Saturday, December 24, 2016

Mahathir : “Ia hampir menyamai wang percuma. Kalau anda tidak pinjam, memanglah anda bodoh. Jadi, saya pinjamlah.”


Lim Sian See
Khamis, 22 Disember 2016


Terdapat satu artikel menarik semalam dimana Mahathir cuba untuk menulis semula sejarah apabila cuba mempertahankan dirinya. Seperti biasa, jawapan-jawapan Mahathir penuh dengan khayalannya-sendiri dan pembohongan secara terang-terangan.

Mahathir : Porak peranda ekonomi bukan dari zaman saya
Dr Mahathir Mohamad menafikan keadaan ekonomi Malaysia hari ini adalah disebabkan kurangnya pembaharuan ekonomi semasa beliau berkuasa, iMoney melapurkan.

Beliau mengulas satu pendapat yang ditulis oleh Dan Slater dari University of Chicago, yang mengatakan jalan kearah kehancuran ekonomi Malaysia bermula semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan bukannya dengan Perdana Menteri semasa Najib Razak.

Slater juga menuduh Mahathir tidak melakukan pelarasan yang diperlukan untuk menarik negara keluar dari krisis, tetapi sebaliknya membebankan negara dengan pinjaman dan perbelanjaan yang berlebihan.

“Itu tidak benar. Kalau krisis itu berpunca daripada saya, sudah pasti, sepanjang 22 tahun saya, menghadapi masalah pembayaran hutang, kemelesetan dan sebagainya.”
Tiada masalah kemelesetan? Hello, terdapat beberapa kelemesetan dan kelembapan sepanjang 22 tahun anda – kemelesetan 1985, kemelesetan 1998, kelembapan 2001 semua berlaku.

Bagaimana agaknya Mahathir boleh nafikan dan mengatakannya dengan muka selamba?

Sekiranya beliau masih terlupa, apa yang beliau perlu lakukan adalah pergi melawat Plaza Rakyat, Lembah Beringin, Duta Grand Hyatt dan Bandar Wawasan (Vision City), diantara berdozen-dozen pembangunan terbengkalai akibat dari krisis 1998.

Plaza Rakyat yang masih terbengkalai – atau lebih dikenali sebagai
kolam-ikan terbesar ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur
Selepas hampir dua dekad terbiar semasa zaman Mahathir, Plaza Rakyat baharu sekarang ini sahaja diselamatkan dan pembangunan disambung kembali.

Ini samalah seperti menyelamatkan Bandar Wawasan, dimana sekarang telah menjadi Quill City Mall pada tahun 2012 selepas DBKL mengarahkan semua yang terbengkalai yang menyakitkan-mata mestilah diselamatkan.

Mahathir membiarkan Bandar Wawasan seperti ini
Disempurnakan tahun 2012 diwaktu Najib untuk menjadi seperti ini. Dibuka hari ini

Daripada pembangunan terbengkalai, pengabaian pembangunan di Sabah, Sarawak dan pantai timur Semenanjung, tol, kawalan modal untuk loji janakuasa IPP, pengangkutan awam dan pengimbangan semula ekonomi, kerajaan semasa Najib terpaksa secara berterusan memperbetulkan semua kesilapan dan kesalahan Mahathir.

Mahathir terus mempertahankan dirinya dengan berkata :
Mengenai isu pinjaman, Mahathir menafikan telah membuat pinjaman secara besar-besaran (ektensif) sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Mahathir mengakui beliau telah cuba meminjam semasa negara menghadapi krisis matawang diakhir 1990'an tetapi gagal untuk mendapatkan dana yang diperlukan.

“Kalau tidak, semua orang boleh lihat rekod pinjaman saya. Terlalu sedikit. Malah sewaktu krisis matawang, kita cuba buat pinjaman tetapi gagal.”

Tidak banyak buat pinjaman?

Bagaimana pula dengan lompatan 235% nisbah hutang-ke-KDNK dalam masa 5 tahun pertama mengambil alih kuasa?


Ye .. Tahun 1985, terima kasih kepada Mahathir nisbah hutang-ke-KDNK lebih daripada dua kali ganda kepada 103.4% daripada hanya 44%. Lebih teruk daripada itu, tidak seperti sekarang, banyak daripada pinjaman tersebut adalah dalam matawang asing.

Tahun itu, jika pendapatan negara kita RM100, kita berhutang RM103.40 – yang secara teknikalnya sudah pun boleh dianggap muflis.

Bagaimana Mahathir boleh terlupa?

Bandingkannya dengan nisbah 53.6% hutang-ke-KDNK kita sekarang – maknanya jika pendapatan kita RM100, kita dengan selesa berhutang RM53.60.

Juga, ingat sebelum ini apabila Mahathir berkata “tiada kemelesetan”?

Baik, kalau tidak ada kemelesetan masa itu mengapa anda terpaksa pergi merayu Singapura, Jepun dan lain-lainnya untuk meminjam?

Dan sudah tentu Singapura menolak permintaan anda kerana telah berdekad lamanya anda berterusan menghentam mereka.

Mahathir seterusnya mengatakan :
Mengenai isu pinjaman, Mahathir menafikan ada membuat banyak pinjaman selama 22 tahunnya sebagai Perdana Menteri.

“Tolong tunjukkan bila masa saya meminjam wang. Saya hanya pinjam wang daripada Jepun kerana tawaran mereka adalah pada kadar faedah yang rendah sebanyak 0.7%, dan ianya dibayar balik melebihi 40 tahun.

“Ia hampir menyamai wang percuma. Kalau anda tidak pinjam, memanglah anda bodoh. Jadi, saya pinjamlah,” beliau memberitahu iMoney.

Pada 1 Jun 1981, 100 Yen bersamaan RM1.06.

Semasa Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003, 100 Yen telah melonjak naik hampir 3.5 kali ganda kepada RM3.49.

Oleh kerana SEMUA pinjaman yang Mahathir pinjam bagi pihak Malaysia daripada Jepun (dan beliau meminjam terlalu banyak) adalah semuanya dalam bentuk Yen Jepun, kenaikan nilai Yen sebanyak 3.5 kali lipat dimasa beliau membuatkan pinjaman-pinjaman tersebut terpaling mahal oleh kerana Mahathir telah mengabaikan untuk melindungi nilai atau menguruskan kadar matawang tersebut.

Sebagai contoh, satu pinjaman RM50 bilion dalam Yen akan akhirnya bernilai RM150 bilion.

Rahman mendakwa Mahathir telah meminjam sebegitu ketara banyaknya daripada Jepun, dengan pinjaman dalam bentuk Yen. Walau bagaimana pun, berikutan kenaikan nilai Yen telah menyebabkan kerugian besar kepada negara.

“Kerajaan sekarang telah mempastikan tidak akan mengulangi kesilapan ini. Itulah sebabnya hutang kerajaan dibuat dalam bentuk Ringgit dan hanya sedikit terjejas oleh pergerakan pertukaran matawang asing.”

Ya. Kami telah belajar – terima kasih kepada Mahathir. Malaysia sekarang mempunyai sejumlah kecil pinjaman dalam bentuk matawang-asing.

Pendakian nilai Yen keparas tertinggi membebankan kewangan kerajaan Timur Asia yang telah banyak meminjam daripada Jepun dan kini perlu membayar balik Tokyo dalam matawang terkini yang lebih mahal.

“Kita cuba merundingkan semula pinjaman bagi meringankan sedikit beban hutang kita kepada Jepun,” Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad berkata dalam ucapan terbarunya di Jepun. Tetapi, beliau menambah, “Kita tidak pun diberi walau pun satu Yen pengurangan.”

“Ia hampir menyamai wang percuma. Kalau anda tidak pinjam, memanglah anda bodoh. Jadi, saya pinjamlah,” kata Mahathir.

Dan Mahathir mengatakannya hanya semalam – bukan beberapa tahun lampau.

Sekarang sejarah telah menunjukkan sebaliknya, siapa yang bodoh sekarang?

Hanya yang bodoh sahaja yang masih percaya dengan pembohongan dan penafian tanpa-penghujung anda.

Satu kenyataan yang sama gila adalah dalam ucapan penutup Lim Guan Eng pada 4 Disember 2016 dipersidangan tahunan DAP yang dihadiri Mahathir.
UMNO guna permainan perkauman adalah merupakan satu tanda terdesak, kata Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata tidak seperti Presiden UMNO sekarang Najib Razak, Dr Mahathir Mohammad tidak pernah menggunakan sebarang 'tektik kotor' dalam keseluruhan 22 tahun memimpin parti.

“Mahathir, pada Perhimpunan Agong UMNO dizamannya, tidak pernah menggambarkan DAP sebagai musuh nombor satu beliau.”

"Beliau tidak perlu lakukan begini kerana beliau mampu mentadbir negara dan ekonominya dengan baik."

Oh wow!

Ia seolah-olah kita semua dalam koma selama 22 tahun atau pun kita semua benar-benar lupa apa yang DAP telah katakan mengenai Malaysia – bom-jangka, negara-gagal, skandal-mega, krisis ekonomi 1985 dan 1998. Tidak ada skandal Forex RM30 bilion, tiada kroni IPP, tidak ada dasar Bumiputra “membantutkan pertumbuhan” ekonomi kita, tiada skandal mega PKFZ diluluskan Mahathir. Tidak ada apa-apa.

Dan Mahathir juga tidak pernah memanggil Lim Kit Siang atau DAP sebagai rasis. Tidak pernah sebelum ini.

Tak semena-mena, hanya kerana Mahathir sekarang dipihak mereka, Lim Guan Eng sekarang mengatakan Mahathir tidak pernah rasis dan telah berjaya memimpin negara dan ekonomi dengan baik selama 22 tahun.

Sebanyak mana tidak berprinsipnya anda boleh jadi?


Saya kasihan penyokong-penyokong DAP sekelian yang terpaksa mendengar pembohongan terang-terangan beliau.

LGE dan DAP tidak punyai prinsip langsung.

Itu bermakna apa sahaja yang anda telah katakan selama 22 tahun dalam BERPULUH RIBU ceramah, kenyataan, temuramah adalah dusta semata, benar?

Jadi, mengapa perlu sesiapa mahu mempercayai DAP lagi?

DAP juga menganggap kita bodoh?


Terjemahan artikel dari LSS.