Thursday, May 17, 2012

Nilai Maruah Melayu Mengikut Kadar Tetapan DAP

Pengakuan Zairil Johari Khir ... Guan Eng Kata HARGA MARUAH ORANG MELAYU RM50,000 Sahaja
| Thursday, May 17, 2012
"Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Tawaran ini cukup menghina maruah saya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat dan korup."

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2012 - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab dan menghina maruahnya.

Dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan semalam, Tunku Abdul Aziz berkata beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.

"Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Tawaran ini cukup menghina maruah saya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat dan korup.


Tunku Abdul Aziz menyifatkan keputusannya untuk meninggalkan DAP cukup tepat pada masa dan waktunya.

Beliau turut menegaskan, tidak akan menjual harga diri dan prinsip keluhuran demokrasi, hanya semata-mata cubaan merasuahnya.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya.


sumber : KLPOS


Ahhhh ... Akhirnya DAP telah mengeluarkan satu sebutharga (quotation) paling ideal untuk membeli maruah orang Melayu. Harga paling ideal untuk menawarkan rasuah kepada Tunku Abdul Aziz adalah RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu sahaja).

No less ... no more ...


Label harga bagi seorang melayu yang berpendidikan tinggi seperti Tunku Abdul Aziz sudah ditetapkan. Barangkali harga ini bersesuaian dengan pengalaman luas beliau:

1) Bekas Naib Presiden DAP
2) Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia
3) Bekas Pengarah Sekretariat Komanwel di London
4) Bekas Naib pengerusi Transparency International dan
5) Bekas Senator.

Berapa pula agaknya sebutharga yang telah ditetapkan bagi dua ekor Melayu DAP dibawah ini ... dengan pengalaman yang kurang diperingkat antarabangsa apatah lagi diperingkat nasional?

Jangkaan GWM ...

Mungkin harga dua ekor Melayu DAP ini tidak lebih daripada harga untuk melanggan pelacur tua berpenyakit kronik di Lorong Haji Taib.

 ... Itupun kalau ada 'harga' ...

Gelombang Wangsa Maju