Sunday, September 30, 2012

JANGAN TERTIPU DENGAN DAP - Tunku Aziz

Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Mukaddimah

KEMESRAAN jelas terpancar pada air muka TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM semasa menyambut ketibaan kami pada petang Khamis lalu di kediamannya. Kehadiran kami pada petang itu juga menamatkan penantian sekian lama iaitu sebelum beliau bertindak keluar DAP lagi, dalam usaha mendapatkan wawancara eksklusif bersamanya.

Namun sosok tubuh yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini nyata bersikap terbuka dalam banyak perkara tetapi apabila melibatkan beberapa pemimpin dalam DAP sikapnya bertukar sinikal.

Pengalaman hidupnya penuh integriti dan karisma. Pernah menjadi Penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.

Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.

"Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik."

"Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan KASTHURI JEEVENDRAN.

Selain itu beliau turut mencurah segala isi hatinya tentang DAP sejak awal kemasukannya hinggalah peranannya yang dilihat tidak lebih seperti simbol untuk menunjukkan bahawa orang Melayu yang juga berketurunan raja juga boleh menyertai DAP.

"Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP," kata beliau sambil merenung jauh memikirkan sesuatu.


MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.

Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.

Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?

TUNKU AZIZ: Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan. Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? Walaupun saya minta, apa yang mereka ada.

Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa 'tertipu' dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua. Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. Tetapi itu cuma retorik sahaja. Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka. DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika. Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama.

Mengapa Tunku tidak memilih PKR atau Anwar Ibrahim sebagai platform politik dan sebagai kawan?

TUNKU AZIZ: Sebenarnya, saya tidak pernah berasa selesa dengan Anwar sejak mula lagi. Saya tidak pernah berniat dari mula untuk berkenalan dengan beliau. Sama seperti kita memilih kawan, kita akan berhati-hati ketika memilih kawan. Saya lebih berasa selamat dan selesa dengan Kit Siang dan Karpal Singh. Anwar sungguh berlainan. Saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap beliau.

Mengapa Tunku meninggalkan DAP?

TUNKU AZIZ: Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP. Lihat sahaja contoh Datuk Mansor, kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan. Mungkin Mansor juga mula sedar realiti tersebut. Saya tinggalkan DAP kerana kenyataan saya telah menyusahkan dan mengundang rasa tidak gembira di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi seingat saya, saya bukan pemimpin atau ahli PKR atau Pas.

Apa yang telah menggores hati mereka? Kit Siang datang ke rumah saya selepas kejadian tersebut, beliau mengadu kepada saya bahawa kenyataan itu telah membuatkan saya dalam bahaya. Tetapi saya telah ingatkan beliau, apa yang telah saya katakan kepadanya beberapa tahun dahulu tentang parti tersebut yang kononnya demokratik dan mengamalkan kebebasan bersuara. Tetapi apabila saya meluahkan apa yang rasa betul, Kit Siang tidak sesekali membela saya. Katanya mereka memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Apa wujud kebebasan bersuara di situ? Saya tidak nampak. Beliau telah mengecewakan saya sebenarnya. Melalui kejadian ini juga saya membuat keputusan, pemimpin-pemimpin dalam parti ini tidak boleh dipercayai. Itu adalah sebab mengapa saya membuat keputusan muktamad untuk keluar.

Sekarang ini mereka kata pula Tunku pengkhianat dan sudah dibeli kerana dilihat menyokong transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri?

TUNKU AZIZ: Kini terdapat segelintir manusia yang tidak tahu hujung pangkal bertindak mengkritik saya selepas keluar DAP. Kata mereka, saya keluar kerana tidak mendapat habuan seperti yang dijanjikan oleh mereka sehingga menjadi orang UMNO. Apa sebenarnya yang saya minta dari DAP hingga tidak dapat? Jika benar saya berminat dengan sebarang habuan, ketika masih muda lagi saya akan menyertai UMNO. Mereka yang memerintah. Kenapa pula selepas saya sudah berumur dan mencapai pelbagai kejayaan barulah saya berminat dengan UMNO. Kononnya Tunku Aziz sudah dibeli mereka. Jawatan Senator ini pun, bukan saya minta dan ia diberi kepada saya. Selepas penggal pertama, Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang memperbaharui penggal baru jawatan tersebut. Saya tidak pernah mengemis jawatan kepada mereka. Saya tidak pernah mengemis atau dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang boleh ‘membeli’ saya. Sebenarnya, saya hanya mempunyai masalah dengan cara parti tersebut dipimpin oleh beberapa orang. Prinsip parti itu telus tetapi kepimpinan itu yang salah.

Apakah pandangan Tunku terhadap Lim Guan Eng? Bagaimana hubungan Tunku dengan beliau?

TUNKU AZIZ: Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang. Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih. Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih. Saya tidak nampak mana salah saya yang menyatakan tidak mahu sesuatu perhimpunan yang melanggar undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya. Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni? Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu.

Pada pandangan Tunku apakah perkara sama yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman?

TUNKU AZIZ: Perkara sama terjadi kepada Datuk Mansor. Walaupun TV3 ada bukti rakaman audio yang jelas malah kita semua tahu suara itu milik Mansor, namun dia masih enggan mengaku. Jika anda seorang pemimpin, anda haruslah mengaku jika anda fikir tidak betul. Ini tidak, kita juga telah saksikan ketika sidang akhbar berhubung perkara tersebut, Guan Eng menulis sesuatu dalam kertas dan memberikan kepada Mansor supaya membacanya di hadapan media. Apakah Mansor tidak menggunakan otaknya sendiri? Itulah sikap sebenar seorang pemimpin yang lemah. Saya telah berhadapan dengan Guan Eng dengan berani. Apa yang hendak ditakutkan dengan beliau? Tidakkah ini menunjukkan Guan Eng begitu berkuasa?

Apakah Tunku bersetuju bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bongkak dan hanya mementingkan parti sendiri dalam Pakatan Rakyat?

TUNKU AZIZ: Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri? Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi. Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana. Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri. Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon. Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain.

Lihat sajalah bagaimana beliau mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P. Ramlee? Ada kena mengenakah? Bukankah kita sudah ada nama Jalan P. Ramlee? Kita juga ada muzium untuk beliau. Mengapa mahu tarik seniman agung seperti beliau dalam arena politik? Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P.Ramlee yang dihambat kemiskinan. Bantu mereka. Berilah wang pencen kepada anak-anak mereka yang miskin itu. Bantulah keluarga mereka yang masih hidup. Beliau mempunyai peluang untuk menukar nama tersebut empat tahun dahulu tetapi beliau sebenarnya sengaja mahu memalukan kerajaan Malaysia. Itulah agenda beliau. Jika benar beliau ikhlas tolonglah bantu keluarga P. Ramlee baru masyarakat akan menghormati Guan Eng kerana berjiwa rakyat bukan dengan mempolitikkan semua perkara.

Apakah orang Melayu boleh berharap kepada DAP untuk membela nasib mereka?

TUNKU AZIZ: Sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela nasib mereka, anda memang salah. Sehingga kini, tidak ada bukti yang mereka telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.

Mengapakah agaknya DAP berminat untuk mengambil Tunku bersama mereka?

TUNKU AZIZ: Mereka hanya berminat dengan kemelayuan saya. Saya hanyalah dianggap sebagai simbol bagi masyarakat Melayu manakala Karpal Singh simbol untuk kaum India. Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP. Mereka berminat mempergunakan saya untuk memancing undi orang Melayu. Secara hakikatnya, saya sendiri tidak pasti apakah peranan saya selain menjadi alat untuk agenda tersembunyi mereka.

Sama keadaannya apabila saya berminat untuk membantu DAP membawa masuk orang Melayu pada awal kehadiran saya dalam DAP, mereka kemudian seolah-olah sengaja melengah-lengahkannya. Mereka sebenarnya tidak berminat untuk membantu saya memperjuangkan orang Melayu. Cukuplah saya seorang sebagai simbol untuk terus mendapatkan sokongan tanpa saya melakukan apa-apa. Kerana itulah, saya telah dua kali membuat cubaan keluar daripada parti tersebut. Kali ketiga, keputusan saya sudah muktamad.

Siapa pada pendapat Tunku lebih berkuasa, adakah Kit Siang atau Guan Eng? Bagaimana pula dengan peranan Karpal Singh?

TUNKU AZIZ: Sudah tentu jawapannya adalah Kit Siang. Kit Siang yang lebih berkuasa dan dominan dalam membuat percaturan politik dalam parti manakala anaknya, Guan Eng akan mengikut rentak bapanya kerana Kit Siang memang bijak. Kuasa sepenuhnya masih milik Kit Siang. Kebanyakan keputusan berkaitan akan diambil oleh Kit Siang dan bukannya Guan Eng. Selalunya dalam mesyuarat, Kit Siang akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati daripada membuka mulut. Beliau akan bersikap rendah diri. Dinasti Lim sangat berkuasa dan berpengaruh dalam DAP.

Karpal juga tidak memainkan apa-apa selain menentang hudud bagi pihak dinasti Lim. Tetapi Karpal adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Apa yang beliau katakan satu ketika dulu akan sentiasa diulang, tidak ada sebarang manipulasi. Tetapi adalah menyedihkan kerana beliau tidak mempunyai kuasa dalam parti tersebut. Ada ramai lagi pemimpin yang sungguh berkaliber dan berpotensi dalam parti tersebut yang saya tidak dapat nafikan. Cuma saya tidak akan sesekali berkompromi dengan melanggar undang-undang. Saya sesekali tidak akan bersetuju dengan perkara tersebut.


Sumber: Utusan Online


Tuesday, September 25, 2012

Rakyat Berhak Hukum SUARAM, Pengkhianat Negara


Walaupun telah terkantoi menjadi agen asing untuk menjahanamkan demokrasi, SUARAM masih lagi cuba mempertahankan benang basah dengan berhujah bahawa penerimaan dana asing bukan sesuatu yang salah.

Lebih dahsyat lagi, Pakatan Rakyat termasuk PAS, sanggup berhujah yang sama, iaitu menidak-apakan penerimaan dana dari pertubuhan neo-con dan George Soros yang menjadi dalang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam di Palestine serta menyebabkan Mesir, Syria, Tunisia dan Syria kini terumbang-ambing, tidak stabil dan lemah.

Perlu diingatkan bahawa SUARAM langsung tidak menafikan yang mereka menerima dana dari Yahudi Zionis dan penyangak matawang. Malah, SUARAM mengakuinya, begitu juga dengan pertubuhan yang sewaktu atau ‘bertindih’ dengannya seperti BERSIH, Himpunan Hijau dan sebagainya yang juga menerima dana dari rangkaian yang sama.

SUARAM juga langsung tidak mampu menjelaskan apakah motif kedua-dua pertubuhan asing tersebut menyalurkan dana kepada mereka jika bukan untuk menjahanamkan demokrasi, iaitu menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.

Pembohongan yang dibuat oleh SUARAM bukannya sedikit. Ia melibatkan dua buah negara iaitu Perancis dan Malaysia. SUARAM telah memburukkan nama Malaysia ke serata dunia malah SUARAM juga telah dengan sengaja mencemarkan imej Perdana Menteri dan isteri. Ini dilakukan melalui pembohongan demi pembohongan.

SUARAM berbohong bahawa mahkamah Perancis sedang membicarakan kes pembelian kapal selam scorpene oleh Malaysia sedangkan pihak Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada perbicaraan mengenainya.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri akan di sapina, begitu juga seorang individu bernama Jasbir Singh Chahl juga kononnya telah di sapina. Namun, pihak Perancis mengesahkan bahawa tiada sapina di keluarkan kerana tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene. Malah, Jasbir Singh Chahl sendiri pantas tampil menafikan kenyataan SUARAM.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan Altantuya, yang didakwa sebagai model sambilan dan juga penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Namun, terbukti bahawa Perdana Menteri langsung tidak mengenali Altantuya dan urusan jualbeli scorpene adalah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya serta tidak memerlukan penterjemah.

SUARAM berbohong bahawa Altantuya terlibat dalam urusan jualbeli scorpene di Perancis tetapi pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis pun.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri atau isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi terbukti bahawa kedua-dua mereka mempunyai alibi kukuh kerana berada di dua majlis rasmi berasingan pada waktu kejadian.

SUARAM berbohong bahawa Syarikat Perimekar dimiliki oleh Razak Baginda dan cuba mengaitkan beliau dengan Perdana Menteri, sedangkan syarikat itu dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

SUARAM berbohong bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd menerima rasuah sedangkan terbukti bahawa syarikat tersebut membekalkan khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.

SUARAM berbohong bahawa Perdana Menteri meminta rasuah dari DCNS melalui faks berjumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion sedangkan jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam sepertimana yang ditandatangani. Ini adalah pembohongan yang paling lucu kerana tidak mungkin sesiapa akan meminta rasuah melalui faks dan tidak mungkin sesiapa akan memberi rasuah yang sama jumlahnya dengan harga kontrak!

SUARAM berbohong bahawa syarikat Thales Asia telah membayar RM142 juta kepada syarikat Terasasi kononnya atas penjualan rahsia ketenteraan negara berkenaan kapal selam scorpene oleh Razak Baginda. Pembohongan ini bagaimanapun berubah-ubah sehingga terdapat beberapa versi dan sukar untuk dipastikan lagi. Ada kalanya, SUARAM cuba mengaitkan syarikat Thales dengan DCNS, tetapi terdapat kenyataan sebelum itu di mana peguam mereka menyatakan bahawa pembayaran tersebut dibuat kepada sebuah syarikat bernama Giffen. Yang jelas, syarikat Terasasi atau Giffen langsung tidak terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene.

Secara keseluruhannya, SUARAM ‘hidup’ atas pembohongan iaitu berbohong kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia adalah korup, kejam dan dikelilingi skandal.

Dengan segala dosa-dosa SUARAM terhadap Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemimpinnya, SUARAM tidak wajar dibiarkan lepas bebas. SUARAM sendiri telah mengakui bahawa mereka menerima dana asing, sekali gus membawa agenda asing iaitu mengkhianati negara sendiri. Dengan pengakuan yang begitu jelas, mana mungkin SUARAM dibiar bebas?

Rakyat Malaysia dengan ini menuntut tindakan tegas ke atas para peneraju SUARAM, iaitu para pengkhianat negara.

Malaysia tidak mampu memberi muka kepada mereka-mereka yang tidak jemu berusaha untuk menghancurkan negara melalui pembohongan demi mencetus demonstrasi ganas dan pemberontakan. Malaysia adalah negara yang aman dan keamanan itu mungkin tidak akan kekal jika SUARAM terus wujud.

Kewujudan SUARAM mendedahkan kita kepada risiko ketidakstabilan, kehancuran dan penjajahan.


Dipetik dari laman sesawang OB21.net
25 September 2012


Sunday, September 23, 2012

Utusan Malaysia Fitnah? Orang UMNO Menyamar Atau Orang PAS Dibayar?

Gambar muka depan Utusan Malaysia hari ini... Fitnah?

Nampaknya surat khabar UMNO, Utusan buat fitnah lagi. Mana ada berlaku penyokong PAS dengan penyokong UMNO bersatu macam gambar yang disiar muka depan Utusan Malaysia hari ini. Tidak... tidak... Itu bukan orang PAS. Yang pegang bendera PAS tu pun bukan orang PAS, tapi orang UMNO jugak.

Eh eh... bukan... yang bawak bendera PAS tu memang orang PAS tapi sudah dibayar sebanyak RM30,000 oleh UMNO untuk bawa bendera PAS semata-mata mahu menunjukkan penyatuan PAS-UMNO membantah penghina Islam dan Rasulullah saw... Tidak... tidak... Itu bukan orang PAS.

Hehe... Begitulah gamaknya difikiran kalangan totok PAS bila tengok gambar muka depan Utusan hari ini. Aku yakin ramai kalangan totok parti itu tak boleh terima keadaan sedemikian. Bahkan Nik Aziz pun boleh naik demam, Anwar Ibrahim terkancing gigi dan Karpal Singh terketar-ketar sampai berlaga lutut.

Haha... Para pemimpin dan pencacai PAS boleh kata apa sahaja tetapi yang jelas ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah muak dengan hasutan, fitnah, tohmahan yang dilempar pemimpin mereka sendiri terhadap sesama Islam sehingga berlaku pecah belah umat yang kritikal di negara ini, pada masakini hanya kerana terlalu ingin bertakhta di PUTRAJAYA!

Subhanallah!


Terbaik dari Mesin Taip Buruk


Saturday, September 22, 2012

Kerana Tahaluf Siyasi Pemimpin-Pemimpin PAS Jadi Bahalol Sejati?


Dalam arena politik negara ini, istilah Tahaluf Siyasi diguna pakai oleh PAS untuk bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP bagi menumbang dan memusnahkan UMNO yang mereka jadikan musuh politik.

Tapi pada Horas! kerjasama PAS dan DAP bukanlah boleh dikatakan sebagai berTahaluf Siyasi sebaliknya kerana PAS itu Bahalul Sejati.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, secara ringkas Tahaluf Siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik antara Islam dan bukan Islam.

Ada dua pendapat serta pandangan para ulamak berkaitan Tahaluf Siyasi. Pertama, kebanyakan ulamak mengharamkan tahaluf secara mutlak.

Manakala yang kedua, sebahagian lagi ulamak mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan dan termasuk dalam urusan pemerintah dengan syarat yang paling utama, pihak Islam hendaklah dominan dalam Tahaluf Siyasi itu.

Pandangan dan pendapat yang kedua itulah yang diguna pakai PAS dalam menghalalkan hubungan kerjasama mereka dengan DAP.

Tapi persolannya, dominan dan berkuasakah PAS keatas DAP?

Bolehkah PAS dianggap berTahaluf Siyasi dengan DAP jika perkara paling utama dalam pandangan kedua yang mensyaratkan pihak Islam perlu menjadi dominan tidak mampu dilaksana dan dipenuhi oleh PAS?.

Bukan sekali dua PAS menggigil ketakutan apabila disergah DAP... tapi berkali-kali.

Bukan sekali dua juga PAS senyap menikus bila ada kalangan pemimpin DAP yang melakukan perbuatan dan membuat kenyataan yang terang-terang mengguris perasaan umat Islam.


Bahkan hingga sampai kesatu tahap PAS sanggup menghumbankan perjuangan puluhan tahun mereka yang mahu mewujudkan negara Islam kedalam lubang jamban semata-mata kerana mahu menjaga hati DAP yang amat sensitif dengan apa-apa perkara yang berkaitan Islam.

Begitu juga dengan nasib hukum hudud. Hudud yang telah sekian lama diperjuangkan oleh PAS dan sering pula dijadikan senjata untuk menghentam UMNO kini hanya menunggu masa untuk turut sama dihumban kedalam lubang jamban kerana DAP dari dulu hingga kini tetap konsisten menolaknya dengan keras.

Tanda-tandanya sudah pun boleh kita lihat apabila Setiausaha Agung PAS pernah mengatakan walaupun PAS mendapat suara mutlak untuk memerintah negara, undang-undang hudud bukan agenda utama yang akan dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

Adakah membuang perjuangan untuk mewujudkan negara Islam bukan satu kerugian pada PAS?
Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan PAS amat takut kepada DAP... tapi dengan muka tak tahu malu, pemimpin-pemimpin PAS masih tetap mengatakan mereka berTahaluf Siyasi dengan DAP dan DAP juga kononnya tunduk patuh kepada mereka.

Pencacai tegar mereka boleh lah pemimpin PAS kelentong dan bodoh-bodohkan kerana kita tahu tahap pandir pencacai tegar PAS bukan calang-calang. Mereka akan mengiyakan sahaja semua kata-kata pemimpin mereka hinggakan kalau Nik Aziz mengatakan butir-butir tahi kambing yang bewarna hitam itu elok dimakan untuk membersih hati nescaya tahi kambing amat sukar untuk ditemui dinegara kita kerana habis kesemuanya ditelan pandir-pandir didalam PAS.

Tapi umat Islam lain yang yang celik akal dan tahu menilai mana yang salah dan mana yang benar takkan boleh mereka bodoh-bodohkan.

Sekilas pandang mereka sudah tahu bahawa selama ini PAS bukan berTahaluf Siayasi dengan DAP... tapi kerjasama itu terjalin semata-mata kerana PAS sebenarnya Bahalul Sejati.

Dan hanya Bahalul Sejati sahaja lah yang tergamak untuk melelong agamanya demi sedikit keuntungan politik didunia.

Apa pun...itulah Tahaluf Siyasi gaya alagaPAS.....


Kupasan menarik dari Horas...!


Wednesday, September 19, 2012

Inikah Matlamat Sebenarnya Tujuan Pengibaran Bendera Sang Saka Malaya?


Maklumat yang tersebar di media siber, pemimpin pembangkang Malaysia sedang berusaha untuk menggabungkan kembali Singapura kedalam Malaysia jika berkuasa selepas PRU13 nanti dan mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Republik.


Jika benar maklumat ini, tidak hairanlah kenapa pencacai pembangkang kibar bendera mirip Singapura disekitar Selangor pada hari sambutan Hari Malaysia.

Siapa dibelakang orang yang bertanggungjawab mengibarkan bendera baru untuk Malaysia pada malam sambutan Hari Kebangsaan 30 Ogos 2012 yang lepas bukan lagi rahsia.

Individu yang bertanggungjawab adalah seorang pemimpin muda PKR yang memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan AMK yang juga pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Najwan Halimi.

Najwan Halimi, pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor selain mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa dalam masa sama menggambarkan dirinya adalah individu yang bertanggungjawab mempopularkan reka bentuk corak bendera baru menggantikan bendera Jalur Gemilang itu.

“Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya,” kata Najwan di laman peribadinya, najwanhalimi.com.


Pengakuan yang dibuat Najwan Halimi adalah satu tamparan yang cukup hebat kepada Anwar Ibrahim yang sebelum itu menuduh perkara itu adalah mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang, seperti dilapurkan oleh Mstar Online.


Bagaimana pendirian PAS dalam perkara ini? Adakah pemimpin-pemimpin PAS sedar dan merestui rancangan penggabungan Singapura kedalam Malaysia ini dan menjadikan Malaysia sebuah republik? Apakah PAS telah mengkaji secara terperinci inflikasinya nanti terutamanya terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bangsa dan bahasa Melayu?

Kalau ikut Nik Aziz, "apa ada dengan bangsa?" malah dia pun malu untuk mengaku sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Jadi mungkinkah ini juga idea dari Nik Aziz untuk melenyapkan secara total satu bangsa yg dipanggil "Melayu" dari atas muka bumi ini?


Sumber rujukan :


Monday, September 17, 2012

AUTA TERHEBAT Anwar Sepanjang Zaman ...


TANYA generasi muda hari ini apa yang mereka ingat tentang sambutan 16 September?  Percayalah, majoriti daripada mereka akan lebih ingat tarikh 16 September sebagai tarikh Anwar ‘sepatutnya’ angkat sumpah jadi Perdana Menteri 4 tahun dulu iaitu pada 16 September 2008, daripada 16 September sebagai Hari Malaysia.

Sebelum ini rakyat kita tidak ada masalah langsung pasal mengingati sambutan 16 September sebagai Hari Malaysia. Datang Anwar dan pembohongannya berbulan-bulan sebelum itu, langsung orang lupa pasal Hari Malaysia.

Kalau tidak kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib isytihar 16 September sebagai cuti umum, penulis ingat langsung orang tak tau itu Hari Malaysia dah, sebaliknya hari Anwar ‘sepatutnya’ jadi Perdana Menteri!!

Sebetulnya, projek 16 September 2008 tidak pernah wujud

Angka-angka yang disebutkan Anwar itu juga tidak pernah ada. Anwar sengaja reka semua itu kerana dia nak letak tekanan pada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dengan menakutkan pelabur asing kononnya berlaku ketidak stabilan politik di Malaysia.

Kebetulan, kestabilan politik adalah antara faktor utama pelabur datang ke negara ini, kalau nak kira tenaga buruh murah, lebih baik mereka pergi China. Ini juga bukti Anwar tidak peduli pasal negara asal sahaja dia boleh jadi Perdana Menteri.

Sebab itu Anwar reka 16 September dengan harapan pelabur lari, pekerjaan kurang dan Anwar dapat ulang semula zaman reformasinya tahun-tahun 1998 dulu.

Yang ramai dari kita tidak tahu, apa yang berlaku sebenarnya ialah, wakil Anwar telefon beberapa orang Ahli Parlimen BN dan tawarkan jawatan dalam kerajaan kalau mereka bersetuju melompat parti.

Jumlah yang dihubungi Anwar tidak sampai 5 orang, itupun semua menolak. Jadi yang Anwar gebang 31 orang Ahli parlimen BN sudah bersetuju untuk melompat itu sejak Jun 2008 itu, hanya auta, bohong.

Itu sahaja ceritanya, segala yang lain itu hanyalah pembohongan belaka.

Logiknya disitu, Anwar dakwa (rujuk video dibawah) sudah ada sokongan untuk bentuk kerajaan pusat sejak Jun lagi, tapi kenapa dia masih nak tunggu 16 September?

Sebetulnya 16 September ini dipilih sebab selain signifikasi dengan hari Malaysia, Anwar mahu bermain dengan masa, dengan harapan apa yang dirancang (pelabur lari, pengangguran meningkat dan rakyat bangkit memberontak) akan berlaku.

Kebetulan ekonomi dunia pada waktu itu sedang mengalami kemelesetan, lanjutan dari krisis sub prima yang sedang melanda Amerika Syarikat. Kesempatan dari inilah yang Anwar cuba ambil dengan cipta pembohongan 16 September.

Tapi Allah swt masih sayangkan negara kita dari jatuh ke tangan pemimpin tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim ini.

Ini sepatutnya jadi teladan kepada rakyat Malaysia supaya terus menolak Anwar dan Pakatan haram yang dipimpinnya. Tidak ada apa yang betul dengan perjuangan Anwar Ibrahim sekarang, semuanya tentang membohongkan rakyat untuk kepentingannya sendiri, tidak lebih dan tidak kurang.

https://www.youtube.com/watch?v=rOWt7KWPwR0


Sumber dari MyKMU


Dan komen bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad :

https://www.youtube.com/watch?v=zY3vGPjE-RM
Klik gambar untuk tonton


Saturday, September 15, 2012

Artikel Menarik : INI BETUL-BETUL, BUKAN CUBAAN !

Jika leka dan asyik gaduh, Islam, Melayu dan Malaysia hancur!


Sikap memandang enteng apa saja perkara yang dianggap boleh mengancam kestabilan dan kemakmuran negara semakin berleluasa di kalangan rakyat negara ini.

Ajaran baru pakatan pembangkang ini semakin hari semakin diterima oleh rakyat. Didikan yang diberikan oleh pembangkang sangat berkesan.

"Jangan bimbang dengan semua ancaman itu", "semua itu momokan UMNO" dan pelbagai lagi hujah yang berupa "denial" telah diterapkan di dalam pemikiran rakyat yang berjiwa anti-establishment dan golongan rakyat yang jenis ikut-ikutan.


Tanpa pengetahuan dan kefahaman yang jelas, tanpa fakta dan tanpa pertimbangan kewarasan akal fikiran mereka terus menyuap apa saja yang dimomokkan oleh pakatan pembangkang.

1. Dulu sebut saja ancaman pengganas komunis dan anasir subversif, rakyat begitu bimbang dan merasa terancam. Kini, komunis yang sudah lenyap di negara kelahiran mereka sendiri, di Rusia dan China telah cuba diiktiraf kembali. Ada yang cuba memberi versi baru yang mendakwa komunis juga pejuang kemerdekaan.


2. Dulu apabila disebut saja yahudi, freemason dan Israel, bulu roma terus merangkak, jiwa terus pedih tersentap dan semangat terus membakar. Semua itu membayangkan bagaimana kerasnya umat melayu Islam terhadap musuh agama yang diistihar oleh Allah dan rasulNya sendiri sebagai musuh. Kini, jiwa melayu dan Islam sudah semakin jinak dan lunak dengan musuh Allah ini.


Dana bantuan yahudi yang mengalir dalam pelbagai rupa bentuk ke negara ini bukan saja sudah dianggap sebagai suatu keperluan dan halal demi untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, malah kita yang cuba mendedahkan gerakan halus yahudi untuk menghancurkan negara ini sepertimana kejayaannya menghancurkan banyak negara asia barat melalui arab spring, juga turut dihina dan dituduh cuba menakut-nakutkan rakyat.

3. Ingatan pemimpin-pemimpin lama dan semasa akan bahaya dan ancaman yang boleh menyebabkan melayu akan kehilangan kuasa dan kedaulatan juga sudah dijadikan bahan ejekan dan permainan pembangkang di dalam ceramah-ceramah mereka. Seolah-olah ingatan para pemimpin yang sudah merasai pahit maung dan asam garam bagaimana keperitan yang dialami apabila kuasa sudah tiada di tangan itu hanyalah sebuah gurindam dan cerita dongeng.


Mereka berhujah semua itu tidak mungkin dan tidak akan sesekali terjadi di negara ini. Malah mereka menterbalikkan pemikiran logik dan berasas dengan hujah prejudis hingga berani mengatakan "sebenarnya depa puak-puak UMNO ni yang takut kehilangan kuasa". "Islam dan melayu tetap akan kekal, malah lebih baik lagi kedudukannya jika UMNO sudah mampuih".

Angkuh sungguh bunyi suara mereka sehingga berani mendahului kudrat dan iradat tuhan, walhal
 
4. Bendera dan lagu rasmi negara juga mereka sudah tidak heran.

 
5. Budaya pluralisma dan kebebasan mutlak juga mereka sudah boleh terima.



6. Yang paling menggerunkan pemikiran kita ialah apabila ada usaha di pihak berkuasa yang cuba membendung dan melakukan pelbagai tindakan pre-emptive dan pencegahan atau penguatkuasaan undang-undang terhadap penularan segala bahaya dan ancaman ini, pihak berkuasa pula yang dikritik hebat. Kononnya semua ini propaganda dan momokan Umno. Umno sebenarnya yang sudah menggeletar ketakutan ancaman kehilangan kuasa.


Berdasarkan kepada semua fakta dan hujah ini, tidak ada sebab untuk saya "in denial" bahawa kesucian agama Islam, kekuatan bangsa dan kedaulatan negara Malaysia pasti akan hancur, kecuali jika tiada keizinan dari Allah dan Allah masih memberi rahmat dan rahimNya kepada umat melayu dan Islam di negara ini.

Betul teguran Tan sri Muhyiddin untuk buang ahli yang suka sabotaj.

Ada ahli banyak-banyak tapi tak faham aspirasi parti dan sikap negatif serta suka berbalah sesama sendiri untuk kepentingan peribadi DAN bukan kerja untuk parti dan perjuangan, tak guna.

Akhir kata ...
Dipetik dari :


Monday, September 10, 2012

Mengenang Kembali Jasa Tun Dr Mahathir - Penyelamat Negara


----------------------------------------
(TERKINI - 26/11/2016) SILA BACA JUGA :
MAHATHIR SERANG RINGGIT UNTUK KENAKAN NAJIB?
Mahathir dan pengikutnya terlibat dalam serangan keatas Ringgit pada tahun 1997 dan, sekali lagi, dia menyerang Ringgit dalam usahanya untuk menggulingkan Najib. Mereka mahu Ringgit jatuh kepada lima Ringgit berbanding satu dollar Amerika dengan harapan ia dapat menjatuhkan Najib. Oleh kerana mereka tidak dapat menggulingkan Najib dengan menggunakan isu 1MDB, mereka kini menggunakan strategi yang sama mereka gunakan untuk menjatuhkan Anwar : serang Ringgit.
----------------------------------------


DR. MAHATHIR - PENYELAMAT NEGARA
Oleh Nor Mohamed Yakcop 

Dalam artikel ini, saya ingin menghuraikan serba sedikit tentang satu keputusan yang begitu bermakna, berani dan bijaksana yang telah diambil oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1998. Pada tarikh tersebut, Dr. Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, dengan penuh keyakinan, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih (selective exchange control regime). Peluang yang terbuka ekoran langkah-langkah 1 September 1998 bukan sahaja memberi kekuatan kepada Malaysia untuk terus mengharungi krisis ekonomi yang melanda negara, malah Malaysia muncul sebagai negara yang semakin kuat dan mantap. Adalah tidak sukar untuk meramalkan apa agaknya yang akan terjadi kepada negara tercinta sekiranya langkah-langkah tersebut tidak dilaksanakan.

Pada masa itu, saya berjumpa dengan Dr. Mahathir Mohamad hampir setiap hari dan setiap kali pertemuan saya dengan beliau, raut wajah dan perwatakkan beliau menampakkan keresahan kerana memikirkan situasi ekonomi yang tidak menentu. Ini adalah disebabkan beliau berasa hairan kerana pada waktu itu asas-asas ekonomi negara begitu kukuh sekali. Beliau sedar bahawa krisis luar biasa itu adalah berpunca daripada konspirasi penyangak-penyangak matawang, dengan sokongan bank-bank antarabangsa, yang telah lama membuat perancangan yang begitu rapi untuk meruntuhkan ekonomi Malaysia. Kesedaran itulah yang mendorong Dr Mahathir Mohamad mengerah segala usaha dan keringatnya untuk mencari jalan terbaik bagi menghentikan kegiatan manipulasi dan serangan spekulasi matawang asing yang begitu kompleks serta mencabar. Beliau juga sedar bahawa tindak balas yang tidak tepat akan hanya menjerumuskan Malaysia kedalam kitaran ganas kemiskinan. Bak kata pepatah, tersilap langkah, antan patah lesung hilang. Dalam keadaan yang begitu genting, saya sering melihat Dr. Mahathir Mohamad, walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat, seperti demam dan batuk-batuk, begitu tabah dan terus berusaha siang dan malam, tanpa mengenal erti jemu, untuk mencari formula demi menyelamatkan ekonomi negara.

Selepas pelan tindakan dilaksanakan pada 1 September 1998, Dr Mahathir Mohamad tidak berehat. Sebaliknya, beliau terus mempengerusikan mesyuarat Exco Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) setiap hari bagi membincangkan, menghalusi dan memantau keadaan ekonomi serta menyusun langkah-langkah ke arah mengukuhkan ekonomi. Petunjuk dan data-data ekonomi penting seperti pelaburan, perbelanjaan, eksport dan import serta banyak lagi data-data dianalisis pada setiap hari. Tidak ada pemimpin di negara membangun mahupun sedang membangun yang pernah melakukan tindakan seperti ini. Ini membuktikan kelebihan Dr. Mahathir. Hakikatnya, Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia, bukan sahaja melalui keberanian beliau melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998, tetapi juga melalui kerajinan dan kecekapan beliau dalam memantau situasi ekonomi setiap hari, supaya tindakan segera dapat diambil untuk menangkis sebarang ancaman dan memperbaiki keadaan, jika perlu.

Sekiranya Malaysia tidak melaksanakan langkah-langkah unorthodox pada bulan September 1998, sebahagian besar syarikat perniagaan akan menjadi muflis. Kadar faedah yang tinggi akan meningkatkan tanggungan hutang mereka. Apabila mereka jatuh seperti domino, bank-bank dan institusi kewangan akan runtuh kerana hutang tidak berbayar (NPL) yang terlalu besar. Apabila bank-bank runtuh, kekangan kredit akan menjadi lebih parah, menyebabkan syarikat-syarikat yang sedia maju tidak mendapat pinjaman. Perniagaan mereka akan menguncup dan akhirnya mereka juga akan terjejas teruk. Seterunya Kerajaan pula tidak akan dapat memungut hasil yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan.

Akibat kegagalan bank dan korporat, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara dan seterusnya satu lagi kitaran kegagalan syarikat dan bank akan menyebabkan satu lagi pusingan pengangguran. Inilah apa yang dikatakan kitaran ganas. Apabila jumlah pengangguran meningkat, jalinan sosial di Malaysia akan terungkai dan seterusnya menyebabkan kegawatan sosial dan politik. Ini akan menyebabkan dana dari luar tidak masuk ke Malaysia, kerana pelabur asing tidak akan masuk ke dalam negara yang tidak menentu kestabilan sistem politiknya. Dalam tahun 1997 dan 1998, senario ini adalah satu bencana yang menunggu masa untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana kebijaksanaan Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998.

Negara-negara jiran kita juga kembali pulih kerana Malaysia melaksanakan kawalan pertukaran asing terpilih. Beberapa bulan sebelum 1 September 1998, pengurus hedge funds telah merancang untuk melemahkan kadar ringgit kepada RM5 bagi setiap AS$1, dan mengambil tindakan yang sama terhadap mata wang Thailand, Indonesia dan Korea Selatan.

Mereka telah pun mula melaksanakan rancangan ini sedikit demi sedikit. Apabila Malaysia secara mengejut melaksanakan pelan tindakannya pada 1 September 1998, mereka panik dan bukan sahaja membeli semula ringgit, tetapi juga mata wang negara-negara rantau ini. Paling penting, mereka terpaksa membatalkan rancangan serangan tersebut dan tidak berani membuat serangan sedemikian sehingga sekarang. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa langkah Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada bulan September 1998 bukan sahaja telah menyelamatkan Malaysia tetapi juga negara-negara di rantau ini.

Satu lagi kesan positif kepada Korea Selatan, Thailand dan Indonesia berikutan langkah-langkah kawalan pertukaran asing yang dilaksanakan Malaysia ialah sikap IMF dan negara-negara Barat. Atas sebab-sebab yang telah kita ketahui, IMF dan lain-lain negara Barat tidak mahu kawalan mata wang asing Malaysia berjaya kerana kejayaan langkah berkenaan akan menjejaskan kredibiliti dasar globalisasi dan pasaran bebas yang mereka perjuangkan. Oleh itu, bagi IMF adalah penting untuk memastikan Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, yang tidak melaksanakan kawalan pertukaran asing dan sebaliknya menerima bantuan IMF, menghasilkan kejayaan yang jauh lebih baik daripada Malaysia. Ini dilakukan, bukan kerana IMF benar-benar mahu negara-negara tersebut berjaya, tetapi hanya untuk menunjukkan bahawa cara yang dipilih oleh Malaysia adalah salah. Bagi Malaysia, lebih banyak bantuan yang diberikan oleh IMF kepada negara-negara ini adalah lebih baik. Ini bukan sahaja dari segi kemanusiaannya, iaitu ingin melihat jiran kita makmur, tetapi juga dari segi kepentingan Malaysia sendiri, kerana kemakmuran jiran-jiran kita akan meningkatkan perdagangan serantau dan kestabilan politik serantau yang akan menguntungkan Malaysia.

Kemenangan Malaysia

It was the worst of times. It was the best of times. Ungkapan ini mungkin diucapkan oleh penyair untuk menggambarkan tempoh dua tahun yang diharungi negara mulai Julai 1997, apabila krisis kewangan di Asia mula menunjukkan belangnya. Ia adalah satu tempoh yang paling perit berikutan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia semasa melalui tempoh ini.

Ia juga adalah satu tempoh yang paling menarik kerana ia menampakkan beberapa kualiti terbaik Dr. Mahathir Mohamad khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia adalah satu jalinan masyarakat yang kukuh yang mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk menerima gegaran serta kejutan, bahkan tabah menghadapinya.

Dr. Mahathir Mohamad telah beberapa kali menegaskan bahawa satu pengajaran dari krisis 1997 - 1998 ialah kita perlu mempersiapkan dan memperlengkapkan diri supaya kita mempunyai daya ketahanan yang cukup kuat untuk menangkis dan menangani krisis-krisis kewangan dan serangan ekonomi yang berlaku pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa kebanyakan krisis kewangan dan krisis ekonomi adalah di luar kawalan kita. Ia muncul dengan tiba-tiba dalam bentuk dan pola yang sukar diramalkan. Apa yang mustahak, mengikut pendapat Dr. Mahathir, ialah jika berlaku krisis, kita mesti mempunyai keyakinan yang kuat untuk melakukan sesuatu yang dianggap mustahil, dengan syarat ia dilakukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Kita akan berjaya sekiranya kita bijaksana, berakhlak dan berani sepertimana yang ditegaskan oleh filasuf Kung Fu Tze: Yang bijaksana tidak keliru, yang berakhlak tidak gundah gulana, yang berani tidak gentar.

Kita tidak harus mengharapkan apa-apa pujian daripada negara-negara barat atau media-media mereka kerana kita melakukannya bukan untuk mendapat pujian atau untuk memuaskan hati mereka. Kita melakukannya kerana kita tahu bahawa apa yang kita lakukan adalah langkah yang tepat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat keseluruhannya.

Dalam melaksanakan pelan unorthodox pada bulan September 1998, Dr Mahathir telah membuktikan bahawa sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh secara teratur, berpasukan, berstrategi dan terancang, adalah tidak mustahil untuk menentang lawan kita yang jauh lebih gagah dan perkasa daripada kita dengan cara kita sendiri.

Satu lagi pengajaran, khasnya daripada krisis kewangan 1997 - 1998, yang selalu ditekankan oleh Dr. Mahathir Mohamad, ialah proses globalisasi tidak semestinya membawa kemakmuran kepada kesemua negara di dunia ini. Di peringkat awal, pelonggaran halangan perdagangan, dasar perniagaan mata wang yang bersifat antarabangsa dan aliran modal jangka pendek yang tidak terbatas dianggap satu perkara yang membawa manfaat kepada negara maju dan negara membangun. Namun apa yang dianggap baik kepada negara maju tidak semestinya baik untuk negara membangun. Krisis kewangan, yang hanya membabitkan negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, membuktikan tesis ini dengan jelas. Ini bermakna proses globalisasi yang dicanangkan oleh Barat perlu diselidiki serta dikaji secara halus dan bijaksana sebelum kita menerimanya bulat-bulat.

Sungguhpun kita telah berjaya memulihkan ekonomi negara, Dr. Mahathir Mohamad telah menyedarkan kita bahawa kita tidak boleh berlapang dada dan merasa lega. Perjalanan kita masih jauh. Tugas kita masih banyak lagi. Kita perlu memakmurkan kembali Malaysia agar ia dapat mencapai taraf negara maju, membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi, dan menjana satu budaya bangsa yang murni, sanggup bekerja keras dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Kejayaan kita dalam pertembungan antara globalisasi dan kawalan modal adalah satu pencapaian yang boleh kita banggakan, kerana kita, melalui kepimpinan dan kebijaksanaan Dr. Mahathir Mohamad, dapat mengelak daripada menjadi negara penerima Dana IMF. Tetapi kita harus bersedia setiap masa dan sentiasa beringat setiap waktu supaya krisis yang sama, sekiranya datang kembali, boleh ditangani dengan pendekatan dan langkah-langkah yang matang, kreatif dan bijaksana.

Kesimpulan

Dalam kehidupan setiap pemimpin, ada beberapa ketika yang merupakan saat-saat penuh genting, bererti dan bermisteri. Saat-saat di mana seseorang pemimpin membuat keputusan penting yang akan mencorakkan kehidupan bangsanya di kemudian hari. Dr Mahathir Mohamad sudah tentunya telah melalui banyak saat-saat seperti ini dalam masa 22 tahun beliau memimpin negara tercinta. Antara saat-saat seperti ini, 1 September 1998 merupakan saat yang penuh rahmat untuk bangsa Malaysia. Pada tarikh tersebut Dr Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, telah mengambil keputusan berani untuk melaksanakan pelan tindakan unorthodox dan sekaligus menyelamatkan Malaysia.


Friday, September 07, 2012

KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS ...


Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudah pun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami untuk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu-tunggu kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan-rakan kami lain yang mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yang kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yang zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yang sebenar.

Panelpanel yang datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang-calang orangnya seperti Arwah Ustaz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustaz Siddiq Noor, Ustaz Azizan (MB Kedah sekarang), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara-perkara yang salah! Mana-mana ibubapa yang melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari sahaja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brainwash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan untuk menyokong PAS dan jika tiba masanya untuk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yang penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (baca PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dengan jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan-tuan semua bersama dengan kami?" Kami yang sedang mabuk dengan candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brainwash untuk menjadi tentera-tentera militan PAS. Kami diajar untuk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana... kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrasi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan. Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fakulti Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa sistem khalifah/daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sistem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc.. tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS... sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus.. Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah... sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan dirolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri daris segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam,  rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam... banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belum pun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahu pun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.

-Rahman Kadir-


Saya ingin menambah beberapa perkara yg disebutkan oleh sdr Rahman Kadir sebelum ini. Saya mulakan dengan kata2 Saidina Umar yang lebih kurang berbunyi:

“Setiap manusia yg lahir dr rahim seorang ibu dilahirkan sebagai seorg yg merdeka”.

Oleh itu, saya ingin... menyatakan bhw kami sebelum ini menyertai PAS sebagai seorang yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri, dan kami keluar dari PAS juga sebagai seorg yg merdeka dengan kehendak hati kami sendiri. Kedua-dua keputusan dibuat berlandaskan ilmu yang ada pada ketika keputusan yang dibuat.

Perkara ini saya harus tegaskan kerana mereka yang masih mengikuti gerakan PAS ini terutamanya yang mengikuti gerakan ini di kampus, saya kurang yakin sebahagian besarnya bahawa jika tidak kerana dipaksa mengikuti program Tamrin Panjang, melakukan bai’ah, mereka akan terus beriltizam dengan PAS. Ada di antara mereka yg beriltizam kerana kawan-kawan, isteri mereka juga dari jamaah ataupun golongan yang sama dan juga persekitaran. Andaikata mereka diberi peluang memilih dalam keadaan merdeka, maka mereka akan sudah lari dari azali lagi. Ceritera ini bukan untuk mengangkat diri sendiri dalam bakul, tetapi untuk menolak tuduhan dan juga tanggapan bahawa kami masuk PAS dahulu kerana NADI kuat ataupun PAS kuat. Walhal di zaman itu, anda fikir sendiri, berapa ramai org PAS yg anda jumpa dalam batch anda?

Saya harus tegaskan bhw saya telah berintima’ dan mengenali PAS seawal dari sekolah rendah lagi. Mungkin bunyinya terlalu awal, tetapi itulah hakikatnya. Rakan-rakan yang membaca nukilan ini, masih teringatkah anda tentang pimpinan Arwah Haji Yusof Rawa (kemudian menjadi Mursyidul Am semasa pimpinan Arwah Ust Fadzil?), bagaimana peristiwa Memali berlaku melalui buku CN Afghani, penubuhan CCC sekitar tahun 1986 yang menyaksikan penubuhan kelab penyokong Cina, pergolakan Team A dan team B yang menyaksikan pengharaman UMNO dan muncul parti Semangat 46. Sahabat-sahabat tahukah bahawa Parlimen Johor Bahru yang saudara2 kata mustahil PAS boleh menang, pernah menyaksikan UMNO kalah di tangan Dato’ Shahrir Samad dari team B yang telah menjadi calon bebas dengan lambang kunci. Sahabat2 semua mungkin sekadar tgk kartun transformer, ninja turtle, tapi saya sudah ikut perkembangan politik semasa ketika itu melalui pembacaan Harakah, Watan dan beberapa akhbar tabloid politik di ketika itu.

Ku Li yang dinobatkan sebagai ketua Angkatan Perpaduan Ummah sebagaimana Anwar hari ini, mendapat inspirasi dari kekalahan parti kongres kepada Bharatiya Janata party (BJP) untuk mengalahkan kerajaan UMNO baru pada pilihanraya 1990. Masihkah ingatkah sahabat2 bahawa jikalau tidak kerana tengkolok salib yg dipakai oleh Tengku Razaleigh, tentu PM selepas pilihanraya 1990 adalah Ku Li bukannya Mahathir. Sahabat2 ingat tak lagi siapa MB Kelantan sebelum TG Nik Aziz, MB UMNO namanya Mohamed Yaacob.

Sahabat-sahabat bolehkah ingat ttg Isu Kerpan, di mana tanah2 org kampong di Kedah diambil oleh kerajaan BN Kedah utk membangunkan ladang ternakan udang dengan joint venture Syarikat Bin Laden? Hero isu ini adalah Mat Sabu.

Saya boleh teruskan lagi semua2 cerita2 lain, tapi cukuplah setakat itu dari segi itu. Saya telah faham dengan hakikat bhw melaksanakan hukum hudud itu adalah wajib dan menegakkan Negara Islam itu adalah wajib seawal itu. Untuk umat kembali menjadi umat yg kuat seperti mana di zaman kegemilangannya kita harus kembali kepada Islam secara keseluruhan. Mungkin yang masuk sekolah ugama ketika itu pun tak faham benda2 seperti itu. Saya tidak katakan semua tidak faham, tetapi anda semua lebih tahu dari saya, cuba tanya balik di tahun 90-95, apakah fikrah anda?

Selain itu, saya kenal mana satu BMB dan mana satu NADI sebelum mencecah masuk ke kampus UM. Masih terang di ingatan saya, Sdr Khairuddin Mohd, Presiden PMUM 1995, diangkat dan dijulang di TV3. Saya berasa hairan, kenapa TV3 menjulang Presiden PMU yang sedang berdemonstrasi, suatu perkara yg ajaib. Bila diperiksa, barulah diketahui bahawa mereka ini adalah proksi Anwar di kampus dan TV3 sendiri dikuasai oleh Anwar.

Saksi yg kepada pengetahuan saya tentang politik kampus ini, adalah (bakal) naqib saya sendiri, Ust Burhan Che Daud yang saat itu juga mengikuti haluansiswa (sebagai pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam). Soalan saya kepadanya sebagai kepastian, yang pegang PMU tahun 1996, siapa? BMB ataupun Nadi. Beliau terkejut kerana soalan itu datang dari seorg pelajar Asasi yang sepatutnya tidak tahu apa2 tentang politik kampus. Masih segar di ingatan saya, seorg sahabat yang sama2 bertuisyen dengan saya di Taiping, mengetuai upacara sorakan bg pihak Kolej beliau, di masa yg sama Pres. PMU dari BMB ketika itu (1996) turut menjadi Pembantu Pelajar Kolej berkenaan.

Perkara saya yg membuatkan saya beriltizam membantu NADI adalah apabila sekumpulan pelajara Akademi Islam mengadu mereka dipaksa mencukur janggut oleh pembantu2 pelajar Kolej kedua kepada pimpinan PMUM. Namun balasan dari Presiden PMU ketika itu hanyalah ini masalah masing2. Saya melihat betapa lemahnya dan betapa tidak perihatinnya pimpinan PMU yang ada.

Rakan saya, Abdul Rahman masih pekat UMNOnya, di hujung minggu haluansiswa, kami bertukar pendapat ttg politik Negara, dan menceritakan kewajipan menegakkan hukum Islam. Beliau tidak percaya dan saya mengusulkan agar dibawa ke pengetahuan Ust Burhan. Dalam usrah kami yang pertama, kami terus mengajukan soalan itu. Sebenarnya, ini sudah langkau silibus, tetapi dijawab oleh ust Burhan. Dan saudara Abd rahman menerima hujah saya dan bermula dari situ beliau menjadi seorg penyokong PAS sebagai seorg manusia yang bebas dan menerima hujah yang berdasarkan ilmu.

Saya sendiri dalam pengenalan pelajar2 Asasi di Kolej Pertama tidak menyembunyikan ideologi politik saya. Begitu juga dengan fikrah ini, saya selesa dengan abg2 senior JKP Kerohanian dan Etika. Boleh lepak dengan mudah sebab frekuensi kami sama.

Bagi kami, ujian kami yang pertama di Universiti Malaya secara praktikal bg menegakkan Islam adalah pilihanraya Asasi. Kami tahu bahawa ada terdapat dua pasukan, satu kumpulan senior2 yg mengikuti Usrah diketuai oleh sdr Fauzul Naim, dan satu lagi senior yang berpusat di Kolej Ke Lapan diketuai oleh Sdr Sattar Hussin. Benar, sokongan pelajar2 tahun 1 diperlukan utk memastikan Asasi dikuasai oleh kelompok usrah yang pro PMI. Kami melihat ketika itu sokongan kepada pelajar2 usrah semasa merosot, kempen pihak Sattar cukup hebat dan menarik perhatian pelajar2 tahun 1 Sains hayat terutamanya. Pihak senior usrah, masuk di saat yg salah dan ramai pelajar hayat ketika itu sudah pun keluar. Kempen mereka tidak sampai ke audiens yg ada.

Pulang dari Kolej, saya dan Rahman serta beberapa anak usrah lain tidak puas hati. Kami bertekad, apa2 pun kami akan pastikan kumpulan A Bulat (grup anak surah) akan menang. Sdr Rahman mmg terkenal sebagai pendebat Malacca High School. Di pagi Jumaat, Sdr Rahman telah berada di hadapan dan berkempen meminta agar grup A bulat ini diberi peluang utk memegang jawatankuasa di Asasi dan kami menyerahkan handbill2 kepada kawan2 lain supaya menyokong calon sokongan kami, akhirnya, hanya jawatan Presiden Asasi sahaja dipegang oleh Sdr Sattar, dan lain2nya dikuasai oleh grup A bulat. Ini merupakan kejayaan pertama kami dalam politik kampus (sambil tidak menafikan usaha oleh pemain2 sebenar di sebalik grup A Bulat).

Kejayaan ini memberikan satu makna besar kepada PMI dan NADI, kerana kemenangan di Asasi memberikan satu isyarat kepada pilihanraya kampus. Benar, telahan naqib kami (selepas Abg Burhan), Abg Norhisyam Ismail, PMU telah dikuasai oleh NADI/PMI, BMB yang dipimpin oleh Sdr Fakhrul Razi Ibrahim yang mengetengahkan Sdr S Ramlee sebagai bakal Presiden kecundang. Semua kerusi umum, tumpas kepada NADI. Sdr Zainul Azizi diangkat sebagai Presiden PMU dr NADI. Ust Abu Zaki sebagai mantan Pres PMI ketika itu boleh berasa bangga kerana ground worknya sudah berhasil. Pres PMI ketika itu, Ust Anwar Ridwan Zakaria (juga naqib kami kemudiannya) membuka lembaran baru pemerintahan PMI dan NADi di kampus Universiti Malaya. Maka, bermulalah era pemerintahan NADI tanpa kalah sehinggalah tahun 2004/2005. Nadi bertukar nama kepada Gagasan, Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya dan saat ini Pro-Mahasiswa.

Usrah2 dan tamrin2 yg kami ikuti pada mulanya tidak menampakkan hala tuju ke arah menjadikan PAS sebagai jamaah yang patut kami serahkan jiwa dan raga kami. Atas nama untuk mengajar agama, maka pelajar2 Asasi dan juga fakulti diajak menyert...ai usrah. Masih segar lagi di ingatan kami, tamrin kami yang pertama memang penuh “hiburan” . Naqib2 di Kolej Pertama pun turut mengadakan outing seperti ke Taman Tasik Titiwangsa. Inilah cara bagi mereka mendekati pelajar-pelajar asasi dan juga fakulti.

Namun, semakin lama, nilai ‘hiburan’ itu semakin luput. Mereka yang benar2 berminat dgn agama dan berdisiplin dalam tarbiyyah sahaja yang akan kekal, yang lain2 akan lupus ditelan zaman. Sebelum itu, ada sahabat2 yg keluar 3 hari dengan gol. Tabligh. Ada yang rapat dgn pimpinan ABIM di kampus (utk yg berada di 2nd College), yg di 4th mula berjinak dengan JIM. Ada juga sahabat yg dipesan oleh ustazah di sekolah utk mencari naqib JIM yakni ustaz Alias Osman. Namun, akhirnya mereka masuk ke usrah PAS dan mengikuti bai’ah dengan pimpinan PAS.

Dalam tamrin kedua tidak pun sebelum Tamrin Panjang, anak usrah disuruh memilih jamaah yg benar. Hadith2 Nabi dikeluarkan, untuk menyokong bahawa PASlah jamaah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Bagi rahman dan saya, jemaah mana lagi? Mungkin bg sahabat2, ada yg masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya, sebab dalam borang taaruf dalam Tamrin panjang, ramai yang meletakkan tokoh yang dihormati sebagai Anwar Ibrahim ataupun Tun Mahathir.

Sebenarnya, yang membuatkan kami bersungguh2 untuk menyertai Tamrin panjang (selepas ini dirujuk sebagai TAMPAN) kerana perkara ini dibocorkan oleh salah seorang senior kami (dirahsiakan identitinya) apabila beliau yang sekolej haluansiswa di kolej ketiga dgn saudara Rahman telah memecahkan perkara ini. Sepatutnya ia adalah rahsia, tetapi kerana sebab tidak mahu Rahman tercicir, maka dibukakan rahsia ini supaya Rahman tidak lari dr gerakan usrah dan tamrin. Rahman pula memberitahu saya tentang adanya TAMPAN iaitu di mana akhirnya terdapat upacara bai’ah walaupun sebelum sampai ke tahap itu, terdapat mental and physical torture walaupun tidaklah sehebat tentera, namun, jikalau diketahui oleh sahabat2 yg lain, nescaya mereka akan lari.

Namun, disebabkan kami benar2 ingin menyertai PAS, maka ini menyebabkan kami lebih bersemangat utk menyertai usrah dan tamrin. Ini berlaku sebelum peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sekitar tahun 1997. Namun, bayang2 berakhirnya kuasa hegemoni UMNO sudah kelihatan dengan tumpasnya UMNO di parlimen Arau pada tahun tersebut dengan calon PASnya, Ust Hashim Jasin.

Sebenarnya gerakan sirr ataupun rahsia ini wujud juga di Asasi tetapi secara longgar. Di antara cuti semester, kami telah menyertai TAMPAN yang dibuat di Taman Melewar. Naqib saya sendiri membawa saya ke sana dengan menaiki motorsikal. Kami tidak dibenarkan menelefon sesiapa (almaklumlah zaman pra-henfon) dan diminta utk berbohong tentang lokasi dan program yang kami ikuti kepada ibu bapa. Saya tidak akan menceritakan dengan lebih lanjut kerana kebanyakannya telah dimuatkan dalam nota ini.

Apa yg saya hendak beritakan, bahawa tamrin panjang ini telah menjadikan kami ahli PAS sebenar dengan mengikuti jalan tarbiyyah. Di sini, tiada pengecualian kredit, mereka yang pernah mengikuti modul yg sama di Universiti lain ataupun di Kolej Islam Kelang perlu mengikuti semula tarbiyyah UM. Keluar dari TAMPAN, menjadikan kami org2 yg semangat dengan perjuangan PAS.

Setelah beberapa ketika, saya berpeluang mengerjakan umrah bersama bapa saya. Kebetulan isu pemecatan Anwar masih hangat. Saya sempat bertemu dengan Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru saja dilepaskan dari tahanan ISA dan terus mengerjakan umrah bersama anak kecilnya. Di Tanah suci, saya mendapat gambaran Islam yang berbeza dari apa yg saya temui sepanjang tarbiyyah saya dengan PAS.

Islam tidaklah keras seperti mana yang saya hayati melalui tarbiyyah2 dalam PAS. Saya melihat Tuan Guru Melayu di Masjid Mekah juga tidak menyertai PAS dan mengatakan PAS seharusnya berusaha menghapuskan syirik dan khurafat dahulu. Mungkin beliau tidak mahu audiens lari, kerana menyedari suasana yg marak dengan isu Anwar.

Kembali ke tanah air, saya dibawa menyertai tamrin khusus untuk pimpinan PMI sahaja. Terdapat beberapa insiden yang membuatkan saya terfikir dan saya membuat bandingan di antara suasana di Tanah Suci dan juga apa yg berlaku semasa tamrin tersebut.

Di sini, kepercayaan saya terhadap PAS mula terhakis, walaupun saya sendiri melihat ada beberapa perkara yang mula tidak kena. Kepercayaan kami bahawa PAS lah jamaah yang sah, membuatkan kami terus bersama dengan PAS. Mungkin Rahman lebih awal, tetapi sebelum ini pun kami menyoal tentang beban kerja jamaah yang tidak seimbang apatah lagi kepada pelajar perubatan. Sistem yang dibina tidak menguntungkan pelajar2 di luar Akaedmi Pengajian Islam.

Keraguan ini ada, seperti bola salji yang turun dari gunung yang tinggi. Kami cuba untuk tidak menyoal kerana bimbang ini hanyalah bisikan syaitan. Jika PAS tidak betul, kami risau pula, silap2 kami boleh jatuh shahadah kami. Tetapi, hati semakin tidak puas, melihatkan nasib rakan2 yg beban akademik semakin berat. Kami tidak berbincang tentang siapa yg akan dapat score A, tapi kami berbincang sapa yang lulus dan siapa yg tidak di bwh pemerhatian dekan.

Itu sebab, saya selalu menggelarkan zaman di kampus sebagai zaman gelap. Alhamdulillah, sebab “tamadun” kami tinggi, kami masih mampu bertahan. Ibarat billionaire, harta ditarah, tidak luak. Tetapi, ramai sahabat2 yg tidak bernasib baik. Dahulu di Asasi, kamilah pusat rujukan ilmu, tetapi di fakulti, kami tidak lagi. Malah, kami terpaksa menadah pula bantuan untuk terus hidup.

Masalah akademik yg meruncing menyebabkan kami perlu bertindak. Ikutkan, kami boleh buat sikap, apa aku kesah. Kami tidaklah bawah pemerhatian dekan, result pun ok berbanding kawan2, tetapi disebabkan kami merasakan Islam tidak zalim, maka kami mula merangka strategi utk merubah nasib pelajar2 PMI yg bukan ustaz ini. Mungkin sahabat2 yg membaca ini lebih mengangkat org2 yg kurang bersimpati dengan ada sekelian dan memusuhi kami, walaupun sebenarnya kami tidak perlu bersusah payah memikirkan kesusahan kalian walaupun kami ini secara akademiknya, survivor.

Pada mulanya, ada di antara org2 yg berpengaruh bersimpati dengan perjuangan kami ini, tetapi disebabkan hasutan, dia mula menyerang rayuan kami. Kami ketika itu sudah menjadi senior, sebaya dengan pimpinan yang ada ketika itu. Ketika yg sama, saya dilantik menjadi Presiden AKIUM, di sana saya membina Utopia saya sendiri, sesuai dengan kesibukan akademik seorg pelajar kejuruteraan. Akademik menjadi keutamaan, Alhamdulillah saya rasa ia menjadi. Di situ, saya cuba membawa imej dengan berpegang jati diri sebagai seorg Muslim sejati, kita akan berjaya. Semboyan ini berjaya ditanamkan di kalangan ahli2 AKIUM tidak mengira apa fahaman. Namun, kesetiaan kami masih kepada PMI. Secara politik kami masih bersama PMI dan Gagasan. Walaupun begitu, oleh kerana mungkin kurang berguna dari segi politik utk PMI, kami dipinggirkan. Gerai konvo diletakkan jauh, dan diutamakan gerai anak Kelantan, Sajian Bonda mendapat 2-3 lot di tempat strategic, padahal kami di atas bukit. Yg menentang PMI lebihlah buruk nasibnya. Melihat beberapa ketidakadilan, kepercayaan terhadap gerakan PAS di kampus semakin luntur, namun, kami tiada jalan melainkan untuk terus bersama dengan mereka. Barangkali, PAS di UM kejam, zalim dan autokratik, tetapi di luar sana, bagus dan merekalah tempat umat utk mengadu nasib dan cemerlang andaikata mereka memerintah Malaysia.

Senasa menjadi Pres AKIUM, saya berkenalan dengan prof Zaki. Dan kisah seterusnya adalah sejarah dan telah dimuatkan di dalam nota Rahman di atas. Cumanya, usrah yg menjadikan Prof sebagai naqib kami disetujui oleh Timbalan Pres PMI dan juga di bawah pengetahuan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulamak.

Selepas berkhidmat dengan AKIUM, saya dan beberapa rakan setia, ingin menubuhkan satu rumah bersama untuk membantu pimpinan AKIUM sebagai badan penasihat. Saya sangka semuanya sebulat hati, tetapi salah seorang yang kami rasa yang paling warak dan jujur di kalangan mereka yg ditarbiyyah, berpaling tadah. Saya dan timbalan saya, Sdr Ahmad Rizal, terpaksa merempat beberapa hari, sehinggalah diselamatkan oleh seorg tutor di kejuruteraan mekanikal untuk bersama menjadi ahli rumah mereka. Bagi saya, jika seorg ahli yg paling baik pun boleh mengkhianati janji setia ini, apa sgt dengan org lain?

Pemecatan Prof Zaki, seorg saya kenal bukan sahaja tidak pernah mengambil loan bank, tetapi juga loan govt., membuatkan saya hilang kepercayaan secara total kepada PAS. Namun, yang masih mengikat saya adalah hukum syarak. Prof Zaki sebelum dipecat sudah 2 kali digantung keahlian oleh PAS. Tetapi, dia masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut, beliau tidak dipanggil utk bicara.

Saya Alhamdulillah telah diberi peluang oleh kerajaan Malaysia utk menyambung pengajian di peringkat Masters di UK dalam keadaan masih menyokong PAS. Bagaimana saya ‘convert”, diceritakan di dalam nota atas.

Di sini, saya ingin rakan2 berfikir bahawa sokongan kami terhadap PAS, bukanlah disebabkan paksaan, tetapi disebabkan oleh kesedaran dan ilmu. Mungkin akan ada yg berkata, bukankah ini flip-flop? Tidak, kerana ia dibuat bersandarkan pengetahuan dan maklumat yg ada. Dari saat, saya tidak menyokong PAS sehinggalah ke hari ini, tiada dalil syarak yg boleh menggoyahkan pegangan saya dan sdr Rahman. Jika ada sesiapa yg ada dalil, silakan. Saya sudah menanti dr tahun 2003 sehingga sekarang, belum ada lagi, bukan kami menanti seperti tunggul tetapi kami keluar dan mencari. 8 tahun, maka dalam tahun ke-8 ini, kemukakanlah dalil bukannya dalih. Jika anda di pihak yg benar, maka saya tidak ada masalah utk masuk semula ke dalam PAS, tetapi jika tidak ada, hitungkanlah di mana akhirnya kalian di akhirat kelak, setelah hujah ditegakkan.

Janganlah kerana cintakan teh-o, karipap dan bihun kering, anda buang hadith yg sahih utk kepentingan mata dunia yg sedikit.

-Nashrul Fazli-

(Dr Nashrul Fazli merupakan rakan karib kepada Dr Rahman Kadir)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Gajah Depan Mata Tak Nampak'

::: Pro-Pakatan Harapan :::

Rujukan Produk & Makanan Halal

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

Kunjungan Terkini

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU