{ Khusus untuk orang-orang Melayu Islam yang bebal agama tetapi berlagak pandai agama; dan mereka-mereka yang TIDAK RETI BAHASA dan suka membebalkan diri semata-mata untuk meraih sezahrah kuasa, nama dan keuntungan duniawi; tanpa memperdulikan akibat dari keterlanjuran mereka melelong penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang kafir yang sentiasa berusaha seboleh-bolehnya untuk memesongkan akidah dan iman generasi-generasi Islam masakini dan yang akan datang. }
Kupasan Terbaik Dari Zulkifli Noordin : Kalimah Huruf Al-Balad
Kristian arab pun
guna kalimah ALLAH, kenapa pulak kita nak halang kristian Malaysia
daripada menggunakan kalimah ALLAH?
Itulah hujah paling
popular dikalangan peliwat democrazy dan parasit pelesit yang menyokong supaya
kristian Malaysia
dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH!
NAMA TUHAN KRISTIAN ARAB BUKAN ALLAH
Kalau kita tanya
orang kristian arab, apa nama tuhan mereka, mereka tidak akan sebut kalimah
‘ALLAH’, sebaliknya mereka akan sebut:
بِاسْمِالآبِ
وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ
Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus
Diterjemahkan
didalam Bahasa Inggeris seperti berikut:
In the name of The Father, The
Son and The Holy Spirit
Dan kalau ditanya apa kalimah yang mereka guna untuk memanggil Jesus,
orang kristian arab akan kata:
أَلْمَسِيح
- Al Masih atau Yasu
Persoalan : kalau
nama tuhan mereka tidak disebut dengan kalimah ALLAH, dimana datang hujah yang
orang kristian arab menggunakan kalimah ALLAH?
PERBEZAAN ANTARA ‘Allah’ dan ‘allah’ DALAM BAHASA
ARAB
Sebenarnya kalimah 'alif-lam-lam-ha
= allah' itu bagi orang arab ialah terjemahan kepada kalimah 'god'
dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa arab, mereka tidak ada kalimah lain untuk
terjemah kalimah 'god' kecuali kalimah 'alif-lam-lam-ha = allah'.
orang arab bila terjemah kalimah 'god' akan kata 'allah'. Samada
dia Arab Islam, Arab Kristian, Arab Yahudi, apa pun agamanya, terjemahan kalimah
bahasa Inggeris 'god' ke dalam bahasa arab ialah 'alif-lam-lam-ha =
allah'.
Sebab itu kita tidak
hairan kalau perkataan 'alif-lam-lam-ha' kerap diguna oleh bangsa arab
tidak kira apa agamanya; janji dia orang arab atau bercakap arab, bila
menterjemahkan perkataan 'god' mereka akan guna perkataan 'alif-lam-lam-ha
= allah'.
Bila orang Inggeris
kata, 'oh my god', orang arab akan terjemah 'maasya-allah';
Bila orang Inggeris
kata, 'god's willing', orang arab akan terjemah 'insya-allah';
Bila orang Inggeris
kata 'thank god', orang arab akan terjemah 'alhamdulillah'.
Dalam konteks
linguistik, penterjemahan perkataan 'god' ke bahasa arab dengan menggunakan
perkataan 'alif-lam-lam-ha' adalah penterjemahan perkataan nama am,
bukan nama khas.
Sebab nama khas
tuhan kristian arab bukan 'ALLAH', sebaliknya ialah أَلْمَسِيح - Al Masih atau Yasu atau الْقُدُسِ
وَالرُّوحِ وَالاِبْنِ بِاسْمِالآبِ (Bismil-Ābi
wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus) ; sedangkan nama khas tuhan
bangsa arab beragama Islam ialah الله
Bermakna bila
menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', arab kristian bukan mengaitkannya
dengan nama ketuhanan mereka! Bagi kristian arab, perkataan 'alif-lam-lam-ha'
hanyalah soal bahasa sebagai terjemahan perkataan 'god', itu sahaja!
Bukan nama tuhan mereka!
Tetapi bila orang
arab beragama Islam menyebut kalimah 'alif-lam-lam-ha', mereka
menyebutnya dengan merujuk kepada soal ketuhanan, nama tuhan iaitu 'ALLAH'.
Bermakna bagi orang arab beragama Islam, perkataan 'alif-lam-lam-ha'
adalah nama tuhan!
Itulah perbezaan
besar penggunaan kalimah ALLAH diantara orang arab Islam dan orang arab
kristian!
Ini dinamakan konsep
‘uruf al-balad – kefahaman setempat. Orang
arab dia faham sebab itu bahasa dia. Sedangkan dalam konteks Malaysia dan dunia
Melayu, ‘uruf kita dalam soal kalimah
ALLAH ini sangatlah berbeza!
KEKELIRUAN TERJEMAHAN
Bagaimana kekeliruan
ini boleh timbul bagi penterjemah yang menterjemah Bible bahasa Arab ke Bahasa
Inggeris/ Bahasa Melayu?
Kekeliruan
ini timbul kerana penterjemah daripada bahasa arab ke bahasa Inggeris/ bahasa
Melayu tidak faham perbezaan antara nama
khas dan nama am didalam Bahasa
Arab berbanding dengan Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.
Dalam
bahasa arab, perbezaan nama am dan nama khas tidak ketara dalam bentuk huruf
atau tulisan, tidak seperti bahasa Inggeris juga bahasa Melayu.
Walaupun
tulisan dan bunyi sebutan sesuatu perkataan itu sama, kita dapat membezakan
sesuatu nama khas dan nama am dengan perbezaan pangkal huruf
kecil atau besar.
Contohnya
jika Kedutaan Amerika menghantar surat
seperti berikut:
1. We are sending to you bush planting technology;
2. We are sending to you Mr. Bush.
Dalam
kedua-dua contoh diatas, perkataan ‘bush’
digunakan. Tulisan dan sebutannya sama sahaja. Tetapi kita boleh membezakan
nama am dengan nama khas melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.
Dalam
ayat (1), perkataan ‘bush’ dengan
huruf ‘b’ kecil itu adalah nama am bagi
hutan semak.
Dalam
ayat (2), perkataan ‘Bush’ dengan ‘B’
besar itu adalah nama khas bagi nama seseorang, seperti President Bush.
Dan
jika kita terjemahkan ke Bahasa Melayu, ianya akan menjadi seperti berikut:
1. Kami akan menghantar kepada kamu teknologi penanaman semak;
2. Kami akan menghantar kepada kamu En. Bush.
KESILAPAN PENTERJEMAHAN KALIMAH AM ‘allah’
Masalahnya
ialah bila penterjemahan daripada bahasa arab ke bahasa Melayu dibuat, nama
am اللهyang digunakan oleh arab
kristian yang membawa maksud nama am ‘god’ yang sepatutnya diterjemahkan ke
bahasa Melayu sebagai ‘tuhan’ telah diterjemahkan sebagai ‘allah’ dalam
terjemahan bahasa Melayu.
Mengapa
ia diterjemahkan sedemikian wallahua’lam,
saya sendiri pun tidak pasti.
Tetapi
jawapannya mungkin boleh kita boleh perolehi didalam majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di
Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas
menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia)
adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka memahami
siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam
tidak akan membaca Bible!”.
(sila
rujuk www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html
di mukasurat 2).
NAMA AM DAN NAMA
KHAS
Ringkasannya
boleh kita lihat dalam jadual dibawah:
Jenis Nama
|
Arab
|
English
|
Melayu
|
Nama Khas
Proper Noun
|
الله
|
Allah
|
Allah
|
Nama Am
Common Noun
|
الله
|
God
|
Tuhan
|
Oleh
itu, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dikalangan orang Melayu beragama Islam
tentang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam terjemahan Bible versi
bahasa Melayu adalah satu kesilapan penterjemahan.
Dan
menjadi tanggunjawab kita memperbetulkan kesilapan tersebut mengikut pendekatan
dan kaedah yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana.
Ini
adalah kerana bagi kita umat Melayu-Islam, kalimah ALLAH adalah nama khas; nama
tuhan yang kita sembah. Tidak ada tuhan melainkan ALLAH! Dan ALLAH disini
bermaksud ALLAH Maha Esa; ALLAH Hu-Ahad; ALLAH Yang Satu.
Sedangkan
maksud kristian disini bila bercakap tentang ketuhanan ialah dalam bentuk
triniti - ALLAH Hus-Salis; ALLAH Tiga-Dalam-Satu; ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan
ALLAH Ruh Suci.
Fahaman
dan kepercayaan seperti ini bercanggah dengan aqidah umat Islam! Ianya adalah
syirik dan kufur!
Sebab
itu kita umat Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita wajib mencegah kemungkaran
ini. Ini bukan perkara kecil, ini soal aqidah. Soal menentukan kita ke syurga
atau neraka! Soal menentukan kita termasuk dalam golongan hamba ALLAH atau
hamba syaitan!
Muzakarah
Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membuat ketetapan fatwa yang jelas dalam
perkara ini. Malahan Majlis Syura’ PAS juga membuat rumusan yang sama.
Walaupun
terdengar diluar sana
beberapa suara sumbang dikalangan umat Islam yang dek kerana politiking yang
melampau dan gilakan undi, masih berdegil menyokong kristian menggunakan
kalimah ALLAH, termasuk yang bergelar agamawan, namun pendirian kita jelas.
Adakah mereka ini lebih hebat ilmunya daripada ulama-ulama besar yang
mengganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura PAS?
Ingatlah
kepada firman ALLAH swt yang sering kita dengar didalam khutbah Jumaat – wahai orang beriman, bertaqwalah (takut dan
patuhlah) kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati
melainkan didalam Islam!
Saya
menyeru diri saya dan diri saudara-saudari, bertaqwa dan takutlah kepada ALLAH,
janganlah kamu menggadai kalimah ALLAH semata-mata untuk mendapat habuan dunia
yang terlalu sedikit. Kembalilah kepada keredhaan ALLAH, dan bersatulah kita
dalam menentang kemungkaran ini. Walaupun kita terpaksa mengenggam bara api,
walaupun kita dituduh pelik dan ganjil, walaupun kita mungkin sedikit
jumlahnya, namun yakinlah janji ALLAH yang kita pasti menang insya ALLAH!
Semoga
ALLAH memelihara aqidah, iman dan kepercayaan kita, dan memberikan kita
anugerah istiqomah! Ameen.