Saturday, February 19, 2011

Nik Aziz : Apa bukti saya kafirkan orang UMNO ? dan INI BUKTINYA


Ceh! Dalam kenyataan ini pun sudah ada bukti yang Nik Aziz kafirkan UMNO. Tahukah Nik Aziz bahawa golongan yang menolak Islam adalah golongan KAFIR.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana."

Dan sekarang kita mahu bertanya, apa yang YAB Menteri Besar Kelantan ini maksudkan yang UMNO menolak Islam ?

Spesis manusia mudah lupa. Dia sendiri bertanya dan selepas itu sendiri kasi jawapan.

P/S - Terima kasih Utusan Malaysia yang bersikap adil memberi peluang kepada YAB Menteri Besar membalas kenyataan Tun Mahathir. Yang melaungkan kebebasan bersuara seperti Harakah atau Suara Keadilan atau Roket hanya melaporkan kenyataan pihak mereka sahaja.


KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak.

Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

Ditanya hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, Nik Abdul Aziz menjelaskan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Beliau berkata, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana.

"Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana Pas bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana UMNO boleh buat," ujarnya.

Jelasnya, perjuangan Pas masih di landasan betul dan semua pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu adalah perkara lumrah kerana Nabi Muhammad turut dipertikaikan sehingga baginda wafat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya Pas menggugurkan slogan 'Membangun Bersama Islam' berikutan kewujudan aktiviti maksiat seperti pelacuran dan judi di negeri ini, Menteri Besar itu berkata, ia berlaku disebabkan tiada takwa kepada Allah SWT dalam diri individu terbabit dan ia melibatkan bukan rakyat negeri ini.

"Slogan ini boleh diubah-ubah, kami Pas ini slogan itu bertahun-tahun ada, Kerajaan Pusat tiap tahun ubah nama.

"Boleh ubah daripada slogan Membangun Bersama Islam ke slogan Bersama Allah, Bersama Nabi Muhammad, Bersama Syurga Neraka ke, boleh ubah tak ada apa. Slogan itu boleh dibuat. Yang penting dasar perjuangan," katanya. - Utusan Malaysia

- Minda Hijrah,
Friday Feb 18 2011.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU