Monday, May 01, 2017

1MDB-IPIC : SURAT BOM PELEDAK DARIPADA KERAJAAN BRITISH VIRGIN ISLANDS

(Terjemahan dari Bahasa Inggeris)

Lim Sian See
Rabu, 26 April 2017


Lanjutan kepada tulisan diblog saya dua hari lepas berkaitan penyelesaian USD6 bilion diantara IPIC dan 1MDB, telah terdapat satu perkembangan baharu.

Dalam pengumuman IPIC kepada Bursa Saham London diatas penyelesaian dengan 1MDB bertarikh 24 April 2017, perenggan terakhir menyatakan sebegini:

"The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities."

“Pihak-pihak terbabit juga telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan berniat baik berkaitan dengan pembayaran yang dibuat oleh Kumpulan 1MDB kepada entiti-entiti tertentu.”

Mengambil-kira apa-apa pun, ini adalah satu kenyataan luar biasa yang dibuat kerana ia memberi bayangan bahawa 1MDB telah pun membayar IPIC atau Aabar jumlah yang dipertikaikan tetapi tidak menyebutnya secara tepat.

Sebabnya mudah.

IPIC tidak boleh mengatakannya kerana mereka sebelum ini telah pun mengumumkan kepada bursa kewangan bahawa mereka tidak pernah menjamin unit-unit dana dan Aabar BVI bukanlah milik mereka.

Malah, mereka telah mengeluarkan kenyataan pada April 2016 dahulu yang secara terangnya memaklumkan mereka tidak menerima bayaran berjumlah berbilion yang dihantar oleh Dana Malaysia 1MDB.

IPIC sekarang tidak boleh berkata “oops, kami melakukan kesilapan” kerana ia akan mengaibkan mereka dan memberi kerosakan besar kepada reputasi mereka.

Ianya samalah seperti mengakui bahawa dua orang pegawai atasan di IPIC dan Aabar telah menipu negara lain dan menyonglap wang berbilion.

Bayangkanlah jika Malaysia terpaksa membuat pengumuman yang pegawai2 atasannya di Khazanah dan PNB telah menipu berbilion dari negara lain dan menyonglapkannya kedalam akaun-akaun mereka?

Inilah juga sebab mengapa bekas Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar, Qubaisi termasuk juga Pengarah Urusan Aabar Badawy tidak pernah disabitkan dengan sebarang jenayah dalam seluruh urusan ini walaupun semua bukti menunjuk kepada mereka dalam semua perjanjian dan pembayaran yang ditandatangani.

Hari ini, Menteri Kewangan II Johari berkata lagi bahawa berdasarkan kepada dokumen yang beliau telah lihat, beliau sangat yakin bahawa 1MDB akan menang timbang-tara.

Yang lebih besar akibatnya, Malaysiakini melaporkan hari ini Johari telah mendedahkan bahawa terdapat satu surat rasmi daripada Pendaftar Hal Ehwal Korporat kerajaan British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016 yang mengesahkan bahawa Aabar BVI yang dipertikaikan secara rasminya adalah milik IPIC.

Kewujudan surat rasmi ini akan menjadi satu bom peledak kepada IPIC dan usaha timbang-taranya.

Selain itu, 1MDB juga memiliki, surat-surat rasmi yang sah ditandatangani oleh bos-bos atasan Aabar ketika itu bahawa mereka menjamin unit dana berjumlah USD2.5 bilion, yang 1MDB sedang kendalikan kewangannya sekarang – berkemungkinan dengan bantuan IPIC untuk menghormati jaminan.


Ini juga bermakna adalah berkemungkinan besar IPIC telah bersetuju menjelang tahun 2020, 1MDB boleh menuntut kembali USD3.5 bilion daripada mereka dimana 1MDB akan menggunakannya untuk membayar bon USD3.5 bilion yang tamat tempoh dalam tahun 2022.

Jadi, USD2.5 bilion + USD3.5 bilion 1MDB yang dahulunya tertunggak telah pun dilunaskan.

Ini melengkapkan langkah terakhir pelan rasionalisasi dan membuktikan tidak ada seringgit pun wang 1MDB yang hilang.


Oleh itu, tidak ada satu Ringgit pun wang kerajaan atau wang pembayar cukai yang telah digunakan untuk menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB.

Ya, pembangkang akan menjadi begitu marah dengan perkembangan ini kerana mereka telah menyerang 1MDB melebihi dua tahun sekarang ini dan ianya adalah senjata utama serangan mereka terhadap kerajaan – kerana itu akan ada perasaan tidak percaya dan menimbulkan banyak rasa kemarahan.

Tetapi realitinya adalah usaha terakhir perancangan rasionalisasi sedang berjalan dengan baik.

Walaupun pelbagai pihak orang Pakatan berbohong bahawa Malaysia kini perlu membayar dua kali kepada IPIC atau pembayar cukai kini terpaksa melunaskan bilnya, pelabur asing dan pasaran kewangan tidak percaya kepada mereka.

Jika pelabur asing percaya kerajaan Malaysia kini terpaksa membayar USD6 bilion tambahan kepada IPIC atau perlu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan 1MDB, mereka pasti akan menghukum Malaysia dan menjual kesemua saham kita atau membawa keluar wang mereka. Bukannya membawa masuk wang.

Sejak dua hari lepas selepas pengumuman penyelesaian, ringgit kita dan bursa saham kita melalui satu 'rali' (rally) sederhana hari ini dan semalam, yang menggambarkan keyakinan kukuh pelabur.


The Sun Daily juga melapurkan para penganalisa telah mengatakan “perjanjian penyelesaian timbang-tara antara 1MDB dan IPIC Abu Dhabi telah dilihat sebagai satu rangsangan kepada pasaran tempatan.”



1MDB juga banyak melakukan perkara baik

Ramai mungkin pertikaikan bahawa banyak kesilapan berlaku dengan transaksi asal tetapi pengalaman lepas adalah 20/20. Yang paling penting adalah 1MDB dan kerajaan telah dapat membuat penyelesaian dalam mendapatkan kembali semua wang dan memastikan semua hutang 1MDB telah diselesaikan.

Disamping melaksanakan semua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti bekalan elektrik luar bandar, projek air mini, klinik bergerak, biasiswa untuk pelajar dan menghantar puluhan ribu orang menunaikan haji, 1MDB juga melakukan perkara-perkara baik termasuk akhirnya telah berjaya membantu Malaysia menyelesaikan perjanjian-perjanjian Pengeluar Kuasa berat-sebelah Mahathir yang membebankan rakyat dengan kos RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

1MDB juga membiayai pembinaan dan menaik-taraf 8 pangkalan tentera bernilai berbilion diseluruh Malaysia. Tonton video:

Klik gambar untuk tonton

Dan kemudian ada Tun Razak Exchange, yang sedang berkembang pesat dan ia termasuk bangunan tertinggi Malaysia (lebih tinggi daripada KLCC) yang akan disiapkan dalam tahun 2018 dan sudah pun selesai separuh-jalan.

Inilah video perkembangannya setakat akhir Disember 2016:

Klik gambar untuk tonton

Ini adalah perkembangan menara TRX Signature yang mengalahkan KLCC diawal bulan ini:


Dan sudah tentu, kemunculan Bandar Malaysia yang disifatkan sebagai inisiatif Satu Lingkaran Satu Jalan hab ASEAN yang menghubungkan Malaysia kepada dunia dengan keretapi.

Klik gambar untuk tonton

Untuk semua serangan Pakatan diatas kelemahan 1MDB, anda dapat lihat mereka jarang menonjolkan sisi positif 1MDB yang anda boleh nampak amat besar sekali dan penting kepada pertumbuhan Malaysia didekad-dekad akan datang yang boleh menjana ratusan bilion dalam pertumbuhan dan ratusan ribu pekerjaan.

Penyiasatan DOJ dan Switzerland

Dasar asas saman sivil DOJ Amerika Syarikat Julai 2016 dan penyiasatan Switzerland adalah berlandaskan fakta bahawa 1MDB mengesahkan ia telah membayar wang kepada IPIC tetapi IPIC dikala itu terdahulunya ditahun 2016 menegaskan mereka tidak menerima wang tersebut - dengan itu terdapat kehilangan wang dan ia merupakan pengubahan wang haram.

Sekarang IPIC telah mengakui memang terdapat pembayaran tersebut maka ia bermakna tidak ada “wang hilang” dan dengan itu tiada pengubahan wang haram.

Untuk mengimbas kembali secara terperinci persoalan mengapa dakwaan “wang hilang” tersebut tidak pernah dimiliki secara sah oleh 1MDB dan mengapa DOJ Amerika Syarikat dan penyiasatan pihak Swiss akan gagal, bacalah tulisan saya bulan Julai 2016.