Wednesday, March 27, 2013

Checklist Untuk Rakyat Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13


Berikut adalah rumusan keseluruhan perkara-perkara BANGANG untuk menghuru-harakan negara yang mungkin dilakukan Anwar dan kumpulannya bagi meraih undi simpati dari orang-ramai menjelang PRU 13 akan datang, yang disampaikan YB Zulkifli Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :

1Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

* Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful. 

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“), MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNgok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay). Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan jam berkenaan dan menunjukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

* Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul. 

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

* Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Ummi Hafilda mendakwa ini 'Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin'.

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa PM DS Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 – Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat (wang negara).

* Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah. 

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)

Tuesday, March 19, 2013

Isu Lahad Datu : 12 Perkara Untuk Renungan Seluruh Rakyat Malaysia


1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diwar-warkan pakatan pembangkang.

4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

https://www.youtube.com/watch?v=iPcwAsKdgyg

7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi "Tanya Sama Pokok” yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut 'Sabah bakal hilang'.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang” dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.

"Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,” kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

9. "SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, 'kerajaan' Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod 'buruk' pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.

Mereka berusaha 'membebaskan' wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan 'skrip lama' pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki…satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.

Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia 'pulih serta-merta'.

12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.


Trengganu Today



Wednesday, March 13, 2013

Akhirnya! Rahsia Besar Konspirasi Di Sabah Didedahkan

Jamalul Kiram III dan Nur Misuari

Sebelum ini kita didedahkan dengan kaitan pakatan pembangkang dan penceroboh-penceroboh di Sabah. Media Filipina mengaitkan pembangkang kerana parti itu mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia.

Ada dua perkara penting yang perlu kita lihat dan persoalkan.

1. Berkemungkinan bahawa pelan asalnya ialah huru-hara di Malaysia akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN akan tetapi pencerobohan yang berlaku di Sabah dilihat sebagai strategi 'ringleaders' yang gagal memalukan kerajaan BN.

2. Malah kerajaan BN tidak goyah dan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka mengikuti piawai rundingan dan tindakbalas yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa termasuk Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

3. Tetapi apabila pihak penceroboh memerangkap pasukan keselamatan dengan bendera putih kononnya mahu menyerah diri dan akibatnya, 2 komando VAT 69 terkorban dek helah celaka penceroboh-penceroboh itu, MiM percaya 'command and action' nya berubah.

Doa anak seorang pasukan keselamatan yang terkorban

4. Sikap berhati-hati dan sabar kerajaan dan pasukan keselamatan disambut dengan tipu helah yang menyebabkan wira-wira negara kita terkorban dan rakyat tempatan berasa terancam.

5. Maka strategi awal 'ringleaders' untuk hanya menimbulkan panik dan sensasi menjadi strategi yang memakan diri sendiri dan menyebabkan rakyat amat benci dengan pakatan pembangkang dan pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat di dalam percaturan jahat ini.

6. Pakatan pembangkang menjadi lebih parah apabila muncul suara-suara sumbang tahap mulut longkang yang memperlekeh-lekehkan pencerobohan di Sabah kononnya konspirasi atau 'wag the dog' UMNO dan kerajaan BN.

Pengkhianat negara ...

7. Keceluparan mulut pemimpin pembangkang itu membangkitkan kemarahan setiap warganegara Malaysia yang patriotik dan cintakan keamanan.

8. Begitu juga dengan kenyataan dangkal Nurul Izzah yang memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan sebelum ini. Lihat video di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=zJ1MXC-Jn44

9. 'Strategy gone disastrously wrong'. Huru hara dan sensasi pencerobohan menjadi medan pertempuran dan kematian manakala pemimpin pembangkang memperbodoh-bodohkan diri sendiri, dua kombinasi yang bakal menjatuhkan pakatan pembangkang di PRU13 nanti.

10. Dan mengapa Sabah? Mengapa orang Sulu dilibatkan dalam kancah ini? 

11. Yang paling penting sekali, jika strategi huru-hara dan sensasi diakhiri dengan mereka pulang kembali ke perairan Mindanao dan Sulu tanpa pertempuran seperti hari ini, siapakah orang pertama yang akan melompat menjadi orang tengah kononnya akan menjanjikan penyelesaian untuk orang Sulu dan Jamalul Kiram III jika orang ini diberi kuasa politik?

Anwar Ibrahim dan Nur Misuari

12. Dari segi political mileage, beliau ini akan dianggap hero oleh kaum ini di Sabah itu sendiri.

13.  Terbukti bahawa BN tidak perlu mencipta konspirasi pencerobohan di Sabah kerana selama ini pun, kaum ini tidak dipinggirkan di Sabah. Malah, Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin juga daripada kaum ini.

14. YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau) juga berasal dari kaum ini. Pokoknya, kaum ini menikmati pembangunan dan mempunyai wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka di negeri Sabah.

15. Selain daripada nama Suluk, kaum ini juga disebut sebagai Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.

16. Malah, MiM difahamkan bahawa jumlah pengundi Suluk di Sabah adalah seramai 58,808 orang dan tertumpu di hot seats pilihanraya seperti Sandakan (20,772), Semporna (2,871) dan Tawau (8,886)

17. Jumlah pengundi yang tinggi di kawasan-kawasan hot seats ini adalah aset yang sangat penting untuk memastikan kemenangan parti yang bertanding dan selama ini, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan utama kaum ini.

18. Dan pakatan pembangkang sangat mengidamkan kerusi-kerusi wakil rakyat di Sabah tetapi tidak mungkin akan dapat mengubah senario sokongan kaum ini kepada BN secara drastik dan impak yang besar dengan hanya berceramah dan menarik pemimpin-pemimpin Sabah yang hampir senja dan kecewa dengan kerajaan BN Sabah.

19. Maka timbul perkara kedua iaitu wujudnya anasir jahat yang sengaja mahu menimbulkan rasa marah kaum ini terhadap kerajaan BN dan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah salah satu daripada modus operandi anasir jahat ini.

20. Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah ( PRESS ) , Mohd Zaki Harry Susanto telah memberi contoh iaitu seorang saudara adalah orang Suluk warganegara Malaysia. Seorang anaknya berkahwin dengan keluarga Kiram. Apabila peristiwa Lahad Datu berlaku, dia kata itu bagus kalau Sabah diambil balik oleh Sultan Sulu. Dia tanya kenapa? Saudaranya cakap baguslah sebab mereka kan Suluk. Ini negeri mereka punya, kalau Sultan Sulu ambil senanglah kita, bangsa mereka memerintah.

21. Zaki membidas dengan berkata cakap negeri ini bukan mereka punya, bukan milik mana-mana kaum, ini milik bersama. Kalau mahu hidup bersama, buang persepsi itu.

22. Kenyataan Zaki ini memang benar dan merupakan moto rakyat Sabah sejak menyertai negara Malaysia pada 1963.

Jamalul Kiram III

23. Media Filipina mengesahkan bahawa Jamalul Kiram III yang miskin dan mendapat bantuan kebajikan negara untuk dialisis itu di'goda' masuk ke dalam kancah pencerobohan ini.

24. Tambahan pula, MiM difahamkan bahawa tidak mustahil bayaran pajak daripada Malaysia sangat menarik perhatian sehingga ada yang mengaku sultan. Bagi kita RM5,300 setahun tidaklah besar tetapi di selatan Filipina, jumlah itu sangat besar.

25. Berbekalkan upah sebanyak US600 seorang dan senjata api yang agak canggih, Kiram III tidak mungkin mampu atau termimpi mahu 'menakluk negeri Sabah'.

26. MiM juga difahamkan bahawa semasa menjadi pelarian politik dahulu, kerajaan Malaysia yang menerima Kiram III dan keluarga beliau. Tiada penindasan dan kezaliman daripada pihak kerajaan Malaysia tetapi layanan yang baik.

27. Sekarang wujud anasir jahat yang sponsor penceroboh-penceroboh tersebut. Dan timbul isu NGO dari Malaysia yang sponsor US2 juta untuk memastikan pencerobohan itu benar-benar berlaku. Dan 'the rest is history'.

28. Mungkin ada di antara Suluk Sabah yang terguris dengan insiden pencerobohan di Sabah memandangkan kaitan keluarga, saudara-mara dan sebagainya. Mungkin juga ada yang berasa kekok kerana kesetiaan mereka kepada negara Malaysia dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang sengaja mencurah minyak di api.

Tetapi MiM yakin, majoriti kaum Suluk atau Tausug Sabah tidak merasa kesan yang besar dek pencerobohan di Sabah ini.

Malah, MiM yakin kaum ini akan bertambah teguh bersama Barisan Nasional kerana permainan kotor pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang merosakkan keamanan negeri Sabah.


Dr MiM
Rabu, 13 Mac 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Gajah Depan Mata Tak Nampak'

::: Pro-Pakatan Harapan :::

Rujukan Produk & Makanan Halal

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

Kunjungan Terkini

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU