Monday, April 30, 2018

LAWAK HUJUNG MINGGU : Seorang 'Bangsat' Dan Seorang 'Bangla' ...

Cerita ni dihantar oleh seorang sahabat melalui WhatsApp, entah betul berlaku atau tidak, tidak diketahui kebenarannya. Walau bagaimana pun, ia bolehlah dianggap sebagai satu lawak jenaka hujung minggu ...

( Sekadar hiasan )

Seorang lelaki dari Kuala Lumpur didalam perjalanannya telah singgah disebuah surau di Kedah untuk menunaikan solat.

Memandangkan baru saja masuk waktu sembahyang, dan lelaki itu telah siap sedia menunggu, Tok Imam berkata kepadanya "tolong bang sat".

Mendengar kata-kata Tok Imam, lelaki itu melompat bangun dan terus memaki Tok Imam kerana berfikir Tok Imam memanggilnya "BANGSAT'.

Terjadi kekecohan sehingga seorang jemaah lain memberitahu lelaki tersebut bahawa sebenarnya apa yang diucapkan oleh Tok Imam membawa maksud "Tolong azan sekejap".

Lelaki itu terdiam tersipu malu seketika, terus meminta maaf kepada Tok Imam, sambil berkata "Tok Imam bang la".

Kali ini Tok Imam pula mengamuk kerana menganggap lelaki tersebut membalas balik dengan menggelar dirinya "BANGLA".


Begitulah ceritanya ...