Wednesday, September 13, 2017

Malaysia, 'Negara Gagal Yang Bankrap' Mahathir

Anda tidak boleh menjadi sebuah negara gagal dalam jangkamasa cuma lapan tahun Najib menjadi Perdana Menteri. Ia mengambil masa 30 ke 40 tahun pengurusan yang teruk untuk sampai ketahap tersebut. Jadi Mahathir kena meredakan mantra 'Malaysia telah menjadi sebuah negara gagal' ini kerana akhirnya ia akan menunjuk kembali kepada diri beliau sendiri. Malahan, banyak yang kerajaan sedang lakukan sekarang adalah untuk memperbaiki semula segala kerosakan yang Mahathir tinggalkan. Dan pihak pembangkang mengetahui hal ini, kerana itulah sebabnya mengapa mereka amat merasa takut. Sekiranya tidak mengapa pembangkang memberitahu para pengundi bahawa GST 6% adalah lebih teruk daripada SST 16% yang telah digantikan?

Ya, inilah yang Tun Dr Mahathir Mohamad dan para pemimpin pembangkang mahukan kita percaya : bahawa Malaysia adalah sebuah negara gagal yang telah bankrap.

Saya tidak akan membahaskan tentang ekonomi dan perangkaan keseluruhan isu (saya memberi kesempatan kepada blogger seperti LSS yang lebih berpengalaman untuk membincangkan perkara sebegini melakukannya) tetapi Malaysia terlalu amat jauh bertentangan dengan sama ada telah bankrap atau pun sebuah negara yang gagal. Terdapat kriteria tertentu yang mesti dipenuhi untuk mencapai tahap negara gagal dan Malaysia sudah pasti tidak memenuhi kriteria tersebut. Mungkin seseorang kena lebih banyak membaca bagi memahami erti 'negara gagal' sebelum mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sedemikian.

Bagaimana pun, sekali pun benar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, atau sebuah negara gagal yang telah bankrap, ianya tidak boleh berlaku semalaman. Ia mengambil Britain bertahun-tahun melaksanakan polisi negara berkebajikan untuk menjadi apa yang ia capai sekarang (Britain mula terjerumus kearah jalan kemusnahannya sendiri sejak 1960an). Ia mengambil Sepanyol, Portugal, Greece, Itali, dan lain-lain, berdekad dengan salah urus pentadbiran dan polisi-polisi buruk untuk menjadi bankrap. Anda tidak akan sampai ketahap ini semalaman atau mahu pun dalam masa lapan tahun Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Abang ipar Mahathir sendiri, Tun Ismail Mohamad Ali, memberitahunya Proton tidak akan mampu berdaya maju kerana penduduk negara yang kecil jadi beliau memberitahu rakyat Malaysia supaya mempunyai lima anak

Ianya sama seperti perkauman. Ia mengambil Malaysia selama dua generasi perlaksanaan polisi-polisi buruk sejak 1960an untuk mencapai tahap yang ia capai sekarang. Malaysia tidak menjadi rasis (perkauman) dalam masa hanya 12 tahun sejak Merdeka (maksudnya dari 1957 hingga 1969). Kawah itu mendidih sepanjang masa sejak tahun 1945, dan sebelum itu, ia hanya menunggu untuk meletus. Jadi segalanya hanya memerlukan satu percikan api dan 'the Young Turks' (pemimpin Darah Muda) dalam UMNO yang memainkan isu perkauman untuk menyingkirkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang memberikan percikan tersebut.

Inggeris memerintah British India melalui dasar pecah-dan-perintah. Itulah sebabnya mengapa dengan hanya beberapa ribu orang Inggeris mampu mengawal sebuah negara dengan 300 juta orang India. Mereka melakukan perkara yang sama di British Malaya. Orang Melayu, orang India dan orang Cina diasingkan dan tidak pernah hidup bersama. Orang Melayu dibimbing disekolah Inggeris agar mereka boleh menyertai perkhidmatan awam sedangkan orang Cina pergi kesekolah Cina dan menjadi usahawan.

Jadi, sementara orang Melayu mentadbir kerajaan (termasuk tentera dan polis), orang Cina menggerakkan ekonomi. Itulah pelan induk Inggeris kerana orang-orang Melayu-Cina yang bersatu adalah tidak baik untuk kesinambungan penjajahan - kerana mereka akan mengimpikan kemerdekaan daripada Britain. Semasa pendudukan Jepun pada 1941-1945, perpecahan kaum ini semakin meruncing apabila orang Jepun menghasut orang Melayu agar tidak mempercayai orang Cina - dan kemudiannya memberitahu orang Cina bahawa mereka telah 'dijual' oleh orang Melayu.

Apabila Jepun menyerah kalah pada bulan September 1945, dan selama dua minggu Malaya tidak mempunyai kerajaan orang Cina telah bermaharajalela membunuh semua orang yang dianggap sebagai 'talibarut' Jepun, kebanyakannya orang Melayu. Ramai orang yang tidak bersalah juga dibunuh atas tuduhan menjadi talibarut Jepun. Sebenarnya semua ini adalah pembunuhan balas dendam yang berselindung disebalik penghapusan talibarut-talibarut Jepun.


Selepas Jepun menyerah kalah untuk selama dua minggu orang Cina bermaharajalela membunuh orang-orang Melayu jadi orang Melayu tidak lagi percaya orang Cina untuk mentadbir negara

Saudara-mara saya adalah diantara yang dibunuh oleh orang Cina dan sebab utamanya kerana mereka adalah ahli keluarga Diraja dimana mereka tidak di'sentuh' oleh orang Jepun (orang Jepun 'berlembut' dengan keluarga Diraja kerana mereka memandang keluarga Diraja mereka sendiri sebagai tuhan). Jadi orang Cina menghukum sesiapa yang dianggap 'talibarut' dengan membunuh mereka dan diantara 'talibarut-talibarut' tersebut adalah golongan elit Melayu yang sangat dihormati oleh orang Jepun.

Ramai terpaksa lari bersembunyi (Onn Jaffar salah seorang daripadanya) dan hanya boleh kembali kerumah setelah Inggeris kembali dua minggu kemudiannya. Kebiasaannya sebilangan besar orang Melayu tidak mempercayai orang Cina kerana mereka melihat dalam masa dua minggu negara tanpa undang-undang orang Cina bertindak tersangat kejam terhadap orang Melayu. Jadi rusuhan kaum 13 Mei 1969 bukanlah letusan percikan semalaman tetapi adalah warisan era tahun-tahun sebelum-perang lama sebelum 1941. Ia mungkin meletus pada Mei 1969 tetapi ia telah mula panas mendidih sejak tahun-tahun 1850an ketika orang Inggeris buat pertama kali membawa masuk orang-orang Cina ke Malaya dan memecah-belahkan Malaya kepada Malaya Melayu dan Malaya Cina.

Kemudian tahun 1945 telah mengajar orang Melayu sesungguhnya orang Cina tidak akan teragak-agak untuk menyembelih orang Melayu jika mereka menjadi kerajaan (dan selama dua minggu dalam bulan September 1945 orang Cina adalah 'kerajaan' sementara menunggu kedatangan Inggeris). Jadi sesuatu tidak berlaku semalaman. Ia mengambil masa berdekad untuk terjadi. Ini bermakna jika Malaysia adalah sebuah negara yang gagal maka ianya harus mula bergerak kearah status negara yang gagal tersebut semenjak dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju bahawa Mahathir adalah seorang pengurus ekonomi yang teruk dan sebahagian besar apa yang dilakukannya menemui kegagalan. Sebaik sahaja Mahathir mendapat idea maka beliau mahu ianya dilaksanakan dan beliau tidak peduli sekali pun pakar-pakar memberitahu beliau sebaliknya. Mahathir telah dinasihatkan untuk tidak menceburi bidang pembinaan kapal, keretapi, dan kereta, tapi beliau lakukan. Mahathir telah diberitahu Malaysia tidak boleh menjadi seperti Jepun kerana penduduknya yang terlalu kecil dan tidak mampu menyokong perbelanjaan domestik maka beliau memberitahu rakyat Malaysia mereka mesti mempunyai seramai lima orang anak setiap keluarga supaya Malaysia akan mencapai jumlah penduduk seramai 70 juta orang.

Persoalannya ialah jika Malaysia mencapai jumlah 70 juta penduduk adakah negara akan menjadi kaya raya seperti Jepun? Penduduk Filipina berjumlah 100 juta sementara Indonesia mempunyai 260 juta. Menggunakan lojik Mahathir mereka seharusnya lebih makmur daripada Jepun. Sebaliknya Malaysia dengan hanya 32 juta penduduk yang berkeadaan jauh lebih baik.

Mahathir mahukan Satay Ria menjadi lebih besar daripada KFC dan McDonald's dan wujud disetiap bandaraya diseluruh dunia

Mahathir sama sekali tidak mempunyai kefahaman tentang ekonomi tetapi dia tetap membuat keputusan-keputusan yang amat penting mengenai perkara tersebut. Suatu ketika Mahathir mengarahkan Mara memfrancais dan mengekspot sate (atau satay) kesebanyak negara yang mungkin. Mahathir secara peribadi telah duduk bersama membuat kertas kerja dengan orang-orang yang berkaitan. Beliau mahu Satay Ria menjadi lebih besar daripada KFC dan McDonald's dan dijual disetiap bandaraya disetiap negara diseluruh dunia.

Masalahnya adalah, cara sate disediakan tidak akan dapat memenuhi peraturan kawalan makanan, kesihatan dan keselamatan dikebanyakan negara. Hakikatnya, kedai Mamak yang sangat digemari dikalangan orang Malaysia pun akan pasti diperintah tutup oleh majlis-majlis tempatan di UK kerana keadaannya yang agak kotor. Akhirnya, selepas kajian yang panjang lebar dengan mengadakan sekian banyak mesyuarat dan perbincangan, idea mengekspot sate Malaysia dibakul-sampahkan kerana ianya tidak akan boleh berjaya.

Mahathir mengarahkan Proton membeli MV Agusta kerana, menurut beliau, Proton boleh menggunakan teknologi enjin motosikal mereka untuk mengeluarkan kereta kecil yang kosnya semurah pengeluaran motosikal. Jadi Proton membeli sebuah syarikat motosikal supaya ia boleh mengeluarkan kereta kecil yang kosnya semurah mengeluarkan motosikal. Itulah lojiknya. Pelaburan tersebut terbukti menjadi satu bencana dan terpaksa dijual dengan harga RM4 atau kalau sekiranya tidak ia akan memerlukan beratus juta untuk memastikannya mampu terus bertahan.

Mahathir menyuruh Proton membeli MV Agusta supaya mereka boleh belajar bagaimana untuk mencipta kereta semurah motosikal

Sejarah pencapaian (CV) Mahathir penuh dengan lojik songsang yang berkesudahan dengan bencana. Beliau mengeluarkan idea yang tidak munasabah dan kemudian memberitahu orang-orangnya untuk melaksanakannya. Tiada siapa yang berani memberitahu beliau bahawa beliau salah dan ideanya tidak dapat dijalankan kerana itu akan terus membuat beliau marah dan beliau akan memecat anda, menukarkan anda, menurunkan pangkat anda, atau apa sahaja seumpamanya. Jadi mereka lakukannya sambil merungut didalam hati bahawa orang tua ini benar-benar gila.

Oleh itu, adakah Malaysia benar-benar sedang bankrap dan merupakan sebuah negara yang gagal, sepertimana dakwaan Mahathir dan pembangkang? Sekiranya begitu, kita kena lihat balik 30-40 tahun kebelakang dan bertanya siapakah yang bertanggung jawab pada ketika itu dan yang menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gagal yang bankrap. Siapa yang cuba menguasai pasaran timah? Siapa yang cuba menguasai pasaran tukaran wang asing (forex)? Siapakah yang bermimpi untuk menjadikan Satay Ria lebih besar daripada KFC dan McDonald's?

Anda tidak boleh menjadi sebuah negara gagal dalam jangkamasa cuma lapan tahun Najib menjadi Perdana Menteri. Ia mengambil masa 30 ke 40 tahun pengurusan yang teruk untuk sampai ketahap tersebut. Jadi Mahathir kena meredakan mantra 'Malaysia telah menjadi sebuah negara gagal' ini kerana akhirnya ia akan menunjuk kembali kepada diri beliau sendiri. Malahan, banyak yang kerajaan sedang lakukan sekarang adalah untuk memperbaiki semula segala kerosakan yang Mahathir tinggalkan. Dan pihak pembangkang mengetahui hal ini, kerana itulah sebabnya mengapa mereka amat merasa takut. Sekiranya tidak mengapa pembangkang memberitahu para pengundi bahawa GST 6% adalah lebih teruk daripada SST 16% yang telah digantikan?


Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
10 September 2017