Thursday, September 26, 2013

Fakta Sejarah Penubuhan MCA Dan Rasukan Saka DAP


Helen Ang : Makhluk Belaan British dan Belaian UMNO

Fakta sejarah : Cina di Tanah Melayu memang sokong gerila komunis (MPAJA) dan the Malayan Communist Party (MCP).

Dr Khong Kim Hoong, seorang bekas pensyarah profesor madya di Universiti Malaya berkata: “The MCA was never accepted as an alternative to the MCP by those who were even mildly sympathetic to the cause of the communists (MCA tidak pernah diterima sebagai satu alternatif kepada Partai Komunis Malaya (PKM) oleh mereka walaupun yang kurang bersimpati kepada perjuangan komunis).”

Dalam bukunya yang berjudul ‘Merdeka!’, Dr Khong menjelaskan:

“Since it [MCA] was the only local Chinese political organization that was allowed to operate and given all the facilities by the government, it became the only legal channel through which many of the Chinese articulated their demands. The MCA therefore grew under the tutelage of the British government in Malaya (Oleh kerana ia (MCA) satu-satunya organisasi politik orang-orang Cina tempatan yang dibenarkan beroperasi dan diberi segala kemudahan oleh kerajaan, ianya menjadi satu-satunya saluran sah bagi orang-orang Cina mengketengahkan tuntutan-tuntutan mereka. Oleh itu MCA berkembang dibawah bimbingan kerajaan British di Malaya).”

Kupasan di bawah dipetik daripada buku Dr Khong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya 1945-1957.

Ruj. mukasurat 232

Penubuhan MCA atas galakan British

Henry Gurney merupakan British High Commissioner di Malaya dari September 1948 hingga ke Oktober 1951 apabila beliau ditembak mati dalam serangan hendap oleh komunis.

Sir Henry telah menggalakkan pembentukan MCA kerana mengkehendaki satu pertubuhan untuk berfungsi sebagai pilihan alternatif bagi orang Cina bertujuan menghakis pengaruh komunis.

Menurut Dr Khong:

“The formation of the MCA had always been credited to Tan Cheng Lock, its first president. However it was more likely that the man who gave the final push for the organization to be set up was the British High Commissioner, Sir Henry Gurney. It was at a dinner party at the home of one of the Federal Council members, that he urged the 15 Chinese councillors present to form an organization representing the Chinese community as an alternative to the MCP and as a counterpart to UMNO. It was this encouragement from the High Commissioner that letters were sent the very next day, to all the prominent Chinese outlining the idea of such an organization (Penubuhan MCA sentiasa diberi sanjungan kepada Tan Cheng Lock, presiden pertamanya. Bagaimana pun orang yang lebih memberi dorongan terakhir kepada pembentukan organisasi tersebut adalah Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Ia berlaku pada satu majlis makan malam dirumah seorang ahli Majlis Pusat, dimana beliau menggesa 15 orang kaunselor Cina yang hadir menubuhkan sebuah organisasi yang mewakili masyarakat Cina sebagai satu alternatif kepada PKM dan rakan-setaraf kepada UMNO. Galakan daripada Pesuruhjaya Tinggi inilah yang surat-surat dihantar keesokan harinya, kepada seluruh orang Cina yang berpengaruh menggariskan idea penubuhan organisasi seumpamanya).”


Politik benci taktik DAP, politik amarah taktik komunis

Orang kebanyakan Cina adalah asas sokongan bagi pihak komunis.

Langkah-langkah British untuk membendung kegiatan komunis, contohnya Rancangan Briggs, telah meninggalkan kesan ke atas kaum Cina yang pergerakan bebas mereka dikekang. Penghuni desa etnik Cina juga dikumpulkan dan ditempatkan di Kampung-kampung Baru (New Villages) serta dikenakan perintah berkurung pada waktu malam.

“The British too had not missed the opportunity that was provided by the ban on the MCP and all the left-wing organizations. They knew that the Chinese were dissatisfied with the government and the MCP had not only provided the channel through which the dissatisfaction was expressed but was also providing leadership and structuring the anger. The repressive measures that were used after the declaration of the Emergency [1948] had certainly not endeared the government to the population who were most affected by them. The British saw in the promotion of a Chinese political organization under the leadership of the ‘moderate’ pro-British Chinese businessmen the instrument to draw the Chinese masses away from the MCP’s support base and to seek cooperation for the government (British juga tidak melepaskan peluang yang tersedia hasil pengharaman PKM dan seluruh organisasi berhaluan kiri. Mereka tahu orang-orang Cina tidak berpuashati dengan kerajaan dan PKM bukan sahaja memberikan saluran dimana ketidakpuasan hati dapat diluahkan tetapi juga menyediakan kepimpinan dan pengstrukturan kemarahan. Langkah-langkah yang menindas yang digunakan selepas pengisytiharan Dharurat [1948] semestinyalah menimbulkan perasaan membenci kerajaan kepada penduduk yang paling terjejas olehnya. British nampak mempromosikan sebuah organisasi politik Cina dibawah pimpinan ahli perniagaan Cina 'berfaham sederhana' yang pro-British sebagai satu alat untuk menarik sokongan ramai orang-orang Cina dari akar-umbi PKM dan mencari kerjasama bagi kerajaan).” (sumber: Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya 1945-1957)


Pengiktirafan MCA diberikan oleh British

Wakil-wakil keturunan Cina dalam majlis perundangan pada zaman pemerintahan British adalah menjadi ahli MCA secara automatik.

“Thus it was not a coincidence that the MCA was given official recognition immediately and its help enlisted by the government. In fact, the link between the British government and the MCA was not only informal but also structural. It was stated explicitly in the MCA’S constitution that the ‘Chinese members of the Legislative and Executive Councils would automatically become officers of the Association' (Jadi ia bukanlah satu kebetulan MCA dengan segera diberi pengikhtirafan resmi dan pertolongannya disenaraikan oleh kerajaan. Hakikatnya, hubungan diantara kerajaan British dan MCA bukan sahaja secara tidak formal tetapi juga berstruktur. Ia secara jelas disebutkan dalam perlembagaan MCA dimana 'ahli-ahli Majlis Legislatif dan Eksekutif Cina secara automatisnya menjadi pegawai Persatuan').”

MCA bukan parti akar umbi

Perenggan-perenggan di bawah dipetik daripada buku The Finest Hour: The Malaysian-MCP Peace Accord in Perspective yang dikarang oleh Dr Collin Abraham.

Ruj. Bab Pendahuluan, mukasurat xxxv

Dr Collin menulis:

“Above all, they [Malay elites] clearly represented a ‘moderate’ political group whom the British felt they could trust and rely on to protect colonial interests in the foreseeable future. In almost total contrast to UMNO, the MCA in terms of grassroots support and involvement among the Chinese community was almost negligible. In the first place, its origins were initiated by the British themselves, who felt that Chinese interests should be taken into account, at a time when Malay agitation against the Malayan Union was at its zenith. At the same time, Tunku Abdul Rahman was also under pressure by the British to work with the Kuomintang (KMT) Party to counter the moves of the MCP. The KMT eventually formed the backbone of the MCA (Mengatasi segala-galanya, mereka (elit Melayu) jelas mewakili kumpulan politik 'berfaham sederhana' yang British rasakan mereka boleh dipercayai dan diharapkan untuk melindungi kepentingan penjajah dimasa-masa hadapan. Jauh sekali berbeza dengan UMNO, MCA dari segi sokongan akar-umbi dan penglibatan dikalangan masyarakat Cina hampir tidak ketara langsung. Pertamanya, asal kewujudannya diilhamkan oleh British sendiri, yang merasakan kepentingan kaum Cina perlu diambil kira, diwaktu dimana pergolakan Melayu menentang Malayan Union berada dikemuncaknya. Dalam masa yang sama, Tunku Abdul Rahman juga dibawah tekanan British agar bekerjasama dengan Parti Kuomintang bagi menghalang pergerakan PKM. Kuomintang kemudiannya membentuk tulang belakang MCA.).”


MCA bertongkatkan Umno sejak awal-awal lagi

Sebenarnya MCA tidak mempunyai sokongan golongan marhaen orang Cina tetapi sebaliknya parti itu diasaskan oleh ahli-ahli peniagaan besar untuk menjaga kepentingan korporat mereka.

Hubungan MCA dengan Umno adalah kerjasama yang saling menguntungkan. Umno mempunyai sokongan akar umbi manakala MCA mempunyai banyak duit untuk disumbangkan kepada kempen pilihanraya Umno.

“What is of primary concern here is that to all intents and purposes, ever since its foundation, the MCA was known and recognised as a party set up by big business people to protect their corporate interests in post-colonial Malaya. In these circumstances, it is not surprising that the strategy adopted by its leaders was to associate their business interests with the leaders in UMNO, as the party ‘heir apparent’, to be privy to the mandate for political independence, rather than attempt to build up a political party apparatus and seek grassroots support which it never had or was unlikely to secure (Apa yang menjadi kebimbangan utama disini adalah untuk segala tujuan dan maksud, semenjak penubuhannya, MCA dikenali dan diiktiraf sebagai sebuah parti diasaskan oleh orang-orang besar perniagaan untuk melindungi kepentingan korporat mereka dalam pasca-penjajahan Malaya. Dalam keadaan sebegini, tidak menghairankan jika strategi yang diguna-pakai oleh pemimpin-pemimpinnya adalah mengaitkan kepentingan perniagaan mereka dengan pemimpin-pemimpin dalam UMNO, sebagai parti 'pewaris', untuk mendapatkan mandat bagi kemerdekaan politik, bukannya cuba menjadi satu alat parti politik dan mendapatkan sokongan akar-umbi yang ia tidak pernah punyai atau tidak akan mungkin dapatkan)."

“Therefore, the MCA entered into a coalition with UMNO, to form the Alliance, ostensibly as a means to promote inter-ethnic cooperation but actually for the mutual benefit as ‘UMNO had wide grassroots base that was crucial in enabling the MCA to secure seats for itself in Parliament in a federal election, while UMNO relied heavily on the cash-rich MCA to fund the coalition’s electoral campaigns(Oleh itu, MCA menyertai satu pakatan dengan UMNO, menubuhkan Perikatan, seolah-olah sebagai satu cara mempromosi kerjasama antara-etnik tetapi sebenarnya untuk kebaikan bersama memandangkan 'UMNO mempunyai asas akar-umbi yang luas yang terlalu penting bagi membolehkan MCA mendapatkan untuknya kerusi di Parlimen dalam pilihanraya Pusat, sementara UMNO bergantung penuh keatas MCA yang kaya-tunai membiayai kempen-kempen pilihanraya').” (sumber: The Finest Hour)


Namun hubungan MCA-Umno yang pada mulanya agak seimbang (MCA menyediakan dana perang, Umno menyediakan askar-askar turun ke padang) tetapi kian lama kian merosot.

“Although its election arrangements with UMNO initially paid off after the first general election in 1955, where MCA secured control over the key portfolios of Finance, and Trade and Industry, the subsequent election of 1969 saw its fortunes decline, despite the support of UMNO, when the party lost many of the seats it contested both at federal and state level (Sungguh pun persepakatan pilihanraya dengan UMNO pada awalnya berbaloi selepas piliharaya umum pertama tahun 1955, dimana MCA mendapatkan kawalan keatas portfolio penting Kewangan, dan Perdagangan dan Perindustrian, pilihanraya berikutnya 1969 menyaksikan pencapaiannya merosot, disebalik sokongan UMNO, apabila parti kehilangan banyak kerusi yang ditandingi baik diperingkat pusat dan negeri).”

Sejak dari dahulu lagipun MCA sudah bergantung kepada undi orang Melayu Umno.


Helen Ang : Naib Presiden MCA lupa asal-usul Bintang Satu partinya

Di bawah ialah gambar bendera Bintang Satu MCA, diikuti bendera kuomintang


Semalam blogger otai MyMassa telah memaparkan ‘Kisah MCA yang berasal usul dari Kuomintang kini menyokong komunis

Tulis MyMassa:

“Selepas kematian Chin Peng, beberapa pemimpin muda MCA mula cuba menyokong Chin Peng untuk dibawa pulang. Antaranya ialah Naib Presiden MCA, Gan Peng Sieu dan Heng Seai Kie, Ketua Publisiti MCA. MyMassa pelik, adakah pemimpin muda MCA ini sudah lupa asal usul?”

MyMassa mengingatkan agar pemimpin muda MCA memahami sejarah penubuhan MCA sebelum memperjuangkan isu Chin Peng serta memesan: “Patut MCA sekarang ni makin lemah. Asal usul mereka sendiri pun mereka lupa”.

Kuomintang telah ditewaskan komunis Mao Zedong di tanah besar Cina. Kuomintang tidak akan bersekongkol dengan komunis. Malah beberapa orang pemimpin MCA (contohnya HS Lee dan Dr Lim Chong Eu) juga mencapai pangkat tinggi dalam tentera Kuomintang.

Bandar George Town pada satu masa dahulu

Untuk satu pengajaran sejarah tentang status negeri-negeri Melayu pra-1946 serta belum wujudnya sebuah nation state moden dalam ertikata ‘Malaya’ mendahului tahun tersebut, sila baca Seademon Bahagian II.

Sekiranya pada zaman perang serta penjajahan Jepun masih belum wujud lagi gabungan 11 negeri-negeri semenanjung sebagai sebuah “persekutuan”, bagaimana pula boleh digunapakai hujah Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan?

Sebenarnya Chin Peng berhasrat menggulingkan Raja-Raja Melayu (umpama di negeri kelahiran serta kegiatan gerila beliau di Perak) dengan mendirikan kerajaan republik dan bukannya Bintang Tiga menentang Jepun dan British untuk mengembalikan daulat pemerintah Melayu.



Dapster ialah cucu-cicit komunis

Di bawah ialah gambar Chin Peng (kiri) semasa muda yang diletakkan bersebelahan dengan gambar Scissorati yang pernah mengejek Rosmah melalui Twitter, iaitu bekas pengerusi NUJ-The Star Teh Eng Hock (inset)

Pelanduk dua serupa betul wajah mereka!

Gambar Chin Peng diambil daripada sumber NST (16 Sept 2013) manakala gambar Eng Hock diambil daripada profil Twitternya.


Secara kebetulan (or maybe not), Teh Eng Hock adalah BFF Gan Ping Sieu di alam Twitter.

Sekerat pemimpin MCA – umpamanya the Young Gan itu – sudah dirasuk Dapster. Gan Ping Sieu contohnya mahu kalimah Allah dibiar untuk dikongsi bersama puak-puak evangelis.

MCA kian menjiwai DAP.

Kehadiran MCA dalam BN ibarat Umno memelihara saka DAP.


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU