Rakyat marhaen terutama ahli-ahli UMNO dan penyokong atas pagar terlalu ingin tahu punca sebenarnya ...
NAJIB BUAT PILIHAN YANG TEPAT MENERIMA DANA DARI PAK ARAB, BERBANDING YAHUDI DAN TOKOH KOPRAT SEPERTI ANWAR DAN MAHATHIR
Oleh Lokman Adam
Sebelum melangkah menaiki
pesawat untuk ke Sandakan bagi memenuhi undangan ceramah, saya sempat
mengikuti perbualan dalam satu kumpulan whatapp penyokong BN. Kumpulan
ini sungguhpun dinamakan kumpulan Penyokong BN, namun tidak semuanya
menyokong Pengerusi Barisan Nasional itu sendiri, apatah lagi ada
diantara mereka merupakan pentaksub Pengerusi BN lama yang pernah
berkuasa selama 22 tahun.
Beberapa hari sekali, ada sahaja pertikaian yang akan dibangkitkan bagi
menimbulkan keraguan terhadap Pengerusi BN baru yang kini cuba
dibenamkan oleh Pengerusi BN lama yang menjadi idola individu tersebut.
Hari ini, cerita basi RM 2.6 Billion menjadi topik perbincangan
walaupun ianya sudah dijawab oleh Dato Sri Azalina Said dan Dato Sri
Zahid Hamidi di Parlimen. Memandangkan beliau terus-menerus menegaskan
hak beliau untuk menyatakan pandangan beliau, izinkan saya menggunakan
tempoh 2 jam setengah perjalanan saya tanpa internet ini untuk
menyatakan pandangan saya berhubung isu RM 2.6 billion ini.
Salah
satu isu yang menyumbang kepada pemecatan saya dari Parti Keadilan
Nasional (KeADILan) pada tahun 2004 mempunyai kaitan yang cukup rapat
dengan dana politik KeADILan. Selain daripada penyelewengan sumbangan
yang diterima oleh pimpinan KeADILan, saya juga telah mendedahkan dua
perkara besar pada tahun 2004 dan ianya masih lagi ada dalam youtube
sehingga kini. Pendedahan pertama saya ialah, sumbangan yang KeADILan
terima daripada Dato So Che Wen untuk pilihanraya umum tahun 1999. Cek
atas nama Wan Azizah bernilai 5 juta ringgit itu langsung tidak
dimasukkan ke dalam akaun KeADILan. Sehingga kini kita tidak pernah
mendengar YB Rafizi Ramli mempersoalkan tentang dana ini, malah beliau
merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (lantikan) yang
memutuskan agar saya dipecat dari KeADILan.
Pendedahan kedua saya
adalah berhubung pertemuan Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar
dengan George Soros di Washinton DC penghujung tahun 2003 bagi
mendapatkan dana pilihanraya tahun 2004 untuk KeADILan. Pertemuan ini
diatur oleh Tian Chua dan wakil Tian ketika itu ialah Elizabeth Wong
dari SUARAM (Kini Exco Kerajaan Negeri Selangor) turut hadir. Itu sebab
saya tidak hairan bila Tian sekali lagi mengkhianati rakyat negara ini
dengan mengatur perjumpaan Puteri Jacel Kiram dengan Nurul Izzah. Saya
selaku Ahli MPT KeADILan dan teman-teman MPT yang lain langsung tidak
dimaklum akan keputusan Presiden untuk meminta dana dari bangsa Yahudi
yang telah menyerang matawang kita pada tahun 1997 itu. Sebelum saya
dipecat, Azmin dalam satu mesyuarat jentera pilihanraya mengesahkan
bahawa duit sebanyak RM 3 juta pertama telah diterima dan digunakan
untuk menempah t-shirt, bendera dan topi KeADILan di China. Ketua
Pemuda KeADILan, Sdr Ezam ketika itu mengesahkan dana tersebut
diperolehi dari Soros.
Apa yang cuba saya sampaikan ialah, tiada
undang-undang dalam negara ini yang boleh menghalang mana-mana individu
atau parti politik untuk menerima dana politik atau sumbangan dari dalam
atau luar negara selagi ianya dibawa masuk mengikut sumber yang sah.
Tidak perlulah saya cerita panjang lebar bagaimana dana KeADILan dibawa
masuk melalui pelbagai cara termasuk melalui proses penyeludupan. Apa
yang ingin saya kupas hari ini ialah Najib mempunyai 3 pilihan untuk
mendapatkan dana politik, dan beliau telah membuat keputusan yang
paling baik bagi memastikan negara ini terus berdaulat dan beliau tidak
terhutang budi kepada mana-mana tokoh koprat.
Pilihan pertama
yang Najib ada, dia boleh ikut jejak langkah Anwar dan PKR untuk
mendapatkan dana dari Soros, Amerika, Conrade Adeneur (Yayasan Kristian
dari German), NDI, NED dan lain-lain sumber seperti sumber dari
Singapura dan Taiwan yang menaja DAP. Namun jika kita menang
pilihanraya umum ke 13 dengan menggunakan dana asing ini, bolehkah kita
memerintah mengikut acuan kita sendiri? Sudah pasti tidak! Kita
mungkin akan jadi seperti Filipina yang sudah terlalu banyak terhutang
budi dengan Amerika sehingga terpaksa mengizinkan Amerika membuka
pengkalan tenteranya di Filipina. Bila, Amerika arahkan mereka
menyerang Iraq pula, kita lihat Filipina terpaksa menghantar angkatan
tenteranya ke Iraq. Saya yakin kita semua tidak mahu Malaysia jadi
lembu cucuk hidung pada Amerika dan Yahudi.
Najib juga boleh
pilih cara yang digunakan oleh Tun Mahathir. Kebanyakan belanja
pilihanraya BN zaman beliau ditaja oleh tokoh-tokoh koprat seperti Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam,
Tan Sri Yeoh Tiong Lai, Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi. Namun jika
Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat,
bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka
selepas BN memenangi pilihanraya? Sudah pasti tidak, kerana beliau juga
akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut. Ini
akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai, sepertimana tanah
tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada
Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh
Ananda kepada Petronas.
Sungguhpun Najib dikecam hebat berhubung
isu 1MDB terutamanya berhubung kerjasama 1MDB dengan Petro Saudi dalam
usahasama eksplorasi minyak di Tajikistan dan Argentina. Ramai mungkin
tidak sedar hikmah disebalik usahasama ini telah menyelamatkan negara
dari mengikut telunjuk asing dan tokoh koprat. Kerana usahasama 1MDB
dengan syarikat milik Putera Turki inilah, iaitu anak Ketujuh Raja Saudi
yang juga merupakan Gabenor Ryiad ketika itu, hubungan Najib dan
teman-teman di Timur Tengah begitu baik sehingga mereka menawarkan dana
politik bagi membantu Najib mengekalkan Barisan Nasional sebagai
pemerintah di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan, setiap bantuan
yang dihulurkan sudah pasti ada syarat dan harapan pihak yang menaja
kita. Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada, pilihan ketiga inilah
yang paling baik dan selamat. Syarat pertama Pak Arab ini adalah
supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS.
Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan
Kamunting tahun 2001-2003. Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan
kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem
Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik. Kemudiannya saya dipindahkan ke
blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang
turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz.
Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di
bawah ISA. Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan
dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan
dan IS.
Syarat Kedua Pak Arab ini adalah supaya Umat Islam
Malaysia terus kekal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengekang
Syiah. Saya yakin hampir semua umat Islam Negara ini memang mazhab
Shafie dan bukan Syiah. Sungguhpun begitu, usaha mengekang Syiah tidak
pernah kita tinggalkan dan sekaligus tiada masalah untuk Najib menerima
syarat kedua ini.
Syarat Ketiga Pak Arab ini adalah supaya kita
memerangi pihak-pihak yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi untuk
menjatuhkan kerajaan Islam. Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak
2009-2011, Arab Spring yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi telah
berjaya menjatuhkan satu demi satu pemerintah Islam seperti Muammar
Ghadafi di Lybia dan Hosni Mubarak di Mesir. Ini sedikit sebanyak
menimbulkan kebimbangan oleh Pak Arab ini. Oleh yang demikian,
sebahagian dari hasil petroleum mereka disumbangkan kepada negara-negara
seperti Malaysia bagi memastikan pemerintahan Islam di Negara ini tidak
menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir, Lybia dan Tunisia.
Bukankah, kerja menentang proksi Amerika dan Yahudi seperti Anwar, PKR,
DAP dan Bersih sudah lama kita lakukan? Maka tidaklah jadi masalah
untuk Najib bersetuju dengan syarat ketiga Pak Arab tersebut.
Saya yakin kalau anda diberi pilihan samaada mahu mengambil duit
Yahudi/Amerika, Tokoh Koprat dan Pak Arab tadi, sudah pasti anda akan
mengambil pilihan ketiga. Lainlah kalau anda ada cara lain untuk
mendapat dana sebanyak itu tanpa melanggar sebarang undang-undang dan
etika serta tidak meletakkan pemimpin kita dalam keadaan terhutang budi
kepada sesiapapun. Apa yang penting sepertimana yang Dato Sri Najib
jelaskan sebelum ini, duit ini bukan duit 1MDB dan beliau tidak
menggunakan duit ini untuk tujuan peribadi. Jika ianya rasuah atau
ingin beliau gunakan untuk tujuan peribadi, tidak perlu beliau bawa
masuk duit ini ke Malaysia dengan kebenaran Bank Negara. bukankah lebih
baik ianya disimpan di Swiss Bank bagi memastikan kerahsiaannya. Duit
ini juga jelas bukan duit rasuah, kerana pihak SPRM sudahpun mengesahkan
bahawa duit tersebut sumbangan Pak Arab dari Timur Tengah dan SPRM
sudahpun menemui pihak penyumbang
Sebenarnya, dengan pengumuman
SPRM bahawa mereka sudah merakam kenyataan Dato Suboh (SRC
International) dan Low Teak Jo ahad lalu serta kenyataan Dato Sri Najib
hari ini, isu RM 2.6 billion ini bakal dibakul-sampahkan tidak lama
lagi. Ini bermakna Tun Mahathir dan sekutunya Tan Sri Muhyiddin sudah
kehilangan modal paling besar mereka untuk menumbangkan Najib. Apa yang
tinggal hanya peluang mereka untuk melakukan kerja-kerja lekeh dengan
menganggu konsentrasi Dato Sri Najib semasa ucapan Perasmian dan
Penggulungan Presiden di Perhimpunan Agong UMNO tahun ini. Sungguhpun
saya tidak setuju dengan keputusan mengekalkan mereka yang melanggar
disiplin parti sebagai ahli UMNO dan mengundang manusia yang mahu
membenam UMNO ke majlis Perasmian parti keramat ini, namun keputusan MT
wajar kita hormati dan patuh. Mungkin ahli UMNO boleh menerima
pemecatan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih baik selepas mendengar dan
melihat sendiri usaha beliau memecah-belahkan orang Melayu di Padang
Kelab Sultan Sulaiman 7 Disember ini dan onar yang mereka rancang
sepanjang PAU2015.