Tuesday, May 08, 2018

Selingan Lucu : TABIB, SINGSEH DAN TAIK AYAM ...




Al-kisah kononnya, ada dua orang sahabat baik, seorang Arab dan seorang Cina. Mereka kebingungan kerana bisnes yang mereka buat makin hari makin tidak menguntungkan dan kedua-duanya hampir bangkrap.

Puas mereka berdua memerah otak berfikir dan akhirnya sepakat untuk mencuba membuka klinik kesihatan dengan menawarkan rawatan pengubatan alternatif.

Maka si Arab pun jadi tabib dan si Cina menjadi singseh.

Setelah seminggu beroperasi, klinik si tabib masih belum dikunjungi sesiapa untuk mendapatkan rawatan, tapi klinik si singseh dibanjiri pesakit. Puas si tabib berfikir bagaimana untuk menyaingi si singseh.

Si tabib mendapat satu ide lalu memasang satu iklan besar dihadapan kliniknya "JIKA TIDAK SEMBUH WANG DIKEMBALIKAN 3 KALI GANDA".

Taktiknya menjadi, pesakit makin ramai datang kekliniknya.

Sekarang giliran si singseh pula resah, dia mencari akal, "Haiyaa, moleh mikin untung pula-pula sakiet dan tatak simboh lagi uwang lapat oooo ..."

Dia pun pergi keklinik si tabib.

Singseh : "Haiyaaa, tolong waaa. Wa sutak mati lasaa wooo. Wa tatak moleh lasa lagi apa wa makan dan telan, haiyaaa ..."

Tabib : "Saya ingat itu banyak mudah kasi sembuh".

Lalu si tabib memanggil pembantunya. "Hasaaaaann, cepat bawak kesini ubat nombor 14."

Dengan laju sipembantu yang bernama Hasan datang membawa ubat nombor 14. Tabib berikan kepada si singseh. Si singseh terus mengunyah dan menelan ubat nombor 14 tersebut.

Singseh : "Haiyaaa, ini mukan obat ooooo, ini taik ayam."

Tabib : "Awak betul. Itu taik ayam. Sekarang awak sudah sembuh dan tidak mati rasa lagi".

Si singseh pulang dengan kesal kerana kalah akal. Otaknya berfikir lagi macam mana nak kenakan si tabib ni supaya dia dapat wang gantirugi. Jadi kali ini si singseh datang balik dengan berpura-pura kena penyakit lupa yang kronik.

Singseh : "Haiyaaa tabib aaa, wa sikalang manyak lupa aaaa, Wa tatak ingat apa jadi. Wa sutak ilang memoli. Tolong sama waaa."

Tabib : "Banyak senang. Saya mesti tolong awak dan awak mesti sembuh. Ubat saya banyak baik."

Seperti biasa si tabib terus memanggil Hasan pembantunya.

Tabib : "Hasaaaaann, cepat bawak kemari ubat nombor 14."

Singseh : "Haiyaaaa, wa tatak mau makan taik ayam lagi woo ...."