Sunday, July 04, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA : PERISTIWA 13 MEI 1969


PENDAHULUAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik.

Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi, semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketika itu berbentuk co-existance, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja.

Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa kepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari oleh adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan ekonomi.

Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dan hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab.


Posted by SERATAH, THURSDAY, MAY 13, 2010 at 9:55 AM


KRONOLOGI PERHUBUNGAN MELAYU-CINA.

Pendudukan Jepun.

Pendudukan Jepun telah membangkitkan perasaan benci antara kaum Melayu dan Cina. Sungguhpun kedua-dua kaum hidup menderita tetapi orang-orang Cinalah yang paling terseksa. Mereka tidak dipercayai oleh Jepun. Lebih-lebih lagi Negeri China telah berperang dengan Jepun semenjak tahun 1937. Orang-orang Melayu pula ramai yang menjadi tali-barut Jepun. Oleh sebab itu, selepas pengunduran Jepun, MPAJA telah bertindak membalas dendam terhadap oang-orang Melayu. Antaranya Peristiwa di Batu Pahat Johor, Sungai Manik Perak, Bukit Tambun, Pulau Pinang dan Bukit Junun, Kedah.

Rancangan Malayan Union

Telah ditentang oleh orang Melayu sebab banyak memberi keuntungan kepada bukan Melayu. Rancangan yang diumumkan pada Januari 1946 ini mencipta sebuah negara Kesatuan dengan kedaulatan Sultan dipindahkan kepada Mahkota Inggeris. Semua rakyat mempunyai hak yang sama termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam manakala kewarganegaraan Tanah Melayu diluaskan kepada semua tidak mengira bangsa atau kepercayaan mereka. Rancangan ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu manakala kaum bukan Melayu tidak begitu mengambil berat.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Mengembalikan semula hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Raja-raja diberikan kedaulatan semula. Kewarganegaraan pula telah diperketatkan, iaitu syarat tinggal sekurang-kurangnya lima belas tahun. Kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu juga diambil kira sebagai syarat tersebut.

Rancangan Persekutuan itu merupakan satu kemenangan besar kepada orang-orang Melayu tetapi diterima dengan rasa cemas oleh kaum lain. Orang-orang Cina khasnya rasa dikhianati kerana mereka percaya bahawa mereka telah banyak berkorban dan sentiasa taat setia kepada mahkota Inggeris dalam perang yang lalu. Ada juga harapan di antara orang-orang Cina yang tidak berpuashati melihat harapan mereka untuk sebuah masyarakat adil dalam panji-panji parti Komunis Malaya.


Posted by SERATAH, THURSDAY, MAY 13, 2010  at 10:58 AM


DARURAT

Telah korbankan lebih kurang 10,000 jiwa. Oleh kerana kebanyakan anggota pasukan keselamatan yang menentang pemberontakan itu Melayu, maka pertentangan langsung antara PKM dan kerajaan sepanjang berlangsungnya Darurat itu telah menebalkan lagi sentimen anti-Cina. Rasa tidak puas hati Melayu pernah disuarakan oleh Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British misalnya dalam soal khidmat negara di mana orang Cina dan India tidak ramai yang mahu menyertai program tersebut yang dilancarkan pada 1950. Antara Februari dan Ogos 1951 lebih 10 000 belia-belia China lari ke negeri China dan kapal-kapal ke India bertambah penuh.

Pandangan tentang keganasan komunis di Tanah Melayu dari tahun 1948-1951 yang di antara lain menyebut:

…perasaan kecewa telah timbul di kalanan orang-orang Melayu tentang keengganan orang-orang Cina memberi pertolongan. Mereka hanya hidup bersenang-lenang dan menumpukan tenaga semata-mata mencari kekayaan.


Pembentukan Perikatan

Pembentukan Perikatan antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 merupakan satu yang dianggap istimewa dalam sejarah perhubungan antara kedua-dua kaum ini terutama dalam proses ke arah kemerdekaan. Pada peringkat ini kedua-dua parti mengekalkn identiti dan objektif politik masing-masing. Walau bagaimanapun penggabungan tersebut bersama-sama MIC kemudiannya pada 1955 telah dianggap oleh kerajaan kolonial sebagai langkah positif ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu padu. Dalam pilihanraya Persekutuan pada bulan Julai 1955, Perikatan telah membuktikan sokongan yang begitu besar dengan mendapat 81% undi dan 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Perlembagaan Tanah Melayu

MCA-MIC-UMNO sering memberi dan menerima iaitu berkaitan kepentingan kaum masing-masing. Ia menyentuh soal kerakyatan, kedudukan istimewa bangsa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi.Pada peringkat ini, iklim politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Walau bagaimanapun persetujuan ini tidak menggambarkan persetujuan keseluruhan kaum yang diakilinya.

Tolak ansur perlembagaan sebenarnya merenggangkan lagi jarak hubungan di antara berbilang kaum. Melayu menuduh UMNO menjualkan ‘kepentingan Melayu’ kepada Cina sementara Cina menuduh MCA menggadaikan ‘kepentingan Cina' kepada Melayu.

Perbahasan di Parlimen antara tahun 1960-1969

Perbahasan hangat telahpun beraku di Parlimen terutama isu yang menyentuh tentang pertikaian hak istimewa bangsa Melayu, isu bahasa dan kemasukan Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Umumnya, ahli Parlimen Melayu samada PAS, Parti Negara dan UMNO yang mewakli kaum Melayu berbahas hebat menidakkan fakta dan hujahan ahli parlimen bukan Melayu seperti PPP dan PAP. Pada peringkat ini ahli parlimen MCA dan MIC masih menyokong Perikatan.

Antara isu yang disentuh ialah berkenaan dasar pelajaran, tanah simpanan Melayu, permit untuk menjalankan perniagaan, biasiswa dan sebagainya. Isu hangat lain ialah konsep Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu. Singapura terpaksa dikeluarkan dariada Gagasan. Perjuangan PAP diteruskan oleh DAP.


Posted by SERATAHTHURSDAY, MAY 13, 2010  at 11:22 PM


Konflik Perkauman Akibat Isu Perkauman yang dibangkitkan di Parlimen

Wakil rakyat ialah mereka yang berpengaruh, apabila ahli Parlimen tidak berpuashati di dalam perbahasan di parlimen maka ia turut dibawa di luar Parlimen melalui pentas-pentas politik dan kempen-kempen pilihanraya. Ini sudah tentu akan membakar semangat rakyat. Kesannya beberapa rusuhan kecil telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan kaum sempena perarakan sambutan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya. Kegelisahan timbul kerana UMNO tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Khabar angin tentang rusuhan akan berlaku. Perarakan pada 2 Mei, 1957 dalam suasana tegang, polis yang menyiasat satu pergaduhan di belakang perarakan tersebut yang dikatakan berpunca daripada serangan orang Melayu. Ini mengakibatkan perarakan berpecah dan orang-orang Cina mula melengkapkan diri dengan senjata.. rusuhan berakhir pada 8 Jun, 1957 dengan 4 kematian dan 48 cedera.

Lain-lain konflik yang merenggangkan hubungan antara orang-orang Melayu dan China ialah seperti rusuhan kaum di Pangkor 1959, rusuhan kaum di Bukit Mertajam 1964 dan rusuhan kaum di Singapura 1964. Di dalam beberapa rusuhan kecil ini pihak polis masih dapat mengawal keadaan. Namun ibarat kata pepatah ‘Terbakar rumah nampaklan asapnya, tetapi terbakar jiwa siapa yang tahu’. Dengan ditambah melalui kempen-kempen yang berapi sebelum pilihanraya dan perarakan DAP dan Gerakan selepas kemenangan pilihanraya 1969 di Kuala Lumpur telah mencetuskan rusuhan yang besar.


IMBASAN 13 MEI 1969



Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’.

Dalam sejarah Malaysia, peristiwa 13 Mei mencatatkan satu detik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan setiap rakyat negara ini. Pertumpahan darah dan kekacauan yang tercetus pada 13 Mei 1969 hampir-hampir menghancurkan negara. Ia merupakan satu ujian besar kepada perpaduan kaum di Malaysia. Rusuhan kaum yang tercetus telah menyedarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tentang betapa pentingnya integrasi, toleransi dan sikap hormat-menghormati bagi menjamin keamanan serta survival negara. Pada masa yang sama, ia telah menyedarkan kerajaan tentang perlunya uasaha-usaha ke arah perpaduan dan integrasi nasional bagi menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang majmuk, aman dan stabil.


Peristiwa 13 Mei tercetus selepas berlangsungnya pilihan raya umum 1969 yang telah diadakan pada 10 Mei 1969 yang dilihat sebagai ‘turning point’ dalam sejarah negara. Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal lagi dan keputusan pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan hubungan Melayu - Cina itu. Pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya oleh anggota Parti Buruh telah mencetuskan ketegangan dan kira-kira sepuluh hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur apabila enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat sebagai pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu. Menjelang 9 Mei, Parti Buruh yang telah memboikot pilihan raya 1969 telah menganjurkan satu perarakan pengebumian di Kuala Lumpur. Ia disertai kira-kira 10,000 peserta yang telah berarak di pusat Kuala Lumpur tanpa menghiraukan arahan serta larangan pihak berkuasa. Tindakan penyokong Parti Buruh yang melaung-laungkan slogan Maoist sambil menyanyi lagu “ The East is Red ” dengan memaparkan potrait Mao Tze Tung dan mengibarkan bendera China jelas menimbulkan kerisauan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Sentimen perkauman menjadi semakin menebal apabila golongan belia Cina yang menyertai perarakan itu meluahkan kata-kata provoksi seperti “Malai Si” dan “Hutang darah dibayar darah” sepanjang perarakan itu.


Posted by SERATAHTHURSDAY, MAY 14, 2010  at 9:51 AM


Rentitan 13 Mei 1969


Pilihan raya 1969 telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang ketara. Di mana isu-isu hak keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan menjadi agenda penting parti-parti yang bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan kemunculan DAP sebagai modalnya bagi mendapat sokongan padu orang Melayu. DAP dikatakan bersikap anti Melayu dan penubuhannya adalah lanjutan bermotifkan dendam PAP yang gagal menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Pada masa yang sama, DAP dan PPP pula berkempen untuk meraih sokongan orang bukan Melayu dengan mengutarakan isu-isu persamaan hak serta nasib masa depan bahasa Cina dan Tamil dalam perlembagaan negara.

Pilihan raya umum 1969 menyaksikan pemulauan Parti Buruh terhadap pilihanraya kali ini. Ia menyeru rakyat agar tidak keluar mengundi kerana menentang kepercayaan dan keyakinan institusi berparlimen dan mendakwa unsur-unsur penyelewengan berleluasa dalam proses pilihanraya yang bakal diadakan nanti. Ketiadaan Parti Buruh telah digunakan oleh DAP bagi menonjolkan dirinya sebagai jaguh masyarakat bukan Melayu. DAP telah bekerjasama dengan PPP dan Gerakan dalam pilihanraya ini. Di mana pada Februari 1969, DAP, PPP dan Gerakan telah membuat persetujuan dalam pembahagian kerusi parlimen dan undangan negeri yang bakal ditandingi oleh ketiga-tiga parti berkenaan. Ia bertujuan untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti ini dan terusnya mengakibatkan perpecahan undi bagi parti pembangkang. Pakatan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan para pemimpin Melayu dan beranggapan ia sebagai satu percubaan golongan bukan Melayu dalam mencabar kedudukan politik serta keistimewaan orang Melayu.

Dalam situasi politik yang penuh dengan unsur perkauman, keputusan pilihanraya umum 1969 jelas memberi impak yang amat mendalam kepada masa depan negara. Perikatan yang selama ini dinobatkan sebagai wakil tiga kaum utama negara menerusi UMNO, MCA dan MIC mengalami kekalahan yang teruk dan di luar dugaan. Perikatan buat pertama kali dalam sejarah tercabar dengan begitu hebat sekali dan orang Melayu melihatnya sebagai kemenangan bagi masyarakat bukan Melayu dan tamatnya penguasaan Melayu dalam politik, pentadbiran dan kerajaan di Tanah Melayu. Parti Perikatan hanya mampu memperolehi 48.45% undi iaitu merosot sebanyak 10 % berbanding 58.4% undi pada pilihan raya 1964 dan ia jelas merupakan prestasi terburuk Perikatan. Di peringkat parlimen, Perikatan hanya mampu memenangi 66 kerusi iaitu 51 kerusi bagi UMNO, 13 MCA dan 2 MIC. dewan undangan negeri pula, Perikatan hanya mendapat 162 daripada 282 kerusi yang dipertandingkan dan ia merupakan kemenangan yang paling tipis baginya jika dibandingkan dengan pilihan raya sebelum ini, iaitu 206 kerusi dalam pilihanraya 1959 dan 241 kerusi dalam pilihanraya 1964.

Pencapaian buruk ini telah memberi beberapa implikasi negatif terhadap Perikatan. Pertama, ia kehilangan dua buah negeri iaitu Pulau Pinang kepada Gerakan dan Kelantan kepada PAS. Kedua, ia gagal membentuk kerajaan negeri yang mantap di Perak dan Selangor kerana kekurangan majoriti kerusi di peringkat dewan undangan negeri. Di Perak, Perikatan yang memenangi 19 daripada 40 kerusi disaing hebat oleh pakatan DAP dan PPP yang memenangi 18 kerusi, di samping Gerakan dan PAS masing-masing satu kerusi. Di Selangor pula, DAP dan Gerakan terus memberi tekanan kepada Perikatan yang hanya menguasai 14 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. Ketiga, peratusan undi bagi tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu berada di paras bawah 50% undi popular. Di Negeri Sembilan, peratusan undi Perikatan hanyalah 46.2%, Melaka 48.1% dan 49.3% bagi Terengganu.

Sejurus keputusan pilihanraya diumumkan, situasi di Semenanjung Malaysia bertambah tegang. Kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan dan risiko kehilangan kuasa Melayu di Perak dan Selangor jelas sukar diterima oleh orang Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur. Pada keesokkan harinya, MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak lagi mewakili orang Cina di dalam kerajaan setelah ia dikritik hebat kerana prestasinya yang begitu buruk dengan hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang ditandinginya. Pada masa yang sama satu demonstrasi telah dianjurkan olah UMNO Selangor dan penyebaran khabar angin bahawa orang Melayu telah diserang di sekitar Kuala Lumpur telah membawa kepada tercetusnya tregedi 13 Mei yang mengorbankan 196 nyawa dan menyebabkan 409 kecederaan yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Cina. Di samping itu, kira-kira 6000 kediaman serta premis pemilikan orang Cina di sekitar Kuala Lumpur turut musnah dalam kekacauan yang tercetus menjelang petang 13 Mei 1969.


Posted by SERATAH MONDAY, MAY 17, 2010 at 8:54 AM


SELEPAS 13 MEI 1969

Rusuhan dan kekacauan yang tercetus akhirnya membawa kepada pengisytiharan darurat pada 14 Mei 1969. Selaras dengan itu, Majlis Gerakan Negara ( Mageran ) telah dibentuk dan Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarahnya. Majlis ini turut dianggotai oleh Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan, wakil bagi MCA dan MIC. Selain itu, Mageran turut diwakili oleh perwakilan polis, tentera dan pentadbiran awam.

Tujuan utama pembentukan Mageran adalah untuk memulihkan keadaan negara dan Tun Razak selaku pengarahnya mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan tugasnya. Majlis yang terdiri daripada pelbagai perwakilan itu telah mengadakan persidangan tertutup dari masa ke semasa secara tertutup dalam usahanya untuk membentuk asas pembinaan negara yang lebih kukuh. Di samping itu, Mageran turut berperanan dalam merancang serta membuat rombakan semula ke atas perlembangaan bagi tujuan mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.

Pada masa yang sama, Tun Dr. Ismail telah kembali ke dalam kerajaan dan telah dilantik sebagai Menteri dalam negeri. Kehadiran beliau memberi satu kelegaan kepada orang Melayu yang beranggapan Dr. Ismail merupakan seorang ahli politik yang cekal, tegas dan tidak tunduk kepada sesiapa. Dalam memperkatakan isu 13 Mei, Tun Dr. Ismail, menyatakan bahawa amalan ‘demokrasi di negara ini telah mati akibat’ daripada tragedi 13 Mei dan mengulas bahawa:

Ia bukan tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak atas tragedi 13 Mei tetapi orang Melayu benar-benar terganggu dan terkejut dengan keputusan pilihan raya dan tidak bersedia untuk membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentuk kerajaan negeri di Perak mahupun Selangor.

Kenyataan itu jelas menunjukan kebimbangan orang Melayu dengan perkembangan politik negara selepas keputusan pilihan raya 1969 yang dilihat lebih memihak kepada orang bukan Melayu yang semakin lantang dalam persoalkan keistimewaan orang Melayu dan menuntut persamaan hak sebagai warganegara.

Walaupun Mageran telah mengambil alih pentadbiran negara, tetapi Tunku Abdul Rahman masih kekal sebagai Perdana Menteri dan terus mengetuai kabinetnya yang telah kehilangan kuasa pentadbirannya. Selain itu, Tunku juga mengetuai Majlis Muhibah Negara yang dilihat sebagai kabinet sementara Majlis Mageran. Majlis Muhibah Negara bertujuan unutk memupuk persefahaman antara kaum dan banyak menumpukan kepada kerja-kerja sosial bagi menjamin semula persefahaman yang terjejas akibat daripada persengketaan kaum.

Dalam usaha pemulihan, para pemimpin tertinggi negara berpendapat bahawa “rundingan” dan parti Perikatan sahaja tidak memadai untuk memastikan keharmonian kaum. Lantaran itu, Majlis Perunding Negara ( MPN ) telah ditubuhkan pada Januari 1970 dan ia melibatkan perwakilan daripada semua parti politik dan terdiri daripada 65 anggota yang merangkumi anggota-anggota kerajaan, persatuan-persatuan agama dan professional, kesatuan sekerja dan golongan minoriti. MPN telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada Januari 1970 bagi membincangkan polisi dan strategi bagi menangani masalah perkauman.


IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN

Peristiwa 13 Mei telah membawa kepada perubahan iklim politik di Malaysia. Ia bertukar wajah daripada satu bentuk politik demokrasi yang terlalu bebas kepada satu bentuk politik yang lebih terkawal dan tersusun.

Impak serta merta lantaran daripada 13 Mei ialah penggantungan parlimen dan penundaan pilihan raya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, segala aktiviti politik telah diharamkan dan turut menyaksikan penahanan pemimpin-pemimpin politik seperti Lim Kit Siang yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga 1 Oktober, 1970. Kawalan serta penapisan ke atas media massa turut diperketatkan bagi memastikan tiada penyiaran yang berbau perkauman dan mencetuskan sebarang kejadian yang tidak diingini. Perhatian turut diberikan ke atas kemasukkan bahan dari luar negeri di mana artikal-artikal yang dianggap kurang sesuai ditapis sebelum dibenarkan pengedarannya.

Kejayaan MPN dan pembentukkan kerajaan campuran di Sarawak telah membawa kepada pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Kerajaan campuran yang pertama terbentuk di Sarawak antara SUPP dengan Perikatan Sarawak yang dianggotai oleh Parti Bumiputera, Pesaka dan Sarawak Chinese Association. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan pembentukkan kerajaan campuran di Pulau Pinang pada Februari 1972 apabila Gerakan bersetuju untuk menyertai Perikatan dan ia diikuti dengan satu lagi kerajaan campuran PPP-Perikatan di Perak yang berkuatkuasa pada 1 Mei 1973. Kemasukkan Pas dan pembentukkan kerajaan campuran di Kelantan pada 1 Januari 1973 telah berjaya membina satu senario politik baru di Malaysia. Gerakan, PPP dan SUPP yang merupakan parti-parti bukan Melayu radikal sebelum ini telah mengenepikan corak perjuangan masing-masing demi untuk mewujudkan satu senario politik dalaman yang lebih bersifat kesederhanaan dan mampu bekerjasama dengan parti-parti lain yang mewakili pelbagai kaum. Gabungan parti-parti ini telah membawa kepada pembentukkan Barisan Nasional pada 1 Jun 1974. Ia memperlihatkan kemampuan UMNO sebagai tunjangnya dan memainkan peranan penting dalam usaha berkompromi dengan pelbagai parti yang mewakili kaum yang berbeza.

13 Mei telah meninggalkan kesan mendalam terhadap integrasi kaum di Malaysia. Walaupun langkah segera dapat membendung rusuhan kaum itu daripada berlanjutan tetapi peristiwa itu terpahat dalam sanubari orang Melayu dan Cina dan ia ternyata memberi kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini. Sentimen perkauman pada ketika itu berada di tahap yang tinngi dan ia terbukti dengan meletusnya siri rusuhan yang kedua pada 28 Jun 1969. Ia berlaku di sekitar Sentul dan membabitkan orang India. Rusuhan itu berakhir dengan kematian 15 orang India dan kemusnahan harta benda.

Dalam tempoh masalah selepas rusuhan itu, hubungan dalam bidang sosial dan ekonomi antara oaring-orang Melayu dan Cina terputus. Dalam bulan Jun, bilangan orang Cina dan India yang sudi berurusniaga dengan orang Melayu amatlah terhad. Malahan mereka enggan menaiki teksi orang Melayu dan tidak membeli barangan yang dianggap sebagai simbol orang Melayu seperti batik dan buah durian. Senario ini menampakkan tahap integrasi antara kaum di negara berada pada tahap yang amat rendah dan kurang sihat.

Walaupun perisitwa 13 Mei dikaitkan secara langsung pilihan raya 1969, namun begitu bibit-bibit permusuhan antara kaum telah wujud lebih awal daripada itu. Perasaan iri hati dan tidak puas hati telah timbul akibat daripada jurang ekonomi dan sosial yang terlalu luas. Orang Melayu terkilan dengan kedudukan ekonomi mereka dan beranggapan kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu mereka. Golongan bukan Melayu pula dibelenggu dengan masalah taraf kewargenegaraan mereka dan enggan bertoleransi dalam soal bahasa, kebudayaan dan pendidikan.


Posted by SERATAH,  WEDNESDAY, MAY 19, 2010 at 1:55 AM


Justeru itu, selepas perisitiwa 13 Mei, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh dalam menangani masalah dalam kelemahan perpaduan yang sedia ada. Usaha-usaha itu boleh dirumuskan kepada tiga langkah besar iaitu politik, ekonomi dan sosial kebudayaan. Ketiga-tiga langkah ini dijalankan secara serentak dan saling melengkapi.

Di antara langkah politik yang diambil ialah tindakan melalui sistem perundangan di mana undang-undang dan akta digubal oleh parlimen untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perpaduan. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah meluluskan Akta ( pindaan ) Perlembagaan 1971. Pindaan ini merangkumi tiga aspek utama iaitu melarang sebarang perbincangan secara terbuka yang melibatkan soal-soal perkauman yang mudah menyinggung perasaan. Ia meliputi perkara-perkara seperti 152, 153 dan 181 dalam perlembagaan. Di samping itu, ia turut memansuhkan keistimewaan ahli-ahli politik dalam membincangkan perkara-perkata sensitif di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu, pindaan ini turut memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung dalam memperuntukkan nisbah tertentu untuk orang Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan sains.

Selain itu terdapat juga beberapa pindaan atau akta lain yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku atau kenyataan yang dianggap boleh memudaratkan keamanan negara. Misalnya pindaan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Pilihan Raya majlis Tempatan 1966 yang melarang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan Akta Menghasut daripda menyertai sebarang pilihan raya samada di peringkat parlimen, undangan negeri mahupun majlis tempatan selama lima tahun.

Manakala Akta Keselamatan dalam negeri pula bertujuan menjaga kepentingan serta keselamatan dalam negeri. Akta ini memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk menangkap sesiapa sahaja yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negeri. Individu sedemikian boleh dipenjara atau ditahan selama dua tahun tanpa dibicara. Begitu juga dengan akta-akta yang lain seperti AUKU dan OSA sedikit sebnayak menghadkan kegiatan kumpulan tertentu daripada bersuara dan bertindak dalam cara yang boleh menimbulkan masalah dalaman.


Posted by SERATAH,  THURSDAY, MAY 27, 2010 at 11:17 AM


Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah kolonial dilihat mampu menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik. Senario yang kurang sihat ini cuba diatasi oleh kerajaan menerusi usaha-usaha ekonominya. Dasar Ekonomi Baru merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memperbaiki jurang ekonomi antara kaum. Ia telah dibentangkan pada 12 Julai 1971 dan merupakan sebahagian daripda Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975.

DEB menggariskan 2 langkah pembangunan yang penting iaitu mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ia turut bertujuan dalam menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekomomi.

Menerusi program-program DEB, uasahawan-usahawan Melayu telah berjaya diwujudkan dengan bantuan pinjaman, lesen dan pemberian kontrak. Di samping itu, agensi-agensi seperti PERNAS, MARA dan UDA ditubuhkan dan terlibat secara langsung dalam membantu orang Melayu yang bergiat di dalam dunia perniagaan. Manakala dari segi pemilikan harta pula, kaum bumiputera digalakkan menabung dan pemilikan saham menerusi skim-skim seperti ASN dan ASB. Dalam memastikan pembangunan turut dinikmati di kawasn luar bandar, agensi-agensi pembangunan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR dibentuk dalam mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat desa.

Perpaduan dan integrasi antara kaum turut melibatkan aspek sosial dan kebudayaan. Ia dilihat membantu ke arah perkongsian nilai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Lantaran itu, konsep kebudayaan nasional telah diperkenalkan pada tahun 1971. Ia bertujuan untuk membentuk satu identiti nasional yang dapat dikongsi bersama.

Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 18 Disember 1982 semasa merasmikan Pertemuan Dunia Melayu di Melaka menegaskan bahawa :

Kita semua telah bersetuju, perpaduan dan keutuhan itu akan kita bina dan pupuk melalui satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan, satu kebudayaan iaitu kebudayaan kebangsaan. Maka bahasa kebangsaan diasaskan kepada bahasa Melayu dan kebudayaan kebangsaan ialah kebudayaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal pribumi Malaysia kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing sebagai kebudayaan kesukuan dalam rangka dan batas-batas adalah terjamin dalam perlembagaan negara kita.

Lantaran itu, soal konsep kebudayaan kebangsaan tidak timbul lagi dan yang menjadi persoalannya hanyalah usaha dan tanggungjawab untuk menjadikan konsep ini bagi kepentingan hidup bersama.

Pada 31 Ogos 1970, Rukunegara diisytiharkan sebagai satu ideologi kebangsaan. Ianya amat bersesuaian dalam konteks hubungan antara kaum kerana ini melibatkan unsur aman dan tenteram seperti perhubungan persahabatan yang ideal tanpa perselisihan faham dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Rukunegara telah digunakan sebagai asas bagi strategi dalam mewujudkan perpaduan kebangsaan. Ia jelas dalam prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya yang menjurus ke arah penyatuan pelbagai kaum dan masyarakat.


Posted by SERATAH, WEDNESDAY, JUNE 2, 2010 at 8:56 AM


KESIMPULAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.

DENGAN PAPARAN SECEBIS PERISTIWA UNTUK TATAPAN PEMBACA SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT PENGETAHUAN KAPADA APA YANG TELAH BERLAKU DAN MENJADI SEJARAH HITAM NEGARA.


Posted by SERATAH,  THURSDAY, JUNE 3, 2010 at 11:02 AM


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU