Sunday, August 13, 2017

BAGAIMANA NAJIB GUNAKAN 1MDB Sehingga Membuat Mahathir Aibkan Diri Sendiri

Mahathir telah musnah. Dan menambah aib diatas kehancurannya beliau telah kehilangan seluruh maruah dan nilai-nilai murni diri. Lebih teruk lagi keluarganya turut terheret kelembah kehinaan bersama dengannya. Nama Mahathir bukan lagi nama seorang negarawan tetapi nama seorang pariah. Kekalahan dan kehilangan kuasa tidaklah seburuk kemusnahan nama Mahathir. Sudah tidak ada lagi dinasti Mahathir. Mahathir akan dikenang sebagai seorang yang telah menjual diri dalam usaha mengejar kuasa dan membalas dendam dan mengubah-suai pelacuran kedalam satu bentuk seni.
Tun Dr Mahathir Mohamad begitu yakin beliau telah mempunyai satu kemenangan didalam tangan. Beliau telah diberi jaminan isu 1MDB adalah terlalu hebat dan dengan begitu mudah sekali dapat menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Dengan apa yang Mahathir sangkakan RM42 bilion wang 1MDB telah hilang entah kemana, tidak ada cara lagi Najib boleh bertahan dari serangan yang begitu hebat. Apa yang mereka perlu lakukan adalah hebahkan keseluruh dunia bahawa Najib mencuri RM42 bilion wang rakyat dan Najib akan jatuh lebih cepat daripada tiga tahun yang Mahathir ambil untuk menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tetapi pertama sekali mereka perlu sabotaj 1MDB untuk pastikan ianya betul-betul menghadapi kesulitan dan mengalami masalah aliran tunai yang serius. Mereka tidak boleh mengharapkan seluruh kapal itu tenggelam dengan sendirinya. Mereka perlu tenggelamkan kapal tersebut. Jadi mereka gagalkan IPO (tawaran awam terbitan saham permulaan) dan dapatkan Bank Negara menghalang semua pinjaman bank kepada 1MDB. Tanpa pembiayaan yang mencukupi Apple, Facebook atau Google pun akan gagal. Pembiayaan adalah intipati kejayaan perniagaan. Amerika telah dibina dan Barat telah dimenangi dengan wang yang dipinjam dan terbitan saham awam. Begitu juga dengan konglomerat-konglomerat Empayar British yang terdahulu. Bank dan terbitan saham awam akan membuat dunia berputar dan tanpa pembiayaan 1MDB akan pasti menuju kemusnahan.


Jadi begitulah bagaimana perjalanan kisah 1MDB bermula. Diawalnya Mahathir menyusun semua sasarannya dalam satu baris dan melepaskan tembakan. Itu berlaku dalam tahun 2013. Dan bila beliau menyangka 1MDB sedang terkapai-kapai menarik nafas terakhirnya beliau masuk dan melepaskan tembakan peluru terakhirnya kearah otak bagi mengakhiri kesengsaraannya, dan itulah laporan polis Khairuddin Abu Hassan pada Disember 2014.

Satu-satunya kecacatan dalam pelan itu adalah Khairuddin bukanlah orang yang beretika dan berkredibiliti tinggi. Beliau baharu sahaja memperolehi isteri muda yang menarik dan berada dalam keadaan kewangan yang sangat teruk. Dia akan menjual ibunya untuk mendapatkan wang bagi menyelamatkan rumahnya dari dilelong dan untuk membiayai hidupnya yang bergaya kaya dan terkenal. Tanpa ragu Khairuddin bermotivasi dengan wang dan bukannya dengan perjuangan.

Pada Januari 2015, Mahathir mula mengumpulkan tenteranya untuk melancarkan serangan terakhir bagi menggantikan Najib dengan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Dan beliau memberikan dirinya masa enam bulan untuk terjadi, yang bermakna sehingga Julai 2015. Sekurang-kurangnya itulah rancangannya. Dan Mahathir begitu yakin ianya adalah satu rancangan yang amat sempurna dan Najib samalah seperti orang yang sedang menunggu hukuman mati sehinggakan beliau menganjurkan majlis meraikan perpisahan dan 'selamat bersara' buat Najib  tiga hari sebelum Najib sepatutnya melepaskan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Muhyiddin dan Mukhriz.

Sambutan awal Mahathir bagi meraikan penyingkiran Najib yang sepatutnya berlaku pada 29 Julai 2015 tetapi tidak menjadi

Namun begitu, Mahathir terlupa satu aturan hidup yang amat penting. Dan aturan itu adalah manusia yang merancang dan Tuhan yang menentukan. Dan itulah sebabnya umat Islam menyebut 'insya-Allah' atau 'jika diizinkan Allah' dihujung setiap pernyataan – atau sepertimana orang Inggeris berkata, ‘touch wood’. Dan dalam kes Mahathir ini Tuhan tidak mengizinkannya. Tiga hari selepas harijadi yang penuh dengan kutukan Mahathir, Najib bertindak balas dan memancung semua para pengkomplot utama dan menghantar mereka kekubur. Muhyiddin, Shafie Apdal, Peguam Negara, mereka yang berada di SPRM, mereka yang berada di Bank Negara, mereka yang berada di Cawangan Khas – semua yang berada dalam konspirasi untuk mensabotaj 1MDB dan menggunakan isu 1MDB untuk menggantung Najib dengan sendirinya tergantung dipohon yang paling tinggi.

Ia merupakan satu pukulan yang Mahathir tidak pernah jangkakan dan beliau tidak dapat terima. Pada ketika itu beliau sepatutnya buat sepertimana yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara dan Tengku Razaleigh Hamzah – iaitu undur diri dan mengaku kalah. Tetapi Mahathir tidak dapat menerima kekalahan. Beliau berfikir beliau masih mempunyai peluang untuk menggulingkan Najib. Kerana itu, apabila rampasan kuasa 29 Julai 2015 gagal, beliau cuba buat kali kedua dengan undi tidak percaya di Parlimen pada Oktober 2015 diikuti undi tidak percaya pada Disember 2015 di Perhimpunan Agung UMNO.

Kedua-dua langkah itu juga gagal dan sedikit riak pun tidak berlaku apatah lagi untuk beliau menunjukkan kuasa.

Najib sepatutnya tersingkir empat hari selepas majlis harijadi yang penuh dengan kutukan tetapi sebaliknya semua para konspirasi kumpulan Mahathir yang disingkirkan

Mahathir seharusnya menyedari bahawa operasi satu tahun Disember 2014 hingga Disember 2015 telah gagal. Dia sepatutnya pulang ke rumah untuk mengubat luka-lukanya dan tidak membuang masa lagi untuk cuba menggulingkan Najib. Dia telah mencuba pada bulan Julai dan sekali lagi pada bulan Oktober dan Disember. Ia adalah kes tiga rangkaian serangan dan anda telah gagal. Tetapi Mahathir tidak dapat menerima bahawa Najib telah mengalahkannya dan begitu selamat dan kukuh di kerusi Perdana Menteri nya.

Mahathir selalu memberitahu orang-orangnya bahawa anda tidak akan dapat menjatuhkan Perdana Menteri dari luar parti. Jika anda mahu menjatuhkan Perdana Menteri, ia haruslah dilakukan dari dalam. Itulah sebabnya apabila Team B Tengku Razaleigh membuat gerakan mereka pada tahun 1987, Mahathir menguburkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti baharu. Ini supaya dia dapat menyingkirkan semua musuh-musuhnya didalam UMNO.

Mahahir tahu bahawa sebaik sahaja Tengku Razaleigh dan Team B nya selamat keluar dari UMNO maka mereka tidak lagi menimbulkan bahaya. Lagi baik kalau mereka keluar dan menubuhkan sebuah parti baharu dan menjadi musuh UMNO. Lebih baik lagi jika Tengku Razaleigh dan parti baharunya bekerjasama dengan musuh-musuh UMNO atau Barisan Nasional – seperti PAS, DAP dan PBS.

Dan itulah sebenarnya yang Tengku Razaleigh lakukan yang sepatutnya beliau tidak lakukan. Lapan tahun kemudian, Tengku Razaleigh menyedari bahawa dia telah membuat satu kesilapan taktikal yang amat besar dan telah jatuh kedalam genggaman Mahathir. Jadi beliau menutup partinya dan dengan rendah diri kembali kepada UMNO bersama dengan sekumpulan besar penyokongnya.

Mahathir lakukan sama seperti apa yang Tengku Razaleigh lakukan dan yang tidak sepatutnya dilakukan – jadi Mahathir akan menghadapi nasib yang sama

Jadi Mahathir tahu bahawa meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti baharu dan mengisytiharkan diri anda dan parti baharu anda sebagai musuh UMNO dan Barisan Nasional adalah perbuatan membunuh diri. Jika anda mahu menjatuhkan Perdana Menteri, anda mesti melakukannya dari dalam UMNO dan bukan dari luar UMNO. Inilah ‘kata-kata bijaksana’ yang keluar dari mulut Mahathir sendiri. Dan inilah sebenarnya yang Najib mahu Mahathir lakukan agar beliau membunuh kerjaya politiknya sendiri.

Apabila Dewan Undangan Negeri Kedah memecat Mukhriz sebagai Menteri Besar pada 3 Februari 2016, Mahathir sudah tidak dapat menerimanya lagi. Pada 29 Februari 2016 Mahathir keluar dari UMNO. Kemudian beliau menyeberang kesebelah pembangkang. Dan kemudian beliau membentuk parti baharu. Kemudian parti baharunya ini mengisytiharkan perang terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Mahathir kemudiannya mengambil peranan sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang.

Mahathir melakukan segala-galanya dalam senarai ‘jangan-buat’. Dan dia melakukan segala-galanya dalam senarai ‘jangan-buat’ kerana muslihat Najib memaksa beliau untuk melakukannya. Najib mahu Mahathir melakukan kesemuanya dan Mahathir melakukan keseluruhannya. Samalah seperti Najib menyerahkan pisau kepada Mahathir dengan arahan supaya memotong lehernya sendiri dan Mahathir melakukan seperti yang diarahkan. Dan inilah Najib yang Mamak Mahathir panggilnya Bugis Pengecut. Mungkin Mahathir patut melihat video di bawah ini untuk memahami bagaimana Najib telah memperdayakannya.

https://www.youtube.com/watch?v=iVNEB-Frigo
3 pengajaran yang Najib ajarkan kepada Mahathir

  1. Adakalanya tindak-balas terbaik kepada provokasi adalah tidak terjerumus kedalam pergaduhan (Sometimes the best response to provocation is to not get into a fight).
  2. Tidak semua peluang keemasan mesti diambil. Sesetengahnya hanyalah perangkap (Not all opportunities are to be taken. Some are just traps).
  3. Adakalanya seseorang begitu bertekad untuk memusnahkan orang lain yang akhirnya mereka memusnahkan diri sendiri (Sometimes a person becomes so determined to destroy another person that they end up destroying themselves).

Mahathir memperlekehkan Najib dan menyalah-tafsirkan berdiam dirinya sebagai kelemahan dan kekalahan. Dan itulah kesilapan paling besar Mahathir dalam kerjaya politiknya diantara kesilapan-kesilapan terbesar lainnya yang boleh terkandung dalam sepuluh mukasurat. Dan ini terjadi kerana Mahathir telah dibutakan oleh kemarahan dan perasaan terdesak. Dan apabila anda dibutakan oleh kemarahan dan rasa terdesak maka anda akan lakukan perkara-perkara yang tidak seorang pun mereka yang waras akan lakukan.

Mahathir begitu taksub sekali dengan 1MDB sehinggakan dia tidak dapat melihat apa-apa lagi selain 1MDB. Dan penyakit ini menular sehinggakan mereka yang didalam PKR dan DAP dijangkiti dengan ketaksuban 1MDB. Mahathir dan pembangkang mempertaruhkan seluruh nasib mereka dengan hanya satu balingan dadu, 1MDB. Ianya seperti berlayar diatas Titanic dengan hanya satu bot penyelamat dengan anggapan kapal itu tidak akan tenggelam. Dan apabila ianya terjadi anda lemas didalam air. Dan kini mereka bergelut didalam air menunggu maut tiba.

Bila itu terjadi, anda jadi sangat terdesak dan orang yang sedang kelemasan akan berpaut kepada apa sahaja dan akan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan. Dan keadaan terdesak Mahathir mendorongnya untuk melakukan apa yang tidak sepatutnya beliau lakukan.

Pertama, beliau bertindak keluar dari UMNO. Kemudian beliau menyeberang kepihak pembangkang. Selepas itu beliau menubuhkan parti baharu. Kemudian beliau berkata agenda parti baharunya adalah untuk menghapuskan UMNO dan Barisan Nasional. Kemudian beliau membawa parti baharunya kedalam pakatan pembangkang. Kemudian beliau mengisytiharkan dirinya sebagai ‘pemimpin utama' (Top Dog) gabungan pembangkang.

Mahathir melakukan segala yang beliau tidak sepatutnya lakukan. Dan beliau berbuat demikian kerana beliau sungguh terdesak dan keadaan terdesak itu mendorongnya untuk melakukan apa yang menjadi pantang larang. Lebih jauh daripada itu, Mahathir melakukan segala apa yang beliau sendiri katakan tidak boleh dilakukan – seperti cuba menggulingkan Perdana Menteri dari luar UMNO dan menubuhkan parti baharu yang akan dilihat sebagai ancaman kepada UMNO dan Barisan Nasional. Lebih penting lagi, Mahathir melakukan segala apa yang Najib mahu beliau lakukan.

Percubaan ketiga Mahathir untuk menyingkirkan Najib, yang juga gagal, dan riak diwajahnya apabila beliau menyedari ianya adalah tiga serangan yang berturut-turut

Mahathir telah menghadapi banyak keaiban sepanjang tiga tahun yang lalu sehinggakan beliau tidak lagi merasa malu dengan segala tindakannya. Pada tahun 2015, beliau menghadapi kegagalan tiga percubaan rampasan kuasa yang memalukan. Pada Februari 2016 beliau menerima penghinaan apabila anaknya dipecat sebagai Menteri Besar Kedah diikuti dengan tindakan merajuknya yang mendorongnya keluar dari UMNO.

Mahathir menyingkirkan Tengku Razaleigh dengan mengharamkan UMNO dan membentuk parti baharu manakala apa yang perlu Najib lakukan hanyalah dengan memecat Mukhriz dan Mahathir membunuh diri tanpa memerlukan bantuan Najib. Mahathir terlupa apa yang beliau telah lakukan kepada orang lain sedangkan perkara yang sama boleh berlaku kepada dirinya. Itulah yang dipanggil karma atau apa yang kita telah lakukan pada orang lain akan berlaku keatas diri kita kembali.

Mahathir berfikir beliau ada UMNO dibelakangnya dan mereka akan berhimpun dibelakangnya mengundi tidak percaya terhadap Najib. Itulah percubaan terakhir Mahathir – untuk membuat UMNO menyingkirkan Najib. Tetapi itu bukan langkah terakhir Najib. Jika mereka bertindak melakukan undi tidak percaya dan jika ianya berjaya, Najib bila-bila masa sahaja boleh membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum tergempar.

Mahathir dengan satu kerusi menganggap beliau boleh mengarahkan Pakatan Harapan apa yang perlu dibuat

Mahathir tidak boleh mengemukakan undi tidak percaya hanya dengan Anggota Parlimen Pakatan Harapan kerana mereka tidak mempunyai bilangan yang cukup. Beliau juga memerlukan Ahli-Ahli Berhormat dari pihak kerajaan. Tetapi apa yang Mahathir terlupa ialah kebanyakan Ahli Parlimen UMNO adalah juga ketua bahagian. Mereka memerlukan kedudukan wakil rakyat untuk memenangi dan memegang jawatan ketua bahagian. Dan itu bererti Ahli Parlimen secara teknikalnya adalah panglima perang (warlords) UMNO. Bagaimana pun, walau pun ahli-ahli yang memilih ketua bahagian mereka, namun Perdana Menteri yang memutuskan siapa yang boleh bertanding dalam pilihanraya umum. Dan jika mereka tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum, adalah sukar untuk mereka mempertahankan jawatan ketua bahagian mereka.

Kerana itu, semua mereka yang menyertai Mahathir dalam undi tidak percaya terhadap Najib – sama ada Ahli Parlimen UMNO atau bukan UMNO – tidak akan terpilih sebagai calon dalam pilihanraya umum tergempar. Jadi mereka boleh menyertai Mahathir dalam undi tidak percaya tetapi karier politik mereka akan berakhir pada hari yang sama. Sekiranya Najib boleh pancung Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin, Naib Presiden UMNO Shafie, Peguam Negara, orang-orang kanan di Bank Negara, SPRM dan Cawangan Khas, dan sebagainya, apa ada dengan 30 Ahli Parlimen yang menyertai undi tidak percaya terhadapnya?

UMNO adalah parti ‘warlords’. Dan ‘Taipan’ kepada ‘Taiko’ adalah Najib. Tuan yang memberi dan tuan yang mengambilnya kembali. Dan tuan penguasa wilayah adalah Najib Tun Razak, orang yang memutuskan sama ada anda hidup atau mati. Dan para panglima perang UMNO cukup bijak untuk menyedari agar tidak menderhaka kepada Najib atau terus hidup untuk bercerita kisah tersebut. Dan Najib memastikan mesej ini disampaikan dengan kuat dan jelas sehingga apabila Mahathir menyuarakan pertuduhan itu, tidak seorang pun anggota Parlimen Barisan Nasional menyahutnya. Najib telah mendahului Mahathir dan membunuh langkah itu sebelum ianya terjadi.

Mahathir hanya alat Cina DAP dan ‘Top Dog’ Pakatan Ali Baba

Mahathir sedar perkara ini dan dia tahu kenapa percubaan undi tidak percaya pada Oktober 2015 dan Disember 2015 gagal sama sekali. Mahathir menyalahkan panglima-panglima perang UMNO kerananya dan mengatakan mereka ‘makan dedak’. Mahathir sangat kecewa dia hanya boleh menghina mereka yang tidak menyokongnya dalam tindakannya terhadap Najib kerana itu sahaja yang masih tinggal: penghinaan.

Ia telah sampai kesatu tahap dimana terdesaknya Mahathir sehingga hilang semua rasa malu. Pada Disember 2016 DAP mengadakan konvensyen parti dan mengumumkan bahawa Mahathir tidak dijemput. Bila Najib memberitahu perhimpunan agong UMNO sehari sebelum itu bahawa pilihanraya umum akan datang adalah diantara Pakatan Harapan yang dipimpin Cina-DAP dan Barisan Nasional yang diketuai Melayu-Umno, Lim Kit Siang menjadi panik.

Kit Siang kemudiannya menelefon Mahathir menjemputnya kekonvensyen DAP hari berikutnya dan Mahathir menerima jemputan tersebut. Selepas sebelumnya beliau mengumumkan tidak dijemput, Mahathir menerima jemputan disaat-saat terakhir DAP bagi membolehkan DAP mempamerkannya sebagai muka Melayu dan Pakatan Harapan sebagai Pakatan Ali Baba. Mahathir menjual dirinya sebegitu murah. DAP mahu membuktikan Najib salah dan memperagakan Mahathir sebagai maskot Melayu DAP. Kemungkinannya itulah tahap yang paling hina yang Mahathir lakukan disepanjang karier politiknya.

Malu sudah tidak lagi wujud.

Mahathir sudah tidak lagi punyai masa untuk berasa malu. Waktu-waktu terdesak memerlukan langkah-langkah terdesak. Walaupun beliau tahu DAP hanya mempergunakannya untuk menyanggah kenyataan Najib, dia membenarkan dirinya dipergunakan. Orang Melayu memanggil ini sebagai ‘pelacur takde maruah’. Ia adalah tindakan mereka-mereka yang telah membuang semua nilai moral dan harga diri.

Anak-anak Mahathir pasti merasa malu dan tersangat malu dengannya, mungkin juga cucu-cucunya yang bukan lagi anak-anak kecil. Hakikatnya bahawa anak-anaknya, juga, sudah tidak lagi mempunyai rasa bangga dan bermaruah dan turut terheret sama dengan hal ini adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan. Pastinya seseorang seperti Mahathir yang telah berjuang sebegitu lama tidak mahu mengakhiri hari-harinya sebegini rupa.

Mahathir meninggalkan istana selepas dileter seperti seorang kanak-kanak sekolah oleh Sultan Kedah

Satu juta tandatangan pada ‘Deklarasi Raykat’ kononnya adalah satu lagi perkara yang amat memalukan. Tandatangan adalah palsu dan angka sebenar adalah satu pecahan kecil dari satu juta tersebut. Bukan sahaja mereka membeli tandatangan tersebut tetapi mereka juga tidak membayar jumlah yang dijanjikan. Kemudiannya Mahathir menuntut perkenan untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah di mana dia menerima syarahan dan diberitahu Raja-Raja tidak terlibat dalam politik, terutamanya dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Sultan memberi ceramah panjang lebar kepada Mahathir seperti seorang budak sekolah dan menghantarnya balik kerumah seumpama seorang remaja yang bermasalah. Satu-satunya perkara yang Mahathir tidak diberikan adalah tamparan dimuka walaupun Sultan memberinya tamparan secara simbolik tepat kemukanya.

Selepas apa yang Mahathir telah lakukan dan katakan tentang Anwar, beliau terpaksa menjatuhkan martabat dirinya dan pergi menemui Anwar dimahkamah, bukan sekali tetapi dua kali. Anwar menikmati setiap saat melihat perlakuan Mahathir seumpama orang yang sudah tidak ada rasa harga diri. Anwar memberitahu orang paling rapat dengannya dia tidak pernah terfikir disuatu hari nanti akan melihat Mahathir datang kepadanya untuk menjilat balik ludahnya - “jilat pelir aku”, mengungkap balik kata-kata Anwar.

Wan Azizah berkata jika Pakatan berkuasa Mahathir akan disiasat kerana salahguna kuasa dan salahlakunya, satu lagi tamparan buat Mahathir

Mahathir meletakkan dirinya sebagai calon menunggu Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan. Sehinggakan, seseorang seperti Mat Sabu menutup mulutnya dan tidak berkata apa-apa sementara Superman Hew DAP berkata Mahathir adalah anjing suruhan yang hanya digunakan sebagai alat untuk menghentam (screw) orang Melayu. Kemudian Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan sekiranya Pakatan Harapan berkuasa, Mahathir akan disiasat kerana salahguna kuasa dan salahlakunya.

Bagaimana agaknya Mahathir boleh terfikir bahawa dengan hanya satu kerusi, yang mana bukan pula kerusi miliknya sendiri, dia boleh menjadi orang paling berkuasa (top dog) Pakatan Harapan dan memberitahu pembangkang apa yang harus dilakukan dan siapa yang mereka patut lantik sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Mahathir pasti sudah hilang akal.

Dan sepanjang masa itu Najib tidak melakukan apa-apa dan tidak berkata apa-apa. Najib hanya membiarkan Mahathir dan ahli kumpulan geng Pakatan melakukan segala perbuatan dan mengucapkan segala percakapan. Najib hanya berdiam diri dan, seperti yang orang Melayu katakan, ulur tali. Dalam bahasa Inggerisnya ini bermakna Najib memberikan semua mereka tali untuk menggantung diri mereka sendiri. Dan mereka lakukan dengan menggantung diri sendiri.

Tidak ada lagi harapan untuk menyingkirkan Najib dari dalam UMNO atau Barisan Nasional. Jika mereka mahu menghapuskan Najib, mereka perlu “menendang keluar” UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Dan ini bermakna Pakatan Harapan mesti menang tidak kurang daripada 112 kerusi dalam Parlimen. Pada masa ini mereka tersangat sukar untuk memenangi 72 kerusi apatah lagi 112 kerusi. Dan itulah realitinya keadaan sekarang.

Mahathir telah musnah. Dan menambah aib diatas kehancurannya beliau telah kehilangan seluruh maruah dan nilai-nilai murni diri. Lebih teruk lagi keluarganya turut terheret kelembah kehinaan bersama dengannya. Nama Mahathir bukan lagi nama seorang negarawan tetapi nama seorang pariah. Kekalahan dan kehilangan kuasa tidaklah seburuk kemusnahan nama Mahathir. Sudah tidak ada lagi dinasti Mahathir. Mahathir akan dikenang sebagai seorang yang telah menjual diri dalam usaha mengejar kuasa dan membalas dendam dan mengubah-suai pelacuran kedalam satu bentuk seni.


Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
10 Ogos 2017