Thursday, August 10, 2017

1MDB ADALAH SENJATA NAJIB, Bukannya Mahathir

Mahathir kini menyedari beliau telah diperdaya untuk memberi tumpuan kepada 1MDB ketahap yang ketaksuban. Apa yang beliau anggap sebagai senjata yang beliau boleh gunakan untuk menjatuhkan Najib adalah sebenarnya senjata Najib untuk membuat beliau terperangkap dengan satu isu. Najib telah memilih medan perang dan Mahathir meluru masuk tanpa menyedari beliau sebenarnya diperangkap kedalamnya sepertimana Wellington lakukan kepada Napolean di Peperangan Waterloo dan Stalin lakukan kepada Hitler di Peperangan Stalingrad. Jadi sekarang Mahathir cuba untuk meredakan isu 1MDB dan sebaliknya beralih kepada kapal selam Scorpene tetapi ianya sudah agak terlambat untuk berbuat demikian.
Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu dikalangan rapatnya yang Perdana Menteri Najib Tun Razak telah memerangkap dirinya begitu tepat dan berkesan. Pada awalnya Mahathir agak hairan mengapa Najib diam membisu dan tidak bertindak balas bila serangan keatas 1MDB dimulakan. Sepi yang teramat sangat yang tidak dapat dinafikan. Mahathir rasakan ia adalah kerana beliau telah berjaya menyerang dengan tepat dan tidak ada cara Najib akan dapat membalas serangan atau menerangkan 1MDB.

Bila mereka anjurkan acara 'Nothing to Hide' pada 5 Jun 2015 dan Najib tidak muncul, mereka raikan 'kejayaan' mereka beranggapan mereka telah menang dan Najib telah lari ketakutan. Jika Najib tidak takut dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan mengapa beliau tidak hadir dan terangkan 1MDB supaya pencerahan dapat dilakukan? Ini hanya boleh memberi makna bahawa Mahathir telah mendapat perhatian. Sekarang Mahathir menyedari ianya tidak berlaku. Sebab utamanya adalah Najib tidak mahu membuat pencerahan kalau tidak Mahathir akan melemparkan isu 1MDB seolah-olah terpegang besi panas.

Mahathir berkata beliau telah membazir terlalu banyak masa atas isu 1MDB tanpa apa-apa bukti yang dapat ditunjukkan. Isu 1MDB tidak akan dapat menjatuhkan Najib kerana sekiranya ia mampu ianya telah pun berlaku dua tahun lepas dalam bulan Julai 2015. Dan sekarang ianya sudah agak terlambat untuk berbuat sesuatu tentangnya. Beliau menyesal mendengar Muhyiddin Yassin yang mula-mula membawa perkara ini kepadanya dan menyatakan beliau sepatutnya terlebih dahulu menyelidik sebelum memulakan serangan. Dan sekarang tembakan telah pun dilepaskan dan terbukti ia hanyalah peluru kosong dan beliau tidak boleh menariknya kembali. Beliau tidak mempunyai pilihan kecuali meneruskan apa yang telah dimulakan walaupun beliau tahu ianya adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Mahathir meraikan 'kejayaan'nya apabila Najib tidak hadir diforum 'Nothing to Hide' tanpa menyedari sebab mengapa Najib menjauhkan diri

Mahathir tahu Najib bukan sahaja menumpukan perhatiannya kepada permasalahan tetapi juga mengawal permasalahan sepenuhnya. Malah sebelum Mahathir dapat memikirkan isu-isu baharu apakah yang boleh dibangkitkan untuk menggantikan isu 1MDB, Najib membawa keluar skandal forex Bank Negara US$10 bilion dan sekarang Mahathir terkedu kerananya dan tidak upaya bergerak. Jadi sekarang Mahathir menari mengikut rentak Najib berhubung skandal forex Bank Negara sedangkan Najib tidak menari mengikut rentak Mahathir berhubung isu 1MDB.

Ia betul-betul menyakitkan bila tembakan anda tidak meletup sedangkan tembakan musuh anda meletup tepat dimuka anda. Itu dipanggil sudah jatuh ditimpa tangga. Mahathir kini pasti mengharapkan agar beliau tidak pernah mendengar tentang 1MDB dan Muhyiddin pula tidak pernah membawa perkara itu kepada perhatiannya. Mahathir sampaikan minta kepastian tempat mengadu paling rapatnya, Sanusi Junid, sama ada Muhyiddin sebenarnya bekerja untuk mereka atau untuk pihak sebelah untuk memerangkap mereka dalam isu 1MDB.

Strategi Najib adalah mudah. Beliau sengaja biarkan isu 1MDB bernanah tanpa menutup lukanya bagi melekakan Mahathir meraikan kemenangan palsu. Tidak ada strategi yang lebih baik daripada membuat musuh anda berfikir dia telah menang walau pun kapal tengah tenggelam. Dan satu perkara penting untuk diambil perhatian adalah anda perlu mengenali musuh anda, sepertimana kata Sun Tzu.

KUALA LUMPUR: Dua faktor boleh mengubah gelombang terhadap kerajaan memerintah dalam pilihanraya umum akan datang: Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang dan skandal 1MDB.

Inilah penilaian Global Risk Insights, sebuah penerbitan terkemuka-dunia bagi berita-berita risiko politik dan analisis, yang diasaskan di London School of Economics.

Mengatakan pilihanraya umum akan datang adalah penting kerana Dr Mahathir kembali aktif dalam politik dan skandal 1MDB yang terus menghambat Perdana Menteri Najib Razak, ia menyimpulkan kedua-dua faktor ini mungkin berupaya membawa kemenangan tidak terduga kepada pembangkang.
Semalam, Free Malaysia Today (FMT) menulis dua faktor mampu mengalahkan Barisan Nasional dipilihanraya umum akan datang. Faktor pertama adalah Mahathir mengetuai pakatan pembangkang sedangkan yang kedua adalah isu 1MDB, yang pembangkang telah jadikan sebagai isu mercu-tanda utama untuk menjatuhkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional. FMT memetik pendapat Global Risk Insights, sebuah penerbitan yang diasaskan oleh LSE.

Jika itu adalah benar Pakatan Harapan sepatutnya sudah memenangi pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar ditambah dengan pilihanraya negeri Sarawak kerana isu 1MDB telah pun 'panas' pada 2014 sementara Mahathir sudah pun secara 'rasmi'nya mengetuai pembangkang pada 2015. Jadi mengapa mesti pilihanraya umum akan datang berbeza dengan pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan pilihanraya negeri Sarawak?

Ada sesuatu yang dipanggil peluang keemasan dan peluang keemasan itu adalah ditahun 2015. Keseluruhan tahun 2015 adalah dimana Najib sepatutnya telah pun disingkirkan sekiranya beliau boleh disingkir. Apabila anda melangkah ketahun 2016 gelombang telah pun berubah dan sipemburu kini telah bertukar menjadi orang yang diburu.

Tidak ramai orang Malaysia, walau pun mereka yang pro-UMNO atau mesra-Barisan Nasional, yang tidak akan bersetuju dimana 2015 adalah tahun paling kritikal buat Najib. Ramai tidak menjangkakan Najib akan terselamat ditahun 2015, terutamanya kerana Mahathir telah mula bertindak untuk menjatuhkannya dan selama ini tidak ada seorang pun yang berjaya melepaskan diri dari api kemarahannya. Dan mereka tahu andainya Najib selamat sehingga Krismas dan meraikan tahun baharu 2016 di Putrajaya, sudah pastilah beliau tidak mampu digugat dan akan selamat seterusnya sehingga kepilihanraya umum ke-14 dan selepasnya. Kemudian Najib akan bersara atas terma-termanya sendiri dan hanya apabila beliau sudah bersedia untuk bersara dan tidak sesaat terdahulunya.

Sememangnya sudah semulajadi didalam DNA Mahathir untuk menyerang semua orang dan cuba menyingkirkan mereka jadi Najib telah betul-betul bersedia bagi memastikan beliau tidak berakhir seperti yang lain-lainnya

Najib mengetahui bahawa Mahathir samalah seperti seekor kala jengking diatas belakang anda. Kerana itu jangan letakkan kala jengking diatas belakang anda apabila menyeberang sungai kerana dipertengahan jalan ia akan menyengat anda sekali pun ia akan sama mati dalam proses tersebut. Sekiranya anda tanya kala jengking tersebut mengapa ia menyengat anda semasa ia sudah hampir lemas, ia akan menjawab, “itulah apa yang saya lakukan.”

Jadi itulah dia Mahathir. Beliau menyerang Perdana Menteri yang pertama membawa kepada Perdana Menteri semasa dan beliau memecat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri lebih pantas daripada anda sempat menukar seluar dalam. Itulah apa yang Mahathir lakukan. Beliau suka menjatuhkan orang lain. Dan Najib tahu persoalannya bukan lagi sekiranya tetapi soalannya bila: bila Mahathir akan memulakan langkah dan cuba untuk menyingkirkannya.

Dan inilah kesilapan terbesar Anwar Ibrahim. Sehingga ke 24 jam terakhir sebelum Mahathir mengambil tindakan terhadapnya beliau masih percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku dan beliau akan mewarisi takhta Mahathir. Ramai, bagaimana pun, tahu yang pemecatan Anwar akan terjadi bila-bila masa dan ianya nampak seperti Anwar seorang sahaja yang tidak menyedarinya.

Mahathir bertindak keatas Abdullah Badawi kerana Khairy jadi penghalang kepada pendakian Mukhriz dianak-tangga UMNO

Najib juga tahu salah satu sebab mengapa Mahathir bertindak keatas Abdullah Badawi adalah kerana Khairy Jamaluddin, yang jadi penghalang kepada pendakian Mukhriz dalam kepimpinan UMNO. Jadi, jika Najib mahu selamat, beliau mesti pastikan Mukriz memenangi kerusi Naib Presiden UMNO kalau tidak Mahathir akan mengasah pisau dan memburunya.

Sejurus selepas pilihanraya umum 2013 Mahathir telah pun menghantar isyarat kepada Najib yang beliau sedang berada dalam bahaya. Ia belum merupakan serangan tetapi memperlihatkan niat semata-mata. Mesej kepada Najib adalah dia sedang diperhatikan dan sekiranya Mukhriz tidak memenangi pemilihan parti UMNO dan menjadi Naib Presiden UMNO maka sebaiknyalah Najib mempersiapkan diri untuk diserang.

Mukhriz tidak memenangi Naib Presiden UMNO jadi kini ianya bermakna Mahathir akan melaksanakan ancamannya dan mula menyerang Najib. Ianya sekarang bukan lagi kalau. Ianya bila dan bagaimana. Najib tidak lagi boleh beranggapan yang Mahathir tidak akan mengambil tindakan. Jadi seperkara yang Najib boleh buat ialah menentukan bila dan bagaimana tindakan itu akan dilakukan.

Mahathir terlalu sakit hati apabila Najib tidak membantu Mukhriz memenangi kerusi Naib Presiden UMNO

Itulah secara dasarnya strategi Sun Tzu. Jangan sekali-kali menentang musuh dimedan tempurnya dan berlawan mengikut kehendaknya. Perdaya musuh kedalam medan tempur anda dan anda yang tentukan bila dan bagaimana pertempuran akan dilakukan. Serangan dari Mahathir sudah terlalu hampir. Tiada keraguan lagi tentangnya. Perkara yang Najib kena tentukan ialah bagaimana untuk memastikan yang Mahathir menyerang mengikut kehendaknya. Dan ia mestilah serangan atas sesuatu atau suatu isu yang Najib boleh kawal.

Bila serangan dibelakang tabir keatas 1MDB bermula dalam tahun 2013, Najib sudah tahu apa yang Mahathir akan gunakan sebagai medan pertempurannya. Mereka mensabotaj IPO (tawaran permulaan saham awam) dan menghalang pinjaman-pinjaman bank kepada 1MDB (lihat bacaan tambahan dibawah). Dan Bank Negara tidak bertindak sendirian tetapi mengikut kehendak kuasa-kuasa tertentu yang mempunyai kawalan keatas Bank Negara dan boleh memberitahu mereka apa yang patut dilakukan. Dan cap jari Mahathir berterabur dimana-mana.

Jadi itulah apa yang Mahathir akan gunakan, 1MDB. Mengetahui demikian, Najib kini kena menentukan dari sudut mana serangan akan dilancarkan. Apabila Muhyiddin Yassin pergi bertemu Mahathir membincangkan 1MDB dan bagaimana ia boleh digunakan untuk menyerang Najib, dan berharap dapat menjatuhkannya selewat-lewatnya pada Julai 2015, Najib mengetahui apakah rancangan permainannya dan bagaimana untuk mengalahkan Mahathir mengikut cara percaturannya sendiri.

Mereka secara rasminya memulakan serangan dengan laporan polis Khairuddin Abu Hassan pada Disember 2014. Kemudian Mahathir mengumumkan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah “lesap entah kemana.” Diketika itu Najib sudah tahu mereka berada dilandasan yang salah. Jika inilah sudut yang mereka akan gunakan pastilah penghujungnya adalah jalan mati dan tidak akan berakhir kemana-mana.

Khairuddin melepaskan tembakan permulaan pada Disember 2014, yang sepatutnya mengakibatkan kejatuhan Najib menjelang Julai 2015

Najib memutuskan untuk tidak bertindak balas. Beliau hanya berdiam diri dan membiarkan mereka berterusan menyusur sepanjang jalan mati. Sekiranya Najib bertindak balas ianya akan menyedarkan kesilapan mereka dan mereka akan mengubah sudut serangan. Jadi sebaiknya beliau berdiam diri dan membiarkan mereka bergantung pada isu yang sama, mengetahui isu tersebut tidak akan pergi kemana.

Najib boleh sahaja menunjukkan bahawa kerajaan hanya melabur RM1 juta dan bukannya RM42 bilion dalam 1MDB. Beliau juga boleh menunjukkan yang RM42 bilion tersebut adalah pinjaman bank dengan cagaran RM51 bilion nilai aset. Tetapi itu akan membuat Mahathir menukar sudut serangannya atau membuang isu 1MDB keseluruhannya dan mencari perkara lain untuk digunakan. Memandangkan Mahathir telah memilih untuk menggunakan 1MDB dan beliau menggunakannya disudut yang salah maka adalah lebih baik membiarkan beliau berterusan dengan kejahilan beliau dan sentiasa merasakan beliau telah menemui lombong emas sedangkan sebenarnya ia hanyalah emas palsu.

Kebanyakan orang merasa hairan dengan reaksi Najib, atau dalam kes ini kurangnya tindak balas. Adalah teramat mudah untuk Najib menghadap balik Mahathir dan mendiamkannya terus sama sekali. Jadi mengapa beliau tidak buat begitu? Sekiranya Najib bertindak demikian Mahathir tidak akan berhenti dan akan mencari sesuatu yang lain untuk digunakan. Dan tidak ada siapa yang tahu apakah nanti isunya. Jadi adalah lebih baik biarkan Mahathir berterusan dengan 1MDB dan jangan sedarkannya bahawa dia sedang memacu kuda mati.

Mahathir begitu taksub dengan 1MDB sehinggakan beliau tidak ada masa untuk memikirkan perkara-perkara lain. Isu 1MDB menjadi seperti penyakit bagi Mahathir. Ia seolah-olah satu tarikan maut. Dan semakin lama Mahathir terjebak dengan isu 1MDB semakin banyak ianya membebaskan Najib untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara lain. Lagi pun, Mahathir tidak mengutarakan perkara-perkara baharu tentang 1MDB tetapi bergantung kepada perkara-perkara lama yang serupa yang diulang-ulang.

Jadi, sementara roda Mahathir berpusing ligat dan hanya menyebabkannya semakin terbenam lebih jauh kedalam lumpur, Najib bergerak bebas melakukan bermacam-macam perkara lain dan menguruskan negara dan melaksana dan melancarkan projek-projek, MRT baharu merupakan salah satu diantara yang sekian banyak. Sepertimana mereka kata, bila anda sedang tenggelam, berhenti menekan minyak enjin anda. Anda tidak akan dapat mengelak lumpur malah akan terbenam lebih dalam dan semakin susah untuk bergerak. Dan sedang Mahathir terbenam keparas dada dalam isu 1MDB dan tidak mampu bergerak kehadapan atau kebelakang atau melepaskan diri daripada lumpur jerlus yang beliau sendiri terjun kedalamnya, Najib bebas melakukan apa yang beliau mahukan.

Mahathir tersangat kecewa sehingga menjelang Disember 2015 Najib masih lagi memegang jawatannya sehinggakan beliau tidak lagi mampu untuk menyembunyikan perasaannya

Diketika itu Mahathir sepatutnya sudah sedar yang Najib telah mempermainkannya untuk memperdayakannya. Begitu pun, Mahathir tetap merasakan beliau masih mengatasi Najib dan telah membuat Najib sebagai pelarian. Jika tidak mengapa Najib tidak mempertahankan dirinya dan buktikan Mahathir salah? Itu sudah pasti terlalu mudah untuk dibuat tetapi Najib tidak mahu lakukan. Dan beliau tidak mahu lakukan kerana beliau mahu Mahathir terus memacu kuda mati dan bukan meninggalkannya dan pergi mencari kuda baharu untuk ditunggang.

Ianya cukup bijaksana. Najib mempermainkan Mahathir untuk memperdayakannya dan orang tua tersebut tidak menyedarinya. Sekarang, sudah pasti, beliau baharu tersedar, kerana itulah beliau cuba menyepikan isu 1MDB dan beralih kepada isu kapal selam Scorpene. Tetapi ianya sudah begitu terlambat. Mahathir telah mempertaruhkan seluruh nasibnya kepada kuda 1MDB dan kuda ini terbukti hanyalah seekor keldai, dan yang sudah mati pula. Adalah terlalu lewat untuk menukar kuda dipertengahan jalan, sepertimana apa yang kami tulis dalam artikel 'It Was Mokhzani And Daim, Not Najib, Who Mooted The Submarine Deal' (BACA DISINI).

Mahathir terlalu mudah untuk diramalkan. Anda tahu apa yang akan dilakukannya walau pun sebelum beliau membuka mulutnya. Dalam pengertiannya Mahathir terlalu konsisten. Beliau juga konsisten dalam ketidak-konsistennya. Beliau begitu konsisten ketidak-konsistennya sehinggakan anda tahu beliau akan berkata apa sahaja yang sesuai dengan isu hari itu sekali pun ianya bertentangan dengan apa yang dikatakannya pada hari sebelumnya atau 50 tahun dahulu.

Satu perkara yang paling konsisten tentang Mahathir adalah beliau seumpama seekor anjing dengan seketul tulang. Apabila beliau membenamkan giginya kepada sesuatu beliau tidak akan melepaskannya pergi. Beliau akan mengancing gigi sekuat-kuatnya dan berterusan menderam. Dan itulah apa yang dilakukannya kepada Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan sekarang kepada Najib juga. Beliau juga lakukan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Anwar Ibrahim, dan lain-lainnya.

Itulah stail Mahathir dan Najib mengetahuinya. Jika Mahathir mahu menggunakan isu Jambatan Bengkok untuk menyingkirkan Abdullah beliau akan berterusan memperkatakannya dan menjelajah seluruh Malaysia bercakap tentang isu yang sama untuk dua atau tiga tahun tanpa henti sehinggalah Abdullah disingkirkan. Dan inilah secara tepatnya apa yang beliau akan lakukan dengan isu 1MDB, yang mana Najib tahu pasti akan terjadi.

Justeru jangan sesekali rampas tulang dari anjing yang sedang menderam. Jika tidak ia akan menggigit anda atau pergi mencari sesuatu yang lain. Biarkan anjing tadi terus menggigit tulang tersebut dan biarkan ia terus menderam kerana anjing yang menderam dengan tulang dirahang mulutnya tidak ada masa untuk menggigit anda. Dan itulah apa yang Najib lakukan kepada Mahathir. Beliau biarkan Mahathir menggonggong isu 1MDB dan terus menyalak dan menyalak dan dalam waktu tersebut Najib mengurus-tadbir negara dan melaksanakan segala perkara yang berada dalam pemikirannya.

Mahathir sepatutnya telah mengambil petunjuk daripada Tan Seng Giaw yang mengatakan tidak terdapat bukti untuk mengaitkan Najib dalam sebarang salah-laku membabitkan 1MDB. Seng Giaw adalah seorang anggota PAC dan beliau mengetahui apa yang mereka telah siasat dan bincangkan semasa mesyuarat PAC. Beliau tahu bahawa apa yang Mahathir perkatakan tidak mempunyai merit dan hanya bersandar kepada sindiran dan telahan.

Justo telah mendedahkan bahawa dokumen-dokumen yang Sarawak Report dan The Malaysian Insider siarkan telah diubah

Xavier Andre Justo juga turut mendedahkan bahawa dokumen-dokumen yang Sarawak Report dan The Malaysian Insider siarkan telah dipinda dan yang asal yang dicurinya dan jual kepada mereka adalah berbeza. Beliau juga menyatakan bukan dia yang meminda dokumen-dokumen tersebut. Itu sudah seharusnya memberi petunjuk kepada Mahathir bahawa beliau sedang melakukan perkara sia-sia tetapi beliau beranggapan diamnya Najib sebagai satu pengakuan bersalah. Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir menolak untuk menggugurkan isu 1MDB walau pun terdapat banyak amaran yang beliau berkemungkinan akan menuju kepenghujung jalan mati.

Sekali pun jika apa yang Seng Giaw dan Justo katakan tidak cukup kuat, bukti bahawa Barisan Nasional memenangi pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan pilihanraya negeri Sarawak sepatutnya sudah memberi petanda bahawa isu 1MDB tidak memberi hasil yang baik.

Seng Giaw menyatakan tidak terdapat bukti untuk mengaitkan Najib dalam sebarang salah-laku membabitkan 1MDB

Masalahnya dengan Mahathir adalah beliau terlalu lemah untuk mengingati sejarah. Cara dia bercakap dan apa yang dia ucapkan sudah cukup membuktikannya. Kalau tidak pasti Mahathir telah mengetahui bagaimana Stalin mengalahkan Hitler dan Wellington menewaskan Napoleon.

Hitler sepatutnya menyerang Moscow tetapi beliau beranggapan bahawa Stalingrad, yang mempunyai nama Stalin, adalah sasaran yang lebih baik kerana ia seumpama permata pada sebuah mahkota. Hitler boleh memasuki Moscow dengan tentangan kecil, sepertimana Napoleon lakukan 200 tahun lampau, tetapi beliau membuat kesilapan menyerang Stalingrad sebaliknya dan kehilangan 400,000 tentera elitnya.

Bagi semua niat dan tujuan, itulah permulaan berakhirnya Hitler dan ia adalah kerana beliau terpedaya dengan Stalin dengan menyerang bandar yang Stalin mahukan beliau serang bukannya bandar yang beliau mahu serang. Dan inilah kesilapan yang sama Napoleon lakukan bila beliau berdepan Wellington di Waterloo. Tentera Napoleon terperangkap di Waterloo dan kelewatan itu membolehkan orang-orang Prussia mengukuhkan tentera British, dengan mengatasi jumlah tentera Perancis. Ia adalah pilihan medan pertempuran yang salah yang mengakibatkan Perancis kekalahan perang.

Dan ini jugalah yang Mahathir lakukan. Beliau menyerang 1MDB apabila dia sepatutnya menyerang sesuatu yang lain dan Najib membiarkan beliau melakukannya kerana beliau akan terperangkap seperti Hitler di Stalingrad dan Napoleon di Waterloo. Kepada Hitler, Stalingrad adalah simbol Stalin dan itulah sebabnya ia mesti diserang. Kepada Mahathir, 1MDB adalah simbol Najib dan kerana itu ia mesti diserang. Stalingrad adalah kejatuhan Hitler, Waterloo kemusnahan Napoleon, sepertimana 1MDB adalah kehancuran Mahathir.


Diterjemah dari artikel
Raja Petra Kamaruddin
9 Ogos 2017


Bacaan tambahan: Bagaimana Mahathir Gunakan Bank Negara Untuk Sabotaj 1MDB