoh yang mendakwa pernah menampar kami."

"Jadi saya selaku Raja Buaya mencabar Datuk Raja Bomoh untuk turun ke sungai ini dan menampar muka salah seekor dari kami jika dia handal orangnya!"

Duda Senang yang turut mendakwa selaku keturunan ketiga Bujang Senang, Raja Buaya Sarawak ketika ditanya apakah punca dia memberi amaran tersebut, berkata:

"Kami malu diketawakan oleh Memerang, Biawak Pasir, Ular Air, malahan Udang Galah pun ketawa melihat kami, kerana menyangka kami pernah ditampar manusia, mana nak letak muka kami?"


Sumber : Rawters
Diterjemah ke Bahasa Melayu oleh blogger Rezqeen Hill