Saturday, February 25, 2017

MEREKA SUDAH TAHU SEJAK 2013 LAGI 1MDB SEDANG DISABOTAJ

(Diterjemah untuk disimpan sebagai rujukan bagi mengetahui fakta-fakta sebenar apa yang telah terjadi kepada 1MDB. Setakat tarikh artikel terjemahan ini disiarkan tidak ada mana-mana pihak yang telah membantah atau mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis bagi menafi atau mempertikaikan kesahihan apa jua fakta yang terkandung didalam artikel asalnya berbahasa Inggeris)

Komplot untuk mensabotaj 1MDB telah di'ilham'kan sejak tahun 2013 dahulu lagi. Mahathir, Muhyiddin, Husni, Tony Pua dan Clare Brown semuanya terlibat dan mereka mempastikan sabotaj ini akan berjaya, dimana termasuk menyalur keluar wang kepada pihak Arab, menggagalkan dua kali 'Tawaran Awam Permulaan' (IPO)., dan menyekat pinjaman bank kepada 1MDB. Motifnya bukan hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib tetapi juga untuk memperoleh keuntungan kewangan.

The Third Force
1 Februari 2017

Untuk dua-setengah bulan yang lepas, Malaysia Today telah menampilkan siri-siri artikel yang menyimpulkan idea bahawa kalangan golongan elit antarabangsa (global) telah begitu lama memanipulasi ekonomi Asia Tenggara. Siri tersebut dimulai dengan memperkenalkan George Soros sebagai orang yang telah menjadi perancang kepada Krisis Kewangan Asia 1997 (1997 Asian Financial Crisis) disamping terus menjalankan agenda pertukaran rejim (regime change) di Malaysia dan Indonesia.

Selari dengan perkembangan siri artikel tersebut, ianya menjadi semakin jelas bahawa Soros juga adalah orang yang mencetuskan krisis kewangan dunia 2007, walaupun bukan dari hasil rekaannya sendiri mahupun dari sekutunya. Tetapi kita masih memperkatakan tentang dua bencana kewangan hanya dalam satu dekad, setiap satu mengakibatkan penurunan nilai matawang utama dan menggegarkan pasaran saham seluruh dunia.

Tetapi itu bukanlah kejutan paling besar.

Kejutan besar paling menjijikkan datang dari hasil terbongkarnya rahsia bahawa Tony Blair telah bersekongkol dengan Soros semenjak dari hari dia mula mengambil-alih kuasa di Nombor 10 Downing Street, ibu pejabat kerajaan United Kingdom (UK). Kejutan yang sama menjijikkan adalah dengan pendedahan bahawa bekas Perdana Menteri tersebut adalah perancang utama dibelakang konspirasi pelbagai-rupa (multifaceted conspiracy) untuk mensabotaj 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dana Khazanah Negara Malaysia.

Soros mendapat idea bagaimana untuk membuat orang Cina menentang 1MDB. Blair maju selangkah kehadapan dengan membuat komplot untuk memufliskan Dana Malaysia. Dipenghujung Jun 2014, Clare Rewcastle Brown mendedahkan kepada pembantu Mahathir tentang terdapatnya informasi yang mempunyai potensi untuk menghancurkan Najib

Tetapi Mahathir sudah pun mengetahuinya. Beliau didatangi Muhyiddin setahun yang lalu dan memberitahu rancangan Soros dan Blair untuk mensabotaj 1MDB. Jika tidak kerana siri-siri ini, rakyat Malaysia langsung tidak akan tahu bahawa Muhyiddin telah ditawarkan USD30 juta untuk memerangkap Najib supaya terlihat sebagai seorang penjenayah

Diwaktu ini, dalam bahagian kesebelasnya, siri-siri ini telah pun menemui keraguan daripada pelbagai pihak yang amat percaya bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, telah menyalahgunakan dana bernilai berbilion-bilion kepunyaan rakyat Malaysia. Puak-puak ini telah menanam kepercayaan bahawa saya adalah seorang pelakon-penipu yang diupah oleh Perdana Menteri untuk mempastikan dirinya terus berkuasa.

Tetapi hakikat sebenarnya tentang keraguan ini seumpama mereka mendapat dadah daripada pembangkang adalah satu ironi. Jumaat lepas, pasukan saya mengesahkan – tanpa sebarang keraguan – Tony Pua telah dijanjikan USD10-15 juta oleh sekumpulan warga asing yang berkait rapat dengan Soros dan Blair untuk meletakkan kesalahan kepada Najib kerana ‘merompak kekayaan rakyat Malaysia’. Kumpulan itu meletakkan Pua dalam genggaman mereka semata-mata kerana ahli parlimen pembangkang ini mempunyai hubungan yang rapat dengan beberapa kumpulan perbankan di Singapura.

Sekarang, Pua yang sama inilah yang baharu sahaja memfailkan tuntutan 110-halaman di mahkamah Kuala Lumpur dengan mendakwa bahawa Najib telah menggunakan 1MDB sebagai alat tunggangan untuk mengaut berbilion wang kedalam kantungnya. Jadi nampaknya Pua sedang berusaha keras menempatkan dirinya untuk bersama dengan kumpulan tersebut. Ini mungkin dapat menjelaskan mengapa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak begitu senang apabila saya mendedahkan kepada umum hubungannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Anda lihat, misi Pua adalah untuk mengalihkan pengundi supaya menentang Najib dengan memperlihatkan kepada mereka bahawa Perdana Menteri telah mengheret 1MDB keambang kemusnahan. Saya, di satu pihak lain, mendedahkan kewujudan penglibatan antara Pua dan Muhyiddin sejak Julai 2013 untuk mencetuskan ‘keruntuhan’ Dana tersebut. Jadi bagaimana pengundi boleh mempercayai Pua lagi? Dan jika mereka tidak mempercayainya, bagaimana beliau boleh mendapatkan USD10-15 juta yang dijanjikan oleh sekumpulan warga asing kepadanya?

Tony Pua adalah seorang pensabotaj berbayar. Seperti Clare Rewcastle Brown, tugasnya adalah untuk membuat rakyat Malaysia menentang Najib. Tidak ramai yang tahu bahawa Pua menerima arahan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri dan tuan-besar Pua

Ya, rakyat Malaysia adalah jenis yang tidak ambil peduli. Mereka mudah percaya setiap cebis maklumat yang Pua dan tuan-besarnya beritahu mereka. Malah Lim Kit Siang juga mengetahui pada Julai 2013 tentang rancangan oleh sekumpulan warga asing yang mahu mensabotaj 1MDB. Kedua beliau dan Pua amat berhati-hati agar berita rancangan tersebut sentiasa tersimpan rapi. Oleh kerana sekarang rahsia tersebut telah terbongkar, Kit Siang mempunyai satu lagi sebab untuk menelan pil pahit kedalam mulutnya setiap malam sebelum dia masuk tidur.

1MDB adalah mainan muslihatnya untuk membuat orang Cina menolak pentadbiran Najib dan menjalin hubungan kerja dengan kerajaan Pulau Pinang. Tetapi artikel-artikel saya telah membogelkan suatu konspirasi yang melibatkan salah seorang orangnya sendiri yang mahu mensabotaj 1MDB. Jadi bagaimana orang Cina boleh mempercayainya lagi?

Itulah yang menjelaskan mengapa Lim 'senior' secara rahsia menyimpan dendam terhadap saya. Tetapi dia tidak berseorangan. Ramai orang-orang hebat yang akan mengalami kerugian besar apabila saya berlarutan dengan pendedahan ini, yang dianggarkan berterusan hingga ke 20-25 bahagian. Saya pun tidak pasti saya akan kembali dengan selamat sekiranya merancang perjalanan katakan, ke California atau New York. Saya diberitahu, ada orang-orang di Amerika Syarikat dan mungkin juga di Abu Dhabi yang memang benar-benar mahukan saya mati.

Tetapi ia tidaklah seolah-olah saya mengharapkan sesuatu yang berbeza. Risiko yang datang bersama-sama dengan tugas ini adalah amat nyata, sementara bahaya sentiasa dianggap pasti akan berlaku. Namun, selagi saya bernafas, saya akan kekal sebagai 'The Third Force' dan akan memastikan bahawa kebenaran tidak akan dikaburi oleh propaganda media atau kecelaruan hebat persepsi rakyat Malaysia yang lemah berfikir. Dan berjuang melawan persepsi sebegitulah tujuan sebenar artikel ini.

Hari ini, saya akan cuba menyelesaikan beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh mereka yang merasa ragu, bermula dengan sesuatu yang telah menjadi sumber kemarahan kepada Raja Petra Kamarudin (RPK), pengasas Malaysia Today.

1. Adakah Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengarang siri-siri ini?

Walaupun telah berkali-kali dijelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa RPK akan meletakkan nama beliau pada setiap artikel tulisannya, sekumpulan Pakatun pembangkang sengaja mengupah pasukan siber untuk menulis komen mendakwa RPK mengarang siri ini. Sumber mendedahkan bahawa pasukan siber tersebut diketuai oleh Kit Siang dan dalam misi untuk mencemarkan RPK atas setiap apa yang saya perkatakan.

Baiklah, mari saya jelaskan sekarang – artikel ini adalah penulisan saya, Raggie Jessy, kolumnis jemputan dengan Malaysia Today. Semua yang saya lakukan, saya melakukannya tanpa prejudis dan dengan kepentingan yang lebih besar demi keselamatan negara. Saya bukan blogger yang dibayar dan tidak melibatkan diri dalam merekayasa cerita, seperti yang didakwa oleh pasukan siber Kit Siang.

Perhatikan perbezaannya – lelaki disebelah kiri mempunyai darah raja yang mengalir melalui pembuluh darahnya. Lelaki disebelah kanan boleh memberi kesakitan Di-Raja dijubor sesiapa yang menggelegakkan darah yang mengalir dipembuluh darahnya

Tidak pernah bila-bila masa pun saya diarah untuk menulis artikel-artikel atau apa-apa yang Malaysia Today telah siarkan setakat ini. Dan saya juga tidak mengharapkan Malaysia Today, atau, untuk tujuan sedemikian, Malaysia Outlook, memikul beban tanggungjawab untuk menetapkan betul salahnya melalui penulisan saya, sama ada ia berupa sebuah pendapat, artikel analisis atau pun suatu berita paling gempar.

Saya buat apa yang saya buat kerana saya percaya pada apa yang saya lakukan. Dan Malaysia Today telah cukup bermurah hati menawarkan saya ruang semata-mata untuk berbuat demikian.

2. Daripada mana saya mendapatkan maklumat?

Secara jujurnya, itu sesuatu yang saya tidak boleh sebebasnya dedahkan sekalipun pihak berkuasa memaksa saya untuk berbuat demikian dengan menggunakan undang-undang Malaysia yang ketat. Saya rela masuk kedalam dengan mulut terkunci. Jika itu harga yang saya perlu bayar untuk menyatakan kebenaran secara terbuka, maka saya rela.

Hakikatnya, cara mana saya guna untuk dapatkan kebenaran ada kalanya melampaui batas undang-undang. Jika saya gelarkan diri saya sendiri sesuai dengan cara yang diambil, saya mungkin boleh diistilahkan sebagai ‘pewaspada pelbagai rupa’, seseorang yang bukan anggota penguatkuasaan undang-undang tetapi yang memburu orang yang disyaki melanggar undang-undang dan menghukum mereka.

Saya kata ‘menghukum’, kerana saya fikir artikel saya sudah cukup menghukum mereka yang saya dakwa melakukan salahlaku. Misalnya, apabila saya dedahkan bahawa Tony Pua adalah seorang penjenayah, anda boleh yakin sepenuhnya bahawa ia sangat memberi kesan kepadanya.

3. Benarkah? Tony Pua seorang penjenayah?

Ya, benar.

Pua gagal memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) apa yang dia sudah tahu pada Julai 2013. Dia tahu bahawa Menteri Kewangan kedua, Dato' Seri Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah, bersubahat dengan sekumpulan warga asing untuk menjadikan 1MDB muflis. Pua juga tahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB terdahulu, Dato' Shahrol Azral Ibrahim Halmi, telah berkonspirasi dengan pihak Emirates untuk melesapkan dana Malaysia bagi memperolehi manfaat tunai.

Tony Pua bersubahat dengan Muhyiddin sejak 2013 untuk mensabotaj 1MDB. Ahli parlimen pembangkang tersebut menyorokkan bukti penting daripada Jawatankuasa Kira-Kira Awam yang boleh mensabitkan Husni dengan salahlaku

Tidak terlintaskah kepada Pua bahawa campur tangan oleh pihak berkuasa waktu itu boleh menganggu kes yang sedang dibicarakan disebuah mahkamah di London? Bukankah apa yang dia lakukan itu samalah seperti bersubahat melakukan jenayah dimana wang yang mana daripada 1MDB yang telah dicuri? Tidakkah ini menjadikan Pua seorang penjenayah?

Satu-satunya cara dia boleh membersihkan namanya adalah dengan memulakan tindakan menerusi undang-undang terhadap saya kerana membuat dakwaan yang tidak masuk akal.

4. Jadi Husni dan Shahrol juga penjenayah?

Anda buat pertaruhan.

Kedua-duanya menyalahguna kedudukan masing-masing dipejabat masing-masing apabila mereka meluluskan pembayaran kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Aabar-BVI). Mereka melakukan ini walaupun mengetahui bahawa pengasas syarikat itu, Kahdem al-Qubaisi, tidak mempunyai niat untuk menghantar pembayaran tersebut kepada penerima yang dimaksudkan, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpengkalan di Abu Dhabi.

Sumber mendedahkan bahawa kedua-duanya telah dijanjikan ganjaran berupa suapan bernilai USD10-15 juta tiap seorang hanya untuk menutup mulut mereka. Dikali terakhir saya periksa, adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pegawai sebuah badan berkanun menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima suapan melalui tindakan atau keputusan sendiri, mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Husni juga dikatakan menjadi pemilik bermanfaat satu unit hartanah di AS bernilai sekitar USD5 juta. Bekas Menteri Kewangan Kedua tersebut belum lagi mengesahkan atau menafikan lapuran berkaitan walaupun saya telah memintanya untuk berbuat demikian

Sumber-sumber juga mendedahkan bahawa Shahrol telah mengetahui sejak Disember 2012 lagi tentang rancangan Qubaisi, diwaktu itu sebagai Pengarah Urusan IPIC, untuk mendapatkan manfaat dengan menggunakan dana-dana yang disalur keluar daripada 1MDB. Bukan sahaja Shahrol menutup rapat mulutnya, dia mengelirukan Dana (1MDB) untuk mempercayai bahawa Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

Shahrol telah mengetahui sejak Disember 2012 bahawa Qubaisi tidak berniat baik. Anehnya, dia meluluskan pembayaran-pembayaran kepada Aabar-BVI dan tidak memaklumkan kepada sesiapa apa yang dia tahu. Shahrol bersubahat melakukan satu jenayah dalamana duit yang manakah daripada 1MDB yang telah dicuri

Sekarang tidakkah itu menjadikan Shahrol seorang penjenayah?

5. Bagaimana ketepatan maklumat yang terkandung dalam artikel saya?

Anda perlu tanyakan soalan yang sama kepada Mahathir – bagaimana ketepatan dakwaan-dakwaan yang beliau buat dalam penulisan-penulisan diblognya?

Menurut orang tua tersebut, Najib melesapkan dana bernilai RM42 bilion entah kemana. Baiklah, tidakkah beliau sepatutnya memberikan rakyat Malaysia bukti kukuh bagaimana Najib menghilangkan dana tersebut? Jika tidak, mengapa anda perlu percaya kepadanya dan bukan saya? Adakah hanya kerana dia adalah seorang bekas Perdana Menteri?

Mahathir bergantung kepada sokongan dari Melayu luar-bandar dan penyokong tegar sepanjang masa yang percaya bahawa orang tua tersebut tahu apa yang terbaik untuk negara. Setengah Melayu yang saya kenal menjadi begitu 'buta' kerana terlalu sayangkan orang ini sehingga menyalahkan saya kerana mendedahkan kebenaran tentangnya. Dan mereka yang menyalahkan saya ini adalah Melayu-Melayu yang berpendidikan

Rakyat Malaysia juga harus meminta Clare Rewcastle Brown menyenaraikan nama pegawai-pegawai 1MDB yang berkomplot untuk melesapkan wang daripada Dana dan melampirkan bukti kukuh untuk mengesahkan dakwaan beliau. Kita perlu tahu siapakah orang-orang ini dan bagaimana mereka melakukan jenayah tersebut. Tidak perlu lagi cerita-cerita rekaan yang ditokok tambah perisa penyedap pendengaran, cuma bukti sebenar siapa lakukan apa, bila dan di mana.

Dan bagaimana.

Ms. Rewcastle juga perlu menjelaskan sekiranya beliau telah dijanjikan jutaan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Blair atau pihak Emirates untuk melancarkan kempen media terhadap 1MDB. Sementara itu, dia juga perlu mendedahkan jika Husni turut bersubahat dengan beliau menentang Najib atau ‘dibayar’ oleh orang yang dikaitkan dengan Qubaisi untuk menutup mulutnya. Saya, sekali, ingin tahu jika Husni pada ketika ini pemilik bermanfaat satu unit hartanah di Amerika Syarikat bernilai kira-kira USD5 juta.

Rakyat Malaysia juga mahu tahu kaitan Pua dengan Ms. Rewcastle. Ahli parlimen pembangkang itu, telah beberapa kali bersekongkol dengan Ketua Editor Sarawak Report merancang serangan keatas Najib dan 1MDB. Pua dikatakan telah bergabung dengan Ms. Rewcastle setahun selepas dia dilantik sebagai ahli panel Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Jika Mahathir dan Ms. Rewcastle boleh menghasilkan jawapan pasti untuk soalan-soalan di atas, hanya, dan hanya selepas itu, saya dengan secara terbuka akan mengumumkan bahawa Ms. Rewcastle adalah sebenarnya penjelmaan semula Mother Teressa dan Mahathir adalah sesungguhnya Gandhi Malaysia. Tetapi itu tidak akan terjadi. Satu-satunya perkara yang mereka tahu lakukan adalah bohong, bohong dan bohong.

Sarawak Report mengangkat diri sebagai sebuah “Mahkamah Media” tetapi gagal menangani penglibatan Muhyiddin dan Husni dalam suatu konspirasi pelbagai-rupa untuk mensabotaj 1MDB

Dan tidak – saya tidak pernah berbohong.

6. Mahukah Putera Mahkota Abu Dhabi mengakui kebenarannya?

Saya tidak pasti. Anda benar-benar kena tanya orang-orangnya soalan itu.

Ada yang percaya bahawa Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan sayangkan saudaranya, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan, amat sayang, jadi tidak mungkin dia akan mengakui bahawa beliau (Sheikh Mansour) pernah bersekongkol dengan Qubaisi “merompak” harta 1MDB. Tetapi yakinlah, Putera Mahkota memang berazam untuk menyelesaikan segala kekecohan yang menyelubungi Dana Malaysia sepertimana juga dengan kerajaan Malaysia. Saya diberitahu, beliau merancang untuk mendapatkan satu tolak-ansur (kompromi) yang adil, dan, pada pandangan beliau, mulia.

Mohammed juga sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kerajaan Abu Dhabi dapat melaksanakan tindakan secara menyeluruh. Itu menjelaskan mengapa beliau merancang untuk menggabungkan Mubadala Development Company dengan IPIC. Putera Mahkota mahu Mansour berada dibawah pengawasannya pada setiap waktu dan tidak akan mempercayai saudaranya memimpin satu lagi syarikat milik-negara secara bersendirian.

Akan disambung...

Artikel asal - Malaysia Today


[BACAAN TAMBAHAN, antaranya ..]

(themalaymailonline) dr-m-caused-1mdb-ipos-failure-minister-claims

(cnbc.com) abu-dhabi-fund-ipic-says-it-didnt-receive-billions-in-payments-sent-by-malaysia-fund-1mdb

bagaimana-mahathir-gunakan-bank-negara-untuk-sabotaj-1mdb