Tuesday, November 01, 2016

Selepas Musnahkan DEB, Mahathir Bersekongkol Dengan DAP Untuk Musnahkan Umno


Mahathir musnahkan DEB melalui penswastaan, kronisme, nepotisme dan rasuah dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai PM. Daripada sepatutnya mencapai sasaran penyertaan ekuiti Bumiputera 30%, ia menurun daripada 3% pada tahun 1981 kepada 2% pada masa Mahathir bersara tahun 2003. Dan sekarang, dalam persekongkolan dengan DAP, Mahathir mahu musnahkan UMNO dan dominasi politik orang Melayu hanya kerana anaknya tidak dapat menjadi PM.



Raja Petra Kamarudin
30 Oktober 2016

Joceline Tan membuat satu pemerhatian yang sangat menarik dalam artikel beliau dalam The Star mengatakan hari ini, “Former enemies now frenemies”, yang anda boleh baca dibawah. Pada dasarnya dia mengatakan apa yang ramai dikalangan kita, terutamanya orang Melayu, telah perkatakan dalam tempoh dua tahun ini sejak Disember 2014.

Penyokong Pakatan Harapan, khususnya penyokong DAP, melihat sejarah bermula dari 2008. Dalam ertikata lain, sebelum 2008 tidak ada sejarah. Dari 1946 ke 2008 ia adalah satu tempoh kelompongan masa ('vacuum') seperti pita rakaman yang telah dipadamkan. Orang Melayu, bagaimanapun, melihat kepada sejarah bermula dari 1946. Malaysia yang kita lihat hari ini tidak akan wujud jika tidak kerana apa yang telah berlaku pada tahun 1946. Dan apabila kita bercakap mengenai 1946 ia tidak dapat dielakkan bahawa kita juga bercakap mengenai Umno.

Pendek kata, kehidupan orang Melayu sebenarnya bermula pada 1946, iaitu tahun ketika Umno juga telah dilahirkan. Dan itu bermakna Umno sinonim dengan orang Melayu. Dalam ertikata lain, sebagaimana pemimpin Umno dan penyokong era Merdeka selalu mengatakan, UMNO dan Melayu tidak boleh dipisahkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya dengan mudah melupakan bahawa dia sendiri mengucapkan perkara yang sama berulang-ulang kali semasa kempen anti-Tun Abdullah Ahmad Badawi 2006-2008 beliau di seluruh Malaysia. Dimana sahaja Mahathir pergi dia akan memulakan ucapan dengan sejarah penubuhan Umno tahun 1946. Kemudian beliau akan membawa penonton kepada kisah Merdeka, kisah rusuhan kaum 13 Mei 1969, kisah Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudian cerita tentang bagaimana Abdullah telah musnahkan segala-gala yang Umno telah bina dari 1946 sehingga masa diwaktu Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003.

Dan kini cerita yang sama yang Mahathir gunakan terhadap Abdullah semasa kempen 2006-2008 untuk menyingkirkan Perdana Menteri boleh digunakan terhadap Mahathir sendiri. Ia seperti Mahathir melihat kedalam cermin dan mengkritik lelaki didalam cermin tersebut. Adakah ini tidak menjanggalkan atau adakah ini apa yang dipanggil karma?

Ada ketikanya adalah lebih mudah dengan hanya melangkau sejarah atau mengelakkan bercakap mengenainya apabila ia menyakitkan apabila mengingatkan kita tentang kebenaran. Kebenaran, sebagaimana yang mereka katakan, menyakitkan. Dan Joceline Tan baru sahaja mengingatkan kita tentang kebenaran mengenai hubungan diantara Mahathir dan DAP yang ramai lebih suka berpura-pura seolah-olah ianya tidak wujud – kerana ianya kurang menyakitkan apabila berpura-pura daripada menerima hakikat yang pahit mengenai hubungan Mahathir-DAP dahulu, dan hubungan Mahathir-DAP sekarang.

Apabila Mahathir mengambil langkah menyerang Abdullah pada 2006 beliau mendapat sokongan Umno kerana beliau menggunakan Umno untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir menggunakan DAP. Dan disitulah orang-orang Melayu menggariskan sempadan. Ia seumpama Arab Saudi membentuk satu pakatan dengan Israel dan membiayai tentera Israel untuk menyerang dan menghapuskan Iran. Seluruh dunia Islam akan bersatu menentang Arab Saudi.

Ada ketikanya seseorang tertanya-tanya sama ada Mahathir nyanyuk meracau atau sama ada, amat terdesak untuk menyingkirkan Najib, orang tua itu telah hilang pertimbangan. Melayu boleh melawan Melayu. Itu tidak ada masalah. Ini telah berlaku banyak kali dimasa lalu, seumpama 100 tahun yang lalu di Kelantan apabila Tok Janggut mengetuai pemberontakan terhadap Sultan yang disokong British. Tetapi Melayu tidak menggunakan Cina, khususnya DAP, untuk berlawan sesama Melayu. Ianya sama seperti perbuatan bida'ah.

Dan Mahathir telah melanggar peraturan penting dalam apa yang harus dielakkan apabila orang Melayu berlawan sesama Melayu. Dan itulah sebabnya Mahathir tidak berupaya menyingkirkan Najib dan sebaliknya akan dikenang didalam sejarah sama seperti kebanyakan orang Islam mengingati Mustafa Kemal Atatürk (bukan sebagai ‘Bapa Kemodenan Turki’ tetapi sebagai pengkhianat kepada Islam).

Ironinya kesemua perkara ini ialah, apa yang saya akan perkatakan, Mahathir sendiri telah mengatakan banyak kali antara 2006-2008 apabila dia berkempen menentang Abdullah. Adakah Mahathir sudah terlupa tentangnya kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah membuat carian di Youtube melihat apa yang beliau katakan 10 tahun yang lalu?

Umno menyaksikan kelahirannya pada 1946 selepas British menubuhkan Malayan Union, yang mungkin menyaksikan berakhirnya Ketuanan Melayu – walaupun ia lebih merupakan agenda tersembunyi dari apa yang dinyatakan oleh Malayan Union.

Orang Melayu keluar membantah keputusan British dan satu demonstrasi telah diadakan dihadapan Hotel Majestic berhampiran stesen keretapi Kuala Lumpur. Dan untuk menyatukan orang Melayu dan pelbagai kumpulan dari seluruh Tanah Melayu, mereka membentuk Umno, sebuah organisasi yang memayungi beratus-ratus pertubuhan-pertubuhan kecil lain, masyarakat, pergerakan, persatuan, dan sebagainya.

Apabila Umno menjadi semakin kuat dan lebih lantang, British mengalah dan dua tahun kemudiannya, pada tahun 1948, Malayan Union telah dimansuhkan dan digantikan dengan Federation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu. Pendek kata, orang Melayu menang dan British kalah dan semuanya adalah kerana orang Melayu bersatu di bawah Umno. Jadi Malaysia yang anda lihat hari ini adalah kerana Umno. Jika tidak ia tidak akan wujud.

British menyedari bahawa diseluruh dunia tanah-jajahan telah mendapat kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah jadi, suka atau tidak, Tanah Melayu, juga, perlu diberikan kemerdekaannya. Tetapi 30% daripada ekonomi selepas perang British bergantung kepada Tanah Melayu jadi ia mestilah suatu kemerdekaan yang aman tanpa pertumpahan darah terutamanya tanpa pemilik-negaraan kepentingan British di Tanah Melayu. Britain bersedia untuk membenarkan Tanah Melayu diperintah sendiri asalkan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu dilindungi.

Kerana itu British duduk bersama Umno membincangkan kemerdekaan. Tetapi ia mestilah kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya orang Melayu. Jadi Cina dan India dijemput untuk menyertai perikatan baharu yang akan ditubuhkan yang dikenali sebagai, hanya, Parti Perikatan. Di dalam pilihanraya pertama 1955, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Umno sahaja memenangi hampir 59% undi dan lebih daripada 65% kerusi. Ini meyakinkan British bahawa Parti Perikatan mendapat sokongan rakyat dan merupakan kumpulan yang sebenar layak untuk berbincang mengenai kemerdekaan. Pada tahun 1957 kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu.

Apabila Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mencetuskan idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, pemilikan korporat Bumiputera hanya berjumlah 1% dengan 99% dibawah orang bukan Melayu dan orang asing. Selepas sepuluh tahun 1971 ke 1981, pemilikan korporat Bumiputera tiga kali ganda kepada 3% manakala pegangan bukan Bumiputera dua kali ganda daripada 30% kepada 60%.

Justeru, apabila Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, pemilikan korporat Bumiputera sudah pun 3%. Walau bagaimanapun, apabila Mahathir bersara pada 2003, pemilikan korporat Bumiputera telah menurun kepada 2% dan bukannya mencapai 30% seperti rancangan asal. Dan Mahathir berbohong kepada kita dan mengatakan ianya adalah 20% sedangkan sebenarnya hanyalah 2% kerana dia memasukkan 18% yang dimiliki oleh negara seperti Pernas, Petronas, MAS, PKEN, dan sebagainya.

Perancangan Tun Razak pada tahun 1970 adalah mudah. Mengurangkan kemiskinan. Mengurangkan jurang antara golongan kaya dan miskin. Mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Memberi semua rakyat pendidikan. Memperkenalkan konsep perkongsian kuasa di mana semua pihak dan semua kaum boleh mengambil bahagian dalam kerajaan.

Lebih 22 tahun dari 1981 hingga 2003, ekonomi Malaysia telah berkembang. Sebagai contoh, tahun 1971, permulaan pelaksanaan DEB, KDNK Malaysia hanya US$4 bilion. Sepuluh tahun kemudian, sehingga 1981, ia meningkat kepada US$25 bilion. Pada 2003, apabila Mahathir bersara, ia adalah US$110 bilion. Tetapi dalam tempoh yang sama saham Bumiputera meningkat daripada 1% hingga 3% dan kemudian menurun kepada 2% pada masa Mahathir bersara.

Jadi apa yang berlaku? Negara semakin bertambah kaya tetapi orang Melayu tidak. Jawapannya sangat mudah dan Mahathir memberitahu kita mengenainya tetapi kita tidak mendengarnya. MCA, bagaimanapun, tahu mengenainya dan Ling Liong Sik secara peribadi memberitahu kita apa pelan-permainan baru tersebut.

Mahathir mengatakan cubaan untuk membuat sepuluh juta orang Melayu kaya adalah tidak masuk akal. Ia selamanya mustahil akan terjadi. Maka daripada cuba membuat sepuluh juta orang Melayu menjadi kaya adalah lebih baik dengan membuat hanya 100 orang Melayu menjadi kaya dan biarlah 100 Melayu ini membantu sepuluh juta Melayu lainnya di bawah Konsep Payung ('umbrella concept').

Dan Mahathir secara peribadi memilih 100 orang Melayu yang bakal dia jadikan kaya-raya. Tetapi kemudiannya dia memastikan untuk setiap seorang Melayu yang dia jadikan kaya beliau juga telah membuat satu bukan-Melayu juga kaya. Dan orang-orang inilah yang sepatutnya menjadi orang-orang yang akan memegang kekayaan untuk sepuluh juta orang Melayu lainnya. Tetapi pada hakikatnya mereka adalah proksi Mahathir yang bertindak sebagai pemegang-pemegang amanah tetapi menggunakan DEB sebagai alasan untuk memudahkan penyamaran apa yang dia lakukan.

Satu lagi contoh bagaimana Mahathir memindahkan kekayaan untuk dirinya sendiri adalah melalui program penswastaan, dimana ditahun 1980-an, kita terbiasa memanggilnya pelanunan – rompak harta negara. Menurut Barry Wain, di bawah nama penswastaan dianggarkan sejumlah RM100 billion telah berpindah dari kantung awam kedalam poket pihak swasta.

Mahathir secara dasarnya telah memusnahkan legasi Tun Razak. Mahathir mengeksploitasi DEB dan menyalahgunakannya sebagai penyamaran untuk mengayakan apa yang dia dakwa 100 ‘manusia terpilih’ yang akan dijadikan bilionar-bilionar yang bertindak sebagai payung untuk 10 juta (sekarang 20 juta) orang Melayu. Tun Razak percaya kepada pengagihan kekayaan yang adil. Mahathir, bagaimanapun, percaya kepada pemusatan kekayaan. Anda tidak boleh mengubah sepuluh juta orang Melayu menjadi jutawan jadi adalah lebih baik menukar 100 rakyat Malaysia menjadi super-bilionar.

Tun Razak menjadi Perdana Menteri hanya selama enam tahun (diikuti oleh Tun Hussein Onn untuk lima tahun). Tetapi mereka meningkatkan harta kekayaan Bumiputera daripada hanya 1% kepada 3%. Dalam 22 tahun, bukan meningkatkannya daripada 3% menjadi 30%, seperti perancangan, Mahathir menyusutkannya kepada 2%. Tetapi Mahathir mendakwa ianya 20% jika anda mengambil kira 100 orang yang beliau telah tukarkan menjadi super-bilionar.

Tidak seorang pun warga Malaysia – Melayu, Cina, India atau ‘lain-lain’ – yang tidak mengatakan bahawa DEB telah gagal. Tidak ada keraguan tentang kegagalan DEB, tetapi ramai yang benar-benar tidak tahu sebab kegagalannya – dan mereka berkata ia semata-mata kerana orang Melayu terlalu bengap untuk berjaya. Apa yang mereka enggan akui adalah kegagalan itu disebabkan oleh seorang lelaki. Dan lelaki ini bernama Mahathir. Oleh kerana Mahathir DEB sekarang menjadi satu carutan.

Selepas memusnahkan DEB, Mahathir kini mahu memusnahkan Umno dan Barisan Nasional. Beliau berkata Umno dan Barisan Nasional perlu dimusnahkan untuk menyelamatkan Malaysia. Sebenarnya Malaysia memang perlu diselamatkan, tetapi ia perlu diselamatkan daripada Mahathir. Untuk memusnahkan Umno dan Barisan Nasional, Mahathir sedang bekerjasama dengan DAP. Jadi dia bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Melayu mungkin bodoh tetapi mereka tidaklah sebegitu bodoh. Mereka dapat melihat anda tidak boleh menyelamatkan Malaysia secara berkerjasama dengan DAP untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. Dan inilah sebabnya mengapa Mahathir mati-langkah, begitu juga dengan seluruh keluarganya, rakan-rakan dan kroni-kroninya. Pada tahun 1946 orang Melayu keluar menentang penjajahan British atas nama Ketuanan Melayu. Tujuh puluh tahun kemudian, tahun 2016, orang Melayu sekarang menentang Mahathir untuk mempertahankan Ketuanan Melayu. Jadi Mahathir kini tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri kepada Cina DAP mencari perlindungan.

Saya mahu anda mengingati tahun 2016 - 70 tahun selepas berkuburnya Malayan Union dan penubuhan Umno tahun 1946. Inilah tahun dimana Mahathir mengakhiri karier politiknya dengan perlakuan murtad, jenayah paling besar seorang muslim boleh lakukan dan akan dinafikan pengkebumian ditanah perkuburan Islam. Ya, malah bumi juga haram untuk seorang murtad. Itulah yang terjadi kepada Mahathir, selepas memusnahkan DEB, dia mengorak langkah bersama DAP untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional, menjadikan dirinya seorang murtad.

Apa yang Mahathir lakukan, jika dia berjaya, akan bermakna berakhirnya dominasi politik Melayu atau Ketuanan Melayu. Mereka pernah cuba lakukannya sekali tahun 1969 dan berakhir dengan pertumpahan darah. Kali ini seandainya terjadi ia boleh menjadi sepuluh kali lebih teruk daripada apa yang berlaku tahun 1969. Jadi Mahathir sedang mencatur satu permainan yang sangat merbahaya dengan taruhan nyawa berpuluh juta rakyat Malaysia. Pihak polis dan tentera amat bimbang. Mereka tahu jika tidak dibendung Malaysia akan mengambil alih menjadi tempat yang panas bergelora. Orang Melayu tidak sekali-kali akan membenarkan Mahathir memindahkan kuasa politik ketangan Pakatan Harapan pimpinan DAP. Jadi anggaplah ini sebagai amaran.


Former enemies now frenemies

Joceline Tan, The Star


Dr Mahathir has gone from arch enemy to friend of DAP. Leaders of DAP have taken to closing an eye on his past excesses and some of them even pretend that they never said all those awful things about him.

All the things they used to throw at Dr Mahathir have been conveniently transferred to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. According to Kapar Umno division chief Datuk Faizal Abdullah, the biggest turn-off for many in Umno is the new alliance between Dr Mahathir and DAP.

“They cannot accept Dr Mahathir holding hands with Lim Kit Siang and DAP. Throughout his career, he told us how destructive and racist DAP was. He used to talk about DAP as though it was ‘haram’ (forbidden), we should not even touch or go near them. And now everything is okay for him,” said Faizal.

(READ MORE HERE)

Sumber - Malaysia Today



::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU