Isu 1MDB bukanlah tentang RM42 bilion 'yang hilang diangin lalu', seperti yang Mahathir perkatakan. Ia adalah mengenai mengurangkan nilai 1MDB kepada 'nilai lupus' ('scrap value') supaya mereka boleh melakukan satu lagi penipuan MV Agusta dimana hampir RM400 juta telah lesap disebabkan beberapa perniagaan yang mencurigakan berlaku. Dalam usaha terbaru ini, Malakoff akan dapat memiliki aset bernilai RM51 bilion dengan hanya RM9 bilion dan membuat tambahan RM20 bilion lagi diatas penyenaraian 1MDB.
Sebelum
kita bercakap tentang bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad telah merancang
untuk menggunakan Malakoff bagi melakukan "Penipuan MV Agusta” dan
memindahkan RM42 bilion wang kerajaan ke dalam poket kroni beliau
merangkap pemegang amanah (termasuk membuat tambahan RM20 bilion pada
penyenaraian aset), marilah kita terlebih dahulu memahami isu 25 tahun
penjanaan kuasa atau perniagaan IPP di Malaysia.
Dari
tahun 1979 hingga 1989, Samy Vellu adalah Menteri Kerja Raya. Salah
satu ‘pencapaian’ utama beliau adalah menswastakan lebuh raya utama bertol
di Malaysia kepada kroni Umno dan syarikat atas perintah Perdana
Menteri ketika itu, Mahathir.
Lim Kit Siang telah pergi ke mahkamah cuba
untuk mendapatkan injunksi bagi menyekat apa yang dipanggilnya “rompakan
siang hari” tetapi gagal. Mahkamah menolak permohonan Kit Siang dan
penswastaan lebuh raya bertol Malaysia itu berjalan lancar tanpa sebarang
halangan. Malah pengundi langsung tidak merasa terganggu dan memberi Mahathir kemenangan
besar dalam pilihan raya umum.
Pada tahun 1989, Samy telah
dipindahkan ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos di mana beliau
berkhidmat sebagai Menteri sehingga tahun 1995, selepas itu beliau telah
dipindahkan kembali ke Kementerian Kerja Raya di mana beliau berkhidmat sebagai
Menteri sehingga tahun 2008. Ketika beliau menjadi Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos, kerajaan menswastakan penjanaan kuasa dan mewujudkan pengeluar
tenaga bebas atau IPP.
Samy telah dikenali sebagai Menteri Pelanunan. Selepas penswastaan (atau pelanunan) semua lebuh raya
bertol, Mahathir menghantar beliau ke Kementerian Tenaga, Telekom dan
Pos untuk menswastakan pengeluaran tenaga. Kemudian Mahathir memindahkan
Samy kembali ke Kementerian Kerja Raya untuk menyelesaikan kerja
menswastakan pengeluaran air.
Selepas melantik Samy sebagai
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1989, Mahathir melantik Ani
Arope Ketua Pegawai Eksekutif baru TNB pada tahun 1990, dan pada tahun
1991 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru.
Tanpa diketahui oleh rakyat Malaysia, Ani Arope dan Anwar masing-masing telah dilantik
sebagai CEO TNB dan Menteri Kewangan bagi satu tujuan yang
sangat khusus (untuk melakukan ‘reverse takeover’ TNB dengan penswastaan
pengeluaran atau penjanaan elektrik).
Pada 29 September 1992
(semasa Samy menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Ani Arope sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif TNB, dan Anwar sebagai Menteri Kewangan)
Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik terputus di
seluruh negara dalam masa yang agak lama, dimana kerajaan mendakwa ianya disebabkan oleh panahan
kilat.
Menurut Ani Arope, bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya
dirancang dan dilaksanakan hanya untuk membuktikan bahawa Malaysia tidak
mempunyai pilihan selain menswastakan pengeluaran tenaga kepada
syarikat-syarikat IPP kerana ‘ketidak-cekapan’ dan ‘ketidak-upayaan
menguruskan perniagaan tenaga kuasa’ oleh TNB.
Seorang rakan sekelas saya yang
mengendalikan perkara ini memberitahu saya bahawa ia adalah satu
tindakan sabotaj, jelas dan mudah, untuk mewajarkan penswastaan
pengeluaran tenaga. Pada tahun 1993, IPP pertama dibina di Paka,
Terengganu, membuktikan dakwaan Ani Arope dan rakan sekelas saya adalah
betul.
Pada tahun yang sama, iaitu 1993, sebaik sahaja IPP pertama ditubuhkan, Malakoff melupuskan aset perladangannya dan mengalihkan
aktivitinya kepada sektor tenaga kuasa. Pada masa ini, Malakoff adalah IPP yang
terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dari segi kapasiti penjanaan. Ia
mempunyai portfolio yang agak besar dari segi aset penjanaan kuasa di
Malaysia, rantau MENA (Middle East and North Africa) dan Australia,
menurut Frost & Sullivan.
Mahathir bukan sahaja mahu Malakoff
menjadi IPP terbesar yang mengawal 50% daripada pengeluaran tenaga,
malahan dia juga mahu syarikat itu memonopoli industri dengan 'memiliki' TNB melalui pintu belakang atau secara ‘reverse takeover’.
Tahun
lepas, penganalisis menyatakan Malakoff memberi peluang yang baik
kepada pelabur yang ingin melabur dalam IPP. Mereka berkata
ketidak-tentuan penyenaraian unit tenaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB),
Edra Tenaga Global Bhd, yang telah ditangguhkan beberapa kali, juga
menjadikan Malakoff tersenarai sebagai calon yang lebih kukuh berbanding 1MDB.
Dalam
ertikata lain, oleh kerana 1MDB tidak mampu meneruskan rancangannya
untuk IPO, ia menjadikan Malakoff pengeluar kuasa 'numero uno' (nombor satu) di
Malaysia. Oleh itu sabotaj terhadap 1MDB atau ‘kegagalan’nya adalah satu
kelebihan besar kepada sesiapa sahaja yang memiliki Malakoff. (Anda boleh
terus membaca mengenainya dibawah dalam laporan 21 Mac 2015 oleh
The Star: Malakoff set to make a comeback).
Sabotaj terhadap 1MDB bukan sahaja tentang memastikan Malakoff terus unggul
dalam pengeluaran tenaga. Ia juga untuk mewujudkan penanda aras bagi
nilai 1MDB. Mahathir berterusan mengatakan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah
hilang begitu sahaja. Ini bermakna 1MDB adalah satu lagi MV Agusta –
bermakna ia adalah sebuah syarikat yang telah kehilangan RM42 bilion,
tidak mempunyai nilai, dan harus dijual dengan murah.
Ramai daripada anda mungkin tidak tahu tentang apa yang berlaku kepada MV Agusta dan bagaimana RM400 juta telah "dicurah kedalam lubang tandas" ('flushed down the toilet'). Pada Disember 2004, Proton membeli 57.75% kepentingan dalam MV Agusta sebanyak 70 juta euro (RM367.6 juta). Penasihat Proton ketika itu adalah Mahathir.
Mereka kemudian mengumumkan bahawa MV Agusta sebuah “syarikat nazak” ('dying company'). “Sekiranya MV Agusta bermasalah kewangan, Proton akan tertakluk kepada liabiliti luar-jangka dimana jumlahnya boleh mencapai sehingga RM923.1 juta,” mengikut kata Proton.
Tidak lama kemudiannya, MV Agusta telah dijual pada harga 1 euro (RM4.00), selepas itu orang yang membelinya menjual syarikat itu kepada Harley Davidson dengan harga US$109 juta (RM450 juta). Jadi, Proton kerugian hampir RM370 juta dan kemudian ‘rugi’ lagi RM450 juta sedangkan sebaliknya ia boleh mendapat RM80 juta (RM450 juta - RM370 juta) keuntungan.
Dan inilah yang Mahathir rancang untuk lakukan dengan 1MDB. Tetapi dia tidak boleh buat begitu melainkan Najib mendengar arahannya atau Mahathir singkirkan Najib dan digantikan. Mahathir mahu kerajaan mengumumkan bahawa 1MDB
berada dalam keadaan teruk dan ia perlu dijual murah seperti yang
mereka lakukan kepada MV Agusta. Kemudian Malakoff akan memainkan
peranan sebagai penyelamat berhati mulia (‘white knight’) dan datang menolong ‘menyelamatkan’ 1MDB.
Ini akan
membolehkan Malakoff memonopoli perniagaan pengeluaran tenaga dan secara
tidak langsung mereka akan memiliki TNB secara asasnya melalui ‘reverse takeover’.
Sama
seperti dalam industri air, mengedarkan tenaga kuasa adalah satu perniagaan yang remeh. Pengeluaran kuasa adalah lebih baik, terutamanya apabila
anda menjual semua yang anda hasilkan secara pukal kepada TNB atas
pembelian yang dijamin dan pada harga yang ditetapkan dalam tempoh
beberapa dekad, yang TNB perlu bayar sama ada mereka berjaya menjual
elektrik atau tidak.
Pada asasnya, ia ibarat perniagaan mencetak wang. TNB mesti membeli semua elektrik yang anda hasilkan pada
harga tertentu. Petronas, pula, mesti menjual gas kepada IPP ini
pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. IPP membuat wang
sedangkan TNB dibebankan kerja remeh menguruskan peruncitan elektrik tersebut. Sama ada TNB
untung atau rugi bukan masalah IPP.
Dan kerana itulah mengapa dalam tahun 1996 Ani Arope
meletak jawatan di TNB kerana kurang senang. Dia tidak lagi boleh bertolak ansur dengan cara TNB
ditekan untuk membantu IPP membuat wang, sehingga mencecah RM20 bilion setahun
mengikut Ani Arope. Dan apa yang membuat Ani Arope tambah meluat adalah,
jika dia mendatangkan 'masalah' kepada mana-mana IPP, dalam beberapa
minit sahaja dia akan menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana
Menteri.
Pendek kata, Ani Arope tidak mahu menjadi tali barut
mereka. Jadi beliau tinggalkan TNB. Hari ini, orang mereka dalam TNB
ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Azman Mohd, yang mengambil alih daripada
satu lagi talibarut mereka, Che Khalib Mohamad Noh. Jadi, sejak tahun
1990, Mahathir dan kroni-kroni beliau mempunyai kawalan mutlak keatas TNB.
Ini adalah sesuatu yang Mahathir telah rancang sejak
1989 sebelum memindahkan Samy Vellu ke Kementerian Tenaga, Telekom dan
Pos dan dia melantik Ani Arope CEO TNB pada tahun 1990 dan Anwar Menteri
Kewangan pada tahun 1991. Kemudian, pada tahun 1992, mereka
‘merancang’ untuk memutuskan bekalan elektrik keseluruh negara
dan pada tahun 1993 mereka menganugerahkan konsesi IPP yang pertama.
Hari
ini, semua IPP berada dalam tangan pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan
kroni-kroni Mahathir. Apabila sahaja 1MDB boleh dijual, pemilik baharu 1MDB bukan
sahaja mengawal sepenuhnya perniagaan tenaga kuasa di Malaysia, yang bermakna mereka
juga mengawal TNB, tapi mereka juga akan membuat RM42 bilion atas 1MDB lagi
memandangkan 1MDB bukan negatif (rugi) RM42 bilion sepertimana kata Mahathir,
tetapi mempunyai aset melebihi liabiliti yang boleh mencapai RM9 bilion.
Jadi
rancangannya adalah sangat mudah. Pertama mereka sabotaj IPO 1MDB
untuk membuatkan syarikat lumpuh. Kemudian Mahathir mengumumkan bahawa
1MDB telah kehilangan (rugi, seperti dalam kerugian perniagaan) RM42
bilion dan RM42 bilion tersebut telah lesap begitu sahaja – padahal 1MDB hanya
mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion tetapi asetnya RM9 bilion melebihi
hutang.
Kemudian, apabila 1MDB tidak dapat diselamatkan, Malakoff
bertindak ‘menyelamatkan’nya dengan membelinya dengan hanya RM9 bilion,
iaitu RM51 bilion aset tolak RM42 bilion ‘kerugian’. Malakoff kemudian
boleh menyenaraikan 1MDB dan membuat tambahan RM20 bilion atas penyenaraian selain RM42 bilion “kurang-nilai” ('undervalued') 1MDB, memberi Malakoff
keuntungan sebanyak RM62 bilion dan monopoli industri penjanaan kuasa.
Oh, dan ya, Najib
tahu tentang perkara ini. Beliau juga tahu bahawa ini adalah sebab
utama mengapa Mahathir telah menyerang 1MDB sejak Disember 2014. Ia
bukan mengenai ‘Selamatkan Malaysia’, seperti yang didakwa Mahathir. Ianya tentang merobek Malaysia dan membuat berbilion-bilion, sepertimana
laporan The Star di bawah.
Najib tahu sejak tahun 1990, matlamat
Mahathir adalah untuk mengawal industri tenaga, yang akan memberikan IPP
RM20 bilion setahun, menurut Ani Arope. Pada masa Najib menjadi Perdana
Menteri, industri kuasa berada di tangan pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi,
penama-penama dan kroni-kroni Mahathir dan TNB keseluruhannya di bawah
kawalan Mahathir.
Kami telah menulis diawal lagi berhubung perkara ini, dimana kami jelaskan:
Che Khalib bin Mohamad Noh telah menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd sejak 1hb Julai 2013.
Che
Khalib berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation
Berhad (Malakoff) sejak 1hb Julai 2013 sehingga 8hb Disember 2014
dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi di Jabatan Strategi dan
Perancangan Kewangan di DRB-HICOM Berhad sejak 16hb Julai 2012.
Che Khalib
berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad dari
1hb Julai 2004 hingga 30hb Jun 2012 dan berkhidmat sebagai Presiden TNB
sehingga 30 Jun 2012.
Mahathir’s new battleground: TNB (http://www.malaysia-today.net/mahathirs-new-battleground-tnb/)
Pada
April 2015, seorang ahli perniagaan cina tertentu pergi bertemu dengan
Leo Moggie, Pengerusi TNB. Ahli perniagaan cina tersebut membuat satu
kesilapan, menyebut nama Perdana Menteri Najib Tun Razak – namun, tidaklah dalam ertikata yang bersifat kritikal.
Leo Moggie dengan segera ‘menutup
mulut’ ahli perniagaan cina tersebut dan memberi amaran kepadanya
tentang penggunaan nama “Najib”. “Najib” merupakan “perkataan jijik” di
TNB jelas Leo Moggie. Mahathir menguasai TNB dan menentukan apa berlaku. Sekiranya kamu dilihat sebagai condong
kepada Najib maka sudah pasti kamu akan menjadi mayat hidup.
Jadi tidak
ada satu pun perubahan selama 26 tahun walaupun Mahathir telah bersara
13 tahun yang lalu. Mahathir kekal menguasai TNB dan akan terus menjadi
“lubuk wang” ('cash cow') beliau.
Mahathir’s unseen hands in TNB (http://www.malaysia-today.net/mahathirs-unseen-hands-in-tnb/)
Najib tidak akan dapat memilik-negarakan apa yang telah diswastakan. Jika kerajaan mahu mengawal kembali apa yang
dianggap sebagai industri strategik dan kritikal, yang boleh digunakan
untuk menjatuhkan negara ini jika ianya berada di tangan yang salah,
maka kerajaan hendaklah menanganinya dengan kaedah komersial iaitu
dengan membeli kembali IPP melalui syarikat milik kerajaan, GLC.
Dan
itulah kenapa 1MDB diwujudkan, iaitu untuk mengambil-alih kembali
perniagaan tenaga dan membebaskan TNB daripada kawalan Mahathir. Menyedari apa yang Najib telah rancangkan, dimana sekira ianya berjaya boleh mengakibatkan Mahathir hilang penguasaan dalam
industri tenaga, beliau telah mensabotaj 1MDB – dengan langkah pertama
mensabotaj IPO dan menyebarkan cerita bahawa 1MDB telah “kehilangan” RM42
billion yang mana sebenarnya nilai aset melebihi liabiliti sebanyak RM9 billion dan yang konon-kononnya kehilangan RM42 billion tersebut sebenarnya bukanlah
satu kerugian tetapi (nilai) pinjaman.
Dan apabila Bank Negara menghalang semua pinjaman ke 1MDB ianya sedikit sebanyak telah memberi kepastian yang Malakoff sudah bersedia untuk mengambil alih.
Apabila semua ini berlaku, yang mana Mahathir berusaha keras untuk menjayakannya, Malakoff akan mempunyai nilai yang amat tinggi dan semuanya akan menjadi milik Mahathir tetapi atas nama pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroni beliau. Kerajaan akan dipaksa menerima dan menanggung kerugian sebanyak RM42 bilion dan dalam masa yang sama sekiranya 1MDB disenaraikan, akan memberi Malakoff keuntungan sebanyak RM62 bilion.
Sabotaj keatas IPO 1MDB menafikan kerajaan keuntungan sebanyak RM20 billion. Jika tidak 1MDB akan menjadi syarikat
yang bernilai lebih daripada RM70 billion dengan kadar hutang hanya
sebanyak RM42 billion. Dan perlaksanaan IPO tersebut akan membolehkan 1MDB
melangsaikan hutangnya dan bernilai lebih dari apa yang ada sekarang.
Menurut akhbar The Star: Malakoff set to make a comeback
(The
Star, 21 March 2015) – The country’s largest independent power producer
(IPP) Malakoff Corp Bhd is back to delight investors, at least for some
who have been waiting for its return. After all, Malakoff will likely
be the largest initial public offering (IPO) in Malaysia this year.
Baca seterusnya di sini
Terjemahan dari artikel di – Malaysia Today