Tuesday, April 30, 2013

Provokasi Melampau Penyokong PR Menjelang PRU13

 Jalan Hutan Kampung (Kedah)

Melalui SMS

Para seluruh samseng-samseng dikalangan lebai-lebai dungu degil PAS dan Melayu biol PKR diingatkan cukup-cukuplah menyebar fitnah dan menghasut rakyat untuk memberontak dan menjadi talibarut setia petualang-petualang negara yang memimpin mereka.

Tak kemana pun sudahnya, akhirnya makin ramai rakyat sedar dan kembali menyokong UMNO/BN demi keamanan dan kemakmuran negara yang mereka cintai.

Nik Aziz Buat Pengumuman Nak Laksana Hudud Selepas 'Overdose' Pil Kuda !!!

Asri : PAS patut henti menjaja hudud kepada Melayu

Post Pic
 
SHAH ALAM : PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
"Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada Antarapos.
 
"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri.
 
"Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya.
 
Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud.
 
"Umno tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya.
 
Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR menolak undang-undang hudud PAS sebagai bercanggah dengan perlembangaan negara dan akan mencetuskan huru hara jika dilaksanakan.
 
Mereka berkata demikian setelah Timbalan Mursyidul PAS Datuk Haron Din sekali lagi memberi ketetapan PAS akan memperkenalkan undang-undang itu jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.
 
Asri membayangkan PAS silap langkah dengan menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu.
 
“PAS ini kita lihat kekurangan modal. Selama ini Umno tidak pernah menggunakan isu hudud tetapi dia dapat meraih sokongan orang Melayu tetapi kenapa tiba-tiba PAS (fikir) hanya dengan hudud sahaja boleh meraih undi orang Melayu?” kata beliau.
 
Asri berkata sepatutnya PAS menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, namun memilih untuk memfokus kepada hudud sahaja.
 
"PAS boleh mencadangkan dengan buat perkara umpamanya pembangunan pengurusan zakat yang bagus, jadi masyarakat berkasih sayang yang baik dan patutnya ada modul yang PAS rancangkan dan bantuan untuk orang ramai yang lebih baik daripada yang ada sekarang.
 
"Keadilan sosial di seluruh peringkat nasional dan bawah dan banyak perkara lagi yang PAS boleh wujudkan bagaimana hendak dikembangkan tetapi dia tidak cakap macam itu, dia cakap hudud saja.
 
"Kalau PAS cakap bagaimana hendak memulihkan remaja agar kembali kepada syariat Islam dan kembali kepada akhlak yang baik pun sudah ramai orang boleh suka kalau dia benar-benar ada satu program yang dia boleh buat untuk rakyat daripada dia sebut mengenai undang-undang yang payah tentang hukuman," katanya.
 
Asri turut menasihatkan agar PAS tidak berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan.
 
"PAS ini dia pilih benda sendiri yang keras dan menjadikan dia kelihatan keras oleh semua pihak. Dia dilihat sebuah kelompok yang konservatif macam mana gerakan Islam 80-an yang tidak mahu berubah padahal dia patut cakap banyak perkara," katanya.

Sumber : Antarapos


Hudud bukan agenda Pakatan Rakyat


Wednesday, April 10, 2013

Lawak Pecah Perut : Suntingan Video Paling Lucu ...

MAT SABU !!!
Klik gambar untuk tonton


Menarik !!! Kisah Lelaki-Lelaki Kehilangan Telur (Termasuk Kedalam)

Sila baca dua kisah tersebut di Gelombang Wangsa Maju :
Klik gambar untuk mengetahui kisah bagaimana telur mereka boleh hilang ...

Deklarasi "HARAM UNDI PAKATAN RAKYAT" Termasuk PAS !!!


Klik gambar untuk baca artikel penuh seterusnya


Tuesday, April 02, 2013

Dalang Dan Tikam Belakang Berhubung Video Seks Pemimpin PKR


Satu Kupasan dan Ulasan terbaik dari Gelombang Wangsa Maju

Klik gambar untuk baca seterusnya ...


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU