Thursday, September 07, 2017

Mengapa Raja-Raja Menyayangi Hadi Berbanding Mahathir

Jadi, ya, PAS dan Hadi adalah kuasa penentu (kingmaker) dalam banyak perkara daripada apa yang anda boleh bayangkan. Seandainya terjadi penggantungan Parlimen, dan sekiranya PAS dan/atau Hadi mengatakan mereka memilih Barisan Nasional daripada Pakatan Harapan, maka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan merestui kerajaan Barisan Nasional untuk mengangkat sumpah dan Majlis Raja-Raja akan menyokong Baginda. Dan Azmin mengetahui perkara ini, dan dia juga tahu kebongkakan DAP dan Kit Siang akan hanya menambah kemurkaan Raja-Raja.

Ramai yang tidak dapat memahami mengapa sebilangan pemimpin PKR, terutamanya Menteri Besar Selangor Azmin Ali, enggan meminggirkan PAS walaupun secara hakikatnya PAS bukanlah ahli Pakatan Harapan. Malah, ia adalah DAP dan bukannya PKR yang membubarkan Pakatan Rakyat dan mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi. Itu sebenarnya merupakan keputusan sendirian oleh DAP dan tidak dilakukan secara persetujuan bersama dengan PKR dan PAS. Dan sebab DAP melakukannya, adalah supaya mereka dapat menyingkirkan PAS.

Masalahnya dengan rakyat Malaysia ialah ramai yang tidak mempedulikan sejarah dan sentiasa melihat setiap perkara secara berasingan tanpa mengambil kira latar belakang sejarah kepada peristiwa tersebut. Dan itulah sebabnya mengapa ramai yang digelar 'penganalisis politik' melakukan tugas yang amat menyedihkan dalam menganalisa keadaan politik semasa.

Begitu jugalah apabila kita bercakap tentang peristiwa, katakanlah 30 atau 40 tahun yang lalu, mereka membalas dengan mengatakan mengapa bercerita tentang kisah lama? Peristiwa-peristiwa lama tidak penting. Tetapi setakat itu sahajalah. Sekiranya tidak kerana 'kisah-kisah lama' inilah hari ini Malaysia mungkin 95% Melayu bukannya hanya sekadar 50% seperti sekarang. Jadi 'kisah-kisah lama' inilah yang membuatkan Malaysia sepertimana ianya pada hari ini.

Jadi usahlah pedulikan 'kisah-kisah lama' sehingga merugikan diri anda sendiri kerana dengan cara begitu anda tidak akan faham mengapa Azmin Ali dan pemimpin PKR yang lain mempunyai pandangan yang berbeza mengenai PAS berbanding dengan, katakan, DAP. Dan hari ini, dari penelitian saya yang lebih baik, saya akan mendedahkan mengapa PAS tersangat penting kepada Pakatan Harapan dan mengapa Lim Kit Siang telah membuat satu kesilapan terbesar dalam kerjaya politiknya selama 54 tahun dengan menyingkirkan PAS.

Menyorot kembali keawal 1980an Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan beliau tidak lagi mahu mengekalkan sistem perkongsian kuasa yang telah wujud sejak Merdeka. Malaysia adalah sebuah negara yang paling unik didunia kerana ia mempunyai empat cabang kerajaan (sedangkan kebanyakan negara hanya mempunyai tiga atau kurang). Empat cabang kerajaan ini adalah Perundangan (Parlimen), Kehakiman (mahkamah dan sistem undang-undang), Monarki (Majlis Raja-Raja) dan Eksekutif (Perdana Menteri).

Hadi mempunyai satu hubungan istimewa dengan Raja-Raja yang bermula sejak 1980an

Maka Mahathir mula meruntuhkan Parlimen (menjadikannya tunduk patuh kepada Perdana Menteri dengan memecat atau menggantung Ahli-Ahli Parlimen yang menentangnya). Kemudiannya Badan Kehakiman (membuang semua hakim yang beliau tidak dapat kawal dan melantik calon pilihannya ke Badan Kehakiman). Dan akhirnya Monarki atau Majlis Raja-Raja (Mahathir melancarkan apa yang sekarang dikenali sebagai 'Krisis Perlembagaan').


Anwar Ibrahim adalah aksesori (penyeri tambahan) kepada Krisis Perlembagaan ini dan beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Mahathir bahawa Monarki mestilah dihapuskan sepertimana di India dan Indonesia dan Malaysia seharusnya ditukar kepada sebuah Republik. Tetapi PAS tidak bersetuju dengan cadangan ini. PAS percaya bahawa Sistem Beraja (Monarki) haruslah dikekalkan dan Abdul Hadi Awang telah mengetuai demontrasi pro-Monarki dihadapan istana Sultan Terengganu di Kuala Terengganu untuk menunjukkan sokongan.

Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor hanya kerana Hadi Awang dan PAS bersetuju dengannya, kerana itulah DAP tersangat marah

Ahli dan penyokong PAS dari seluruh negeri Terengganu diangkut dengan bas ke Kuala Terengganu dan puluhan ribu ahli dan penyokong PAS berhimpun dihadapan istana untuk mendengar ucapan pro-Monarki oleh pemimpin-pemimpin PAS. Akhirnya Krisis Perlembagaan gagal dan Malaysia kekal sebagai Sistem Beraja, walaupun Sistem Raja Berperlembagaan. Apa yang lebih penting adalah rancangan Mahathir dan Anwar untuk menukar Malaysia mejadi sebuah Republik telah gagal.

Kebanyakan Raja-Raja pada hari ini adalah masih muda lebih daripada 30 tahun dahulu dan belum lagi menaiki takhta. Tetapi kesemua mereka tahu bahawa satu-satunya sebab mengapa hari ini mereka dapat mewarisi takhta adalah kerana PAS dan Hadi. Jika tidak Perlis tidak lagi mempunyai Raja, Negeri Sembilan tidak lagi mempunyai Yang Di Pertuan Besar, dan Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan tidak lagi mempunyai Sultan. Kesemua 13 negeri di Malaysia akan mempunyai Gabenor dan Ketua Menteri (tiada lagi walaupun Menteri Besar).


Oleh kerana itu Raja-Raja di Malaysia sangat rasa terhutang dengan Hadi dan PAS. Malah RM100 juta tidak dapat membayar balik apa yang PAS dan Hadi telah lakukan untuk Raja-Raja. Malaysia masih kekal sebagai Raja Berpelembagaan kerana PAS dan Hadi. Dan orang-orang seperti Azmin dan ramai pemimpin PKR mengetahui hal ini. Mereka juga tahu sekiranya Parlimen digantung dan seandainya PAS memutuskan untuk memberikan sokongan dibelakang Barisan Nasional maka Raja-Raja akan menyokong Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Jadi, ya, PAS dan Hadi adalah kuasa penentu (kingmaker) dalam banyak perkara daripada apa yang anda boleh bayangkan. Seandainya terjadi penggantungan Parlimen, dan sekiranya PAS dan/atau Hadi mengatakan mereka memilih Barisan Nasional daripada Pakatan Harapan, maka Baginda Yang Di Pertuan Agong akan merestui kerajaan Barisan Nasional untuk mengangkat sumpah dan Majlis Raja-Raja akan menyokong Baginda. Dan Azmin mengetahui perkara ini, dan dia juga tahu kebongkakan DAP dan Kit Siang akan hanya menambah kemurkaan Raja-Raja.

Daulat Tuanku!


Terjemahan dari artikel
Malaysia Today
Raja Petra Kamaruddin
3 September 2017