Thursday, December 08, 2016

MOTIVASI (PENDORONG) MAHATHIR

Lim Sian See
2 Disember 2016

Gambar Mahathir memakai baju Bersih 5 semasa melakunkan iklan video mempromosikan acara tersebut adalah sebenar-benarnya pembuka-mata kepada ramai orang - setengahnya bertepuk tangan memuji beliau sedangkan ramai lagi yang merasa teramat meluat.


Kita mungkin tidak tahu adakah kehadirannya menjadi penyebab kedatangan BERSIH 5 berkurangan sebanyak 80% seperti dianggarkan BERSIH sendiri atau merosot 60% sepertimana anggaran MalaysiaKini tetapi itu bukanlah fokus artikel hari ini.

Banyak yang telah diperkatakan tentang pusingan-U (“U-turns”) Mahathir baru-baru ini, yang kebanyakkannya cukup menghairankan baik kawan mahu pun lawan. Banyak yang beliau telah lakukan yang kita hanya boleh andaikan (“speculate”) apa lagi pusingan-U yang serupa yang beliau akan buat dimasa-masa hadapan dalam menyokong pendirian DAP.


Telah banyak pusingan-U sedemikian – setengahnya amat memeranjatkan, termasuk pelawaannya kepada media asing untuk campur-tangan kuasa asing di Malaysia.


Jadi, apakah yang mendorong bekas Perdana Menteri melakukan pusingan-U yang benar-benar memeranjatkan yang amat bertentangan dengan rekod-rekod masa lampaunya sehingga kepada ramai orang, ia telah membuatkan beliau terlihat sebagai seorang hipokrit sejati yang tidak mempunyai perasaan malu?

Melainkan Mahathir menyatakan sebabnya, kita hanya mampu membuat spekulasi.

Tetapi memang mudah untuk memperkatakan sesuatu yang bukan sebabnya daripada berkata dengan pasti apakah sebabnya. Mari senaraikan semuanya.

Ia bukan sebab 1MDB atau RM2.6 bilion atau sebarang pertuduhan rasuah

Mengapa saya berkata begini? Baik, Mahathir sebenarnya telah membuat pengumuman terbuka pada Ogos 2014 yang beliau telah menarik balik sokongannya daripada Najib. Ingat tarikh ini, Ogos 2014. Peristiwa ini mengakibatkan gelombang-kejutan dalam media tempatan pada masa itu.

Ini belaku lama sebelum adanya dakwaan-dakwaan keatas 1MDB atau sebarang petunjuk RM2.6 bilion berada dalam akaun Perdana Menteri.

Malah, alasan-alasan yang diberikan Mahathir pada masa itu hanyalah yang empat ini :
  1. Najib memansuhkan ISA.
  2. Najib terlalu rapat dengan Singapura.
  3. Najib tidak menjaga “kaum dan parti” yang membantu menyelamatkan kerajaan dalam PRU13. (Mahathir sebelumnya telah menyalahkan Najib terlalu baik dengan masyarakat Cina semasa PRU13).
  4. Najib membenarkan lebih banyak impot hingga mengorbankan produk tempatan (aduan utamanya tentang Proton ketika itu).
Tidak ada pun tentang 1MDB atau SOSMA atau RM2.6b atau seumpamanya ketika Mahathir menarik balik sokongan.

Ia bukan kerana Mahathir merasakan Najib kejam atau zalim atau telah menguatkuasakan MKN (“NSC”) atau SOSMA

Malah, titik alasan pertama yang Mahathir berikan bagi menarik balik sokongan adalah kerana Najib memansuhkan ISA.

Itulah sebabnya mengapa ramai pemerhati merasa geli-hati melihatkan kelucuan dan kemunafikan apabila Mahathir membawa isterinya hadir keperhimpunan “Bebaskan Maria Chin, mansuhkan SOSMA”.


SOSMA jauh lebih kurang merbahayanya berbanding ISA sedangkan Mahathir sendiri telah memenjarakan arwah suami Maria Chin Yunus Ali dibawah ISA semasa Ops Lalang.

Jadi, Mahathir disitu untuk membebaskan Maria dan memansuhkan SOSMA adalah sebenar-benarnya melucukan – terlebih-lebih lagi oleh kerana Najib memansuhkan ISA adalah satu sebab utama yang Mahathir berikan mengapa dia berhenti menyokong Najib pada Ogos 2014.

Ia bukan kerana Malaysia akan bangkrap atau nilai Ringgit telah merudum

Kalau ianya berkaitan Ringgit, Mahathir pasti tahu apa yang Najib perlu lakukan adalah mengikatnya (“peg”) sepertimana dilaluinya ditahun 1998 dan kemudiannya, tiada persoalan lagi.

Dan ia bukan kerana Malaysia akan jatuh bangkrap memandangkan Hutang-ke-KDNK (“Debt-to-GDP”) ditahap 53% sekarang ini adalah jauh lebih rendah daripada apa yang Mahathir lonjakkan daripada 44% dalam tahun 1981 ke 103.4% dalam tahun 1986.


Disamping itu, Mahathir tahu tiada keperluan segera penubuhan Danamodal atau Danaharta sekarang untuk menyelamatkan bank-bank dan konglomerat-konglomerat sepertimana beliau lakukan dalam tahun 1998.

Malah, semua bank-bank berada dalam keadaan kukuh sekarang ini. Jika ekonomi tidak baik atau hampir runtuh, bank-banklah yang pertama yang akan menghadapi masalah.

Sebaliknya, dalam 3 bulan berakhir 30 Sep 2016, kebanyakan bank-bank melapurkan pertumbuhan keuntungan yang menggalakkan :

RM1.86b = MBB
RM1.25b = PBB
RM1.05b = CIMB
RM0.54b = HLBB
RM0.51b = RHB
RM0.38b = AMMB
RM0.17b = AFG
RM0.14b = AFFIN
RM0.11b = BIMB

Jadi persoalan tentang menyelamatkan Malaysia adalah sama sekali tertolak.

Jadi apakah yang menjadi pendorong utama membuatkan Mahathir secara tiba-tiba menjadi begitu terdesak sekali?

Pada saya, saya boleh nampak jelas dua kunci dorongan.

1. Pemeliharaan Diri

Dua asas naluri manusia adalah pemeliharaan-diri dan pro-penciptaan.

Pada umur beliau 91 tahun, pro-penciptaan sudah tentu bukan dorongannya. Terutamanya dia sudah pun mempunyai ramai anak-anak dan cucu-cucu.

Yang tinggal hanyalah pemeliharaan-diri – lebih tepat lagi, pemeliharaan darah-daging keturunan dan legasinya.

Untuk 17 daripada 22 tahun semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Suharto adalah rakan sejawatannya di Indonesia. Kedua-dua mereka dilapurkan sebagai teman yang amat akrab.


Isteri Mirzan adalah juga anak perempuan rakan-niaga Suharto Liem Sioe Liong, pemilik Salim Group Indonesia.

Selepas dipaksa meletak jawatan pada 1998, Suharto dan keluarganya banyak menghabiskan masa melindungi diri dari siasatan-siasatan rasuah. Bagaimana pun, Suharto sendiri dilindung daripada dikenakan pendakwaan serius oleh ahli-ahli politik dan mereka-mereka didalam kerajaan yang terhutang kedudukan mereka kepada bekas presiden, sepertimana ditunjukkan dalam perbualan telefon yang bocor diantara Presiden Habibie dan Peguam Negara Andi Muhammad Ghalib pada Februari 1999.

Pada Mei 1999, Time Asia menganggarkan harta keluarga Suharto bernilai US$15 bilion dalam bentuk tunai, saham, aset korporat, hartanah, barang kemas dan lukisan mahal.

Pada 29 Mei 2000, Suharto telah diletakkan dibawah tahanan rumah apabila pihak-pihak berkuasa Indonesia mula menyiasat rasuah semasa pemerintahan beliau. Dalam bulan Julai 2000, telah diumumkan bahawa beliau sedang disiasat kerana menyelewengkan US$571 juta sumbangan kerajaan kepada salah satu yayasan dibawah penguasaannya dan kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk membiayai pelaburan-pelaburan keluarga.

Pada 2002, anak Suharto Tommy, telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. Dia telah disabitkan memberi arahan membunuh seorang hakim yang telah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan keatasnya kerana rasuah dan memiliki senjata haram.

Tahun 2003, saudara tiri Suharto Probosutedjo telah dihukum penjara empat tahun kerana rasuah dan kehilangan US$10 juta wang negara.

Pada 9 Julai 2007, para pendakwa Indonesia memfailkan saman sivil terhadap bekas Presiden Suharto, untuk mendapatkan kembali US$440 juta dana negara dan tambahan US$1.1 bilion sebagai gantirugi.

Legasi Suharto telah musnah. Beliau dan ahli keluarganya telah mendapat bermacam masalah dan setengahnya telah dipenjarakan.

Sepanjang beberapa jam didetik terakhir hayat Suharto pada 2008, Mahathir terbang untuk berada disebelah katilnya.

Mengikut cerita anak perempuan Suharto, Mahathir dan Suharto, dalam ketika-ketika yang jarang berlaku apabila bekas Presiden Indonesia itu tersedar diranjang kematiannya, mereka menitiskan airmata bersama-sama.

Ramai rakyat Indonesia menghormati Suharto kerana caranya membangunkan ekonomi negara, sedang lainnya yang menderita di bawah pemerintahan kuku-besinya menuduhnya dengan kesalahan perampasan dan penyalah-gunaan hak merasa kecewa kerana beliau tidak pernah dibawa kemuka pengadilan.

Sudah tentulah tidak memeranjatkan Mahathir telah membina satu ikatan tertentu dengan Suharto. Cara bagaimana Suharto telah dikritik oleh ramai rakyat Indonesia pasti menyedihkan, seandainya tidak menakutkan Mahathir.

Memandangkan kesemua anak-anak lelaki Mahathir adalah kaya-raya. Disini satu contohnya.
Mahathir adalah pengkritik lantang BR1M yang dipanggilnya dedak.

Walau bagaimana pun, BR1M adalah satu polisi yang dipraktikkan oleh banyak negara bagi menyalurkan pendapatan dari orang-orang kaya Malaysia kepada golongan berpendapatan dibawah 40% (B40).

Disini adalah satu ilustrasi yang memberikan anda idea tentang skala yang tidak sama-rata.

Mahathir telah berjuang untuk bangsa dan agama selama 22 tahun dan akhirnya, 3 Melayu-Islam memasuki senarai sepuluh orang terkaya Malaysia pada awal tahun 2014.

Ianya betul-betul satu kebetulan yang seorang anak lelakinya adalah diantara tiga taikun tersebut. Anak Mahathir Mokhzani Mahathir tersenarai pada nombor 9 orang terkaya Malaysia dan nombor 2 Melayu terkaya dalam bulan Februari 2014 oleh bekas majalah Malaysia Business yang dimiliki dan dikendalikan oleh A Kadir Jasin.

Mokhzani yang mempunyai harta kekayaan RM4.22 bilion ketika itu – mengalahkan pengasas Ambank Azman Hashim ketempat ke-10.

Tahun sebelumnya, kerajaan membayar RM3 bilion untuk BR1M 2.0 kepada 4.3 juta isi-rumah dan 2.7 juta individu bujang belum berkahwin.

Ini bermakna yang Mokhzani mampu membayar sepenuhnya pembayaran BR1M untuk tahun itu kepada 4.3 juta isi-rumah dan 2.7 juta individu bujang belum berkahwin dan masih ada berbaki RM1.22 bilion untuk dibelanjakan keatas kereta-kereta mewahnya.
Melihat tragedi yang melanda keluarga rakan karibnya setelah Suharto kehilangan penguasaan kerajaan, saya rasakan kebimbangan utama Mahathir adalah untuk mengelakkan apa yang terjadi kepada legasi dan keluarga Suharto tidak pula berlaku kepadanya dan keluarganya.

Risiko ini sudah tentu dapat dikurangkan dan ianya boleh membantu sekiranya salah seorang anak Mahathir menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya dalam kedudukan atasan kuasa – dalam kes ini, ia mestilah Mukhriz – anak tunggal daripada tiga beradik kandung lelaki yang telah menceburi politik.

Mukhriz Mahathir telah pernah melalui kehidupan penuh pesona sebagai seorang ahli politik.

Kali pertama dan hanya sekali beliau memenangi kerusi parlimen dalam tahun 2008, beliau terus diberikan jawatan Timbalan Menteri MITI.

Kali pertama dan hanya sekali beliau memenangi kerusi dewan undangan negeri dalam tahun 2013, beliau serta merta dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Ini walaupun bertanding dan gagal memenangi Ketua Pemuda UMNO pada 2009 dan gagal lagi memenangi Naib Presiden dalam pemilihan parti tahun 2013.

Pertolongan dan peluang yang diberikan kepada Mukhriz walaupun kurang kefahaman dan pengalaman dalam parti adalah bukti jelas yang Mahathir mahukan dan telah mendapatkannya daripada Najib diketika itu.

Bagaimana pun, hanya selepas Mukhriz ditolak oleh UMNO untuk kali kedua yang Mahathir mula secara terbuka menyerang Najib.

Inilah apa yang dilapurkan dalam bulan Oktober 2013 – lama sebelum sebarang isu 1MDB, RM2.6 bilion, ekonomi, SOSMA, MKN (“NSC") timbul :
Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada hari Isnin dilihat muncul dengan serangan pertamanya yang dijangka dilakukan secara meluas keatas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendakwa sekutu Perdana Menteri dalam pemilihan dalaman parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu baru-baru ini mengekalkan kedudukan mereka dalam hierarki UMNO dengan membeli undi.

“Kita telah diberitahu bahawa mereka telah menghapuskan rasuah semasa pemilihan UMNO baru-baru ini, saya tidak yakin,” Mahathir memberitahu pada satu persidangan di Pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Walaupun beliau tidak menyebut Najib dengan nama, beliau berkata: “Saya rasa terdapat banyak wang yang terlibat, mencecah dalam angka jutaan, dan ramai orang yang sepatutnya tidak boleh mendapat undi telah mendapat undi kerana wang yang mereka belanjakan.”
Dalam Perhimpunan Agong UMNO 2016 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah mengesahkannya apabila beliau menyebut titik perubahannya adalah “boi boi”, panggilan untuk Mukhriz Mahathir, implikasi yang berpunca dari anak pilihan ini yang telah ditentukan untuk meneruskan legasi Mahathir.

Najib berkata Dr Mahathir mahu beliau menolong Mukhriz memenangi jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti tahun 2013.
“Pada masa itu, saya rasa Mukhriz sepatutnya melaksanakan tugas Menteri Besar Kedah, kemudian kita boleh menilai buku lapurannya.”

“Dia bukan pun pengerusi UMNO negeri, tetapi dia (Mahathir) mahukannya (Mukhriz) diatas sana. Kemudian serangan demi serangan bermula.”
Oleh kerana UMNO telah pun menolak Mukhriz sebanyak dua kali sebelumnya dan Najib sekarang ini dalam hubungan yang tidak baik dengan kedua Mahathir dan Mukhriz, adalah lebih baik keduanya meninggalkan UMNO disebabkan peluang Mukhriz untuk menang dalam pemilihan parti UMNO yang akan datang – berkemungkinan dalam masa dua tahun lagi adalah terlalu tipis.

Justeru itu, Mahathir berkemungkinan percaya adalah lebih baik meninggalkan UMNO dan menyerang parti habis-habisan bagi memusnahkannya.

Dan sekarang kedua Mahathir dan Mukhriz telah keluar UMNO, ramai pemerhati melihat walaupun dua kali gagal menang dalam pemilihan parti UMNO, Mukhriz sekarang adalah Timbalan Presiden parti politiknya sendiri – dibelakang Muhyiddin yang lebih berusia.

Mahathir juga pasti ingat akan legasi beliau sendiri dan oleh kerana beliau telah pun pada dasarnya memutuskan semua hubungan dengan Najib, Mahathir mungkin juga berasa takut bahawa Najib akan melakukan apa yang Mahathir lakukan kepada Tunku Abdul Rahman (TAR).

Selepas menjadi Perdana Menteri, Mahathir telah berbalah hebat dengan TAR – sepertimana anda boleh lihat dalam sebuah video lama ini dimana TAR mendakwa Mahathir adalah seorang penderhaka pembohong.

https://www.youtube.com/watch?v=xOh3rszJ3sk

Sejak bermulanya perbalahan ini, legasi TAR secara progresif telah dipadam dari buku sejarah. Malah, satu daripada tindakan terakhir Mahathir adalah merobohkan Lapangan Terbang Subang lama yang masih berfungsi dengan baik.

Selepas ianya dirobohkan, tidak ada apa-apa pun yang dilakukan ditapak tersebut.


Oleh itu, berhadapan dengan kesuntukan masa untuk mengelakkan apa yang terjadi kepada Suharto dan keluarganya juga terjadi kepada Mahathir, demi kepentingan pemeliharaan-diri talian darah-daging dan legasinya ditambah lagi dengan permusuhan yang tidak dapat diperbaiki lagi dengan Najib, apa yang paling utama pada Mahathir adalah melakukan apa saja yang mampu untuk menyingkirkan Najib dan meletakkan seseorang yang beliau percaya sebagai Perdana Menteri atau paling tidaknya berada dikalangan koridor-koridor kuasa.

Disinilah dimana Boboi menjelma.

Hakikatnya, Mahathir tidak pernah menafikan yang beliau mahukan Mukhriz menjadi perdana menteri dimasa akan datang. Berlawanan dengannya, dalam satu temuramah dengan MalaysiaKini baru-baru ini, beliau secara tidak sengaja memberi petunjuk bahawa Mukhriz adalah pilihannya untuk menjadi Perdana Menteri dimasa akan datang.

Bagaimana pun, penyokong-penyokong Mahathir menafikannya. Mereka mengatakan bukti muktamad yang Mahathir tidak mahu Mukhriz menjadi PM ialah Mahathir tidak membenarkan anak-anaknya berada dalam UMNO semasa beliau menjadi Presiden.

Ini merupakan alasan yang terlalu lemah.

Mereka mengatakan itulah sebabnya mengapa Mukhriz “terpaksa buat bisnes”.

Masya Allah ... pertama kali melihat orang dipaksa buat bisnes dan terpaksa memiliki 2 buah syarikat tersenarai.

Jawapan mudahnya adalah ini.

“Semasa Mahathir jadi PM tidak mahu anaknya jadi PM tidak bermakna apabila Mahathir bukan lagi PM, beliau tidak mahu anaknya jadi PM”.

Samalah seperti semasa anda disekolah rendah dan tidak ada minat terhadap budak perempuan atau budak lelaki, tidak bermakna apabila anda disekolah menengah, anda MASIH lagi tidak berminat terhadap budak perempuan atau budak lelaki.

Perancangan Mahathir untuk anak-anaknya boleh berubahlah ..

Macam yang banyak pusingan-U yang Mahathir telah buat – Soros, Anwar, BERSIH, LKS ....

Maksud anda Mahathir tidak boleh buat pusingan-U tentang perancangan untuk anak-anaknya selepas dia berundur sebagai PM?

Jadi mengapa lantik Mukhriz sebagai Timbalan Presiden untuk parti baharunya, PPBM dimana bapanya adalah Pengerusi?

2. Bangga-diri melampau (super-ego) Mahathir

Dalam Perhimpunan Agong UMNO 2016, Najib ada berkata bahawa Mahathir mempunyai satu perasaan bangga-diri yang melampau (super-ego).
“Jika Mahathir berlawan, dia mesti menang, cuba untuk menang. Sekarang dia tidak berjaya, dia akan menjadi lebih agresif dengan kata-katanya,” kata Najib.
Ini adalah benar sepertimana dimasa lalu, Mahathir telah mengalahkan Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn, Pak Lah, Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh sebelumnya.

Tetapi sekarang Mahathir sedang mengalami kekalahan dalam persengketaannya menentang Najib, Mahathir akan makin terus menjadi lebih agresif dan terdesak.

Rekod-pencapaian bersih Mahathir dalam mengalahkan orang lain dan hakikat yang Mahathir menganggap Najib sebagai anak muridnya membawa erti kekalahan kepada Najib akan menjadi suatu kemuncak penghinaan. Egonya sudah pasti tidak dapat menerimanya.

Apakah yang lebih hina daripada seorang guru tewas kepada anak muridnya? Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terus mengatakan bahawa “mereka masih berhutang segala-galanya kepadanya”. Dia lafazkan lagi tahun lepas kepada media asing.


Sepertimana yang saya kata, tiada seorang pun yang pasti apa yang berlegar dikepala Mahathir tetapi berdasarkan kepada bukti, dua dorongan yang saya senaraikan ini merupakan yang paling tepat mengapa Mahathir menjadi begitu terdesak dan sanggup menjadi seorang hipokrit.

Satu perkara yang betul-betul pasti. Mana-mana penyokong Pakatan yang berfikir Mahathir adalah seorang yang telah berubah atau telah bertaubat sememangnyalah mereka orang-orang yang sangat mudah tertipu dan naif (bengong). Harimau tidak boleh menukar belangnya. Dan anda sedang bercakap mengenai seorang tua 91 tahun dimana sehingga kehari ini, tidak pernah memohon maaf atau menunjukkan rasa menyesal atas apa yang telah dilakukannya.

Sementara perseteruan antara beliau dan Najib masih berterusan, marilah kita mendengarkan Alan Perera seorang yang berbakat-besar mendedikasikan sebuah lagu kepada Chedet dan persengketaannya dengan Najib.

https://www.youtube.com/watch?v=arpZ09scLPo

Terjemahan dari - LSS


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU