Saturday, June 25, 2011

Tuntutan-Tuntutan IFC



Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama)

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



(Sumber - The Flying Kick)

Sunday, June 12, 2011

Surat Kenyataan Balas Tun Dr Mahathir Berhubung Hukum Hudud PAS



PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Thursday, June 09, 2011

Negara Islam PAS


********************************************************************************
1


NEGARA

ISLAM

PARTI ISLAM SEMALAYSIA

(PAS)

********************************************************************************
3

Cetakan Pertama

Sya’ban 1424 / Oktober 2003


hakcipta terpelihara

tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian dan kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan apacara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit


Diterbit dan diedarkan

oleh

PARTI ISLAM SEMALAYSIA

(PAS)


Dicetak oleh

Brotsis Info System
312-B, Kompleks Diamond, Bangi Business Park
43650 Bandar Baru Bangi
Tel : 03-8921 0945 Fax : 03-8921 0946 H/S : 016-3727 145
E-mail : bis_brotsis@hotmail.com

********************************************************************************
5

(Surah Al-Haaj : 41)

Maksudnya : "Iaitu mereka yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebajikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara mungkar, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."
********************************************************************************
7

(Surah an-Nisaa' : 58)
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil, Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.”
********************************************************************************
9

Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya : “Hendaklah kamu dengar dan taat walau pun jika kamu diperintah oleh hamba berbangsa Habsyi, rambutnya berkerinting seperti buah anggur kering, selama mana dia berpegang kepada Kitab Allah ‘Azza wa Jalla.”
********************************************************************************


KANDUNGAN


Kata-kata Aluan Presiden PAS (Muka 11)
Muqaddimah (Muka 15)
Tasawwur Negara Islam (Muka 21)
Dasar Utama Pemerintahan Islam (Muka 25)
Ciri-Ciri Utama Negara Islam (Muka 43)
Beberapa Polisi Umum Negara Islam (Muka 47)
Penutup (Muka 53)
********************************************************************************
11

Kata-Kata Aluan

Presiden Parti Islam se Malaysia

(PAS)


Saya bersyukur ke hadrat Allah swt atas rahmat dan izinNya PAS berjaya menerbitkan suatu dokumen yang sangat penting dalam sejarah perjuangan PAS di waktu seluruh masyarakat menanti-nantikan kehadirannya. Dengan terbitnya dokumen ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikitpun untuk menubuhkan Negara Islam di Malaysia. Sesungguhnya kewajiban menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajiban melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kepada kaedah fiqh yang makruf : Maksudnya, “Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka yang itupun menjadi wajib.”

********************************************************************************
12


Di atas kesedaran itulah PAS telah memperjuangkan Islam sebagai “Ad-deen wad-daulah” agama dan negara yang ditegakkan di Negara Malaysia yang tercinta, yang diasaskan di atas prinsip-prinsip syariat berpandukan firman Allah swt:

(Surah al-Maa’idah, ayat 48)
Maksudnya, “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu,
********************************************************************************
13

Kami jadikan (tetapkan) suatu syari’at dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”

Hasil dari penat lelah dan usaha berterusan yang telah dilakukan oleh seluruh peringkat pendukung-pendukung PAS, konsep Islam yang syumul telah diterima oleh seluruh masyarakat. Benarlah firman Allah swt:

(Surah an-Nisa’, ayat 65)
Maksudnya, “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhmmad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa dihati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”
********************************************************************************
14


Cita-cita untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara telah membuahkan hasilnya apabila Kelantan dan Terengganu berjaya diperintah oleh PAS. Dengan kejayaan itu Islam telah dipraktikkan dalam pemerintahan dan pentadbiran di dua buah negeri tersebut dalam bidang kuasa undang-undang yang dibolehkan, dengan mengambil kira sekatan-sekatan dan halangan-halangan yang terpaksa dihadapi.

Adalah diharapkan dengan tersebarnya dokumen Negara Islam ini, akan jelaslah kepada masyarakat Malaysia konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini, sekaligus dapat menjelaskan tasawwur Negara Islam yang hakiki (tulen) bukan taqlidi (saduran). Seandainya PAS diberi mandat untuk memerintah Malaysia, Insya’ Allah, sebuah Negara Islam seperti yang digariskan dalam dokumen ini akan dilaksanakan sebaik mungkin.


“MENUJU KEMENANGAN”

ALLAHU AKBAR!!


Yang benar

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Presiden

Parti Islam se Malaysia (PAS)

Sya’ban 1424 / Oktober 2003

********************************************************************************
Negara Islam
15


MUQADDIMAH

1. Islam adalah Agama atau ad-Deen (satu cara hidup) yang sempurna-lengkap, diwahyukan oleh Allah swt bukan sahaja bagi memelihara kemaslahatan seluruh manusiabahkan seluruh alam ini. Allah swt berfirman dalam al-Qur'an:

(Surah Al-Anbiyaa', ayat 107)
Maksudnya : “Dan tidaklah Kami utus engkau (Wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”
2. Dari kefahaman dan keyakinan sesungguhnya Allah swt adalah Pencipta dan Pengatur alam ini, maka Allah swt jualah yang membekalkan manusia hidayah dan bimbingan bagi mengatur keseluruhan sistem hidup individu, masyarakat dan negara. Pemerintahan Islam merupakan wadah yang penting bagi menyampaikan kepada tujuan kemaslahatan manusia.

********************************************************************************
Negara Islam
16


3. PAS amat menyedari tuntutan realiti dan sensitiviti masyarakat berbilang agama, etnik dan budaya di negara ini. Sejak awal penubuhannya, PAS telah menjelaskan kedudukan Islam sebagai satu cara hidup beragama yang sempurna-lengkap, menyeluruh dan merangkumi seluruh aspek kehidupan individu, masyarakat, negara dan tatahubungan antarabangsa.

4. Sejarah politik tanah air telah menyaksikan sejak penubuhannya pada tahun 1951, PAS tetap konsisten dalam memelihara amalan dan etika demokrasi berparlimen sebagai pendekatan terbaik untuk merealisasikan cita-cita, visi dan misi perjuangan parti politik ini.

5. PAS adalah sebuah parti politik memperjuangkan Islam yang syumul menggariskan beberapa panduan utama untuk dihayati dalam melaksanakan tuntutan mendirikan negara Islam.

6. PAS sangat komited dalam memelihara kedua-dua kepentingan agama dan negara, merakamkan tujuan perjuangannya secara jelas dan nyata dalam peruntukan Perlembagaan parti dalam Fasal 5 ceraian i dan ii.

   i. “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang mengamalkan nilai-nilai hidup Islam dan hukumhukumnya menuju keredhaan Allah swt.”

********************************************************************************
Negara Islam
17


   ii. “mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.”

Dalam Fasal 7 pula, PAS menegaskan bahawa: “Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITAABULLAH dan SUNNAH RASUL serta Ijmak ulamak dan Qias yang terang dan nyata.”

7. Negara Islam telah berjaya ditegakkan dalam masyarakat majmuk sejak zaman Nabi Muhammad saw di Madinah, Khulafa' ar-Rashidin dan hendaklah dilaksanakan hinggake akhir zaman.

8. "Sahiifah Madinah" adalah merupakan sebuah piagam yang menentukan hak dan tanggungjawab secara adil kepada masyarakat majmuk dan mereka yang tinggal dalam negara.

9. Al-Qur'an dan as-Sunnah telah menggariskan asas negara Islam dalam berbagai pendekatan yang menuju kepada ketaatan kepada perintah Allah swt seperti firmanNya:

(Surah az-Zaariyaat : 56)
Maksudnya : “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.”

********************************************************************************
Negara Islam
18


10. Meletakkan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam sistem pemerintahan, pentadbiran dan perundangan adalah satu kemestian kepada sebuah negara Islam, berpandukan firman Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah an-Nisaa' : 105)
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab(Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”
11. Negara Islam adalah berteraskan hukum Allah swt yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dengan itu mustahil undang-undang yang dilaksanakan itu akan berlaku kezaliman.

12. Negara Islam adalah sebuah negara ideal yang amat dinantikan kelahirannya oleh seluruh umat manusia yang menyintai keamanan dan keadilan yang sejati.

********************************************************************************
Negara Islam
19


13. Negara Islam sebenar adalah sebuah negara yang aman makmur di samping mendapat keredhaan Allah swt. Apabila keamanan digabungkan dengan pengampunan Allah swt, maka keamanan sebenar akan lahir.

14. Muslim dituntut menyebut dalam solat: Maksudnya : “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Tuhan sekelian alam.”

Ikrar di atas yang diulangi dalam setiap kali solat, tidak ada ertinya selagi tuntutan ikrar itu tidak dipenuhi. Bagi memenuhi tuntutan itu, maka sebuah negara Islam yang sebenar perlu diwujudkan.

15. Selagi tidak ditegakkan negara Islam, maka ikrar tersebut tidak dapat dimanifestasikan dalam segenap aspek kehidupan.

16. Sistem pemerintahan Islam seperti yang telah digariskan di atas menjadi pegangan mukmin yang benar imannya demi menghayati Islam yang tulen.

********************************************************************************
Negara Islam
21


TASAWWUR

NEGARA ISLAM


Bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang syumul, iaitu yang melibatkan agama dan negara maka terbentuklah tasawwur negara Islam. Ia adalah negara yang menghayati tuntutan Islam yang sebenar dalam segala bidang, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara gambaran negara Islam adalah seperti berikut :
  • Negara Islam adalah sebuah negara kebajikan yang diasaskan di atas prinsip syara' demi mendaulatkan Islam sebagai ad-Deen yang lengkap sempurna, menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Negara Islam dipimpin oleh seorang ketua negara yang bertaqwa kepada Allah swt dan yang terbaik dikalangan ummah. Dengan kepimpinannya, negara tersebut tunduk patuh kepada perintah Allah swt dan RasulNya dalam segenap bidang kehidupan.

********************************************************************************
Negara Islam
22

  • Negara Islam adalah negara yang bertaqwa dan berbarakah, aman makmur di bawah keredhaan Allah swt seperti disebut dalam al-Qur'an:
(Surah al-A'raaf, ayat 96)
Maksudnya : "Dan (Tuhan berfirman lagi) : sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
  • Syari'at Islam menjadi pegangan utama pemerintah dalam menjalankan segala aktiviti pembangunan negara.
  • Seluruh rakyat Islam akan dididik ke arah menghayati Islam yang syumul untuk melahirkan nilai-nilai murni dalam pembangunan masyarakat dan negara. Apabila perlaksanaan undang-undang Islam berjalan dengan baiknya,

********************************************************************************
Negara Islam
23
maka lahirlah sebuah negara yang bertaqwa. Dengan bertaqwa maka berbagai perkara positif akan berlaku seperti yang dijanjikan Allah swt dalam al-Qur'an, antaranya bantuan Allah swt untuk menyelesaikan masalah yang timbul disamping kekayaan yang melimpah ruah.
  • Dengan perlaksanaan hukum Allah swt, termasuk Hukum Hudud, maka akan amanlah masyarakat dari perbuatan jenayah seperti yang dijanjikan Allah swt dalam al-Qur'an:
(Surah al-Maa'idah : 38)
Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Hukum tersebut di atas adalah hukum Allah swt yang wajib dipatuhi.

********************************************************************************
Negara Islam
24


Orang bukan Islam akan terus menikmati kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup mereka tanpa disekat atau dihalang oleh pemerintah Islam berdasarkan kepada ayat al-Qur'an:

(Surah al-Baqarah, ayat 256)
Maksudnya : “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam).”

********************************************************************************
Negara Islam
25


DASAR UTAMA

PEMERINTAHAN ISLAM


1. Negara undang-undang

Asas penting dan utama yang perlu dipegang oleh pemerintah Islam ialah melaksanakan syari'at Allah swt. Pencipta undang-undang hakiki ialah Allah swt bersesuaian dengan firmanNya dalam al-Qur'an:

(Surah Yuusuf, ayat 40)
Maksudnya : “Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

********************************************************************************
Negara Islam
26


Allah swt mewajibkan pemerintah melaksanakan apa sahaja yang diturunkan kepada mereka, dan melarang mengambil sumber lain sebagai sumber hukum. Hal ini ditekankan oleh Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah al-Maa'idah, ayat 44)
Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”
(Surah al-Maa'idah, ayat 45)
Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Maa'idah, ayat 47)
Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

********************************************************************************
Negara Islam
27


Perlaksanaan hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau Common Law. Firman Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah al-Maa'idah, 42)
Maksudnya : “Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”
Sekiranya dengan melaksanakan yang tersebut di atas dikatakan PAS tidak adil, maka ketetapan Allah swt dalam ayat ini juga tidak adil. Memberi pilihan kepada orang bukan Islam sama ada

********************************************************************************
Negara Islam
28


menerima hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir atau sebaliknya bukanlah ketentuan yang PAS berikan kepada mereka tetapi ketetapan Allah yang jelas dan nyata. Sebarang pertikaian dalam perkara ini sekali gus mempertikaikan hukum Allah.


2. Khilaafah

Manusia pertama yang diciptakan Allah swt adalah Adam dan dilantik sebagai khalifah. Khalifah dalam konteks ini adalah merupakan suatu jawatan yang dikhususkan untuk mengawal agama Allah swt dan mentadbir negara dengannya. Allah swt berfirman dalam ayat-ayat di bawah dalam al-Qur'an:

(Surah al-A'raaf, ayat 3)
Maksudnya : “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad), Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”

********************************************************************************
Negara Islam
29


(Surah Faatir, ayat 39)
Maksudnya : “Dialah yang menjadikan kamu orang-orang yang berkuasa di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kufur ingkar maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan dan juga orang-orang yang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.”
(Surah al-A'raaf, ayat 69)
Maksudnya : "Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk

********************************************************************************
Negara Islam
30

memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya."
(Surah Yuunus, ayat 14)
Maksudnya : “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.”
(Surah Yuunus, ayat 73)
Maksudnya : "Mereka tetap juga mendustakan Nabi Nuh, lalu Kami selamatkan dia bersama-sama pengikut-pengikutnya yang beriman di

********************************************************************************
Negara Islam
31

dalam bahtera dan kami jadikan mereka pengganti-pengganti (yang memakmurkan bumi) serta Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami (dengan banjir dan taufan sehingga punah-ranah semuanya). Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan ayat-ayat kami) setelah diberi amaran."
(Surah al-An'aam, ayat 165)
Maksudnya : “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Maksud khalifah ialah pengganti yang akan melaksanakan tugas yang sesuai dengan jawatan itu. Tugas sebenar manusia menjadi khalifah supaya manusia melaksanakan tuntutan Allah swt dan melaksanakan perintahNya. Seandainya manusia, terutamanya pemerintah, tidak melaksanakan

********************************************************************************
Negara Islam
32


perintah Allah swt tetapi sebaliknya menjalankan hukum ciptaan mereka, maka mereka menjadi pengkhianat amanah Allah swt dan mereka tidak layak lagi digelar khalifah. Hal ini ditegaskan oleh al-Qur'an:

(Surah al-Baqarah, ayat 30)
Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”
Dengan yang demikian, negara Islam akan menghayati tuntutan kekhalifahan manusia di muka bumi yang dengannya akan lahirlah suatu sistem Ilahi untuk kebajikan dan kemakmuran insan sejagat.


3. Taqwa

Para ulamak mendefinisikan taqwa sebagai : Maksudnya : “Mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.”

Taqwa merupakan asas penting dalam negara Islam. Dengan taqwa, rahmat Allah swt akan datang mencurah-curah, kejahatan terhindar dan masalah akan terungkai seperti yang dijanjikan oleh Allah swt dalam al-Qur'an:

********************************************************************************
Negara Islam
33


(Surah at-Talaaq, ayat 2-3)
Maksudnya : “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(Surah at-Talaaq, ayat 4)
Maksudnya : “Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.”

********************************************************************************
Negara Islam
34


(Surah at-Talaaq, ayat 5)
Maksudnya : “Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.”
Negara Islam perlu digarap secara sungguh-sungguh untuk melahirkan negara taqwa dengan pemerintahnya menjadi 'role model'. Malah seluruh sistem yang akan dilaksanakan dalam pemerintahan hendaklah memiliki ciri-ciri ketaqwaan untuk mencapai keredhaan Allah swt.



4. Syura

Islam menggunakan kaedah syura sebagai salah satu dasar pemerintahannya. Kaedah ini menepati arahan Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah asy-Syuuraa, ayat 38)
Maksudnya : “Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.”

********************************************************************************
Negara Islam
35


(Surah Aali 'Imraan, ayat 159)
Maksudnya : “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Syura dilaksanakan dalam semua hal berkaitan dengan pentadbiran dan penyelesaian masalah ummah dengan mengambil kira maslahah dan mafsadah. Syura tersebut hanya boleh dilaksanakan dalam perkara yang boleh diijtihadkan sahaja. Adapun perkara yang telah dinaskan secara qat'i, maka syura tidak boleh mengubahnya.

Syura akan menjadikan Dewan Rakyat sebagai majlis mesyuarat yang merealisasikan kebebasan bersuara melalui wakil-wakil mereka. Sementara Dewan Negara akan bertindak sebagai badan penapis dan pemutus kepada perkara yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

********************************************************************************
Negara Islam
36


5. Al-'Adaalah wal-Musaawaah

Al-Adalah bermaksud keadilan dan al-Musaawaah bermaksud kesamarataan. Keadilan dan kesaksamaan adalah satu lagi asas pemerintahan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah al-Maa'idah : 8)
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertawalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

********************************************************************************
Negara Islam
37


(Surah an-Nisaa', 135)
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekali pun terhadap diri kamu, atau ibubapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan atau pun enggan (dari menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

********************************************************************************
Negara Islam
38


Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa konsep keadilan dan kesaksamaan sebenar hanya dapat dilaksanakan apabila sesuatu pemerintahan melaksanakan Islam secara menyeluruh dalam segenap sistemnya. Keadilan dan kesaksamaan akan hanya dapat dinikmati oleh penduduk muslim dan non-muslim apabila ketentuan Allah swt dilaksanakan dengan sepenuhnya. Keadilan dari perspektif Islam tidaklah sama dengan pemahaman umum iaitu persamaan (equality) atau sama bahagi (fairness). Al-Adaalah bermaksud meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Al-Musaawaah bermaksud kesamarataan dan ini merujuk kepada persamaan status ummah dalam negara Islam. Perbezaan yang wujud adalah dari segi ketaqwaan sahaja berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw:
Maksudnya : “Tiada kelebihan orang Arab berbanding dengan bukan Arab kecuali dengan taqwa.”
Firman Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah al-Hujuraat, ayat 13)
Maksudnya : “Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu.”

********************************************************************************
Negara Islam
39


6. al-Hurriyyah

Al-Hurriyyah (kebebasan) adalah suatu nilai kehidupan yang diimpikan oleh setiap manusia. Sayyidina Umar al-Khattab pernah menyebut : Yang ertinya, “Mengapa diperhambakan manusia sedangkan mereka dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan merdeka.”

Sebelum kelahiran Islam, perhambaan ke atas manusia menjadi amalan masyarakat. Salah satu tujuan Islam diutuskan adalah untuk membebaskan manusia dari perhambaan. Negara Islam adalah negara yang mengamalkan kebebasan dan hak itu dijamin kepada rakyatnya. Di antara kebebasan yang dijamin oleh Islam ialah:

i. kebebasan akidah
ii. kebebasan individu
iii. kebebasan bersuara, berpersatuan dan berpolitik
iv. kebebasan hak milik
v. kebebasan pendidikan
vi. kebebasan beragama
vii. kebebasan mencari rezeki

********************************************************************************
Negara Islam
40


Semua kebebasan yang tersebut di atas dan lain-lain bentuk kebebasan yang tidak bercanggah dengan syara' terutama yang dijamin oleh hak asasi manusia akan mendapat tempat dalam negara Islam tanpa diganggu gugat. Allah berfirman dalam al-Quran:

(Surah al-Kahfi, ayat 29)
Maksudnya : “Dan Katakanlah (wahai Muhammad) Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.”
Kebebasan dalam negara Islam bukanlah suatu hak mutlak (absolute right) tetapi dipandu oleh peraturan yang melindungi hak orang lain yang mungkin terganggu kerana disalah gunakan. Islam tidak mengakui kebebasan mutlak kerana ianya akan mengancam dan mengganggu kebebasan orang lain.


7. As-Siyaadah wal-Haakimiyyah

Maksud as-Siyaadah wal-Haakimiyah ialah hak ketuanan mutlak (sovereignty). Negara Islam adalah negara yang mempunyai hak ketuanan mutlak yang tidak boleh diganggu

********************************************************************************
Negara Islam
41


gugat. Hak ketuanan itu adalah khusus milik Allah swt. Dialah Pencipta sebenar dan Dialah sahaja yang berhak menentukan hukum-hukum qat'i yang menjadi milikNya. Firman Allah swt dalam al-Qur'an:

(Surah Yuusuf, ayat 40)
Maksudnya : "Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
As-Siyaadah merupakan dasar utama pemerintahan yang jelas membezakan antara negara Islam hakiki (sebenar) dengan negara Islam tiruan (saduran). Dengan adanya dasar ketuanan ini jelas membuktikan bahawa manusia adalah hamba Allah swt dan dijadikan manusia untuk mengabdikan diri kepadaNya. Tanpa as-Siyaadah, manusia seolah-olah bertindak sebagai Tuhan yang mengetahui segala-galanya tanpa merujuk kepada Allah swt. Dengan as-Siyaadah juga manusia akan sentiasa bergantung dan mengharapkan rahmat Allah swt untuk mendapat sesuatu yang tidak boleh dicapai dengan kudrat manusia kerana

********************************************************************************
Negara Islam
42


kelemahannya lalu bergantung kepada Allah swt. Dengannya manusia akan menjadi hamba Allah swt untuk mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

********************************************************************************
Negara Islam
43


CIRI-CIRI UTAMA

NEGARA ISLAM


Berdasarkan kepada dasar utama pemerintahan Islam yang telah digariskan di atas, lahirlah ciri-ciri utama negara Islam. Semua ciri-ciri di bawah akan dijadikan teras dalam perlaksanaan polisi dan pembangunan negara.

Antara ciri-ciri utama itu ialah:



. Negara berdaulat

-   Kedaulatan sesebuah negara merupakan tonggak utama.
- Kedaulatan negara boleh dicapai melalui kesetiaan kepada kepimpinan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana tidak bercanggah dengan perintah Allah swt.



· Agama yang diikuti

- Sebagai sebuah negara bertunjangkan agama, kepercayaan kepada Allah swt yang Maha Kuasa merupakan ciri utama.

********************************************************************************
Negara Islam
44


- Setiap rakyat seharusnya mentaati agama masing-masing. Kepada penganut Islam, mereka tiada pilihan kecuali menghayati ajaran agama mereka dalam segenap aspek kehidupan.



· Melaksanakan syariah bagi menjamin lima asas kehidupan

i. agama/kepercayaan
ii. nyawa
iii. akal
iv. maruah dan keturunan
v. hartabenda

Dengan perlaksanaan hukum syariah, semua jenayah yang melibatkan lima perkara asas di atas akan dapat dikawal. Undang-undang ciptaan manusia terbukti gagal memberikan jaminan keselamatan dan kehormatan sebenar.



· Kesetiaan kepada negara

- Rakyat dituntut memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan negara selagi mana tidak bercanggah dengan kehendak syara'.

- Jika pemimpin gagal memikul amanah kepimpinan, rakyat berhak untuk menarik balik ketaatan mereka.

********************************************************************************
Negara Islam
45


· Pertanggungjawaban dan ketelusan

- Rakyat berhak mempersoalkan ketelusan kepimpinan di semua peringkat.

- Pemimpin bukan sahaja dipersoalkan oleh rakyat dan institusi Hisbah tetapi juga akan dipersoalkan oleh Allah swt pada hari Kiamat.



· Menegakkan makruf dan mencegah mungkar

- Prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran akan dihidupkan dalam masyarakat sehingga menjadi tanggungjawab seluruh warganegara.

- Seluruh warganegara akan menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

- Prinsip ini menjadi ciri penting yang membezakan antara sebuah negara Islam tulen dengan negara Islam tiruan.


· Negara berkebajikan

- Negara Islam sangat mengambil berat kebajikan rakyat.

- Pemimpin akan sedia mendengar segala masalah rakyat.

- Pemimpin adalah khadam kepada rakyat.


· Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

- Negara Islam akan memperkukuhkan amalan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia berpaksikan ajaran Islam.

********************************************************************************
Negara Islam
46


· Pembangunan bersepadu, progresif dan mesra teknologi

- Aspek pembangunan fizikal akan disepadukan dengan kerohanian untuk membentuk sebuah negara progresif berdasarkan kemajuan teknologi terkini.

********************************************************************************
Negara Islam
47


BEBERAPA POLISI UMUM

NEGARA ISLAM


Berdasarkan ciri-ciri utama yang telah diterangkan di atas, PAS juga akan menyusun beberapa polisi umum dalam pelbagai bidang. Segala polisi ini akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Antara aspek utama yang akan diambil perhatian serius ialah:


· Ekonomi

- Kegiatan ekonomi akan dipertingkatkan berasaskan kepada prinsip syara'.

- Rakyat bebas menjalankan kegiatan ekonomi dibawah bimbingan syariah.

- Amalan riba akan dibanteras secara berperingkat dalam semua aktiviti ekonomi.

- Memberikan peluang kepada semua rakyat terlibat dalam semua aktiviti ekonomi.

- Memastikan tiada amalan negatif seperti penipuan, monopoli, rasuah, kronisme dan nepotisme.

- Jurang antara miskin dan kaya dirapatkan.

- Pengagihan kekayaan secara adil agar tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya sahaja.

********************************************************************************
Negara Islam
48


· Pembangunan sosial

- Membentuk masyarakat berakhlak mulia.

- Membentuk masyarakat seimbang dan penyayang.

- Menyemarakkan pembangunan insan yang menyeluruh dan sistematik.

- Membentuk hubungan sosial yang sihat.

- Membentuk suasana kehidupan yang lebih sejahtera.

- Menyediakan program pembangunan sosial yang menjurus kepada semangat patriotik.

- Menekankan konsep ihsan dalam pembangunan sosial.

- Menjadikan institusi keluarga sebagai asas pembangunan sosial.


· Pertahanan

- Meningkatkan prasarana pertahanan secukupnya demi mempertahankan negara dari gangguan asing.

- Mengadakan perkongsian pintar dengan negara jiran dalam mempertahankan kepentingan serantau.

- Melibatkan seluruh rakyat dalam pasukan pertahanan negara berdasarkan kemampuan dan kesesuaian masing-masing.


· Dasar Luar

- Mengadakan perkongsian pintar dalam merangka dasar luar negara yang seiring dengan kepentingan serantau.

********************************************************************************
Negara Islam
49


- Meningkatkan semangat permuafakatan sesama negara Islam demi kepentingan bersama.

- Mempertahankan dasar luar yang bebas dan berkecuali.


· Kesihatan

- Menekankan aspek kesihatan yang lebih menyeluruh merangkumi aspek fizikal, mental dan rohani.

- Menyediakan skim perubatan dengan bayaran minimum kepada seluruh rakyat.

- Meningkatkan taraf kesihatan penduduk luar-bandar dan kawasan pedalaman.

- Menyediakan perubatan alternatif kepada rakyat

- Menekankan kepentingan usaha “mencegah lebih utama dari mengubat”.


· Pendidikan

- Menyediakan sistem pendidikan bersepadu ke arah membina insan bertaqwa dan berakhlak mulia.

- Menyediakan prasarana pendidikan agama yang sistematik dan berkesan.

- Menyediakan pendidikan asas secara percuma kepada seluruh rakyat.

- Menggalakkan pendidikan berasaskan bahasa ibunda.

- Meluaskan pendidikan bahasa ibunda.

- Mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di samping menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

********************************************************************************
Negara Islam
50


- Menggalakkan kepentingan pendidikan yang menjurus kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

- menyediakan prasarana pendidikan yang cukup khasnya di kawasan pedalaman.

- Menyediakan dasar pendidikan negara yang lebih komprehensif ke arah pembentukan negara maju.

- Menggalakkan penggunaan dan penguasaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.


· Dasar Wanita

- Memartabatkan wanita sesuai dengan fitrahnya.

- Menyediakan Dasar Pembangunan Wanita yang lebih bersepadu.

- Memberikan peluang wanita bersaing dengan kaum lelaki di bawah kawalan syariah.

- Melindungi wanita dari kemelut eksploitasi dalam segenap bidang.

- Menyediakan pelan strategik untuk wanita Malaysia alaf baru.

- Memperkukuhkan kesatuan wanita se Malaysia tanpa tembok agama, bangsa dan keturunan.


· Dasar Belia

- Menekankan aspek akhlak dalam pembinaan Dasar Pembangunan Belia Negara yang lebih komprehensif.

- Menyusun program khusus kepada belia yang membebaskan mereka dari kemelut gejala sosial.

********************************************************************************
Negara Islam
51


- Menyediakan peluang pendidikan teknikal yang lebih luas.

- Menyemarakkan potensi belia sebagai pewaris kepimpinan negara.

- Menekankan program belia berpatriotik, bersemangat waja, sihat dan berpandangan jauh.


· Kebudayaan

- Membentuk Dasar Kebudayaan Nasional yang melambangkan budaya dan citra rakyat Malaysia yang tidak bercanggah dengan syara'.

- Memberikan kebebasan mempamerkan budaya pelbagai kaum dengan lebih harmonis dan dinamik.

- Memperkukuhkan budaya ketimuran yang tidak bercanggah dengan agama.


· Pelancongan

- Membentuk Dasar Pelancongan Negara sesuai dengan tuntutan Islam.

- Mengurangkan kesan negatif dari kehadiran pelancong asing.

- Menggalakkan penyertaan rakyat dalam industri pelancongan yang sihat.


· Kemudahan Awam

- Menyediakan kemudahan awam adalah agenda utama negara.

********************************************************************************
Negara Islam
52


- Mengurangkan penggunaan wang rakyat dalam penyediaan kemudahan awam.

- Meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya menjaga harta awam.

- Meningkatkan kesedaran sivik dalam masyarakat.


· Dasar Penerangan Negara dan ICT

- Membentuk pandangan umum (public opinion) yang sihat dan serasi dengan kehendak Islam dan nilai murni sejagat.

- Menjadikan penerangan sebagai alat penting dalam penyebaran dakwah Islamiah.

- Mengambil manfaat kemajuan ICT dalam program pembangunan negara.

- Menjadikan kemajuan ICT sebagai medium penyebaran maklumat yang bermanfaat berasaskan kebenaran.

********************************************************************************
Negara Islam
53


PENUTUP


“Membangun Bersama Islam” akan digarap dan dihayati untuk membina negara Islam. Islam penyelesai kepada semua masalah termasuk masalah dalam masyarakat majmuk. Penghayatan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat disuburkan melalui pemerintahan Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Negara makmur dan mendapat keredhaan Allah swt.

********************************************************************************

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU