Sunday, March 11, 2018

Mahathir, Mukhriz Dan Muhyiddin Bertanding Dibawah Lambang DAP

Dan bagi DAP, mereka boleh menggunakan fakta bahawa Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan bertanding dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina sebagai ‘bukti’ bahawa DAP adalah parti berbilang kaum dan bukannya sebuah parti Cina manakala kerajaan dilihat sebagai zalim kerana membatalkan pendaftaran PPBM. Itulah yang dipanggil situasi ‘menang-menang’.


Satu perkembangan yang paling menarik telah berlaku pada hari ini. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baharu sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mengatakan bahawa oleh kerana parti itu tidak mematuhi terma dan syarat tertentu, parti itu akan dibatalkan pendaftarannya.

Sebenarnya, terma-terma dan syarat-syarat ini sangat mudah dan tidak sukar sedikit pun untuk dipatuhi. Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimana pun, sengaja menolak untuk mematuhi apa yang dikehendaki oleh ROS supaya mereka tidak mempunyai pilihan selain membatalkan pendaftaran PPBM. Ini yang telah dibincangkan sebelumnya antara Mahathir dan Lim Kit Siang dan merupakan sebahagian daripada rancangan untuk beliau, anaknya Mukhriz, dan Muhyiddin Yassin untuk bertanding dalam pilihanraya umum dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina.


Mahathir dan Kit Siang telah pun membincangkan dan bersetuju bahawa PPBM akan ditutup dan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan bertanding dibawah DAP

Mahathir tahu PPBM sama sekali tidak mempunyai peluang untuk memenangi pilihanraya umum akan datang dan jika beliau, Mukhriz dan Muhyiddin bertanding dalam pilihanraya umum dibawah PPBM, mereka akan teruk dikalahkan. PPBM, yang mana tidak pun sehebat Semangat 46 dan hanya merupakan satu lagi parti Melayu, tidak mempunyai harapan untuk mengalahkan UMNO atau menggantikan UMNO sebagai wira baharu politik Malaysia. Jadi Mahathir perlu melenyapkan PPBM dan berpindah ke DAP.

Satu-satunya cara Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin boleh memenangi pilihanraya umum adalah dengan mereka bertanding dalam pilihanraya dibawah lambang DAP dan dikawasan majoriti kaum Cina. Mereka menyedari mereka memerlukan undi kaum Cina dalam kerusi majoriti Cina untuk menang dan bukan undi kaum Melayu dalam kerusi majoriti Melayu.

Dan satu-satunya cara Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin boleh bertanding dibawah lambang DAP dikerusi majoriti Cina adalah sekiranya PPBM tidak wujud. Jika PPBM masih wujud bagaimana mereka akan dapat menjelaskan mengapa bertanding dibawah lambang DAP dalam kerusi majoriti Cina? Itulah sebabnya Mahathir memerlukan ROS untuk membatalkan pendaftaran PPBM.


Ketiga-tiga mereka ini akan diselamatkan manakala calon-calon PPBM yang lain akan dihumbankan kelaut

Sekarang Mahathir boleh menyalahkan ROS. Ia kerana ROS membatalkan pendaftaran PPBM jadi Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin tidak mempunyai pilihan melainkan bertanding dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina. ROS akan dilihat sebagai pihak jahat manakala Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin dilihat sebagai mangsa ketidakadilan dan penganiayaan politik.

Tetapi dengan cara itu akan dapat menyelesaikan masalah Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin. Bagaimana pula dengan calon-calon PPBM yang lain? Ye lah, mereka sama sekali tidak akan mampu untuk menang jadi apa yang sangat pentingnya? Yang pentingnya adalah Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin memenangi pilihanraya umum walau pun mereka menang dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina.

Dan bagi DAP, mereka boleh menggunakan fakta bahawa Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan bertanding dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina sebagai ‘bukti’ bahawa DAP adalah parti berbilang kaum dan bukannya sebuah parti Cina manakala kerajaan dilihat sebagai zalim kerana membatalkan pendaftaran PPBM. Itulah yang dipanggil situasi ‘menang-menang’.


Terjemahan dari artikel:
MALAYSIA TODAY
Raja Petra Kamarudin
9 Mac 2018


Dan ini laporan The Star Online:

Dr M: Pribumi ada pelan lain jika dibubarkan


TANAH MERAH, 10 Mac (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa mempunyai pelan alternatif jika parti itu dibubarkan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

Beliau berkata pelan-pelan tersebut akan dilaksanakan sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti dan menolak pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan.

"Kita mempunyai pelan B dan C, bergantung keputusan daripada ROS, kita kena menggunakan cara lain," beliau memberitahu pemberita semasa program “Jelajah Harapan Kelantan” disini pada hari Sabtu.

Pada hari Jumaat (9 Mac), ROS telah mengeluarkan notis kepada Pribumi untuk menyerahkan segala maklumat dan dokumen minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan peringkat pusat dan juga laporan kewangannya sehingga 29 Mac atau menghadapi pembubaran.

ROS memerlukan maklumat-maklumat tersebut untuk melengkapkan siasatan susulan aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli Pribumi berhubung perjalanan parti.

Pakatan Harapan dianggotai oleh Pribumi, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.