Wednesday, December 12, 2018

Buat Renungan Bersama : Erti dan Ganjaran Suatu KEJUJURAN

Dibawah ini adalah email yang diterima daripada seorang sahabat, yang mengesahkan tentang kejujuran dan ganjaran yang diperolehi daripadanya; baca dan hayatilah untuk renungan kita bersama :

(Tidak ada yang diubah, melainkan nama "Jim" digantikan dengan nama "Yusof" disesuaikan dengan identiti Malaysia; dan email asal dalam bahasa Inggeris diletakkan dibahagian bawah)


Seorang ahli perniagaan yang amat berjaya telah beransur lanjut usia dan mengetahui ini adalah masa untuknya memilih seorang pengganti bagi menguruskan perniagaannya.

Daripada memilih salah seorang daripada pengarah-pengarah atau anak-anaknya, dia membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Dia memanggil kesemua eksekutif muda dalam syarikatnya.

Dia berkata, “Telah sampai masanya untuk saya berundur dan memilih Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) seterusnya. Saya telah memutuskan untuk memilih salah seorang daripada kamu.

Eksekutif-eksekutif muda tersebut terkejut, tetapi bos terus berkata. “Saya akan beri setiap seorang kamu satu biji BENIH hari ini – satu BENIH yang sangat istimewa. Saya mahu kamu semai benih tersebut, sirami ia, dan datang balik kesini satu tahun dari sekarang dengan apa yang kamu telah perolehi daripada benih yang saya berikan. Saya akan nilai tanaman yang kamu bawa, dan orang yang saya pilih akan menjadi KPE yang akan datang.

Seseorang, bernama Yusof, berada disitu hari itu dan dia, seperti yang lainnya, menerima sebiji benih. Dia pulang kerumah dan dengan gembiranya, menceritakan kepada isterinya. Isterinya membantu mendapatkan pasu, tanah dan baja dan dia pun menanam benih tersebut. Setiap hari, dia akan menyiram dan melihat sekiranya ia telah mula tumbuh.

Tuesday, May 08, 2018

Selingan Lucu : TABIB, SINGSEH DAN TAIK AYAM ...




Al-kisah kononnya, ada dua orang sahabat baik, seorang Arab dan seorang Cina. Mereka kebingungan kerana bisnes yang mereka buat makin hari makin tidak menguntungkan dan kedua-duanya hampir bangkrap.

Puas mereka berdua memerah otak berfikir dan akhirnya sepakat untuk mencuba membuka klinik kesihatan dengan menawarkan rawatan pengubatan alternatif.

Maka si Arab pun jadi tabib dan si Cina menjadi singseh.

Setelah seminggu beroperasi, klinik si tabib masih belum dikunjungi sesiapa untuk mendapatkan rawatan, tapi klinik si singseh dibanjiri pesakit. Puas si tabib berfikir bagaimana untuk menyaingi si singseh.

Si tabib mendapat satu ide lalu memasang satu iklan besar dihadapan kliniknya "JIKA TIDAK SEMBUH WANG DIKEMBALIKAN 3 KALI GANDA".

Taktiknya menjadi, pesakit makin ramai datang kekliniknya.

Sekarang giliran si singseh pula resah, dia mencari akal, "Haiyaa, moleh mikin untung pula-pula sakiet dan tatak simboh lagi uwang lapat oooo ..."

Dia pun pergi keklinik si tabib.

Monday, April 30, 2018

LAWAK HUJUNG MINGGU : Seorang 'Bangsat' Dan Seorang 'Bangla' ...

Cerita ni dihantar oleh seorang sahabat melalui WhatsApp, entah betul berlaku atau tidak, tidak diketahui kebenarannya. Walau bagaimana pun, ia bolehlah dianggap sebagai satu lawak jenaka hujung minggu ...

( Sekadar hiasan )

Seorang lelaki dari Kuala Lumpur didalam perjalanannya telah singgah disebuah surau di Kedah untuk menunaikan solat.

Memandangkan baru saja masuk waktu sembahyang, dan lelaki itu telah siap sedia menunggu, Tok Imam berkata kepadanya "tolong bang sat".

Mendengar kata-kata Tok Imam, lelaki itu melompat bangun dan terus memaki Tok Imam kerana berfikir Tok Imam memanggilnya "BANGSAT'.

Terjadi kekecohan sehingga seorang jemaah lain memberitahu lelaki tersebut bahawa sebenarnya apa yang diucapkan oleh Tok Imam membawa maksud "Tolong azan sekejap".

Lelaki itu terdiam tersipu malu seketika, terus meminta maaf kepada Tok Imam, sambil berkata "Tok Imam bang la".

Kali ini Tok Imam pula mengamuk kerana menganggap lelaki tersebut membalas balik dengan menggelar dirinya "BANGLA".


Begitulah ceritanya ...


Wednesday, April 25, 2018

Lawak Bulan Madu : Tak henti-henti dikerjakan


Ini adalah kisah empat orang pengantin baru yang baru dinikahkan oleh orang tuanya....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Mas.

Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ni serentak.

Selepas selamat diijab-kabulkan, ke-empat-empat anak itu bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pergi bulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Mas ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, hantar SMS dengan menggunakan slogan iklan yang ringkas, padat dan tepat."

Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Dalam beberapa hari, terima SMS dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Dicari-cari kedua suami isteri akan iklan Standard Chartered. Tersenyum kedua-duanya membaca iklan yang bertulis "Besar, Teguh dan Peramah."

Syukur, bahagialah si Siti.

Esoknya terima pula SMS dari Seri yang bertulis 'Nescafe'. Segera dicari iklan Nescafe. Tersenyum suami isteri membaca slogan iklan yang bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir."

Alhamdulillah, bahagialah si Seri ...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula SMS dari Murni yang bertulis 'KFC'. Dicari iklan KFC. Tersenyum kedua mereka membaca slogan iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari.'

Bahagia juga si Murni dengan suaminya...

Seminggu berlalu, tiada lagi berita dari Mas. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Maklumlah ini kali pertama mereka berenggang anak beranak.

Masuk minggu kedua minggu... tak ada jugak SMS.

Sunday, April 22, 2018

MEMBUKA MINDA : Tanah Ini Milik Orang Melayu ...

Apakah intisari / kefahaman / pengajaran / moral  yang kita orang-orang Melayu boleh dapat dari cerita dibawah ini ? Harap anda dapat luangkan masa seketika untuk membaca dan menghayati cerita ini, semoga ianya dapat dijadikan panduan dan pegangan kita dan juga bangsa kita selagi nyawa dikandung badan.


Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang  ditemuramah oleh seorang wartawan.

Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka … Jom terjah!

Tan Sri : Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagi pun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan : Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri : Oh… sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan : Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri : Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan : Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang .. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri : ………… ……… ……… ……… ……..


Mengikut periwayat cerita ini - kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.


(Kredit kepada Pisau.Net)




Thursday, April 19, 2018

STRATEGI DAP BAGI MENCETUSKAN TSUNAMI MELAYU

Pada tahun 1990, Barisan Nasional memenangi 53% undi dan 70% kerusi sementara perikatan longgar PAS-Semangat-DAP memenangi 40% undi dan 20% kerusi. Itulah titik peringatan bagi kedua-dua UMNO dan DAP dan mereka sedar bahawa orang Melayu lah yang menentukan siapa yang menubuhkan kerajaan. Oleh itu, sekiranya UMNO mahu terus memerintah, ia mestilah terus mendapatkan sokongan orang Melayu. Dan sekiranya DAP mahu membentuk kerajaan, ia kena melakukannya melalui orang Melayu. DAP, secara bersendiri, tanpa orang Melayu, tidak akan pergi kemana-mana. Sindrom Ali Baba, yang mana ianya sebahagian daripada kebudayaan korporat Malaysia, sekarang mesti diperluaskan juga kedalam politik.

Pilihanraya Umum Ke-14 Malaysia akan diadakan pada 9 Mei 2018. Tetapi ini sebenarnya pilihanraya kali yang ke-15 bagi UMNO dan PAS (termasuk juga MCA dan MIC). Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 apabila UMNO menang 34 kerusi. MCA 15, MIC dua dan PAS (diwaktu itu dipanggil Parti Islam Se Malaya) hanya satu. Diketika itu pun Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC hanya memenangi 81% jumlah undi tetapi hampir 100% jumlah kerusi (atau 51 daripada 52 kerusi).

Dua hari selepas PRU14 yang akan datang pada 9 Mei 2018, iaitu pada 11 Mei 2018, UMNO akan merayakan ulangtahun penubuhannya pada 11 Mei 1946.

Hakikat politik Malaysia sejak dari awal lagi adalah ianya sentiasa gabungan pimpinan-UMNO melawan PAS. Dalam tahun 1959, Perikatan memenangi 51% jumlah undi dan 71% jumlah kerusi, melawan PAS yang memenangi 21% jumlah undi dan 12% jumlah kerusi.

Dalam tahun 1963, Malaysia telah ditubuhkan dan dalam Pilihanraya Umum tahun 1964 Perikatan telah memenangi 58% undi dan 85% jumlah kerusi sedangkan PAS memenangi 15% undi dan 9% jumlah kerusi. Barisan Soaialis melakukan lebih baik daripada PAS dengan 16% keseluruhan undi tetapi memenangi hanya 2% keseluruhan kerusi.

Dengan itu, secara ringkasnya, politik Malaysia sememamgnya sentiasa suatu 'pertarungan orang Melayu' diantara gabungan pimpinan-UMNO dan PAS, dengan parti-parti bukan-Melayu sekadar memainkan 'peranan sokongan'.


PRU14 pada dasarnya adalah diantara BN, PKR dan PAS

Wednesday, April 11, 2018

PASTI. PPBM Di Ambang Pembatalan Pendaftaran

RoS keluar perintah PPBM dibubarkan sementara


BERNAMA
Kemaskini: 05/04/2018

PUTRAJAYA -- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran.


Wednesday, March 28, 2018

Mahathir Dimasukkan Kehospital 47 Kali Dalam Masa Tiga Tahun

Tidak ramai yang sedar sepanjang tiga tahun yang lepas Mahathir telah dimasukkan kehospital sebanyak 47 kali. Dalam tahun 2015 sebanyak 12 kali, ditahun 2016 sebanyak 25 kali, enam kali tahun lepas, dan ditahun ini sahaja sudah empat kali. Mahathir telah mengejutkan dengan menghabiskan masa selama lapan bulan daripada 38 bulan dihospital. Dan sekarang Mahathir sudah menjadi lebih kerap memerlukan rawatan hospital setiap bulan. Tambahan pula beliau hanya boleh bekerja empat jam dengan satu hari rehat diantaranya. Dengan itu keupayaan bekerja beliau tidak lebih daripada 10-12 jam seminggu daripada 60-80 jam seminggu.

Kwong Wah Daily telah menulis satu analisis yang baik mengenai mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tersangat menentang 1MDB. Sudah tentulah, Mahathir mengatakan ia adalah kerana Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mencuri RM42 bilion wang 1MDB (Mahathir menggunakan perkataan lesap). Yang sebenarnya, mengikut Kwong Wah Daily, ada sesuatu yang lain.

Inilah apa yang Kwong Wah Daily tulis:
Pernahkah kita memikirkan dengan teliti mengapa Mahathir terlalu takut dengan 1MDB dan begitu bersungguh-sungguh mahu memusnahkannya? Ia semata-mata kerana tujuan utama penubuhan 1MDB adalah untuk memperbetulkan porak-peranda perjanjian yang tidak adil dengan 22 pemegang konsesi lebuhraya dan 18 syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang ditinggalkan Mahathir.

Kita semua tahu bahawa perjanjian-perjanjian tersebut adalah lebih teruk daripada perjanjian yang ditandatangani dengan tentera bersekutu lapan-negara yang menakluki China. Syarikat berdaftar dua-Ringgit boleh memperolehi kontrak lebuhraya dengan pinjaman bank jaminan kerajaan, membenarkan pelarasan tetap kadar tol untuk tempoh 30 tahun.

Mengenai isu IPP, Tenaga Nasional telah dipaksa membeli keseluruhan kuasa eletrik yang dijana oleh IPP setiap hari. Saya tidak mengatakannya. Wakil DAP lah yang telah bercakap mengenainya. Mereka mungkin telah berhenti memperkatakannya sejak akhir-akhir ini.

Mengapa Mahathir mendesak supaya Najib meletak jawatan? Mengapa Mahathir hanya mahukan jawatan Perdana Menteri untuk dua tahun? Adakah kerana beliau mahu membantu syarikat-syarikat konsesi tersebut untuk 30 tahun lagi. Saya tidak akan bercakap banyak disini. Anda boleh memikirkannya sendiri.

(BACA SELANJUTNYA DISINI)


1MDB mengambil balik apa yang Mahathir curi daripada rakyat

PARODI : Mahathir Terjah Forum Umur Pemimpin Di Kenya

Mahathir baharu sahaja menerjah keprogram Wacana Sinar Harian bertajuk, `Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?’, yang bertujuan untuk membincangkan mengenai umur dan kemampuannya untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun,

Dan sekarang, beliau juga tanpa diundang telah menerjah pula keforum yang diadakan di Kenya, Afrika, yang juga membincangkan mengenai umur pemimpin. Hebat betul Chedet ni!


Monday, March 26, 2018

Melayan BONTOT LEMBU


Banyak betul ajaran sesat yang disebarkan melalui WhatsApp sejak kebelakangan ini. Kalau ikut logik penyokong parti pembangkang, itu tanda-tanda pilihanraya semakin hampir. Kalau difikirkan, pilihanraya semakin hampir setiap hari sejak berakhirnya pilihanraya umum yang lepas. Disebabkan ketandusan isu, maka isu-isu lama digemburkan kembali. Inilah yang disebarkan:

1. Kalau Najib tak salah, kenapa AG Ghani Patail yang sedang siasat 1MDB dan SRC dipecat dari jawatannya atas alasan dia sakit (mungkin sudah dekat nak mati). Tapi sampai hari ini Ghani masih hidup, cergas dan akhir sekali berita dari Ghani mengatakan dia bekerja sebagai peguam pula. Tak sakit tenat pun, belum mati pun.

Gani Patail telah pun mencapai umur persaraan dan sedang berkhidmat dalam tempoh kontrak semasa perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara tidak lagi dikehendaki oleh Yang DiPertuan Agong. Artikel dari Majlis Peguam Malaysia ini juga mengesahkan Gani menghidap sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Selain itu, mantan Presiden Majlis Peguam Negara juga mengesahkan dalam petisyennya bahawa beliau pernah lihat Gani Patail mengendalikan mesyuaratnya di hospital ketika sedang menjalankan rawatan dialisis.

Rawatan dialisis biasanya akan mengambil masa EMPAT JAM, dan pesakit memerlukan diantara DUA hingga DUA BELAS JAM untuk tubuhnya kembali segar untuk melakukan lain-lain perkara.

Didalam situasi yang kritikal yang memerlukan tumpuan penuh seorang Peguam Negara, sudah tentu Gani Patail tidak dapat memenuhi kehendak tugasnya.

2. Kalau Najib tak salah, kenapa pula Hamid Bador Boss No. 2 dalam SB atau Special Branch yang juga terlibat siasatan 1MDB, SRC dsbnya telah ditransfer dari jawatannya dan diarah melaporkan diri ke JPM pula. Hamid terus bersara daripada perkhidmatan Polis.

Pertamanya, Hamid Bador tidak terlibat langsung dalam siasatan terhadap 1MDB dan lain-lain syarikat yang berhubung kait dengan syarikat tersebut.

Friday, March 23, 2018

Elok Mahathir Terjah Ceramah Arul Kanda Mengenai 1MDB


KETUA Pegawai Eksekutif (CE0) syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda ketika ini sedang melakukan siri `Roadshow’ bagi memberikan taklimat dan menjawab pelbagai soalan 1MDB.

Alangkah menariknya jika ketika program itu diadakan, pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad boleh membuat kejutan dengan hadir ke program tersebut.

Mahathir boleh datang tanpa jemputan pada majlis penerangan oleh Arul Kanda ini dengan membawa bersama-sama bukti dan tuduhannya terhadap 1MDB. Mahathir boleh cakap `depan-depan’ dengan Arul.

Ini kerana pada program yang diterjah oleh Mahathir iaitu Wacana Sinar Harian bertajuk, `Adakah Tun M terlalu Tua untuk jadi PM?’, yang bertujuan untuk membincangkan mengenai umur dan kemampuannya untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun, ia lebih berbaur kepada menyanjunginya.

Jika Mahathir boleh melakukannya pada forum itu, maka boleh beliau melakukan perkara sama pada program taklimat mengenai 1MDB oleh Arul.

Mahathir boleh bertekak atau mempersoalkan jawapan Arul dan beliau boleh tunjukkan sekali bukti-bukti yang diperkatakan mengenai 1MDB selama ini. Bila sudah bertemu, Mahathir tidak perlu lagi menggunakan alasan `saya dengar’ atau `saya diberitahu’ tatkala beliau menyerang 1MDB ataupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, nyatakan sekali apakah tuduhan khusus terhadap Perdana Menteri berkenaan 1MDB yang boleh dibawa ke mahkamah. Masalahnya selama ini pihak yang dituduh pula diminta mengemukakan bukti sedang mereka yang menuduh gagal membawa sebarang fakta, sebaliknya lebih bersandarkan spekulasi.

Kisah 1MDB telah diolah dan dimainkan secara persepsi oleh pihak Mahathir seolah-olah amat mudah untuk wang beralih tangan. Bagi yang tidak tahu tentang urusan korporat sudah tentu akan mempercayainya dengan mudah.

Tuesday, March 13, 2018

MAHATHIR SEDIA GUNA LOGO DAP UNTUK PRU14



KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan bertanding menggunakan lambang DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, ia berikutan kemelut yang melanda partinya yang berkemungkinan menyebabkan pendaftarannya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Katanya, beliau bersikap terbuka dan boleh menggunakan mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan (PH) sama ada DAP, PKR atau Parti Amanah Negara (PAN), lapor BH

“Saya terbuka… saya boleh bertanding untuk DAP pun…. mungkin (menjadi) presiden DAP,” katanya secara berseloroh pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir itu menyebabkan pemimpin pakatan pembangkang yang menghadiri sidang media berkenaan termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketawa, apabila bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh meminta kebenarannya.

Guan Eng sambil tertawa menjawab okey dan berbisik: “Kita teruskan dengan Pakatan (Harapan)”.

Mengenai manifesto PAS antaranya membabitkan rakan bukan Islam, Dr Mahathir secara sinis berkata, PAS tidak boleh bercampur dengan masyarakat bukan Islam atau mereka akan menjadi kafir.

Sunday, March 11, 2018

Mahathir, Mukhriz Dan Muhyiddin Bertanding Dibawah Lambang DAP

Dan bagi DAP, mereka boleh menggunakan fakta bahawa Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan bertanding dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina sebagai ‘bukti’ bahawa DAP adalah parti berbilang kaum dan bukannya sebuah parti Cina manakala kerajaan dilihat sebagai zalim kerana membatalkan pendaftaran PPBM. Itulah yang dipanggil situasi ‘menang-menang’.


Satu perkembangan yang paling menarik telah berlaku pada hari ini. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baharu sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mengatakan bahawa oleh kerana parti itu tidak mematuhi terma dan syarat tertentu, parti itu akan dibatalkan pendaftarannya.

Sebenarnya, terma-terma dan syarat-syarat ini sangat mudah dan tidak sukar sedikit pun untuk dipatuhi. Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimana pun, sengaja menolak untuk mematuhi apa yang dikehendaki oleh ROS supaya mereka tidak mempunyai pilihan selain membatalkan pendaftaran PPBM. Ini yang telah dibincangkan sebelumnya antara Mahathir dan Lim Kit Siang dan merupakan sebahagian daripada rancangan untuk beliau, anaknya Mukhriz, dan Muhyiddin Yassin untuk bertanding dalam pilihanraya umum dibawah bendera DAP dikerusi majoriti Cina.


Mahathir dan Kit Siang telah pun membincangkan dan bersetuju bahawa PPBM akan ditutup dan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan bertanding dibawah DAP

Thursday, March 08, 2018

PERINGKAT KETIGA SERANGAN DOJ MAHATHIR

Mereka merasa amat beruntung apabila berjaya menembusi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, atau DoJ, melalui Kempen Clinton. Di Amerika Syarikat, rasuah politik, atau apa yang disebut yuran melobi, adalah sah dan Mahathir memperuntukkan US$5.01 juta, bersamaan RM20 juta, untuk Kempen Clinton – terutamanya untuk memastikan bahawa DoJ AS keluar dengan tiga sidang akhbar dan pernyataan media mengenai 1MDB.

Tiga tahun lalu, pada bulan Mac 2015, Malaysia Today mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC (Kempen Anti-Najib) mensasarkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam masa tiga atau empat bulan, bermakna pada bulan Jun atau Julai 2015.

Tarikh sasaran untuk menggulingkan Najib adalah pada 29 Julai 2015 semasa mesyuarat Kabinet dimana Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan memberitahu Najib agar meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa atau berhadapan dengan tangkapan yang diikuti penjara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh dua hari sebelum 29 Julai 2015, penasihat-penasihat Najib telah bertindak dengan pantas menghancurkan Mahathir dan gerakan rampasan kuasa ANC keseluruhannya.

Mahathir mencuba dua kali lagi ditahun yang sama: undi-tidak-percaya pada bulan Oktober 2015 di Parlimen dan undi-tidak-percaya pada bulan Disember 2015 di Perhimpunan Agung UMNO. Kedua-duanya gagal dengan teruk dan Mahathir merayakan Tahun Baharu dengan rasa penuh kecewa akibat dipermainkan dan hatinya benar-benar terluka.

Anda pasti akan terfikir pada saat itu Mahathir akan menyedari bahawa beliau telah kalah didalam permainan (kerana, seperti yang mereka katakan di Amerika Syarikat, ‘tiga kali pukulan dan anda terkeluar’). Walau bagaimanapun, Mahathir enggan berputus asa dan dalam masa cuti Krismas-Tahun Baharu dia mengadakan satu mesyuarat membincangkan strategi.


Syed Akbar (gambar) dan Kadir Jasin mengendalikan kempen media dan internet Mahathir

MCA yang rasis, lebih baik isytiharkan Robert Kuok sebagai Tuhan Wang

“Saya dengan ini menarik balik sokongan saya kepada MCA dan berjanji untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sentimen mereka yang anti-Melayu dan pro-DAP. Saya akan terus berbuat demikian sehingga semua pemimpin MCA yang mempertahankan Kuok sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menghasut kebencian di kalangan masyarakat Cina. Saya juga menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan untuk mengurangkan bilangan kerusi yang ditawarkan kepada calon MCA, terhad kepada kawasan di mana pengundinya majoriti Cina sahaja”

Robert Kuok membuat pembohongan paling besar apabila beliau mendakwa bahawa beliau tidak pernah membiayai DAP

Beliau memanggil Robert Kuok sebagai ikon perniagaan. Beliau menyatakan bahawa jutawan tersebut dihormati oleh semua lapisan masyarakat dan etnik di Malaysia. Dato’ Seri Ti Lian Ker membuat kenyataan ini beberapa jam selepas Lim Kit Siang menyelar MCA kerana tidak membela Kuok yang menurut Lim, telah diserang secara meluas oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Ya, UMNO.

Ia menunjukkan dengan jelas siapa ketua kepada siapa, Ti membuktikan sekali kepada semua bahawa apabila Kit Siang mengarahkan sesuatu, MCA perlu akur. Isnin lalu, Kit Siang menyatakan bahawa pemimpin UMNO perlu ditegah dan dikecam diatas serangan berterusan mereka terhadap Robert Kuok. Kemudian, ketika Dato’ Seri Nazri Aziz mengecam jutawan tersebut diatas campur tangan beliau didalam politik Malaysia, Ti menyertai beberapa pemimpin MCA dengan memberi amaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tersebut kerana menghina “ikon perniagaan negara.”

“MCA berpendapat bahawa secara umumnya, Robert Kuok adalah seorang ahli perniagaan yang telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.”

“Beliau adalah ikon perniagaan kami dan dihormati oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Beliau tidak sepatutnya dilibatkan didalam politik, apatah lagi untuk bertanding (pilihan raya umum ke-14),” kata Ti.

Boleh tak sesiapa memberitahu saya bila Kuok dinobatkan sebagai “ikon perniagaan negara”? Boleh Ti jelaskan di mana bukti yang mengatakan bahawa jutawan tersebut dihormati oleh rakyat Malaysia? Ti, adakah ini hanya satu imaginasi liar anda, atau adakah anda benar-benar mempunyai kad skor yang diperolehi berdasarkan hasil pengundian yang sah yang membuktikan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Raja Gula ini pada masa dahulu, memang seorang “ikon perniagaan negara?” Sekiranya kad skor sedemikian memang wujud, bolehkah anda maklumkan kepada kami di The Third Force untuk dilihat oleh semua?

Ikon perniagaan saya adalah bapa angkat saya, yang dikenali dikalangan komuniti perniagaan sebagai seorang yang mampu menjual peti sejuk kepada orang Eskimo. Saya tidak ambil pusing sedikit pun siapa Robert Kuok. Jika benar pun beliau telah diberikan status "ikon perniagaan negara", tidak ada siapa pun yang memberitahu saya mengenainya

Tuesday, March 06, 2018

USAHA TERAKHIR UNTUK MENGGULINGKAN NAJIB akan dilancarkan bulan hadapan

Dalam bulan Julai 2015, mereka melakukan perkara yang sama. Justeru, pada dasarnya, ini adalah skrip yang sama daripada tiga tahun lepas. Dalam bulan Julai 2015, mereka juga telah merangka kertas pertuduhan terhadap Najib, dimana mereka sepatutnya menunjukkannya kepada Najib semasa Mesyuarat Kabinet pada 29 Julai 2015. Najib kemudiannya akan ditawarkan dua pilihan. Meletak jawatan dan membenarkan Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai Perdana Menteri atau ditangkap dan masuk penjara.

Empat pertemuan telah dilangsungkan diluar-negara dalam tempoh Krismas-Tahun Baharu - satu daripada pertemuan tersebut di London dan satu lagi di Hong Kong - secara khusus untuk membincangkan usaha terakhir bagi menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Pertemuan-pertemuan ini dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, dan beberapa orang berkedudukan strategik dalam kerajaan yang berkemungkinan mampu melaksanakan usaha terakhir untuk menyingkirkan Najib.

Mengikut rancangan, Najib dijangkakan mengadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong disekitar hujung bulan ini - berkemungkinan pada 26 atau 27 Mac 2018 - untuk memohon perkenan Baginda membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum  Malaysia ke-14.


Pakatan Harapan perlu menewaskan Najib sebelum PRU14 dan bukannya semasa PRU14

Menurut Mahathir, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kedudukan Najib akan terbatas kepada seorang Perdana Menteri sementara (caretaker Prime Minister) mengetuai sebuah kerajaan sementara (sementara Parlimen belum lagi wujud). Mahathir percaya ini bermakna kuasa Najib akan berkurangan dan ketua-ketua agensi seperti PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara, dan lain-lainnya, boleh mengabaikan sebarang arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dan boleh menunggu sehingga sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dan Perdana Menteri yang baharu mengangkat sumpah selepas PRU14 sebelum bertindak.

Ini, sudah tentulah, boleh berlaku seandainya ketua-ketua pelbagai agensi kerajaan tersebut bersetuju memainkan peranan dan mengabaikan sebarang atau semua arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dan boleh menunggu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk dan Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah. 'Bahaya'nya disini, yang Mahathir sangsikan, ialah semenjak Merdeka konsep Perdana Menteri sementara dan kerajaan sementara tidak pernah diamalkan dan Perdana Menteri bersama Kabinetnya tetap meneruskan 'kerja seperti biasa' sehingga kehari mengundi dan 'Pagi Berikut'nya.

Mahathir menegaskan inilah satu-satu kekesalannya. Jika beliau memperkenalkan konsep Perdana Menteri sementara dan kerajaan sementara semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sudah pasti hari ini, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri sudah tidak lagi mempunyai kuasa dan mereka boleh melancarkan rampasan kuasa (coup d'etat) dan menyingkirkan Najib sebelum Hari Mengundi.


Disebabkan oleh PAS, Pakatan Harapan tidak boleh memenangi PRU14 jadi Najib mesti digulingkan sebelum pilihanraya umum

Monday, March 05, 2018

JAMES KUOK, PERGI MAMPUSLAH!

Mereka mengatakan tidak ada salahnya Cina kaya dari luar-negara membiayai DAP dalam jumlah berbilion. Setuju! Kalau begitu tidak ada juga apa-apa salahnya bagi Arab-Arab kaya dari luar-negara untuk membiayai UMNO dalam jumlah berbilion. Jadi mengapa kecoh sangat bila UMNO menerima sumbangan dari Arab-Arab kaya sedangkan tidak salah pula DAP menerima sumbangan daripada Cina kaya?


James Kuok mengatakan beliau seorang penyokong tegar DAP yang memberi beliau dan anaknya wang tetapi tidak pernah memberi DAP satu sen pun

James Kuok (anak saudara Robert Kuok, orang terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara), serta orang-orang Cina yang sewaktu dengannya dari MCA dan DAP, menunjukkan kemarahan setelah kebenaran terbongkar berhubung Robert Kuok membiayai The Malaysian Insight sebanyak RM50 juta untuk tempoh lima tahun ditambah dengan pembayaran sogokan rasuah RM2 juta sebulan kepada pemilik The Malaysian Insight.

Mereka begitu berang dengan apa yang mereka anggap sebagai berita palsu dan tuduhan liar. Agak menghairankan mereka tidak pula menunjukkan berang dan rasa marah yang serupa apabila Clare Rewcastle Brown menerbitkan berita palsu dan tuduhan liar mengatakan yang Perdana Menteri Najib Tun Razak membayar Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta.


Clare kata Najib beri Hadi RM90 juta tetapi sehingga kehari ini beliau tidak dapat membuktikannya dan Cina-Cina DAP dan MCA membisu dan tidak mengutuk Clare sepertimana mereka mengutuk orang-orang yang menyerang Robert Kuok