Monday, March 26, 2018

Melayan BONTOT LEMBU


Banyak betul ajaran sesat yang disebarkan melalui WhatsApp sejak kebelakangan ini. Kalau ikut logik penyokong parti pembangkang, itu tanda-tanda pilihanraya semakin hampir. Kalau difikirkan, pilihanraya semakin hampir setiap hari sejak berakhirnya pilihanraya umum yang lepas. Disebabkan ketandusan isu, maka isu-isu lama digemburkan kembali. Inilah yang disebarkan:

1. Kalau Najib tak salah, kenapa AG Ghani Patail yang sedang siasat 1MDB dan SRC dipecat dari jawatannya atas alasan dia sakit (mungkin sudah dekat nak mati). Tapi sampai hari ini Ghani masih hidup, cergas dan akhir sekali berita dari Ghani mengatakan dia bekerja sebagai peguam pula. Tak sakit tenat pun, belum mati pun.

Gani Patail telah pun mencapai umur persaraan dan sedang berkhidmat dalam tempoh kontrak semasa perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara tidak lagi dikehendaki oleh Yang DiPertuan Agong. Artikel dari Majlis Peguam Malaysia ini juga mengesahkan Gani menghidap sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Selain itu, mantan Presiden Majlis Peguam Negara juga mengesahkan dalam petisyennya bahawa beliau pernah lihat Gani Patail mengendalikan mesyuaratnya di hospital ketika sedang menjalankan rawatan dialisis.

Rawatan dialisis biasanya akan mengambil masa EMPAT JAM, dan pesakit memerlukan diantara DUA hingga DUA BELAS JAM untuk tubuhnya kembali segar untuk melakukan lain-lain perkara.

Didalam situasi yang kritikal yang memerlukan tumpuan penuh seorang Peguam Negara, sudah tentu Gani Patail tidak dapat memenuhi kehendak tugasnya.

2. Kalau Najib tak salah, kenapa pula Hamid Bador Boss No. 2 dalam SB atau Special Branch yang juga terlibat siasatan 1MDB, SRC dsbnya telah ditransfer dari jawatannya dan diarah melaporkan diri ke JPM pula. Hamid terus bersara daripada perkhidmatan Polis.

Pertamanya, Hamid Bador tidak terlibat langsung dalam siasatan terhadap 1MDB dan lain-lain syarikat yang berhubung kait dengan syarikat tersebut.

Keduanya, seorang pegawai polis adalah tertakluk kepada Akta Polis, 1967 yang mana Seksyen 4(1) Akta tersebut berkehendakkan semua pegawai dan anggota PDRM menjalankan tugas dibawah kawalan seorang Ketua Polis Negara yang bertanggungjawab kepada seorang Menteri. Takrif Menteri di sini mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan ialah seorang yang dilantik dan diturunkan kuasa eksekutif oleh Yang DiPertuan Agong mewakili Seri Paduka Baginda. Ini bermakna, kesetiaan kepada Raja dan Negara mengikut takrif adalah juga kesetiaan kepada kerajaan Yang DiPertuan Agong yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Ketiga, Hamid Bador dikatakan adalah seorang yang tidak sebulu dengan mantan ketuanya, Dato Akhil Bulat. Kemudian, Hamid juga dikatakan tidak berpuas hati kerana Datuk Fuzi (kemudiannya Tan Sri), dilantik menggantikan Dato Akhil Bulat sedangkan beliau (Hamid) lebih tinggi kekananannya. Dalam konteks ini, Fuzi adalah lebih bernilai berbanding dengan Hamid kerana Fuzi pernah menjadi Pesuruhjaya Polis di Sabah. Hamid langsung tidak pernah menerajui mana-mana kontinjen polis di peringkat mana-mana negeri. Fuzi juga mempunyai jaringan yang baik dengan agensi-agensi perisikan luar negara berbanding Hamid.

3. Kalau Najib tak salah kenapa pula pegawai siasatan SPRM juga ditransfer daripada jawatan mereka.

Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah pegawai perkhidmatan awam seperti yang ditakrif oleh Seksyen 6(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2009. Disebabkan takrif tersebut, mereka juga tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1993, yang melalui Seksyen 4(1) menyebut bahawa setiap pegawai perkhidmatan awam dikehendaki memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Yang DiPertuan Agong, negara dan Kerajaan.

Seksyen 4(2)(f) dan (g) Akta tersebut juga menyebut pegawai perkhidmatan awam tidak boleh tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab.

Apa yang Bahri Md Zin telah lakukan ialah membocorkan hasil siasatan kes berhubung 1MDB kepada isteri kedua beliau, Noor Haslina Abdullah.


Adakah perbuatan ini mencerminkan seorang pegawai yang takut kepada Tuhan? Beliau tidak amanah, tidak jujur, dan tidak bertanggungjawab.

Setahu saya orang sebegini mengikut mafhum sebuah Hadith adalah seorang munafik. Patutkah beliau terus disimpan?

4. Kalau Najib tak salah, kenapa pula seorang Tan Sri, iaitu bekas penasihat SPRM serta seorang pegawai penyiasat AG Chambers telah ditangkap oleh Polis berkaitan 1MDB juga dan dimasukkan kedalam lokap.

Bekas Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh telah ditahan kerana disyaki telah memberi maklumat berdarjah mengenai siasatan terhadap 1MDB kepada Clare Rewcastle Brown, orang dibelakang tabir Sarawak Report, di Hyde Park, London.

Maklumat siasatan adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi, 1972.

Pegawai Pejabat Peguam Negara yang ditahan itu pula ialah Jessica Gurmeet Kaur, seorang warganegara Singapura yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Gani Patail. Sepupu kepada suami Jessica pula ialah isteri kepada Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo.


5. Kalau Najib tidak bersalah, kenapa pula Menteri Rahman Dahlan confirmkan bahawa makhluk MOI yang disebut oleh FBI/DOJ dalam siasatan kleptokrasi mereka berkenaan 1MDB itu sebenarnya adalah Najib? Ataupun mungkin Rahman Dahlan begitu bodoh macam bontot lembu?

Kalau dah dokumen DoJ mengatakan bahawa MO1 itu ada pertalian persaudaraan dengan Riza Aziz, salah seorang yang dinamakan didalam dokumen tersebut, sudah tentu MO1 itu merujuk kepada Najib Razak.

Walau bagaimanapun, seperti yang juga disebutkan oleh dokumen yang sama, MO1 bukanlah individu yang menjadi sasaran siasatan mereka. Malangnya, bontot-bontot lembu hingga kini berkata bahawa MO1 telah melakukan jenayah.


6. Kalau Najib tidak bersalah, kenapa pula anak tiri dia Riza Aziz sudah setuju bayar balik RM240 Juta (US$60 Juta) kepada DOJ di Amerika Syarikat sebagai ‘settlement’ untuk menyelesaikan saman sivil FBI/DOJ yang telah mula merampas harta Red Granite Pictures (syarikat kepunyaan Riza Aziz) yang FBI/DOJ menuduh telah dibeli dengan menggunakan dana wang yang telah dicuri dari 1MDB, dimana Najib adalah sole shareholder and signatory.

Beginilah. Izinkan saya menjawab dengan bertanyakan beberapa soalan terlebih dahulu:

a) Sekiranya Riza Aziz bersalah, kenapa DOJ tidak mengheret beliau kekandang orang yang dituduh didalam sebuah mahkamah perundangan?

b) Sekiranya ianya merupakan kes jenayah, bukankah wang dan harta yang dirampas merupakan bahan kes sehingga ianya diperintah untuk dilupuskan setelah selesai perbicaraan?

c) Jumlah harta yang dirampas tetapi tidak dibawa kemahkamah berjumlah US$540 juta (RM2.4 billion). Kalau ada kes jenayah dibuktikan, kenapa perlu benarkan Riza Aziz membuat ‘settlement’ hanya berjumlah US$60 juta (RM240 juta)?

Jawapannya ialah: Civil Forfeiture Act yang digunapakai oleh DOJ adalah ibarat Akta ISA tetapi untuk harta. Ramai dikalangan warga Amerika Syarikat mengaggap Akta tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Amerika Syarikat kerana tidak memerlukan prinsip res judicata (penghakiman yang telah dibuat). Salah seorang yang menentang Akta tersebut ialah Justice Clarence Thomas, seorang Hakim Bersekutu di Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang termasyhur.

DOJ juga kini pening kepala kerana aduan yang dibuat terhadap dakwaan penyelewengan wang 1MDB bukannya dibuat oleh 1MDB sendiri.  Oleh kerana 1MDB tidak kehilangan walau satu sen pun, DOJ tidak tahu kemana harta yang dirampas itu perlu dipulangkan atau kepada siapa. Sebab itulah kes tersebut tidak kemana-mana walaupun telah berlanjutan selama tiga tahun. Mereka juga tidak dapat membuktikan wang tersebut berasal dari 1MDB kerana 1MDB tidak kehilangan wang.

Apa pun yang mungkin ditandatangani oleh Najib Razak sebagai sole shareholder (sebagai Menteri Kewangan)

Apakah Riza Aziz anak tiri Najib juga bodoh tahap bontot lembu macam Menteri Rahman Dahlan?

Riza Aziz tidak bodoh. Beliau membayar US$60 juta agar US$540 juta dapat dipulangkan kepada syarikat beliau untuk digunakan. Beliau mungkin kerugian US$60 juta tetapi beliau untung US$480 juta. Yang bodoh adalah bontot-bontot lembu yang masih percaya beliau dan bapa tiri beliau telah lakukan jenayah sedang CIVIL forfeiture suit adalah saman sivil, bukan jenayah.

7. Kalau Najib tidak bersalah kenapa pula FBI/DOJ memburu kapal layar mewah Equanimity kepunyaan Jho Low, yang FBI menuduh telah dibeli dengan RM1 BILLION (US$250 Juta) wang yang dicuri daripada 1MDB. Dan kemudian FBI telah merampas kapal layar mewah itu diperairan Indonesia. Jho Low adalah sahabat karib Najib dan anak tirinya Riza Aziz.

FBI/DOJ telah memburu kapal Equinimity sebab ianya tersenarai sebagai aset yang mungkin telah dibeli dengan wang yang kononnya diseleweng dari 1MDB sedangkan 1MDB itu sendiri tidak kehilangan wang. Kapal tersebut tidak ada kena-mengena dengan 1MDB dan tidak dibeli dengan wang 1MDB. Jho Low mungkin adalah sahabat Riza Aziz tetapi bukan sahabat karib Najib Razak. Hanya bontot-bontot lembu yang mengatakan demikian.

8. Kalau Najib tidak bersalah, kenapa pula Kerajaan Malaysia TIDAK MAHU MENGAKU, MENUNTUT DAN SETERUSNYA MENERIMA BALIK wang RM430 Juta (CHF 100 juta) yang ingin dipulangkan oleh pendakwaraya Switzerland kepada Malayaia yang mereka berkata telah dirampas berkaitan wang yang telah dicuri daripada 1MDB? Switzerland kata duit RM430 Juta itu duit Malaysia.

Saya pening sedikit membaca soalan ini. Switzerland kata wang yang dirampas itu adalah hak milik 1MDB tetapi 1MDB tidak kehilangan sebarang wang. Apa gunanya mengaku perkara yang tidak berlaku? Kerajaan Malaysia perlu berpegang kepada fakta, tidak seperti bontot-bontot lembu.

9. Kerajaan Singapura pula telah penjarakan lima atau enam orang yang terlibat dalam kecurian wang 1MDB. Kerajaan Singapura juga telah batalkan lesen perniagaan dua buah bank antarabangsa yang terlibat dalam kes money laundering 1MDB. Apakah kerajaan Singapura begitu bodoh menyiasat jenayah atau kecurian wang 1MDB yang tidak wujud atau sebenarnya tidak pernah berlaku ?

Mereka yang dipenjarakan di Singapura dipenjarakan atas kesalahan money-laundering (pengubahan wang), bukannya mencuri wang 1MDB. Lesen bank-bank tersebut dibatalkan atas sebab bank-bank tersebut telah melakukan kesalahan dibawah peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Monetary Authority of Singapore (MAS), bukannya kerana mencuri wang 1MDB. Mereka-mereka yang dipenjarakan bukan pekerja atau pengarah 1MDB dan tiada kena-mengena dengan 1MDB.

Seah Yew Foong dan Yak Yew Chee didapati bersalah kerana mengubah wang US$153 juta yang diterima dari syarikat milik Jho Low di iaitu Good Star dan dimasukkan ke dalam akaun BSI Singapore milik Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corp., iaitu sebuah akaun yang boleh diakses oleh Jho Low. Tiga hari kemudian, sejumlah US$153 juta telah dipindahkan dari akaun tersebut ke akaun BSI Singapore milik bapa Jho Low, Tan Sri Larry Low Hock Peng yang suatu ketika dahulu dikatakan salah seorang kroni Mahathir.

Dua hari kemudian, sejumlah US$150 juta dipindahkan dari akaun Low Hock Peng kesebuah akaun BSI milik Jho Low. Kemudian, sejumlah US$110 juta dipindahkan dari akaun tersebut keakaun Swiss sebuah syarikat bernama Selune yang dimilikinya.

Tiada dimana-mana dalam dokumen mahkamah Singapura yang menyebut nama 1MDB mahu pun nama Najib Razak semasa dan selepas perbicaraan tersebut selesai pada tahun 2016.

The Singapore government is so stupid? Kerajaan Singapura pun salah?

Kerajaan Singapura tidak bodoh. Yang bodoh adalah bontot-bontot lembu yang membuat dakwaan-dakwaan tidak berasas, dan bontot-bontot lembu yang mempercayai dakwaan-dakwaan tersebut.

Rupanya hanya Najib seorang yang betul dalam skandal besar ini. Satu dunia yang lain semuanya salah.

Bukan begitu kesudahannya.  Satu dunia yang lain, termasuk Najib Razak, tidak salah.  Yang salah hanyalah bontot-bontot lembu yang saya sebutkan di atas.


Artikel disalin daripada:
Seademon Says
26 Mac 2018