Thursday, February 14, 2019

MENGAPA ORANG MELAYU TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG CINA

Dan inilah mengapa orang Melayu tidak faham mengapa orang Cina mengharapkan mereka berterima kasih kepada orang Cina. Orang Melayu hairan mengapa orang Cina bercakap seolah-olah mereka telah melakukan suatu pertolongan kepada orang Melayu dengan berhijrah ke Malaya ditahun 1800'an.

Orang Melayu merasa hairan bila orang Cina terus mengatakan merekalah penyelamat orang Melayu sedangkan orang Melayu tidak pernah meminta apa-apa pertolongan pun daripada orang Cina. Tidakkah orang Cina faham bahawa orang Melayu amat bahagia dengan kehidupan mereka dan tidak memerlukan sebarang pertolongan luar untuk menukar atau menambah baik kehidupan mereka jadi tidak ada apa yang hendak diterima kasihkan pun?

Komen yang selalu didengar daripada orang Cina adalah Malaysia sepertimana ianya pada hari ini (bermaksud Malaysia telah membangun dan berkembang pesat) disebabkan oleh orang Cina dan jika orang Cina tidak datang ke Malaya ditahun 1800'an berkemungkinan orang Melayu masih lagi tinggal diatas pokok dan makan ubi kayu.

Kefahaman disini adalah orang Melayu itu pemalas dan tidak cukup bijak untuk membangunkan negara jadi mereka memerlukan orang Cina untuk melakukan tugas itu. Dan sekiranya orang Cina tidak melaksanakan tugas tersebut berkemungkinan orang Melayu masih lagi tinggal dalam hutan dan bergayut atas pokok seperti Tarzan, bertahan hidup dengan berpindah-randah (sebagai pemburu-pengumpul makanan tanpa bercucuk tanam) dengan mencabut ubi kayu sebagai makanan.

Pertama sekali, ini adalah satu tafsiran yang aneh tentang sejarah, sosiologi (ilmu kemasyarakatan) dan antropologi (kajian asal usul kebudayaan manusia). Deskripsi (gambaran) sejarah Malaysia tersebut adalah terlalu rasis. Ianya seperti sebagaimana orang Inggeris melihat orang India di British India (India jajahan Inggeris): yang berkulit hitam tidak mempunyai kebolehan untuk mentadbir sesebuah negara dan hanya yang berkulit putih mampu melakukan tugas tersebut semata-mata kerana orang berkulit putih adalah lebih tinggi darjat kedudukannya daripada orang yang berkulit hitam.

Orang Melayu sukakan kampung mereka dan tidak pernah meminta orang Cina datang ke Malaya bagi membina bandar-bandar yang kotor dan busuk serta sesak dengan bangunan batu

Keduanya, sekali pun jika ianya benar - yang orang Melayu memang pemalas dan tidak begitu bijak untuk memajukan negara dan kerananya mereka mungkin masih lagi tinggal diatas pokok dan masih makan ubi kayu jika tidak kerana orang Cina - jadi apa?

Adakah orang Melayu yang menjemput orang Cina untuk datang ke Malaya dalam tahun 1800'an? Adakah orang Melayu yang merayu orang Cina membangunkan Malaya kerana orang Melayu tidak berupaya melaksanakan tugas tersebut? Adakah orang Melayu telah jemu tinggal dalam rumah kayu (kampung) selama 1,000 tahun dan dalam tahun 1800'an teringin untuk tinggal dalam rumah batu dan kondo jadi mereka memerlukan pemaju-pemaju Cina untuk tujuan itu?

Orang Melayu tidak ada masalah tinggal didalam rumah kampung mereka. Rumah kampung sejuk dan berangin, walau pun dihari-hari yang paling panas dalam tahun itu. Kampung-kampung adalah bersih dan tidak kotor dan busuk, seperti bandar-bandar yang orang Cina bina. Terlalu jarang terjadi jenayah dikampung (tidak seperti dibandar) dan rumah-rumah tidak dikunci dan tingkap-tingkap dibiarkan terbuka luas (orang akan keluar dan masuk rumah jiran mereka untuk bergosip atau membawang.

Orang Melayu amat bahagia dengan kehidupan mereka dan tidak tamak atau materialistik (mementingkan kebendaan)

Terdapat semangat kemasyarakatan dikampung-kampung. Sekiranya anda mengadakan kenduri atau perkahwinan seluruh kampung akan datang menolong - jadi katerer tidak akan ada atau diperlukan. Jika anda mencuri ayam orang lain seluruh kampung akan keluar menghakimi anda - jadi jenayah memang tidak berbaloi dikampung-kampung.

Sentiasa ada nasi untuk dimakan dan lauk ikan untuk dimakan bersamanya (tidak ada perkataan 'kebulur' dalam bahasa orang Melayu). Anda makan ayam dalam sekali-sekala dan berkenduri makan daging apabila ada lembu yang disembelih dalam sesuatu keramaian (seluruh kampung akan berkenduri makan daging dan jumlah lembu yang disembelih bergantung kepada berapa jumlah orang yang membuat kenduri).

Hidangan kemestian adalah sambal belacan, budu, cencaluk dan tempoyak. Anda tidak akan jumpa sesuatu apa pun yang lebih enak untuk dimakan bersama ulam anda (apa yang orang-orang 'bertamadun' panggil 'salad'), atau ikan bilis dan keropok yang amat melazatkan.

Inilah segalanya yang orang Melayu perlukan dan tidak seorang pun yang telah mati kelaparan dalam tahun 1800'an sepertimana 115 juta orang Cina yang mati kebuluran di China dalam jangka waktu selama 100 tahun

Ya, kampung adalah syurga, sehinggalah orang Cina datang serta membina bandar-bandar mereka yang kotor dan berbau busuk sesak dan padat dengan bangunan-bangunan batu. Bersama-sama dengan mereka orang Cina membawa adat dan tradisi yang pelik yang penuh dan dicemari dengan kepercayaan agama yang syirik seperti penyembahan berhala dan roh nenek-moyang dimana Allah janjikan didalam Qur'an sebagai satu dosa yang tidak mendapat keampunan yang akan diseksa didalam neraka untuk selama-lamanya (perkara yang sama Nabi Musa memberitahu orang Bani Israel).

Walau bagaimana pun, tolak semua itu ketepi, apa yang orang Melayu tersangat benci ialah apabila orang Cina terus mengungkit kononnya tanpa orang Cina orang Melayu, bla, bla, bla, sedangkan orang Melayu tidak pernah pun meminta orang Cina melakukan segala apa yang orang Cina kata mereka telah lakukan untuk orang Melayu.

Orang Melayu berasa tersangat gembira dengan kehidupan mereka untuk lebih 1,000 tahun. Orang Melayu tidak perlu mengubah kehidupan mereka. Orang Melayu tidak perlukan pertolongan orang Cina mengubah kehidupan mereka. Adakah orang Melayu menjerit kepada orang Cina minta pertolongan? Jadi mengapa orang Cina terus mengungkit yang mereka datang ke Malaya dalam tahun 1800'an untuk menolong membangunkan negara supaya orang Melayu boleh mendapat kehidupan yang lebih baik?

Orang Melayu tidak akan melakukan kerja seperti ini jadi orang Inggeris terpaksa membawa masuk orang Cina

Orang Inggeris lah yang membawa orang Cina (dan orang India) ke Malaya - bukannya orang Melayu yang menjemput orang Cina (dan orang India) datang ke Malaya. Orang Inggeris lah yang memerlukan orang Cina (dan orang India) - bukannya orang Melayu yang memerlukan orang Cina (dan orang India).

Orang Inggeris perlukan pekerja kuli untuk lombong bijih timah dan ladang mereka tetapi orang Melayu tidak mahu jadi pekerja kuli kerana mereka tidak perlukan wang dan tidak pula mati kelaparan atau tinggal diatas pokok. Jadi, orang Inggeris membawa masuk orang Cina dan orang India yang terdesak yang akan mati kebuluran sekiranya mereka terus tinggal dinegara mereka sendiri.

Dan inilah mengapa orang Melayu tidak faham mengapa orang Cina mengharapkan mereka berterima kasih kepada orang Cina. Orang Melayu hairan mengapa orang Cina bercakap seolah-olah mereka telah melakukan suatu pertolongan kepada orang Melayu dengan berhijrah ke Malaya ditahun 1800'an. Orang Melayu merasa hairan bila orang Cina terus mengatakan merekalah penyelamat orang Melayu sedangkan orang Melayu tidak pernah meminta apa-apa pertolongan pun daripada orang Cina. Tidakkah orang Cina faham bahawa orang Melayu amat bahagia dengan kehidupan mereka dan tidak memerlukan sebarang pertolongan luar untuk menukar atau menambah baik kehidupan mereka jadi tidak ada apa yang hendak diterima kasihkan pun?


why-the-malays-are-not-grateful-to-the-chinese

(Klik gambar untuk membaca artikel asal)