minggu lepas telah diadakan sesi terbuka pendengaran umum mengenai isu LYNAS.
sesi umum ini diketuai oleh panel yang dipilih oleh jawatankuasa parlimen dan diketuai oleh menteri pengajian tinggi ds khaled nordin.
di pihak jawatankuasa terdapat beberapa lagi ahli parlimen yang dipilih antaranya YB zulkifli nordin,YB rahman dahlan, YB simpang renggam dan wakil agensi dan kementerian yang berkaitan.
pembangkang tak hantar wakil. agak malang sesi pertama yang berlangsung di kuantan ini pun tidak dihadiri oleh wakil rakyat kuantan fauziah saleh.
sepatutnya, selaku wakil kepada rakyat di kuantan fauziah saleh wajib dan berani mengambil tanggungjawap ke hadapan dan berentap dengan JK parlimen di kandang nya sendiri.
ketidakhadiran fauziah saleh menceerminkan sikapnya yang takde tanggungjawap selaku YB parlimen kuantan.
terdapat 5 wakil masyarakat hadir dan sanggup berhadapan dengan JK parlimen ini. namun bila diselidiki ada diantara mereka punyai kaitan satu sama lain. dalam ertikata mudah mereka memecahkan kumpulan mereka kepada group berbeza supaya nampak kononnya mereka itu mewakili suara rakyat.
taktik pertama dah terbongkar. ok itu perkara kecil.
dalam sesi pendengaran awam, kaedah memberi hujah, menguatkan hujah,memberi alasan penolakan yang kesemuanya berlandaskan fakta dan figura hendaklah dikemukakan.
ini pra syarat kelayakan dalam membuktikan satu-satu pihak itu punyai kredibel. manakala di pihak JK parlimen pula akan menyoal balas fakta dan hujahan untuk tujuan mengumpulkan data dan maklumat.
group pertama wakil anti lynas membentangkan hujah. (foto di bawah).
kumpulan ini membentangkan keresahan mengenai lynas. ide mengenai keresahan kebocoran fukushima diselitkan sebagai fakta penguat hujahan.
bukan setakat itu, pembentangan mengenai kadar radiasi juga dibentangkan.
ok ia berhenti di situ. bila sesi soal balas yang dilakukan oleh zulnordin mereka kelihatan kaget dan mati akal.
zulnordin tanya kumpulan tadi, mana fakta dan sumber rujukan anda sewaktu pembentangan hujah yang kamu lakukan tadi.
teka apa mereka jawap ?
err kami dapat maklumat ini daripada bloomberg dan reuters.
zulnordin tanya lagi. saya taknak nama web, tapi saya nak nama pakar dan rujukan artikel yang kamu gunakan tadi untuk memudahkan kami melakukan dokumentasi.
kumpulan tu jawap, kami dapat dari reuters. reuters yang cakap lepas tu kami print.
zulnordin tanya lagi, saya taknak nama web tapi saya nak nama rujukan pakar yang diterakan dalam hujahan kamu tadi... pening dan tak dapat jawap soalan simple zulnordin, kumpulan tadi kata nanti kami carilah dan bagi kamu.
jelas sepanjang 1 tahun protes lynas ini mereka sekadar menggunakan ide hearsay dalam memperjuangkan isu. KUMPULAN PERTAMA GAGAL.
masuk kumpulan ke dua. (foto di bawah )
yang paling kiri adalah doktor. cukup pakar mengenai environment. mereka memulakan hujah. macam biasa lynas tak selamat, radioaktif, fukushima dan lain lain.
doktor tadi menguatkan hujahan lynas tak selamat bilamana dia mengaitkan isu bukit merah di perak. doktor tu kata ramai anak yang baru lahir mengidap penyakit dan kecacatan kekal kerana radiasi yang berlaku di bukit merah.
JK parlimen tanya, fakta sokongan yang menguatkan hujah mana ?
takkan hearsay lagi. doktor tadi gagal menjawap. dek kerana nak cover malu, lelaki dalam foto yang paling kanan mula tinggikan suara.
katanya JK parlimen tak patut tanya soalan yang susah nak dijawap.
JK parlimen jawap balik kalau takde fact and finding macamana JK parlimen nak buat dokumentasi mengenai isu yang dibangkitkan.
kantoi lagi.KUMPULAN KE 2 GAGAL.
masuk kumpulan ke 3.( foto di bawah)
dakwa kumpulan ini mereka mewakili bar council negeri pahang.
macam biasa hujah lynas tak selamat digunapakai. ( saat ni aku tertunggu hujahan pakar) tapi sayang mereka tak bentangkan.
mereka bercakap mengenai deklarasi rio de janeiro. bla bla bla.. tiba giliran loyar pompuan (foto paling kiri) bagi hujah sokongan.
dia kata lynas tak profesional. lynas tak dekati rakyat kuantan. dek kerana itu dakwa loyar pompuan ni dia ambil tindakan untuk terus ke australia kononnya mahu mendengar isu lynas di australia.
JK parlimen tanya, ada tak kamu enggage dengan lynas di kuantan ?
loyar pompuan tu kata takde dan tak pernah.
JK parlimen mencelah kalau tak pernah dan tak nak engage kenapa boleh keluarkan kenyataan lynas tak dekati rakyat di kuantan.
muka pompuan berubah jadi gaban. kantoi lagi. kumpulan loyar pahang ni GAGAL.
masuk kumpulan ke 4. (foto di bawah) .wah nampak garang dan garang dan garang pasal mereka pakai t shirt anti lynas.
pak aji baju biru tu cakap emosi. tonasi suara dan fakta lari pintang pukang. pitching lari kiri kanan.orang pas memang macam tu le.
cina paling kiri rambut diskang tu ketua group ni. dia kata gua telah disaman oleh lynas pasal gua punya mulut kecoh.
dia mintak imuniti. dia mintak kekebalan daripada JK parlimen secara bertulis.
alasan mintak imuniti kerana dia tak mahu disaman lagi. dia mendakwa dia punyai HUJAH DAN FAKTA PALING SULIT DAN BENARRRRRRRRRRRRR MENGENAI lynas.
jadi tolong cover buntut aku dengan bagi imuniti, katanya.
JK parlimen tanya imuniti mereka tak boleh bagi pasal mereka takde kuasa. imuniti ahli parlimen yang mereka pegang itu pun tertakluk pada perlembagaan.
cina rambut diskang tu menyelah. kalau macamtu gua taknak cakap lah pasal lu orang tak boleh kasi imuniti.
JK parlimen kata ya.
susahlah ini macam, kata cina rambut diskang tu. gua mau cakap kebenaran pasal lynas ni.
JK parlimen kata tak boleh bagi imuniti. zulnordin bagitau cina tu, kalau lu rasa lu betul apasal lu takut kena saman lagi ? lawanlaaahhhh !
cina tadi pening.
aiyak gua kantoi.
aiyak manyak cilaka zul !
kumpulan ni terus belah tanpa bagi hujahan.
rupanya mereka ni dah buat perancangan awal. mereka memang sengaja nak boikot sesi pendengaran umum ni.
waktu keluar, mereka terus edar surat rasmi kepada media yang mereka boikot sesi pendengaran. kantoi trick mereka dicium JK parlimen.
sepanjang sesi 4 kumpulan ini gagal sama sekali dalam memberikan rujukan pakar dalam menentang isu lynas.
yang dikemukakan sekadar ide hearsay, amarah, emosi dan pemikiran celaru. kumpulan anti lynas tumbang di kuantan.