Tuesday, October 29, 2013

WAJIB BACA. Penjelasan Terbaik Kalimah Allah Dari Segi Bahasa.

{ Khusus untuk orang-orang Melayu Islam yang bebal agama tetapi berlagak pandai agama; dan mereka-mereka yang TIDAK RETI BAHASA dan suka membebalkan diri semata-mata untuk meraih sezahrah kuasa, nama dan keuntungan duniawi; tanpa memperdulikan akibat dari keterlanjuran mereka melelong penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang kafir yang sentiasa berusaha seboleh-bolehnya untuk memesongkan  akidah dan iman generasi-generasi Islam masakini dan yang akan datang. }

Kupasan Terbaik Dari Zulkifli Noordin : Kalimah Huruf Al-Balad


Kristian arab pun guna kalimah ALLAH, kenapa pulak kita nak halang kristian Malaysia daripada menggunakan kalimah ALLAH?

Itulah hujah paling popular dikalangan peliwat democrazy dan parasit pelesit yang menyokong supaya kristian Malaysia dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH!

NAMA TUHAN KRISTIAN ARAB BUKAN ALLAH

Kalau kita tanya orang kristian arab, apa nama tuhan mereka, mereka tidak akan sebut kalimah ‘ALLAH’, sebaliknya mereka akan sebut:

بِاسْمِالآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ
 Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūil-Qudus

Diterjemahkan didalam Bahasa Inggeris seperti berikut:

In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit

Dan kalau ditanya apa kalimah yang mereka guna untuk memanggil Jesus, orang kristian arab akan kata:

أَلْمَسِيح  - Al Masih atau Yasu

Persoalan : kalau nama tuhan mereka tidak disebut dengan kalimah ALLAH, dimana datang hujah yang orang kristian arab menggunakan kalimah ALLAH?

PERBEZAAN ANTARA ‘Allah’ dan ‘allah’ DALAM BAHASA ARAB

Sebenarnya kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah' itu bagi orang arab ialah terjemahan kepada kalimah 'god' dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa arab, mereka tidak ada kalimah lain untuk terjemah kalimah 'god' kecuali kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah'.

orang arab bila terjemah kalimah 'god' akan kata 'allah'. Samada dia Arab Islam, Arab Kristian, Arab Yahudi, apa pun agamanya, terjemahan kalimah bahasa Inggeris 'god' ke dalam bahasa arab ialah 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Sebab itu kita tidak hairan kalau perkataan 'alif-lam-lam-ha' kerap diguna oleh bangsa arab tidak kira apa agamanya; janji dia orang arab atau bercakap arab, bila menterjemahkan perkataan 'god' mereka akan guna perkataan 'alif-lam-lam-ha = allah'.

Bila orang Inggeris kata, 'oh my god', orang arab akan terjemah 'maasya-allah';

Bila orang Inggeris kata, 'god's willing', orang arab akan terjemah 'insya-allah';

Bila orang Inggeris kata 'thank god', orang arab akan terjemah 'alhamdulillah'.

Dalam konteks linguistik, penterjemahan perkataan 'god' ke bahasa arab dengan menggunakan perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah penterjemahan perkataan nama am, bukan nama khas.

Sebab nama khas tuhan kristian arab bukan 'ALLAH', sebaliknya ialah أَلْمَسِيح  - Al Masih atau Yasu atau الْقُدُسِ وَالرُّوحِ وَالاِبْنِ بِاسْمِالآبِ (Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūil-Qudus) ; sedangkan nama khas tuhan bangsa arab beragama Islam ialah الله

Bermakna bila menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', arab kristian bukan mengaitkannya dengan nama ketuhanan mereka! Bagi kristian arab, perkataan 'alif-lam-lam-ha' hanyalah soal bahasa sebagai terjemahan perkataan 'god', itu sahaja! Bukan nama tuhan mereka!

Tetapi bila orang arab beragama Islam menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', mereka menyebutnya dengan merujuk kepada soal ketuhanan, nama tuhan iaitu 'ALLAH'. Bermakna bagi orang arab beragama Islam, perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah nama tuhan!

Itulah perbezaan besar penggunaan kalimah ALLAH diantara orang arab Islam dan orang arab kristian!

Ini dinamakan konsep ‘uruf al-balad – kefahaman setempat. Orang arab dia faham sebab itu bahasa dia. Sedangkan dalam konteks Malaysia dan dunia Melayu, ‘uruf kita dalam soal kalimah ALLAH ini sangatlah berbeza!

KEKELIRUAN TERJEMAHAN

Bagaimana kekeliruan ini boleh timbul bagi penterjemah yang menterjemah Bible bahasa Arab ke Bahasa Inggeris/ Bahasa Melayu?

Kekeliruan ini timbul kerana penterjemah daripada bahasa arab ke bahasa Inggeris/ bahasa Melayu tidak faham perbezaan antara nama khas dan nama am didalam Bahasa Arab berbanding dengan Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.

Dalam bahasa arab, perbezaan nama am dan nama khas tidak ketara dalam bentuk huruf atau tulisan, tidak seperti bahasa Inggeris juga bahasa Melayu.

Walaupun tulisan dan bunyi sebutan sesuatu perkataan itu sama, kita dapat membezakan sesuatu nama khas dan nama am dengan perbezaan pangkal huruf kecil atau besar.

Contohnya jika Kedutaan Amerika menghantar surat seperti berikut:

1. We are sending to you bush planting technology;

2. We are sending to you Mr. Bush.

Dalam kedua-dua contoh diatas, perkataan ‘bush’ digunakan. Tulisan dan sebutannya sama sahaja. Tetapi kita boleh membezakan nama am dengan nama khas melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Dalam ayat (1), perkataan ‘bush’ dengan huruf ‘b’ kecil itu adalah nama am bagi hutan semak.

Dalam ayat (2), perkataan ‘Bush’ dengan ‘B’ besar itu adalah nama khas bagi nama seseorang, seperti President Bush.

Dan jika kita terjemahkan ke Bahasa Melayu, ianya akan menjadi seperti berikut:

1. Kami akan menghantar kepada kamu teknologi penanaman semak;

2. Kami akan menghantar kepada kamu En. Bush.

KESILAPAN PENTERJEMAHAN KALIMAH AM ‘allah’

Masalahnya ialah bila penterjemahan daripada bahasa arab ke bahasa Melayu dibuat, nama am  اللهyang digunakan oleh arab kristian yang membawa maksud nama am ‘god’ yang sepatutnya diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai ‘tuhan’ telah diterjemahkan sebagai ‘allah’ dalam terjemahan bahasa Melayu.

Mengapa ia diterjemahkan sedemikian wallahua’lam, saya sendiri pun tidak pasti.

Tetapi jawapannya mungkin boleh kita boleh perolehi didalam majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka memahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.


NAMA AM DAN NAMA KHAS

Ringkasannya boleh kita lihat dalam jadual dibawah:

Jenis Nama
Arab
English
Melayu
Nama Khas
Proper Noun
  الله
Allah
Allah
Nama Am
Common Noun
  الله
God
Tuhan

Oleh itu, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dikalangan orang Melayu beragama Islam tentang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah satu kesilapan penterjemahan.

Dan menjadi tanggunjawab kita memperbetulkan kesilapan tersebut mengikut pendekatan dan kaedah yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana.

Ini adalah kerana bagi kita umat Melayu-Islam, kalimah ALLAH adalah nama khas; nama tuhan yang kita sembah. Tidak ada tuhan melainkan ALLAH! Dan ALLAH disini bermaksud ALLAH Maha Esa; ALLAH Hu-Ahad; ALLAH Yang Satu.

Sedangkan maksud kristian disini bila bercakap tentang ketuhanan ialah dalam bentuk triniti - ALLAH Hus-Salis; ALLAH Tiga-Dalam-Satu; ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Ruh Suci.

Fahaman dan kepercayaan seperti ini bercanggah dengan aqidah umat Islam! Ianya adalah syirik dan kufur!

Sebab itu kita umat Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita wajib mencegah kemungkaran ini. Ini bukan perkara kecil, ini soal aqidah. Soal menentukan kita ke syurga atau neraka! Soal menentukan kita termasuk dalam golongan hamba ALLAH atau hamba syaitan!

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membuat ketetapan fatwa yang jelas dalam perkara ini. Malahan Majlis Syura’ PAS juga membuat rumusan yang sama.

Walaupun terdengar diluar sana beberapa suara sumbang dikalangan umat Islam yang dek kerana politiking yang melampau dan gilakan undi, masih berdegil menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH, termasuk yang bergelar agamawan, namun pendirian kita jelas. Adakah mereka ini lebih hebat ilmunya daripada ulama-ulama besar yang mengganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura PAS?

Ingatlah kepada firman ALLAH swt yang sering kita dengar didalam khutbah Jumaat – wahai orang beriman, bertaqwalah (takut dan patuhlah) kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan didalam Islam!

Saya menyeru diri saya dan diri saudara-saudari, bertaqwa dan takutlah kepada ALLAH, janganlah kamu menggadai kalimah ALLAH semata-mata untuk mendapat habuan dunia yang terlalu sedikit. Kembalilah kepada keredhaan ALLAH, dan bersatulah kita dalam menentang kemungkaran ini. Walaupun kita terpaksa mengenggam bara api, walaupun kita dituduh pelik dan ganjil, walaupun kita mungkin sedikit jumlahnya, namun yakinlah janji ALLAH yang kita pasti menang insya ALLAH!

Semoga ALLAH memelihara aqidah, iman dan kepercayaan kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah! Ameen. 


Wednesday, October 23, 2013

"BUMIPUTRA TIADA KUALITI" - Alasan Terbaik Cinabeng DAP Nak Perintah Malaysia ...

Chedet : BUMIPUTRA TIDAK KUALITI


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI) (sebuah badan pemikir DAP di Pulau Pinang - pemblog), Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.

Nak kenal siapa Lim Mah Hui? Ini gambarnya:




Thursday, October 17, 2013

IMAM GHAZALI : "HAI ANAK"

http://cari-redha.blogspot.my/2015/12/petikan-fatwa-terakhir-imam-al-ghazali.html
HAI ANAK !
(Fatwa terakhir kepada seorang murid)
Oleh : Imam Ghazali

Sila baca di blog
'Mencari Keredhaan Illahi'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Gajah Depan Mata Tak Nampak'

::: Pro-Pakatan Harapan :::

Rujukan Produk & Makanan Halal

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

Kunjungan Terkini

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU