Thursday, August 17, 2017

PENGKHIANATAN SEMEMANGNYA DALAM DNA MAHATHIR

Terlalu banyak yang Ku Li kena laksanakan sehingga beliau tidak berupaya untuk menjalankan tugas Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama. Ku Li memberitahu Hussein beliau akan melepaskan gilirannya dan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri baharu mengambil alih. Justeru itu pilihannya sekarang adalah diantara Ghafar dan Mahathir tetapi oleh kerana Ghafar berlatar-belakangkan pendidikan yang kurang sempurna ianya telah dipersetujui bahawa Mahathir, walaupun beliau nombor tiga, akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri baharulah beliau akan menjadi orang nombor duanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan lebih banyak tindakan pengkhianatan daripada Anwar Ibrahim melakukan perbuatan liwat. Dan jenayah seksual Anwar sememangnyalah satu senarai yang panjang. Mahathir telah mengkhianati setiap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terkecuali Tun Razak Hussein dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman, hanyalah disebabkan mereka berdua meninggal dunia lebih awal sebelum Mahathir sempat mengkhianati mereka.

Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semuanya telah menjadi mangsa pengkhianatan Mahathir. Dan sekarang, sudah tentulah, Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menjadi mangsa-mangsa terbaharunya.

Tunku berkata hari Mahathir menjadi Perdana Menteri akan menjadi permulaan kehancuran Malaysia

Mahathir mengkhianati orang Cina. Beliau menggunakan orang Cina sebagai tempat melemparkan kesalahan bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dan setelah berkuasa, beliau melakukan pusingan-U dan membuat ramai orang Cina menjadi kaya-raya tidak terhingga. Secara tiba-tiba orang Cina bukan lagi orang Yahudi Asia yang patut ditendang keluar dari negara. Orang Cina adalah rakan-rakan baharu Mahathir yang akan membantunya merompak negara.

Orang Cina sebenarnya terkejut senang dengan pusingan-U Mahathir. Ketika Mahathir mula-mula menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, mereka bersiap sedia untuk yang terburuk. Mereka mempersiapkan diri untuk pembersihan etnik yang berbagai cara. Apa yang mereka temui disebaliknya adalah seorang Mahathir yang sangat mesra-Cina, sekurang-kurangnya apabila berkaitan dengan bisnes dan wang.

Apabila ternampak seolah-olah orang Melayu sedang meninggalkan UMNO pada tahun 1999, Mahathir berpaling kepada orang Cina dan mengugut mereka dengan satu lagi 13 Mei sekiranya Barisan Nasional tidak dapat mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen. Jadi, sewaktu orang Melayu meninggalkan UMNO orang Cina berdiri teguh dibelakang Barisan Nasional akibat rasa khuatir dengan nyawa mereka. Mahathir pada mulanya bersetuju dengan tuntutan seluruh para pendidik Cina (untuk mendapatkan undi mereka), dan kemudiannya, selepas pilihanraya, beliau membuat pusingan-U dan memanggil para pendidik Cina sebagai komunis dan memungkiri janji-janji beliau.

Walaupun orang Cina terkena satu lagi pengkhianatan ditangan Mahathir tetapi mereka masih lagi bergantung harap kepada orang tua tersebut.

Raja-Raja Melayu tidak pernah melupakan atau memaafkan Mahathir dan tidak akan membenarkan orang tua tersebut dapat berkuasa lagi sekali pun jika Parlimen perlu digantung

Mahathir juga mengkhianati Raja-Raja Melayu dan institusi Kehakiman dan sehingga kehari ini mereka tidak pernah melupakan pengkhianatannya. Hanya Cina-DAP dan orang-orang Pakatun yang telah lupa - atau boleh jadi mereka tidak pernah lupa tetapi mereka tidak mempunyai pendirian dan prinsip jadi mereka tidak peduli tentang maruah dan kehormatan.

Bagaimana pun, tidak semua pengkhianatan Mahathir nampak terlihat seperti itu. Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li ada suatu cerita untuk disampaikan dan beliau telah menceritakan kisahnya berkali-kali kepada sesiapa sahaja yang mahu mendengarnya. Dan pengkhianatan yang Ku Li alami adalah satu karya seni yang harus diajarkan kepada penuntut-penuntut sains politik disekolah. Itu bukan sahaja menunjukkan betapa Mahathir boleh menjadi begitu merbahaya dan jahat tetapi beliau boleh menepuk belakang anda dengan satu tangan sementara mengacukan pisau dibelakang anda dengan tangan yang satu lagi.

Ia semua bermula apabila Tun Razak meninggal dunia pada bulan Januari 1976 dan Tun Hussein mengambil alih sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Hussein memerlukan seorang Timbalan Perdana Menteri dan beliau mahu memilih Tun Ghazali Shafie sebagai orang nombor duanya. Tetapi Ghazali adalah 'orang luar' - bermaksud beliau bukanlah salah seorang dari tiga Naib Presiden. Ketiga Naib Presiden UMNO adalah Ku Li, Ghafar dan Mahathir - dalam urutan keutamaan berdasarkan jumlah undi yang mereka menangi.

Ku Li memberi laluan kepada Mahathir untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 diatas persetujuan beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri

Jadi itu bermakna Hussein tidak boleh melantik Ghazali sebagai Timbalan Perdana Menteri baharunya. Beliau mesti memilih satu diantara tiga Naib Presiden UMNO dan Ku Li adalah Naib Presiden yang mempunyai undi yang tertinggi. Tetapi Ku Li punyai tugas yang belum selesai. Terengganu baharu sahaja menjumpai minyak dan Ku Li ditugaskan menubuhkan Petronas dan, dengan bantuan Tun Salleh Abbas, baharu sahaja merangka Akta Pembangunan Petroleum.

Sesungguhnya Akta Pembangunan Petroleum 1974 adalah sesuatu yang unik dan yang pertama seumpamanya didunia dan semenjak itu banyak negara lain menggunakannya sebagai asas kepada perjanjian mereka sendiri. Ku Li juga dikehendaki mendapatkan kesemua 13 negeri menandatangani perjanjian royalti dan eksplorasi (carigali) dengan Petronas dalam tahun 1976. Kemudiannya terdapat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedang berjalan dari tahun 1971 ke 1990 yang memerlukan perhatian untuk memastikan ianya berjaya mencapai matlamatnya.

Ku Li juga perlu memastikan bank-bank dan banyak lagi institusi kewangan yang lainnya - institusi-institusi milik kerajaan seperti Bank Bumiputera, Bank Pembangunan, MIDA, MARA, dan banyak lagi, disertakan - memainkan peranan mereka memastikan DEB satu kejayaan.

Hussein mahukan Ghazali sebagai Timbalan Perdana Menterinya tetapi sebaliknya secara terpaksa memilih Mahathir atas desakan Ku Li yang memberi laluan atas persetujuan beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Mahathir kemudiannya

Terlalu banyak yang Ku Li kena laksanakan sehingga beliau tidak berupaya untuk menjalankan tugas Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama. Ku Li memberitahu Hussein beliau akan melepaskan gilirannya dan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Perdana Menteri baharu mengambil alih. Justeru itu pilihannya sekarang adalah diantara Ghafar dan Mahathir tetapi oleh kerana Ghafar berlatar-belakangkan pendidikan yang kurang sempurna ianya telah dipersetujui bahawa Mahathir, walaupun beliau nombor tiga, akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri baharulah beliau akan menjadi orang nombor duanya.

Mahathir, bagaimana pun, tidak sabar. Empat tahun kemudiannya beliau memulakan gerakan menentang Hussein. Dalam tahun 1980 beliau memberitahu kalangan rapatnya pada tahun 1981 nanti Hussein akan disingkirkan dan beliau akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Dan beliau menggunakan isu Harun Idris untuk menjatuhkan Hussein.

Hussein mengambil-alih sebagai Perdana Menteri pada Januari 1976 dan dalam bulan April 1976 beliau memaksa Menteri Besar Selangor, Harun Idris, meletakkan jawatannya. Harun kemudiannya ditahan dan suasana dirumahnya pada hari penangkapannya mungkin diulang pada bulan November 1985 di Memali semasa mereka membunuh Ibrahim Libya dan 13 orang-orangnya. Konfrontasi dirumah Harun boleh bertukar menjadi satu lagi pembunuhan Memali sekiranya beliau tidak menyelinap keluar dengan berbaju kurung untuk menyerah diri kepada polis.

Mahathir gunakan pengampunan Harun Idris sebagai daya kekuatan untuk menyingkirkan Hussein dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada 1981

Harun telah dibicarakan dan dijatuhi hukuman enam tahun penjara atas 16 pertuduhan rasuah. Mahathir kemudiannya memberitahu Hussein bahawa UMNO mahukan Yang Di Pertuan Agong memberikan pengampunan agar beliau boleh dibebaskan dari penjara tanpa perlu menjalani hukuman sepenuhnya. Hussein menjadi berang. Beliau memberitahu Mahathir bahawa UMNO kena memilih diantara beliau dan Harun. Mahathir memberitahu Hussein bahawa UMNO memilih Harun jadi Hussein melepaskan jawatannya pada bulan Julai 1981 dan Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Tetapi 'perletakan jawatan' Hussein telah pun direncanakan sejak 1980 dan Mahathir tahu memohon pengampunan untuk Harun selepas beliau menjalani hanya separuh daripada hukumannya akan mencetuskan perletakan jawatan Hussein. Tidak lama selepas Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri, Harun diberikan pengampunan dan dibebaskan dari penjara.

Yang lebih pentingnya, selepas Mahathir mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 beliau enggan melantik Ku Li sebagai timbalannya sepertimana yang telah dipersetujui pada bulan Januari 1976. Sebaliknya, dua hari kemudiannya, Mahathir melantik Musa sebagai timbalannya. Inilah permulaan kepada keadaan huruhara dalam UMNO yang membawa kepada Team A dan Team B dan akhirnya UMNO ditutup enam tahun kemudiannya dalam tahun 1987.

Jadi itu adalah satu lagi pengkhianatan. Untuk kali keduanya dalam sejarah Mahathir telah mengkhianati UMNO. Kali pertama adalah dalam tahun 1969 apabila beliau dibuang daripada UMNO dan beliau telah pergi kepada PAS dan berkerjasama dengan PAS untuk selama hampir tiga tahun mencuba untuk menjatuhkan UMNO.

Pengkhianatan sememangnya dalam DNA Mahathir dan Najib tidak akan menjadi orang yang terakhir daripada yang sebegitu ramai yang menjadi mangsa orang tua ini

Jadi pada hari ini sebenarnya adalah kali keempat Mahathir mengkhianati UMNO selepas kali pertama dalam tahun 1969, kali kedua dalam tahun 1987, dan kali ketiga dalam tahun 2008. Pada 1969 Mahathir mengkhianati UMNO untuk menyingkirkan Tunku. Pada 1987 beliau mengkhianati UMNO untuk menyingkirkan Ku Li. Pada 2008 beliau mengkhianati UMNO untuk menyingkirkan Pak Lah. Dan sekarang beliau mengkhianati UMNO untuk menyingkirkan Najib. Mahathir tidak akan teragak-agak untuk meletupkan keseluruhan pesawat membawa 300 penumpang hanya untuk membunuh satu orang didalamnya. Itulah sifat semulajadi seorang yang dipanggil Mahathir.

Tetapi cerita Ku Li tidak berhenti disitu. Apabila Ku Li telah dirompak jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau bertanding pemilihan parti UMNO. Sekiranya Ku Li memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO beliau akan menggantikan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu. Dan pilihan delegasi-delegasi UMNO adalah Ku Li. Justeru Ku Li telah terjamin untuk menang dan mengambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Mahathir kemudiannya mengumumkan bahawa beliau boleh berkerja dengan Musa lebih baik daripada beliau boleh berkerja dengan Ku Li dan jika diminta untuk memilih beliau akan memilih Musa berbanding Ku Li. Itulah isyarat yang delegasi-delegasi UMNO perlukan dan undian-undian beralih memihak kepada Musa dan Ku Li kalah. Jadi, sekali lagi, Mahathir khianati Ku Li dengan mensabotaj peluangnya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Mahathir gunakan Musa untuk khianati Ku Li pada tahun 1981 dan kemudian mengkhianati Musa ditahun 1986 dan menggantikannya dengan Ghafar

Dalam bulan Mac 1986, Mahathir memaksa Musa meletakkan jawatan dan disebalik melantik Ku Li sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Mahathir melantik Ghafar memandangkan beliau adalah salah seorang Naib Presiden UMNO. Musa kemudiannya bergabung dengan Ku Li untuk bertanding melawan Mahathir dan Ghafar. Terang-terangan Ku Li dan Musa akan beroleh kemenangan dan Mahathir akan terus menjadi sejarah.

Mahathir kemudiannya mengganggu pemilihan parti dan disebalik beliau dan Ghafar kalah dengan lebih kurang 40 - 50 undi ianya berlaku sebaliknya. Mahathir menang dengan 43 undi dan Ghafar dengan 40 undi atau hanya 51% undi.  Orang-orang Ku Li menuduh berlaku penipuan dan membawa kes tersebut kemahkamah dan disebalik meminta parti mengadakan pemilihan semula (seperti dalam kes DAP) Mahathir mengarahkan Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran UMNO supaya beliau boleh menubuhkan sebuah parti baharu tanpa musuh-musuh Team B nya. Jadi Mahathir bunuh UMNO untuk membunuh Team B - yang kedua dari empat pengkhianatannya terhadap UMNO.

Ku Li telah menceriterakan cerita ini berkali-kali kepada begitu ramai orang. Mungkin sudah tiba masanya beliau menulis sebuah buku mengisahkan peristiwa-peristiwa semenjak 50 tahun dahulu dari 1967 sehingga 2017 dimana Mahathir mengkhianati hampir semua orang yang ada berurusan dengannya. Buku tersebut boleh diberi tajuk 'Dari Kerala ke Kelate' dan disusun menurut kejadian bagaimana dan dimana Mahathir berkelakuan ibarat seekor kala jengking dalam cerita dibawah.


Si Kala Jengking dan Si Katak

Si Kala Jengking bertemu dengan si Katak ditebing sebuah sungai dan si Kala Jengking meminta si Katak membawanya menyeberang diatas belakangnya. Si Katak bertanya, "Bagaimana aku boleh tahu kamu tidak menyengatku?" Si Kala Jengking berkata, "Kalau aku buat, aku juga akan mati."

Si Katak puas hati, dan mereka memulakan perjalanan, tetapi ditengah-tengah sungai, si Kala Jengking menyengat si Katak. Si Katak terasa kekejangan dan mula tenggelam, mengetahui mereka berdua akan mati lemas, tetapi masih sempat menarik nafas terakhir bertanya "Mengapa?"

Jawab si Kala Jengking: "Itu sifat semulajadi ku..."


Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
15Ogos 2017